Bab8:Mesej misteri

Family Series 2743

Balqis menunggu resah di luar wad.Amrina telah dihantar ke hospital berdekatan akibat lemas.Amrina disahkan lemas kerana tong oksigen yang digunakan untuk aktiviti snorkerling telah bocor.Bagaimana ia bocor masih menjadi misteri.

Awal ii lagi Balqis sudah memaklumkan hal tersebut kepada keluarganya dan keluarga Amrina.Semuanya bergegas ke Perak.Mereka mungkin akan menumpang di rumah ibu saudara Balqis.

Tiba ii doktor keluar dari wad Amrina."Doktor,macam mana keadaan Amrina?"soal Balqis terburu buru.

"Dia dah okey,tapi masih dirawat.Nasib baik dia diselamatkan awal ii,kalau tak dia nyaris kehilangan nyawa sebab tak cukup oksigen"terang doktor tersebut.

"Syukur Alhamdulillah,terima kasih doktor"Balqis menarik nafas lega.Mujur Amrina diselamatkan awal ii,kalau tidak mesti dia kehilangan Amrina.Doktor tersebut berlalu pergi.

Balqis duduk di ruangan menunggu.Dia menghubungi ibu Balqis dan mamanya untuk memberitahu hal tersebut.

Namun,tiba ii dia menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali.Nombor tersebut menghantarnya beberapa keping gambar.

Buku lima digenggam sebaik saja melihat foto tersebut.'Amrina,sanggup awak buat macam ni?'hatinya begitu marah.Gambar Amrina sedang makan dan berpegangan tangan dengan Adam Danish menjadi santapan matanya.

.....................
Senyuman sinis terukir di bibirnya.'Lepas ni,hancur kau Amrina'gumam hatinya lalu ketawa jahat dilepaskan.

Sudah lama dia menahan sakit hati terhadap Amrina.Sepatutnya kasih sayang ibu dan ayah hanya untuk dia,bukan Amrina!

Ya,dia ialah Amira Humaira,kembar Amrina yang kononnya telah meninggal bertahun-tahun lalu!Walaupun sudah bertemu dengan kedua ibu bapanya,mereka tidak mengakuinya sebagai anak.Dia berpendapat,Amrina lah punca semua itu.

Untuk memuaskan hati,dia menggunakan wajahnya yang mirip Amrina.Kebetulan,dia terserempak dengan Adam Danish.Setelah mendengar kisah Adam,mereka mula mengatur rancangan.Keluar makan bersama ii,bergambar lalu hantar foto tersebut kepada Balqis.

'Easy'bisik hatinya sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience