Chapter 3

Fantasy Series 834

-Imaginasi menjadi Realiti-

"Aqiela!!" Panggil Irin kuat.lagaknya macam beribu kilometer jauhnya.

"Apa lah?" Sahut Aqiela malas,dah lah penat padam whiteboard ni.

"Lepas ni kelas apa?" Soal Irin yang tengah sibuk meninggalkan buku bawah meja.

"Arh jap." Aqiela meninggalkan duster lalu berjalan menuju ke jadual kelas.

"Kelas ASK." Jawab Aqiela lalu menyambung kerjanya semula.

"Pergi computer lab,bawak beg sekali. Dah masa terakhir ni." Ira meningatkan.

"Okay." Jawab Irin ringkas.

" Jangan tinggal buku bawah meja." Nelly meningatkan lalu bergerak ke computer lab sendirian.

"Apa kena dengan si Nelly tu?"Soal Aqiela hairan.

"Entah,dah jomlah gerak. Nanti cikgu Nordiana marah pulak kalau kita lambat." Selesai saja mengunci kelas,mereka semua bergerak ke computer lab.

----------

"Perhatian kepada Irin Ikasyah,Aqiela Raihana,Aina Irsya,Ira Nasha,Shah Rezuan,Noorizam Johari,Rashdan rizal,Azrul ariff dan Iman. Sila bergerak ke Dean Tanjung Puteri dengan kadar segera."

Pengumuman dari pembesar suara sekolah memghentikan TSL yang sedang menyalin nota.Lantas mereka perpandangan antara satu sama lain sebelum mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kenapa nama kau tak de nelly?" Soal Aina hairan.Nelly hanya mengankat bahu tanda tidak tahu sebelum menyambung menulis notanya.

"Jangan lupa bawak beg sekali." Pesan Cikgu Nordiana sebaik saja TSL (4) mereka bersalam dan meminta izin keluar.

"Ouh Okay?" Jawab Irin awkward.

----------

"Eyh,nama korang pun kena panggil ke?" Soal Rashdan dengan soalan bodohnya.

"Pakwe sape,sila kutip." Kutuk Irin perlahan tapi masih didengari mereka semua.

"Kadang kadang aku pun rasa macam tak nak mengaku pakwe."Bisik Aqiela perlahan di telinga Irin dan membuatkan Irin tertawa.

"Dah kamu semua,duduk depan cikgu." Panggil Cikgu Maya merangkap guru tingkatan kelas 1 amethyst.Kelas dimana TSL ditempatkan.

"Eyh cikgu maya? Sebenarnya kitaorang kena panggil sebab apa?" Soal Ira dengan hairan.

"Nanti kamu tahulah." Ujar cikgu Maya selamba.

"Curious." Satu perkataan je yang keluar dari mulut Johari.

"Korang rasa kenapa kita kena panggil?" Soal Irin,masih dengan soalan yang sama.

"Kita kena panggil sebab kena tangkap couple kot." Teka Azrul dan mendapat pelempang khas dari Iman.

"Hermm,tak masuk akal.Kalau kita kena panggil sebab tu,kenapa Nelly tak de?" Ujar Shah.

"Haah lah,asal makwe kau tak kena panggil hah?" Irin mula berfikir dengan logik.

"Hah maafkan saya kerana lambat." Sapa satu suara yang asing.Kelihatan seorang remaja lelaki yang segak bersama baju kemejanya.

"Tapi kita masih tak boleh mulakan selagi yang lain masih belum sampai." Sambunglah lagi.

----------

"Urmm cikgu,saya kena keluar." Ujar Nelly perlahan kepada Cikgu Nordiana.

"Kenapa pula?" soal Cikgu Nordiana hairan.Nelly menujukkan kad pelajar yang dibawanya.

Glory International Highschool Student

Nellysya Adriana
Class 1 AV
In duty to choose 9 student

"Ohhh,kamu rupanya.Hah keluarlah." Kata kata cikgu Nordiana hanya mampu membuat Nelly tersengih.

----------

"Hye korang!!" Sapa suara seorang budak perempuan yang baru tiba.Sama seperti lelaki tadi,dia juga memakai kemeja .Kedua dua berwarna sama sahaja,Purple.

"Untuk yang belum kenal saya,nama saya Ailyn Mika." Ujar budak perempuan yang mengelarkan dirinya Mika sambil tersenyum mesra.

"Oh ya,nama saya pulak Ryan Haiqal." Ujar lelaki yang mula mula tiba tadi.

"Seriously?? Kau lupa lagi nak kenalkan nama?" Ujar Mika lalu menepuk dahi perlahan.

"Bukan sengaja." Backup Ryan kepada dirinya pula.

"Oh hye Irin and Shah." Sapa Mika sambil tersenyum mesra sekali lagi.

"Kau kenal dia ke Shah?" Soal Azrul.Yang lain masih lagi terkejut termasuk Irin dan Shah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience