Rate

Bab 3

Young Adult Series 816

TEPAT jam menunjukkan pukul 1.05 tengahari , semua pelajar mula berpusu keluar dari pintu kelas seperti tentera semut yang baru keluar dari sarang mereka.

A3NS'S turut tidak ketinggalan berjalan di khalayak ramai pelajar itu.

Kaki mereka dibawa melangkah ke tempat letak kenderaan pelajar.

Mereka berjalan sambil bergurauan. Banyak cerita yang terjadi di dalam kelas masing-masing. Habis segalanya mereka kongsikan.

Pelajar Wolfin Private yang juga ingin menuju ke tempat kenderaan memandang mereka dengan pandangan menyampah.

Ada yang memandang mereka dengan pandangan sinis.

"Kadang I terfikir macam manalah Mr Daus boleh baik hati sangat nak bagi ruang dalam bangunan parking lot tu untuk kereta murah diorang ni?"

Suara yang menuturkan kata-kata itu sengaja dikuatkan untuk menyakitkan hati A3NS'S.

A3NS'S dengar tetapi mereka tetap meneruskan dengan perbualan mereka. Yalah , buat apa nak hirau? Nyamuk kan memang suka buat bunyi.

Melihatkan A3NS'S yang langsung tidak terkesan dengan kata-kata tadi tiba-tiba satu lagi suara yang entah milik siapa menyampuk.

"Aku ingat aku sorang aje yang fikir macam tu. Dahlah parking lot spesial pulak tu! Entah apa lah yang diorang sogok pada pengetua agaknya kan? Tak macam kita ni ha , tempat letak kereta terdedah dengan asap kereta lain habis kotor. Maklumlah murid pinggiran."

"Eh tapi , asap kereta mahal macam kita tak apalah. I tak kesah. Jangan asap kereta macam kereta diorang ni sudahlah. Err..memang I pergi cuci kereta I tu banyak kali."

Hampir semua murid di sekeliling A3NS'S ketawa mendengar gurauan berbaur hinaan itu.

"Aku pun nak fokus betul-betul tahun ni. Inilah penentu masa depan kita nanti. Tak nak main-main dah."

A3NS'S langsung tidak mengambil kira bunyi ketawa yang memang sedang mentertawakan hinaan tentang mereka.

Mereka nak balik , tak nak layan orang tak betul di sekeliling mereka ini. Hari ini sudah cukup penat untuk menambah pelbagai 'drama' lain.

Semua pelajar yang tadinya cuba menarik perhatian A3NS'S untuk mencari fasal telah diam memandangkan tidak dilayan. Tetapi bisikan pada A3NS'S masih juga berbunyi.

Jelingan juga dari setiap sudut diberikan pada A3NS'S.

Abaikan dan terus mengabaikan sehingga mereka tiba di bawah bangunan tempat letak kenderaan pelajar. Aras 1.

Bangunan tempat letak kenderaan bagi pelajar mempunyai lima aras.

Satu bangunan ini mempunyai dua ribu slot tempat letak kenderaan yang tersedia. Mendengar angka dua ribu sudah cukup untuk menggambarkan keluasan bangunan ini dalam setiap arasnya.

Pelajar yang ramai tadi mula berpecah kerana ada yang meletakkan kereta di aras 1 dan ada yang meletakkan kereta mereka di aras dua , tiga , empat dan lima. Jadi mereka perlu menggunakan lif untuk ke atas.

Namun bertuahnya bagi A3NS'S memandangkan tempat letak kenderaan mereka terletak di aras satu tetapi berada di bahagian hujung aras itu.

Tempat letak kenderaan pelajar ini sama saja seperti tempat letak kenderaan di pusat beli belah. Hanya tempat letak kenderaan A3NS'S yang berbeza dan seperti yang dikatakan oleh pelajar bermulut bisa tadi , tempat letak kenderaan A3NS'S lebih special berbanding mereka.

"Aku sebenarnya gatal mulut tau nak balas balik ayat diorang tadi." Syu menyuarakan keinginannya yang dipendam sedari tadi.

"Tahu , aku pun sama. Tapi aku rasa malas pula nak kecoh-kecoh. Aku tahu nak balik aje sekarang ni. Aku nak cepat-cepat tunggu hari esok!" Bersungguh Zera. Matanya yang sedikit kecil dibesarkan sebesar-besarnya.

Nak tunggu mereka sampai ke tempat letak kenderaan mereka , memang sempat untuk mereka berbual beberapa topik.

"Esok mesti Cikgu dah mula mengajar , aku berdebar weh nak tahu pembelajaran akaun dengan addmath macam mana." Aina meletakkan tangan di dadanya. Serius berdebar!

Qeyla bermain dengan kunci keretanya. Punat unlock ditekan berkali-kali meskipun jarak mereka masih jauh.

"Alah akaun dengan addmath tu aku rasa macam matematik jugak. Tak jauh beza , diorangkan adik beradik." Kata Qeyla.

"Qeyla , nanti kalau kereta kau rosak ke apa jangan sibuk nak tumpang kitaorang eh. Kau sendiri yang cari penyakit." Tegur Rin yang sedari tadi melihat Qeyla bermain tekan-tekan punat kunci kereta Axia nya.

"Itulah aku perati aje budak kecik ni dari tadi. Kalau kau tumpang aku , aku bagi tapi sekejap ajelah. Lepastu aku tinggal tepi jalan." Kasar gurauan Syu pada Qeyla.

Aina mentertawakan Qeyla yang sudah mencebik.

"Nanti kereta lalu lalang semua pelik tengok Qeyla. 'Anak siapalah yang sesat tepi jalan ni?'."

Qeyla terus hilang cebik lalu tersengih suka dengan gurauan Aina.

"Wah lagi bagus! Manalah tahu kot-kot salah satu kereta tu ketua mafia punya? Lepastu dia tertarik dengan kecomelan aku , dia culik bawak balik ajak jadi bini? Ha , siapa untung?" Qeyla sesat dalam khayalannya.

A3NS'S sudah berpandangan satu sama lain dengan muka menyampah.

Tiba-tiba Rin mendapat idea.

"Tapi sebelum kau semua tu terjadi kan weh , kau serahkanlah dulu kau punya Megah Holding tu pada kitaorang."

Qeyla dengan bangganya mengangguk.

"Boleh! Apa pulak tak boleh , kau nak semua harta aku pun ambik ajelah. Aku dah ada abe mafia. Tapi usahakan betul-betul jangan sampai bankrup pulak."

Mereka berbual seolah-olah hal ini benar saja. Walhal semuanya imaginasi belaka.

"Mestilah kena usahakan betul-betul. Kalau tak , macam mana nak sabotaj company abe mafia kau tu." Lya tersenyum yakin.

"Ha?" Qeyla mula tidak dapat memproses ayat Lya.

"Betullah Lya kata tu. Kitaorang kenalah usahakan syarikat Megah Holding kau tu betul-betul supaya kitaorang dapat sabotaj business abe mafia kau sampai dia bankrup , harta semua pupus lepas tu dua-dua kena duduk tepi jalan." Terang Rin tentang strategi mereka.

"Bila korang berdua dah duduk tepi jalan , kitaorang pun buat-buatlah macam terjumpa korang dengan muka terkejut beruk. Lepas tu , kitaorang bawak balik korang ke rumah." Sambung Syu menghangatkan lagi susunan plan mereka.

Lya membuka mulut ingin menyampuk lagi.

"Tapi nak duduk rumah kitaorang ada syarat. Kau kena jadi tukang kebun , abe mafia kau pulak kena jadi orang gaji. Masak , kemas rumah semua tu. Ha , macam mana?"

Zera yang mendengar strategi Lya , Rin dan Syu mula ketawa besar.

"Wah , ini kalau buat novel! Gempak! Letak tajuk 'From Mr Mafia to Mr Maid'. " Galak Zera turut serta membahan.

Qeyla terdiam dengan wajah sebik.

"Suruh Ria buat , baru dengar tajuk terus famous buku tu sebab unik sangat." Ujar Aina dengan muka yang sudah merah.

A3NS'S mengangguk setuju.

"Weh Ria. Aku tanya ni kau jangan marah tau?" Kendur suara Rin ingin mengajukan soalan pada Ria yang langsung tidak masuk campur perbualan A3NS'S tadi.

Ria memandang Rin yang berjalan bersama A3NS'S dibelakangnya sebelum kembali menoleh ke hadapan.

Dari cara Rin meminta izin untuk bertanyakan soalan pada dia sudah cukup untuk dia ketahui topik apa yang bakal disebutkan.

Dia mengangguk bersedia mendengar soalan itu.

"Kau dah tak buat novel ke?" Tanya Rin agak gentar.

"Well , actually I want to ask the same question like Rin. Tapi aku takut soalan tu macam buat kau tak selesa ke apa. Jadi alang-alang Rin dah tanya ni , kalau betul kau dah tak nak menulis. Kenapa? Maksud aku apa yang buatkan kau berhenti?"

Zera tak mahu ketinggalan mengajukan soalan. Harap soalan mereka tidak buat Ria rasa terganggu.

"Itulah , lama tau kau hilang. Jangan kata pembaca kau , kitaorang yang kawan kau ni pun tak tahu apa-apa info dari kau" Qeyla mendongak memandang Ria yang masih tegak memandang ke hadapan.

"Aku berhenti atas sebab peribadi." Jawabnya mendatar.

A3NS'S diam , faham akan jawapan itu. Dua soalan tadi cukup terjawab dalam satu ayat. Tiada apa lagi yang perlu mereka tanyakan.

Zera mengangguk sambil menggumam bibir.

"Ouh , maaflah kalau kau tak suka soalan kitaorang. Tapi kalau kau ada nak kongsi masalah apa-apa tentang novel ni , bagitahu ajelah. Manalah tahu kitaorang boleh tolong." Kata Zera tidak mahu rasa sebersalah dengan soalannya tadi.

"It's ok." Ringkas jawapan Ria.

Mereka tiba di hadapan pintu berwarna hitam lutsinar iaitu pintu tempat letak kenderaan kenderaan mereka.

Pintu itu terbuka setelah mengesahkan identiti mereka.

A3NS'S masuk dengan kunci kereta yang sudah berada di dalam pegangan.

Pintu itu kembali tertutup.

DARI jauh , ada beberapa orang manusia memerhati mereka.

The Lovies.

Bermula dari A3NS'S tiba di bawah bangunan ini mereka tidak berhenti memerhati.

Mereka berbalas pandangan.

"Kalau pelajar lelaki yang Mr Daus ambik tu handsome , aku akan pastikan A3NS'S tak dapat diorang." Geram suara itu seperti memberikan ancaman.

Pada blazernya tertampal tag nama yang bertulis 'Ayeen Urfa'

Kawannya menyiku dari tepi.

"Jangan sapu sorang , aku pun nak jugak. Orang macam A3NS'S tu mana sesuai dapat lelaki berupa paras. Lari jauh , you know?" Kata si penyiku itu.

Tag namanya terpampang nama 'Risya Hanim'.

"Hello...Ayeen , Risya? Korang tak tahu ke yang budak-budak Emerald memang semua kacak , berduit. Memang boyfriend material tho."

Gadis bernama Dania Erzwani itu memintal hujung rambutnya sambil tersenyum bagai orang tidak betul.

Seorang ahli mereka yang mempunyai tag nama 'Lailia Hani' memandang ke arah seseorang di belakang mereka semua yang sedang berpeluk tubuh dengan muka sinis.

"Elrin. Kau tak ada rancangan ke? Aku dah tak boleh nak duduk diam dah ni. Rasa jiwa jahat aku tu meronta-ronta." Soal Lailia.

"Yeah , Elrin. Come on , aku tak nak pelajar-pelajar lelaki tu 'melekat' dengan A3NS'S!" Sokong gadis berambut pendek yang bernama Nur Imani.

Mereka memandang Elrin yang masih berwajah sinis. Namun kini dia mengikat rambut panjangnya. Diikat menjadi satu sanggulan.

"Hell no! You ingat I nak bagi diorang peluang merasa seronok? Jangan haraplah. I ada rancangan tapi kita tak boleh sebut dekat sini. So , let's go to our port babe's!" Jerit Elrin di akhir ayatnya diikuti The Lovies yang lain.

Mereka berlari dengan gaya yang seolah-olah meminta tendangan percuma dari orang-orang sekeliling.

Kereta Range Rover berwarna merah jambu yang terparkir elok semuanya kereta mereka.

Enjin dihidupkan lalu mereka memandu keluar dari perkarangan sekolah elit itu. Di parking lot masih ramai pelajar , tidak sesuai untuk mereka merancangkan sesuatu.

KERETA berjenama Toyota , Axia , Nissan semuanya selamat tiba di KFC yang terletak berdekatan Wolfin Private.

A3NS'S keluar dari kereta mereka dengan gaya masing-masing yang memakai hoodie.

Mereka sanggup berhenti di Petron semata-mata untuk tukar baju. Langit pula nampak macam nak hujan , memang kenalah dengan pakaian mereka.

Boleh tahan lama mereka tumpang tandas di Petron tadi memandangkan masing-masing memerlukan masa untuk membelit tudung.

Jika diikutkan hati memang mereka pakai saja baju sekolah tadi terus ke sini. Tapi mereka suka ambil gambar dan kongsi ke media sosial jadi itu mungkin bakal menjadi isu yang membuatkan mereka dikenakan amaran pertama oleh pihak sekolah.

Wolfin Private sememangnya melarang semua pelajar dari berkongsi gambar yang memaparkan logo sekolah. Itu semua pun demi menjaga nama baik sekolah mereka dari pandangan buruk orang luar.
Nak tak nak , memang kena ikut.

"Aku rasa aku nak gosip tentang pelajar baru yang masuk esok tu lah." Zera menjatuhkan kepala ke atas meja.

"Cun! Aku masih geram lagi dengan hal tu. Jom kita luahkan segalanya." Syu menolak ke tepi telefon pintarnya.

"Sabar , tiga ketul tu tengah order makanan. Kang ternganga tiga-tiga tak tahu kita gosip pasal apa." Qeyla menghentikan Syu dan Zera yang kelihatan sudah bersedia membuka topik.

Mereka memandang Ria , Rin dan Aina yang berada di kaunter pesanan.

Rin dan Aina mula menatang dulang seorang satu ke meja mereka. Masih berbaki dua dulang di atas meja kaunter. Ria dilihat tenang membayar semua makanan itu. Duit bayaran semuanya duit A3NS'S yang telah dicampurkan mengikut harga makanan yang mereka pesan.

"Tak nak tolong angkat lagi dua dulang ke?" Soal Lya yang asyik mengunyah keropok Mr Potato berperisa Barbeque.

Ni hasil dia ambil kesempatan masuk dalam kedai di stesen Petron tadi sementara A3NS'S masih membelit tudung dan menukar baju.

"Aku malas nak bangun. Kau pergilah. Alang-alang kaki kau dah terkeluar satu tu , apa salahnya tolong member." Ujar Qeyla.

Lya memandang sebelah kakinya yang sudah keluar dari bawah meja seolah-olah dia bersedia untuk berdiri.

"Lya , tolong Ria angkat dulang lagi dua tu. Aku penat..." Keluh Rin dengan wajah penat.

Lya bangun dengan pasrahnya. Kaki dibawa mendekati kaunter.

"Penat? Berdiri dekat kaunter aje pun , apa yang penatnya." Hairan Zera. Sambil itu tangannya mengambil makanannya di dalam dulang yang bercampur dengan makanan Aina.

"Halah , diorang penat tahan nafsu bau ayam goreng dekat situ kuat sangat." Selamba Syu memerli sambil tersengih suka memandangkan makanan dia nampak sangat menyelerakan.

Sebenarnya makanan tu nampak lebih menyelerakan sebab perut dia tengah lapar.

"Ya weh. Bau dia , wuih! Tergugat iman aku." Bersungguh Aina menyetujui Syu.

"Aik , aku punya mana?" Sambung Aina.

Qeyla , Rin , Syu dan Zera dah dapat makanan. Mana dia punya?!

"Ada juga aku jentik dahi kau ni karang. Tak nampak tu Lya tengah bawak?" Marah Rin dengan gaya ingin menjentik.

Aina tersengih.

"Yoohoo , jom makan!" Sorak Lya dengan perlahan setelah tiba di meja.

"Maaf , kitaorang dah makan dulu. Lapar." Mulut Zera penuh namun digagahkan juga untuk bercakap.

"Mulut penuh jangan bercakap." Tegur Ria mendatar seraya mengambil tempat di tempat duduk yang sama dengan Syu , Qeyla dan Aina.

Lya , Rin dan Zera duduk dihadapan mereka.

"Dengar tu." Syu menyampuk dengan jelingan kecil diberi pada Zera dihadapannya.

"Ya , dengar..." Malas-malas Zera membalas. Geram dengan Syu.

Mereka mula menjamah makanan mereka dengan tenang sebelum Qeyla membuka mulut.

"Tadi kata nak gosip pasal pelajar baru esok. Ke nak tukar topik?"

Semua memandang ke arah Qeyla.

Zera laju mengangguk.

"No , let's talk about it!" Semangat Zera yang tadinya malas-malas mahu berbuat apa-apa.

Terus tegak badannya yang tadi membongkok.

"Takkan nak terus gosip? Kita tak tahu apa-apa pun pasal diorang." Rin tidak rasa bergosip itu idea yang baik memandangkan mereka langsung tidak mengenali siapa pelajar-pelajar itu lagi.

"Bukanlah bergosip , cuma nak cakap tentang topik tu lah. Kita mana pernah kerjasama dengan mana-mana stranger tiba-tiba datang pelajar-pelajar tu nanti , kau tak terfikir semua tu?" Syu menjungkitkan sebelah keningnya. Mulut masih tidak letih mengunyah ayam KFC nya.

Rin mengangguk kecil berkali-kali. Faham...

"Aku adalah terfikir , macam mana kita nak bekerjasama dengan diorang eh? Tak , maksud aku macam mana nak jalankan tugas sama-sama?" Rin mencelah apabila mula memahami topik yang mereka sedang cuba buka ini.

"Aku rasa mungkin kena berpecah secara berpasangan kot. Bertugas ikut tempat yang ditetapkan." Zera mula mengeluarkan pendapatnya.

A3NS'S terdiam sejenak. Kemungkinan tekaan Zera betul. Kalau bukan secara berpasangan , buat apa Mr Daus ambil budak-budak lelaki itu kan? Sia-sia saja.

Lagipun A3NS'S memang ditetapkan untuk bekerjasama dengan mereka. Kalau mereka tak bertugas secara berpasangan , berkemungkinan pelajar-pelajar itu semua akan berkerjasama dengan pengawas lain.

"Aku sebenarnya ok aje dengan keputusan Mr Daus tapi masalahnya diorang lelaki dan kita pula selalu dapat tempat bertugas yang tersorok dari pandangan sesiapa. Takkan kita nak percaya 100% dengan pelajar-pelajar tu yang diorang tak akan buat apa-apa pada kita. Kita tak kenal diorang." Panjang Lya menyatakan pandangannya tentang pelajar-pelajar lelaki itu.

"Mana tahu nanti Cikgu Haziq bagi kita tempat bertugas yang lebih terbuka. Alah korang ni , fikir positif aje dulu. Nanti kalau Cikgu bagi kita tempat yang tersorok baru kita minta tukar." Aina cuba berfikiran positif. Walhal dia sedang berdebar membayangkan hal itu.

"Kau macam tak tahu Cikgu Haziq. Pernah ke dia nak bagi peluang pada kita?" Tanya Rin memandang Aina dihadapannya dengan pandangan tidak puas hati.

Aina menggeleng.

"Tak". Balasnya sepatah.

Cikgu Haziq yang menguruskan pengawas di Wolfin Private dan dia merupakan salah seorang guru yang langsung tidak suka beri peluang pada A3NS'S untuk menyatakan apa-apa hasrat. Termasuklah keinginan mereka untuk menukar lokasi bertugas.

A3NS'S sering 'dicampak' ke tempat bertugas yang tersorok. Mereka pun tidak tahu mengapa , tapi sebab utama dia melakukan sebegitu sudah semestinya kerana dia tidak suka pada A3NS'S.

Tatkala A3NS'S sedang mengemas segala sisa makanan yang ada di atas meja mereka tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang sepertinya sedang menunggu mereka berkemas.

A3NS'S memandang mereka dengan wajah yang agak terkejut.

Mana tak terkejut? Dahlah semua lelaki itu berpakaian hitam seperti lembaga saja gamaknya. Tapi alhamdulillah masih terhias senyuman di bibir mereka.

"Aa..kitaorang nak guna meja ni. Boleh?" Sopan salah seorang dari mereka meminta izin untuk mengambil tempat duduk A3NS'S memandangkan semua meja sudah dimiliki pelanggan lain.

Matanya tepat memandang ke arah Zera yang berada dihadapannya dengan senyuman.

Dengan spontan Zera mengangguk.

"Ha , boleh-boleh." Bersungguh Zera menjawab.

Mereka mengangguk.

Setelah selesai mengumpul segala sisa-sisa mereka , A3NS'S terus berlalu pergi ke tong sampah yang tersedia. Sampah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dulang diletakkan di atas tong sampah itu.

Saat mereka melalui meja yang telah menjadi tempat duduk sekumpulan lelaki tadi , salah seorang dari mereka memanggil.

A3NS'S berhenti melangkah dan berpaling menghadap mereka.

"Awak tahu tak Wolfin Private High School dekat mana?" Lelaki itu berdiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

A3NS'S rasa mungkin dia malu kerana bercakap dengan perempuan? Entahlah...

"Kitaorang baru lagi dekat tempat ni , tak tahu jalan." Lagi seorang menyambung.

"Tahu. Tadi ada nampak stesen minyak Petron tak?" Soal Syu ingin kepastian.

Semua mereka mengangguk.

"Ha , nanti jalan terus sampai nampak satu kedai mamak ni lepas tu..."

Sedang Syu menjelaskan selok belok kehidupan pada mereka. A3NS'S saling berpandangan.

Kecuali Ria yang menghampiri pintu keluar sambil menjawab panggilan telefon.

Pintu kaca premis itu ditarik lalu dia menapak keluar.

"Korang tunggulah Syu. Kitaorang nak keluar dulu"

Aina dan Zera mengangguk membiarkan Rin , Qeyla dan Lya mengikuti jejak Ria keluar dari kedai makan itu.

Ria kelihatan tenang berjalan dibawah gerimis hujan.

"Ehem."

Ria yang sibuk mendengar suara dari panggilan yang dibuatnya terus beralih fokus pada seorang lelaki berpakaian hitam yang berselisih dengannya.

Setelah berdehem , lelaki itu membalas pandangan mata helang Ria dengan wajah poker.

"Ni mesti geng lelaki-lelaki dalam tu jugak. Hitam aje pakaian dia." Kata Rin turut menerima anggukan dari Lya dan Qeyla.

"Cuma yang ni muka dia poker sikit. Macam badboy. I like!" Tersengih-sengih Qeyla memandang lelaki itu.

Namun lelaki itu menghiraukan mereka bertiga dan terus berlalu masuk ke dalam kedai KFC.

Tepat lelaki itu masuk , Syu , Aina dan Zera pun keluar dengan riak wajah yang sukar diteka.

Mereka semua berjalan ke arah Ria yang sudah selesai berbual di telefon.

Kereta mereka diparkir di tempat yang berlainan dan kereta Ria yang terpaling hampir.

"Korang , aku rasa diorang tu pelajar-pelajar baru tu lah." Ujar Zera dengan kening yang berkerut.

Rin , Qeyla dan Lya kelihatan agak terkejut.

"Seriuslah? Mana kau tahu?" Soal Lya tidak percaya.

"Mungkin betul sebab diorang tanya jalan ke sekolah kita kan?" Sambung Rin pula.

"Ya weh , aku nampak salah seorang dari diorang tadi pegang kad pelajar. Lepas tu dia masukkan dalam poket seluar." Cerita Syu.

A3NS'S mengangguk.

"Tapi diorang nampak macam ok aje. Baik , kacak , tinggi. Wah , peluang besar ni." Puji Qeyla melambung-lambung.

Begitu jugalah perasaan A3NS'S tatkala ini , rasa macam nak lambung si Qeyla ni sampai langit ketujuh.

"Habislah Qeyla , diorang dah pandang kau macam nak bunuh." Main-main Aina menggoncang bahu Qeyla yang berlapik hoodie berwarna biru gelap.

Qeyla mula tersedar dengan ayatnya tadi. Sengihan ditayangkan.

"Kau jangan nak mengorat diorang eh. Ingat , kita kena bekerjasama dengan diorang dalam tugasan pengawas aje. Jangan nak lebih-lebih." Bebel Rin tak mahu Qeyla pergi mengorat pelajar-pelajar baru itu.

Bukan boleh dipercaya sangat Qeyla ni. Badan saja kecil , akalnya panjang.

"Aku nak balik." Ujar Ria mendatar sejurus menghentikan perbualan A3NS'S.

A3NS'S mengangguk lalu turut mengeluarkan kunci kereta mereka.

"Apa-apa nanti sambung dalam whatsapp! Bye guys! Take care!" Jerit Zera.

Jarak dia belum jauh lagi dengan A3NS'S , tapi jeritannya seolah-olah A3NS'S dah jauh satu batu dari dia.

A3NS'S membalas dengan anggukan dan lambaian. Apa-apalah Zera , janji kau bahagia.

"ENCIK Firdaus. Mereka dah sampai , boleh saya panggil mereka masuk?" Formal dan sopan Puan Zida meminta keizinan dari Mr Daus.

Lelaki itu sedang menikmati secawan kopi sambil membelek beberapa jenis fail yang mungkin berkaitan pelajar.

Mr Daus tersenyum lalu mengangguk memberi kebenaran.

Puan Zida menolak daun pintu dengan lebih lapang membenarkan kesemua figura yang berpakaian serba hitam di luar untuk masuk.

"Terima kasih." ucap salah seorang dari mereka seraya menunduk kecil.

Puan Zida mengangguk lalu menutup daun pintu kembali.

Mr Daus memandang enam orang pelajar lelaki dihadapannya. Semuanya tinggi-tinggi dan kacak rupawan.

"Duduklah , tak perlu terlalu formal. Kita santai-santai saja ya?" kata Mr Daus dengan lembut menerima anggukan dari jejaka-jejaka itu.

"Kamu semua tahu kenapa saya minta kamu ditukarkan ke sekolah ini?" tanya Mr Daus.

Mereka mengangguk sambil tersenyum lembut membalas senyuman lelaki tua dihadapan mereka itu.

Mr Daus menghela nafas.

"Baguslah kalau kamu sudah tahu , tak perlu saya ceritakan lagi. Mulai hari esok , kamu semua akan mula bersekolah dan bertugas di sekolah ini dengan tanggungjawab yang sama seperti di Emerald International iaitu sebagai pengawas." terang Mr Daus ingin memastikan jejaka-jejaka dihadapannya itu faham.

Dan alhamdulillah kerana mereka mengangguk dengan ujaran itu.

Namun salab seorang dari mereka mengangkat tangan. Mungkin ingin bertanyakan soalan.

"Cikgu kitaorang kata , kitaorang kena bekerjasama dengan satu geng pengawas perempuan ni. Betul ke?" Tersengih-sengih dia bertanya.

Entah kerana malu atau apa. Tapi nampaknya kawan-kawan dia sudah menahan tawa dengan soalannya.

"Maaf pengetua , dia ni gatal sikit. Semua perempuan dia nak tackle. Silap-silap makcik kantin tu pun dia nak." jujur seorang lagi dari kalangan mereka.

Mr Daus melepaskan tawa. Dia tak rasa dia salah pilih pelajar. A3NS'S pasti suka berganding dengan jejaka-jejaka ini memandangkan sikap mereka pun kelihatan hampir seiras dengan A3NS'S.

"Ouh ya , tak perlulah panggil pengetua. Panggil saja Mr Daus , memang itu nama yang saya arahkan semua pelajar untuk digelarkan pada saya."

"Dan ya , kamu semua akan berkerjasama dengan satu kumpulan pengawas perempuan ini kerana itulah asbab saya ambil kamu semua untuk ditukarkan ke sini. Mereka dikenali sebagai A3NS'S. Dalam sekolah ini , ramai yang tidak suka pada mereka. Boleh kata ramai yang suka caci dan hina mereka. Mereka bukan dari golongan kaya yang sama taraf seperti kamu semua dan pelajar-pelajar lain. Jadi , kalau ada yang cuba bercerita buruk tentang mereka. Jangan percaya walau secebis pun. Itu semua perangkap semata-mata supaya kamu semua benci pada mereka."

Semua jejaka dihadapannya kelihatan terkelu.

Mereka tak sangka kisah seperti itu wujud. Mereka ingat perkara seperti itu hanya propaganda dan berlaku di dalam drama semata-mata.

Beberapa saat mereka diam sebelum mengangguk faham.

"Kitaorang akan cuba yang terbaik untuk bekerjasama dengan diorang" yakin seorang dari mereka yang memakai hoodie berwarna hitam mengungkapkan kata.

Kawannya disebelah turut mengangguk setuju.

"Kitaorang akan cuba jaga diorang dari segala hinaan dan cacian juga. Mr Daus jangan risau."

Setelah beberapa minit barulah Mr Daus sedar yang jejaka dihadapannya tatkala ini hanya ada lima orang saja. Bukankah dia ambil enam orang?

"Kamu berlima saja ya? Kalau tak silap saya , saya ambil enam orang semuanya."

Mereka mengangguk.

"Yes! Kami berenam tapi lagi sorang tu tiba-tiba ada hal pulak dekat kawasan sini."

"Haah , kalau tak silap saya dia pergi jumpa adik dia. Ada hal sikit."

Mr Daus kekal dengan senyumnya seraya mengangguk.

Dia faham memandangkan Emerald International merupakan sebuah sekolah berasrama. Jadi , peratusan pelajar berjauhan dengan keluarga itu sangat tinggi.

Wolfin Private High School juga mempunyai asrama berdekatan sekolah. Asrama tersebut disediakan untuk pelajar-pelajar yang rumahnya boleh dikira sangat jauh dari sekolah dan bagi pelajar yang dengan rela hatinya mahu duduk di asrama. Kiranya , tidak semua pelajar Wolfin Private yang tinggal di asrama. Tiada paksaan dilakukan. Semuanya atas kehendak individu.

"Mr Daus nak kitaorang kenalkan diri ke? Macam tak seronok pulak kitaorang tahu nama Mr Daus tapi Mr Daus tak tahu nama kitaorang." Ujar seorang jejaka yang memakai topi hitam secara terbalik.

Mr Daus sekali lagi ketawa kecil.

"Tak perlu , saya dah tahu semua nama kamu. Ini semua , fail biodata kamu. Kamu tinggal perlu kenalkan diri pada A3NS'S saja esok. Jangan lupa pula , A3NS'S tu bukannya boleh dibuat main. Nanti kamu tak kenalkan diri , mereka gelar kamu hantu pula."

"Kitaorang pun ada nama kumpulan juga mungkin boleh mudahkan Mr Daus untuk panggil kitaorang."

"Iya? Apa dia?"

Mereka berpandangan sebelum mengangguk.

"The Prince's"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience