Bab4:Suka sama suka, tapi Amrina atau Balqis?

Family Series 2743

Adam Danish termemung di dalam biliknya.Dia teringatkan Amrina.Sudah lama dia menaruh perasaan terhadap Amrina,namun dalam masa yang sama,dia juga suka telatah Balqis yang comel.Entahlah,dia pun keliru dengan hatinya.

"Bila laaa aku dapat luah perasaan dekat dorang?Tapi masalahnya aku suka sape ni?Haihh"Adam mengeluh sendirian.

"Adam,Datin Sabrina jemput dinner di bawah"sedang Adam mengelamun,tiba ii pembantu rumahnya,Bibik Maria datang menyapa dari luar bilik.

Adam menjeling jam dindingnya.'Patut laa,dah pukul 8'desis hatinya."Kejap ya bibik.Nanti saya turun"balas Adam dari dalam bilik.

Dia bangun dari katil lalu dia tarik membetulkan cadar tilamnya yang sudah terkeluar.Adam keluar dari bilik.Dia menuruni anak tangga dan menuju ke dapur.Di meja makan,Dato'Amin Fahmi,Datin Sabrina dan adiknya sudah menunggu.

"Maaf mama,papa,adik.Adam ada kerja tadi"Adam memohon maaf atas kelewatannya.

"Apa laaa abang,Dayana dah lapar sangat tunggu abang"rungut Anis Dayana,adiknya yang berusia 8 tahun.

"Alaaaa,sorry laa adik"balas Adam.Dia memicit hidung adiknya.Dayana menyeringai kesakitan.

"Dah,dah.Mari makan cepat"celah Dato' Amin Fahmi.Seusai membaca doa,mereka menikmati makan malam bersama sama.

....................
Seusai makan malam,Adam berteleku di dalam biliknya semula.Dia masih memikirkan hal tadi.

"Amrina cantik,lemah lembut,kaya.Balqis pon comel,tapi adik beradik ramai"Adam berkata di dalam hati.

Siapa tidak kenal Amrina?Anak kepada Allahyarham Tan Sri Azhar dan merupakan cucu perempuan tunggal Dato' Hisyam.Keluarga mereka mempunyai beberapa syarikat perniagaan yang sangat maju.Amrina pula anak tunggal,pastinya syarikat itu diwariskan kepadanya.Lagi pula,ibu Amrina mempunyai sebuah klinik.

Balqis pula tiada kurangnya.Anak kepada Dato' Fattah,seorang ahli karporat berjaya.Namun begitu,Balqis mempunyai 4 orang adik beradik.Lagi pula Balqis merupakan anak ketiga di dalam keluarganya.Pasti harta yang diperoleh Balqis sedikit berbanding Amrina.

Adam mencapai iPhone 11 miliknya.Dia menghantar mesej kepada seseorang.

"Assalamualaikum Amrina,ni Adam Danish.Ahad ni Amrina free x?"mesej dihantar.Adam menunggu beberapa minit.Tiba ii telefonnya bergetar menandakan mesej masuk.

Amrina:Waalaikumsalam.Saya free,knp?
Adam :Boleh tak nnti kita jumpa dkt kafe

tmpat awk dan Balqis slalu

singgah?Pukul 2 ptg.
Amrina:Boleh ii,saya ajak Balqis skali ya?
Adam :Tak,awk sorang je
Amrina:Okey


Adam menutup telefon.Dia tersenyum puas.Dia tekad untuk meluahkan perasaan terhadap Amrina.Baginya,harta keluarga Amrina kaya,barulah sepadan dengannya!

Share this novel

annurwafa
2020-11-16 11:45:11 

hihi,thanks

Rahim Kpm
2020-11-16 11:44:31 

Karya yang bagus.


NovelPlus Premium

The best ads free experience