Bab3:Last day at school

Family Series 2743

Hari Ahad merupakan hujung minggu terakhir untuk Amrina meluangkan masa dengan ibunya,Puan Suhaila.
"Ina,cuti sekolah ni nak buat apa?"soal Puan Sri Suhaila kepada Amrina.

"Maybe Ina nak cari kerja dulu.Ina ingat 2 minggu lepas cuti baru nak cari"balas Amrina.

"Kalau Amrina tolong ibu kerja kat klinik boleh?"pinta ibunya.

"Boleh ibu.Asalkan duit poket masuk"Amrina mempersetujui perancangan ibunya.

Biarpun keluarga Amrina merupakan keluarga orang berada,namun Amrina tidak diajar untuk bersenang lenang dengan apa yang ada.

Lagu 'Lovesick Girl' dari Oppo Reno meminta perhatian Amrina.Amrina mengangkat panggilan tersebut.

"Hello,Assalamualaikum Balqis"Amrina memberi salam terlebih dahulu.

"................................"

"Oh,okey.Tengoklah dulu saya kena tanya ibu"

".............................."

"Ya laa,malam nanti saya inform"

"............................."

"Waalaikumsalam"

Amrina menjawab salam lalu memutuskan panggilan tersebut.

"Kenapa Amrina?"soal ibunya."Takdelah...Erm...Ibu,boleh tak seminggu lepas cuti ni Ina nak pergi Pulau Pangkor dengan Balqis?"pinta Amrina.

"Pergilah"Puan Sri Suhaila memberikan kebenaran kepada Amrina.Pada dia,anak gadisnya itu sudah berusaha kuat untuk SPM,mungkin anaknya juga ingin berehat.

..............................
Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua.Hari jumaat merupakan hari terakhir Amrina bersekolah dan hari terakhir Amrina bergelar pelajar.Selepas ini,Amrina bakal bergelar pelajar universiti pula,Inn Syaa Allah.

"Ina,awak jangan lupa tau Ahad minggu depan"tutur Balqis."Iya,saya tak lupa"balas Amrina.Seperti biasa,bibirnya sentiasa mengukir senyuman.

Mereka berdua berjalan menuruni anak tangga bersama sama dari tingkat 2.Ketika sampai di anak tangga terakhir,mereka terserempak Adam Danish.

"Hai Amrina,Balqis"sapa Adam mesra."Hai Adam"Balqis membalas pantas.Amrina hanya tersenyum melihat gelagat Balqis.

"Dah nak balik ke?Tak nak lepak mana ii dulu?"soal Adam ramah.

"Tak kot.Dah nak balik dah.Last day kan,mesti tak sabar"balas Amrina tersenyum nipis.

"Okey laaa,gerak dulu.Assalamualaikum"ucapa Amrina lantas menarik Balqis berlalu pergi.

"Waalaikumsalam"Adam menjawab salam,namun matanya tak lepas memerhati mereka berdua.

"Alaaaa,kenapa cepat sangat?Saya nak borak dengan dia laa"rungut Balqis.

"Awak nak,pergi laa.Saya nak balik"balas Amrina selamba.Sebenarnya dia cemburu melihat Balqis mesra dengan Adam tadi.Sebab tu laa nak balik cepat ii.Balqis yang tidak tau apa ii hanya mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience