SUASANA di sekitar luar Dewan Randell sunyi sepi. Tetapi tiada siapa mampu jamin suasana di dalam dewan juga sama seperti di luar.
"Kamu semua sedia , A3NS'S?" Soal Mr Daus memandang raut wajah A3NS'S.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini , raut wajah A3NS'S kerisauan dan gelisah.
Kali ini raut wajah mereka jelas menunjukkan mereka kuat menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka yakin.
A3NS'S berbalas pandangan sejurus itu mengangguk.
Mr Daus masih dengan senyumannya. Pintu dewan yang tertutup diketuk dua kali.
Pintu Dewan Randell dijaga oleh pengawal setiap kali ada majlis rasmi yang diadakan. Tetapi pintu hanya akan ditutup apabila sememangnya semua pelajar sudah masuk dan tiada di kawasan sekeliling sekolah.
Jika ada yang terlambat hadir selepas pintu ditutup , mereka perlu mengetuk pintu dewan sebanyak dua kali dan pintu dewan akan dibuka oleh pengawal dari dalam.
Wolfin Private mempunyai ramai pengawal dengan tempat tugasan yang berbeza dan waktu bekerja yang turut berbeza.
Beberapa saat selepas diketuk. Pintu mula dibuka dari dalam.
Raut wajah A3NS'S berubah tegas sebaik saja pintu dewan itu terbuka.
Perkara pertama yang menyapa retina mata mereka ialah guru-guru serta beberapa orang pengawas yang sedang mempersiap-siagakan segala persiapan bagi perhimpunan yang bakal diadakan.
Kedengaran alat musik gong diketuk sekali memberi isyarat kepada seisi dewan untuk berdiri sebagai tanda hormat kepada Pengetua yang sudah menapak masuk ke dalam dewan.
A3NS'S tidak ketinggalan mengorak langkah dibelakang Mr Daus.
Cukup selangkah mereka menjejakkan kaki ke dalam dewan itu , dapat dilihat pelbagai jenis senyuman dan pandangan dilemparkan pada mereka.
Namun segala pandangan itu dibiar berlalu bagai tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.
Lagi mereka layan , lagi si 'mereka' itu suka. Betul-betul membuang masa.
A3NS'S mula mengubah langkah apabila mereka sudah tiba di hadapan pentas manakala Mr Daus terus menuju ke tempat duduk guru-guru.
Semua guru sibuk melemparkan senyuman manis kepada Mr Daus.
Sedikit demi sedikit , suara para pelajar Wolfin Private di dalam dewan itu mula berbunyi.
A3NS'S tersenyum sinis. Apa lagi puncanya kalau bukan berbisik mengata mereka?
"Semua tolong senyap!" Lantang pengawas lelaki di atas pentas itu memberi arahan melalui mikrofon.
"Senyap!"
"Wolfin Student's shut up your mouth!"
Semakin dilarang semakin bertambah kuat suara mereka hinggakan A3NS'S mampu mendengar beberapa bisikan tentang mereka.
"Pergi dulu , aku ada sesuatu nak dibuat." Arah Ria memandang ke arah A3NS'S dengan wajahnya tanpa reaksi.
Walau hanya mata yang terpampang dan lebihan wajahnya ditutupi pelitup muka namun A3NS'S tahu bagaimana reaksi wajah Ria pada ketika itu.
Tidak membantah , A3NS'S mengangguk lalu terus berjalan kebelakang dewan.
Di belakang dewan , tempat segala sistem di dalam dewan ini dikawal dan disitu juga jadual tugasan semua pengawas pada setiap pagi akan ditampal pada papan kenyataan kecil yang tersedia.
Ria menapak satu persatu anak tangga pentas.
Tempat di mana si pemegang mikrofon berada ditujunya dan tangan kanan dihulur sementara sebelah lagi tangan masih kekal di dalam poket skirt.
Pengawas lelaki itu tanpa ragu menghulurkan mikrofon ditangannya kepada Ria.
Berani dia tidak menyerahkan mikrofon itu pada Ria? Bukannya dia tidak tahu yang Ria merupakan salah seorang ahli A3NS'S yang mempunyai hak lebih tinggi darinya.
Ria mengambil tempat di meja pengacara majlis. Badannya tegak menghadap semua para pelajar dihadapannya yang kian semakin senyap.
1..
2..
3..
Seluruh dewan senyap tanpa sebarang bunyi.
Ria mengarahkan mikrofon ke hadapan mulutnya yang ditutupi pelitup muka.
"Prepare yourself because A3NS'S will conquer this whole Wolfin's..."
Senyum sinis terukir di bibirnya yang tertutup.
BAM!
Seisi dewan kembali bising dengan bisikan cemas para pelajar apabila semuanya gelap tanpa sebarang cahaya.
Sistem elektrik telah dipadamkan.
Di dalam kegelapan itu , ada yang melakukan 'kerja' mereka.
BAM!
Chandelier yang tadinya mati kini bercahaya semula dengan gahnya membuatkan semua manusia di dalam dewan itu menghembuskan nafas lega.
Dalam masa yang sama , mata mereka melihat ke arah sederetan pelajar yang sudah berdiri di hadapan pentas.
Ria yang tadinya berada di atas pentas sudah tidak lagi di sana malah yang ada hanyalah seorang pengawas lelaki.
Pelajar memandang sesama sendiri. Tahulah mereka bahawa ini kerja A3NS'S. Helah mereka memadamkan sistem elektrik dan menarik semua pelajar yang terpampang dengan kesalahan mereka ke hadapan pentas.
"Encik Daus , saya tak boleh bayang kalau apa-apa jadi pada Encik Daus waktu lampu dimatikan tadi. Saya rasa A3NS'S makin melampau." Ujar seorang guru perempuan yang berada di sebelah Mr Daus.
Sengaja dia cakap begitu supaya Mr Daus termakan dengan kata-katanya dan memarahi A3NS'S.
Mr Daus tergelak kecil dan kata-kata guru perempuan itu dihiraukan.
A3NS'S...A3NS'S , memang penuh dengan helah yang tiada siapa dapat sangkakan.
"Semua sila bersedia , perhimpunan akan dimulakan." Ujar pengerusi majlis.
"Assalamualaikum diucapkan kepada semua para guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekali. Yang berhormat Tuan Pengetua , Encik Firdaus......"
"Berani korang main lampu kan?" Sapa satu suara ke arah A3NS'S yang sedang berurusan dengan beberapa orang pengawas tentang tugasan tertentu.
A3NS'S dan pengawas-pengawas yang lain berpaling menghadap Irnas merangkap Ketua Pengawas Wolfin Private High School.
"Asal tak tarik terus budak-budak tu? Perlu sampai main lampu? Orang taraf korang ni memang suka buat jahat kan? Kalau chandelier tu rosak , siapa nak bayar ganti rugi? Mak ayah korang? Ada duit ke?" Sinis Irnas melontarkan pertanyaan bak peluru berpandu.
Pengawas lain terdiam dan ada yang menahan tawa melihat A3NS'S dimarahi.
"Entahlah , rasa macam keadaan terlalu serius kalau terus tarik budak-budak tu dalam keadaan cerah dengan semua mata memandang-mandang. Jadi , kitaorang pun tutuplah lampu sekejap. Ini hari pertama sekolah , Kak Irnas , bagilah kitaorang 'main' sikit"
Rin menjawab , mewakili yang lainnya memandangkan dia yang menekan suis lampu tadi.
"Kalau chandelier tu rosak , mungkin mak ayah kitaorang tak ada duit nak bayar ganti rugi. Tapi...." Syu menggantungkan ayatnya.
"Mak ayah Kak Irnas mungkin ada duit nak tolong bayarkan. Alah , setakat 4000 tu , apalah sangatkan? Lagipun keluarga orang kaya selalunya baik hati. Tak macam keluarga miskin ni , jahat." Sambung Syu mengukir senyuman tipis.
Irnas terdiam sejenak. Matanya tajam menikam mata A3NS'S.
Di hadapannya hanya ada Rin , Syu , Zera , Aina , Lya dan Qeyla. Ria tiada di sini selepas lampu dibuka semula.
"Guys , dahlah. Bercakap banyak dekat sini pun tak ada guna. Kita ada tugas nak kena buat." Lya mencelah kerana tidak mahu memanjang lebarkan hal itu.
Dia sebenarnya tidak selesa dengan pandangan para pengawas lain yang memerhati. Malu , ya dia mudah malu untuk berinteraksi dengan orang-orang lebih lagi ramai begini.
"Dahlah , Irnas kitaorang minta maaf. Janganlah gaduh dah wey , malu orang tengok." Aina turut sama seperti Lya. Cuba menghentikan perbalahan kecil antara Irnas , Syu dan Rin.
Qeyla pula hanya melihat saja kerana dia juga tidak mahu mengeruhkan keadaan walaupun dia turut merasa bengang dengan ayat Irnas. Perlu ke sampai main taraf-taraf bagai?
"No wait , Kak Irnas nak tahu tak? Tak semua orang taraf kitaorang ni suka buat jahat pun. Not like what you think lah. Dan Zera ada juga satu soalan , memang semua orang taraf Kak Irnas ni suka bagi pahala percuma dekat orang ke? Okay itu saja soalan saya. Tak dapat jawab sekarang , boleh jawab nanti." Hambur Zera dengan reaksi wajahnya yang turut tidak terkawal.
Lya dan Aina dua-duanya sudah menutup muka dengan telapak tangan. Tidak tahu mahu kata ini salah siapa.
Tapi bagi mereka , kes lampu tadi tiada masalah pun sebenarnya. Bukannya mereka main buka katup berkali-kali. Hanya dua kali saja , buka dan tutup.
Mengapa perlu jadi kes berbalah sampai begini?
"Mana Ria , wey? Aku tak rasa diorang nak berhenti sampai sini aje."
Aina menyiku Qeyla disebelahnya.
"Entah , aku pun tak tahu dia kat mana. Waktu macam ni pula dia tak ada , kita cakap tak jalan , mana tahu kalau dia cakap , benda ni boleh berhenti."
"Call dia wey." Suruh Lya.
"Kau gila? Nanti yang depan ni nampak , makin meleret kes ni karang" marah Qeyla memaksudkan Irnas dihadapan mereka.
"Makin biadap korang ni kan? Hari pertama dah buat kecoh macam ni. Lepas ni , pergilah bagitahu Mr Daus kan? Supaya dia backup korang dan akhirnya aku yang nampak macam bersalah."
Irnas mula meninggikan suaranya.
Belum sempat Rin membuka mulut , tiba-tiba pintu yang memisahkan dewan dan belakang pentas dibuka.
Ria.
Lya cuba memberi isyarat mata kepada Ria. Dalam hati meminta agar Ria faham apa yang cuba disampaikan.
Irnas memandang Ria dan A3NS'S silih berganti.
"Kau. Kau dengan geng kau ni dua kali lima aje , sengaja buat kecoh pagi-pagi macam ni. Lain kali nak buat tu fikir pakai otaklah!"
Ria memandang Irnas dengan pandangan kosong.
"Kau cakap dengan cermin ke? Dahlah , malas aku layan orang macam kau. Serabut kepala otak aku." Balas Syu. Mukanya jelas menunjukkan yang dia rimas dengan Irnas.
"Bertugas" sebut Ria sepatah. Muka garang Irnas dibuat tidak nampak saja.
Bazir masa saja jika layan orang seperti itu pagi-pagi begini.
A3NS'S berlalu pergi dari belakang dewan.
Semua pengawas yang lain juga mula bergerak keluar seperti A3NS'S lalu pergi ke tempat-tempat di mana mereka perlu bertugas dan berada.
"Dipersilakan Tuan Pengetua , Encik Firdaus untuk menyampaikan ucapan kepada para pelajar dan guru-guru" ucap Pengerusi Majlis lalu beranjak ke tepi memberi tempat kepada Mr Daus.
Tepukan bergema di dalam dewan mempersilakan Mr Daus dengan ucapannya.
Mikrofon yang terletak di pemegangnya diketuk sekali bagi memastikan alat itu masih berfungsi.
"Saya tidak mempunyai banyak ucapan untuk hari ini. Tetapi untuk yang pertamanya , saya minta para pengawas yang bertugas di dalam dewan ini sila duduk. Pagi ini kamu semua direhatkan dari tugasan sebentar memandangkan ini hari pertama bersekolah selepas sekian lama kamu bercuti dan sebentar lagi bakal ada pengagihan kelas untuk tahun ini." Pinta Mr Daus dengan senyuman di bibir yang tidak hilang sedari tadi.
Pengawas semuanya tersenyum suka. Jarang mereka dapat duduk ketika bertugas.
A3NS'S yang berdiri juga mengambil tempat duduk di kerusi yang masih kosong.
Wolfin Private menggunakan kerusi tidak kira bagi pelajar mahupun guru ketika setiap kali perhimpunan. Ini semua demi keselesaan murid di sekolah ini.
"Kalau tahu tak payah bertugas , tak payah kita pergi tengok jadual dekat belakang tadi." Bisik seorang pengawas tingkatan 2 dengan rakan sebelahnya.
"Alah , tapi aku rasa tak rugi pun pergi belakang pentas tadi. Dapat tengok drama percuma. A3NS'S vs Irnas. Gempak wo..."
"Drama apa agaknya yang korang cipta." Perli Ria dengan reaksi mendatar.
Syu , Zera dan Rin tersengih seperti kerang busuk.
"Terima kasih kerana memberi kerjasama. Hanya satu pengumuman yang saya ingin sampaikan pada pagi ini."
"Pada hari esok , sekolah kita akan menerima enam orang pelajar dari Emerald International High School untuk ditransfer ke Wolfin Private High School. Saya membuat keputusan ini agar pelajar-pelajar yang saya pilih tersebut dapat bekerjasama dengan A3NS'S bagi menjaga keamanan dan mengawal masalah disiplin sekolah ini. Dengan itu , saya meminta jasa baik semua pelajar tidak kira pelajar tidak berjawatan mahupun yang berjawatan untuk memberi kerjasama dan tidak mencipta sebarang kacau bilau apabila pelajar-pelajar ini tiba esok dan hari-hari seterusnya."
Mr Daus menghentikan ucapannya buat sementara. Reaksi A3NS'S dapat dia lihat dari atas pentas.
A3NS'S terkejut dengan ucapan itu.
Pelajar-pelajar di sekeliling mereka memandang mereka dengan jelingan yang amat tajam.
Tidak suka dengan ucapan sebentar tadi.
"Kau rasa pelajar tu lelaki ke perempuan?"
"Aku harap perempuan , kalau lelaki...risau si A3NS'S ni tak buat kerja. Tapi sibuk menggatal!"
"Aik? Kerjasama dengan minah-minah ni aje? Kita yang pengawas juga ni , tak payah kerjasama dengan diorang ke?"
"Aku rasa ini mesti A3NS'S yang minta , well kita semuakan tak 'ngam' dengan diorang. Itu yang diorang pergi cari member dari sekolah lain tu..."
A3NS'S bingung di tempat duduk mereka.
Pelbagai soalan bermain di fikiran mereka. Mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang ini lalu tiba-tiba saja ianya dijadikan sebagai pengumuman di khalayak ramai.
Mengapa Mr Daus tidak beritahu saja pada mereka tadi?
"Pelajar-pelajar yang saya ambil ini hanya saya benarkan untuk bekerjasama dengan A3NS'S sahaja. Para pengawas lain? Kamu bekerjasamalah sesama sendiri seperti biasa. Semuanya adil dan saksama , selama ini A3NS'S dibiarkan mengawal semuanya tanpa bantuan dari kalian. Jadi buat masa ini , biarlah mereka mendapat bantuan juga."
"Selepas perhimpunan ini , semua pengawas dan guru-guru diminta hadir ke bilik mesyuarat. Saya akan adakan mesyuarat berkenaan hal ini. Sekian daripada saya , terima kasih."
A3NS'S memerhati Mr Daus yang sudah menapak turun dari pentas. Serasa macam ingin saja mereka kejar figura tua itu dan bertanyakan bermacam-macam soalan. Namun ditahankan diri untuk tidak berbuat seperti itu.
Mulut mereka bagai terkunci sebentar. Semuanya diam tanpa kata.
"Baiklah , tanpa membuang masa dengan ini perhimpunan akan ditamatkan dan sesi pengagihan kelas akan dijalankan. Saya serahkan kepada guru yang bertugas iaitu Encik Emir untuk mengambil alih sesi ini."
Semua pelajar terutamanya pelajar tingkatan 4 mula merasakan debaran kerana tahun ini mereka bakal mendapat aliran yang tentu bakal berkait dengan masa hadapan mereka kelak.
A3NS'S menghela nafas berat. Minta-minta Allah permudahkan segalanya untuk mereka.
"ITU saja. Semua pelajar boleh bergerak di dalam barisan dan masuk ke dalam kelas baru kamu. Jaga jarak dan berjalan dengan berhati-hati. Semua pengawas boleh bergerak ke bilik mesyuarat sekarang." Arah Cikgu Emir lalu menghabiskan ayatnya dengan senyuman.
A3NS'S memandang satu sama lain.
Ria , Lya , Qeyla dan Zera mendapat aliran ekonomi. Aina mendapat aliran akaun sementara Syu mendapat aliran seni dan Rin aliran grafik komunikasi teknikal.
Mereka redha dengan aliran yang diberikan kepada mereka.
Mereka sudah usaha di peperiksaan lepas. Apa lagi mahu difikirkan?
Melihatkan semua pelajar yang beransur keluar dari dewan , A3NS'S terus berdiri dan memperkemaskan pakaian mereka sebelum pergi ke bilik mesyuarat.
Selepas saja keluar dari pintu dewan , Syu mula membuka mulut.
"Aku dah agak dah , aku mesti dapat kelas Visual Art. Kelas Visual Art yang keempat pula tu" ujar Syu dengan senyum bangga yang dibuat-dibuat.
"Nak buat macam mana lagi? Peperiksaan tahun lepas kau tak datang." Kata Rin dengan dahi yang berkerut.
"Terpaksa tolong mak ayah aku uruskan benda basic dekat perniagaan yang baru nak dinaikkan tu." Singkat cerita Syu sambil bermain dengan jari sendiri.
"Tak apalah , dah lepas. Tak teruk pun kelas Visual Art tu sebenarnya. Pemikiran kita yang buat kita nampak kelas tu macam teruk ke apa." Zera cuba memberi kata semangat kepada Syu.
Dia tidak mahu Syu merasa teruk dengan aliran yang dia dapat itu memandangkan Visual Art merupakan aliran dimana semua pelajar yang teruk pencapaian akademiknya diletakkan.
Lebih lagi aliran Visual Art terbahagi kepada 4 kelas dan Syu terletak di kelas Visual Art yang keempat.
Sesiapa saja pasti akan merasa teruk , tetapi A3NS'S tidak mahu Syu merasa begitu. Mereka fahami situasi Syu , jadi tidak perlu bagi mereka untuk Syu merasai sebarang kesesalan tentang hal ini.
"Alah , tahun ni tak macam dulu lah. Kita dah tak fikir dah mana kelas pertama , kedua dan ketiga semua tu. Cuma aliran aje yang membezakan." Celah Aina memegang tangan kiri Syu lalu dihayunkan sambil kaki mengorak langkah.
"Tahu , aku cakap aje. Yang korang sampai beria macam ni dah kenapa? Aku okay aje dapat aliran tu. Relax dahlah." Ujar Syu selamba dengan tawa kecil.
"Mestilah! Kitaorang tak nak kau rasa teruk kau tahu tak? Kau pandai tiba-tiba masuk kelas tu , manalah tahu kot-kot itu buat kau rasa down ke apa." Bidas Lya menampar lengan Syu sekali.
Sebenarnya mahu balas tamparan Syu padanya di tempat letak kereta pagi tadi.
"Yeah! Kita kena jadi seorang kawan yang baik walaupun kawan kita tu perangai serupa makhluk bertanduk."
Ria dihadapan memandang Qeyla dengan renungan tajam.
Qeyla terasa ada yang memandangnya lalu dia membalas pandangan Ria dengan sengihan seperti kerang busuk.
"Sorry , gurau-gurau." Ucap Qeyla. Dia tahu Ria tidak suka menggelarkan orang dengan gelaran 'buruk' seperti baru yang dia sebutkan tadi. 'Makhluk bertanduk'.
Ria menggelengkan kepala tanda tidak suka.
Setelah tiba dihadapan pintu lif , Ria menekan punat anak panah ke atas.
Punat itu menyalakan lampu.
Mereka menunggu memandangkan lif itu sedang berada di tingkat 2 iaitu dimana bilik mesyuarat berada. Bilik mesyuarat terletak sama blok dengan pejabat iaitu di blok A.
Pasti ada pengawas lain yang menggunakan lif yang sama.
Sedang mereka menunggu , tiba-tiba satu suara menjerit kuat memanggil mereka.
"A3NS'S! Stop there!" Jerit manusia itu.
A3NS'S melihat pantulan pada pintu lif.
Muka malas terpapar diwajah Lya dan Syu. Zera , Aina dan Rin menghembus nafas rimas dengan perkara yang mereka tahu bakal berlaku jika mereka layan manusia-manusia di belakang.
Qeyla pula terdiam dengan mulutnya sedikit terbuka.
"Abaikan" sepatah kata Ria yang masih tegak berdiri menghadap pintu lif.
"Hmm buat tak tahu aje. Semak betul pagi-pagi layan manusia macam ni. Aku dahlah tengah lapar , aku telan karang." Seloroh Aina mengusap perutnya dengan mulut memuncung.
A3NS'S menjulingkan bola mata ke atas. Tidak habis lagi si Aina ini dengan laparnya.
Tadi Mr Daus beri kebenaran pergi kantin , dia yang tak mahu. Tahanlah lapar tu.
Manusia-manusia dibelakang mereka diabaikan bagai tidak wujud saja di situ.
Ting!
"Please enter this elevator carefully"
"Baik!" Ramah Zera , Lya dan Aina menjawab sistem suara lif.
Lantai lif dipijak.
"Hei! Pekak ke?!" Jerit manusia yang menjadi penonton tidak berbayar bagi setiap pergerakan A3NS'S pada ketika itu.
"Haah." Rin dan Syu menjawab serentak.
Tepat pada itu juga pintu lif tertutup rapat.
"Eish! Selamba badak diorang aje kan hirau kita macam tu?! Tak guna!"
"Diorang ada bela badak ke?"
"Diamlah kau!"
'TING!
A3NS'S terus menapak keluar dari pintu lif dan melangkah ke arah bilik mesyuarat.
Aina memegang palang pintu bilik itu yang berwarna emas lalu ditolak.
Angin sejuk dari penghawa dingin bilik itu menampar lembut permukaan tangan dan muka mereka.
Perhatian guru-guru di situ tertumpu ke arah mereka termasuklah Mr Daus. Lelaki itu memandang mereka dengan senyuman.
"Assalamualaikum" serentak A3NS'S memberi salam kerana memang itu adabnya di dalam sekolah ini.
"Waalaikumussalam. A3NS'S , masuk." Arah Mr Daus lembut menjawab salam si tujuh gadis ini.
A3NS'S mengangguk seraya itu mereka terus menutup pintu dan berjalan ke arah sebuah pintu elektronik yang diperbuat dari kaca.
Ibarat pintu di pusat membeli belah , yang berbeza hanya kerana pintu ini menghalang bunyi dari menembusi dari satu bilik ke bilik yang lain.
Pintu itu terbuka dengan sendirinya lalu terpampanglah sebuah lagi bilik mesyuarat yang sememangnya disediakan bagi pelajar Wolfin Private.
Bilik ini baru ditambah beberapa tahun lepas memandangkan ruangan tidak mencukupi sekiranya ada mesyuarat yang menggabungkan guru-guru dan pengawas atau pelajar tertentu.
Susun atur kedua-dua bilik yang terpisah ini sama saja. Setiap tempat duduk mempunyai mikrofon di atas meja sekiranya ada yang ingin menyuarakan pendapat atau bertanya sewaktu mesyuarat berlangsung.
Di bilik mesyuarat guru , terdapat sebuah kamera kecil yang disambungkan ke sebuah televisyen bersaiz 40 inci di bilik mesyuarat pelajar agar mereka turut dapat mendengar dan melihat segala perbincangan yang berlaku tanpa tercicir.
A3NS'S mengambil tempat.
"Jadi , macam mana? Suka kan dapat pertolongan istimewa dari budak sekolah lain?" Soal seorang pengawas dengan nama 'Luna' yang tertera pada tag namanya.
Sengaja dia tekankan perkataan 'istimewa' , kononnya mahu memerli A3NS'S.
Tangannya disilangkan dengan pandangan sombong yang dilempar pada A3NS'S.
"Belum tahu lagi sebab belum jumpa dengan 'diorang'. Nanti kalau seronok , kitaorang bagitahu eh? Jangan cemburu pula waktu tu." Qeyla menjawab selamba.
Lalu dari bawah meja dia melakukan high-five dengan Zera dan Lya di kiri dan kanannya.
Luna membuat muka jelik. Kemudian senyum sinis diukir.
"Whatever. Satu ajelah pesan I , jangan nak menggatal pula kalau pelajar-pelajar tu lelaki. Korang tu tak layak pun nak berpasangan-pasangan dekat sekolah macam ni. Taste korang ni biasanya tahap-tahap SMK tu aje , bukan tahap-tahap international macam sekolah ni mahupun sekolah lain. Tolong sedar diri."
A3NS'S berbalas pandangan sebelum ketawa mereka terhambur. Ria diam tanpa tawa dan kata membiarkan A3NS'S terhibur dengan 'permainan' kecil ini.
"Lawaklah you ni Tuna." Kata Syu dengan tawa yang bersungguh.
"Damn , Tuna....." tambah Lya membuatkan muka Luna menjadi merah.
Hampir semua yang berada dalam bilik itu mengeluarkan tawa kecil. Lupa sebentar dengan perasaan tidak suka mereka pada A3NS'S.
"It's Luna!"
"Apa-apalah Tuna. Tak kesahlah SMK ke internasional ke apa ke. Semua pun manusia juga. Ada ke kalau kitaorang masukkan kau yang internasional ni ke SMK , tiba-tiba kau berubah jadi babun?" Soal Qeyla dengan tawa yang masih tersisa. Perkataan 'internasional' sengaja ditekan buat menambah marah si ikan Tuna dihadapan mereka.
Tidak dapat disambung , 'gurauan' antara Luna dan A3NS'S terhenti ketika pintu automatik terbuka.
Mereka memandang figura-figura yang masuk walaupun tawa masih tersisa.
The Lovies...
6 orang gadis yang merupakan anak kepada VIP sekolah. Apa-apa yang mereka mahu perlu dituruti oleh semua orang atau jika tidak mereka akan menggunakan kuasa veto ibu bapa mereka sebagai ugutan.
Tetapi kebiasaanya orang akan menuruti mereka dengan keterpaksaan , bukan kerelaan. Tipu jika dikata pelajar sekolah ini tidak takut ketika tidak menuruti kehendak The Lovies. Bila-bila masa saja mereka boleh dibuang dari sekolah ini hanya kerana tidak menuruti kata-kata 6 gadis itu.
Kecuali A3NS'S yang langsung tidak kisah dengan semua 'kuasa' yang ada pada The Lovies. Kerana itulah sehingga kini The Lovies marah dengan A3NS'S dan pasti ada saja yang mereka mahu mencari salah pada A3NS'S.
"Korang ketawakan kitaorang ke?" Sampuk salah seorang dari mereka yang bernama Elrin.
Ahli The Lovies yang lain semuanya memeluk tubuh.
"Eh kau ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kata kitaorang ketawakan kau? Nak perhatian ke , nyah?" Zera membalas dengan penuh emosi. Bukan marah tetapi seumpama sedang terkejut.
"Ehem. Memandangkan semua sudah ada , mari kita mulakan mesyuarat ini. Sila hidupkan mikrofon ya sekiranya kamu ingin berikan pendapat atau tanyakan soalan."
Suara Mr Daus bergema di bilik mesyuarat guru dan pelajar.
Gambar yang direkodkan dari bilik mesyuarat guru terpapar pada skrin televisyen bilik mesyuarat pelajar.
The Lovies mengambil tempat mereka dengan penuh gaya. Sesiapa yang memandang mereka dijeling dengan tajam.
A3NS'S kembali serius apabila mesyuarat itu bermula. Banyak soalan berada di benak mereka masa ini. Hanya tunggu masa untuk diajukan.
Mereka tidak tahu mahu suka atau tidak selagi mana mereka tidak mengetahui secara teliti tentang perkara ini.
"Bismillah. Baik , seperti yang saya maklumkan di perhimpunan rasmi kita tadi. Saya telah mengambil seramai enam orang pelajar lelaki dari Emerald International untuk ditransfer ke sekolah kita bagi membantu A3NS'S dalam menjaga keamanan dan mengawal rekod disiplin Wolfin Private. InsyaAllah tanpa sebarang rintangan , esok mereka semua akan tiba di sekolah ini. Ada sebarang soalan?"
Baru Qeyla mahu menekan butang mikrofonnya tiba-tiba salah seorang pengawas telah menekannya terlebih dahulu.
"Jadi , pelajar yang akan masuk itu semuanya lelaki , Mr Daus?" Pengawas lelaki berbangsa Cina mengemukakan soalannya.
A3NS'S masih teguh memandang skrin televisyen menunggu jawapan.
Mr Daus kelihatan tersenyum seraya mengangguk.
"Ya , Silver. Keenam-enam mereka , semuanya lelaki kerana jika saya ambil perempuan , silap-silap jadi seperti pelajar sekolah kita inilah. Habis pelajar-pelajar itu semuanya dihasut untuk bersangka buruk pada A3NS'S. Betul , Silver?"
Pengawas-pengawas perempuan di dalam bilik ini sudah mula melarikan anak ke sana dan kemari kerana terasa akan ayat pedas Mr Daus.
Silver dengan yakinnya mengangguk.
"Betul , Mr Daus. Terima kasih." Ucap Silver dengan bersungguh.
"Sama-sama. Seterusnya?"
"Hanya enam orang aje Mr Daus? Kami bertujuh."
A3NS'S memandang Qeyla dengan pandangan geram.
Ingat ini main pasangan-pasangan ke sampai perlu cukup tujuh? Hello , ini untuk menjalankan tugasan ya.
"Soalan kamu , Qeyla..." Mr Daus melepaskan tawa kecil.
Qeyla tersengih sambil membuat jari peace.
The Lovies menjeling.
"Ya , hanya enam orang saja. Saya berniat untuk mencari lebih dari enam orang tetapi setelah diperiksa oleh pembantu peribadi saya , hanya enam orang saja pelajar yang boleh dipercayai untuk memegang tanggungjawab ini." Mr Daus membalas dengan senyuman.
Pernah juga A3NS'S berfikir , tidak penatkah lelaki itu mengukir senyuman 24 jam? Bagaimana kalau waktu tidur? Masih tersenyum?
Qeyla mengangguk berkali-kali tanda faham.
Lya menyiku Qeyla.
"Ouh ha , terima kasih Mr Daus."
Tanpa membuang masa , Lya membuka mikrofonnya juga.
"Mr Daus. Urm..kita punya sekolah kan dah elok rekod disiplinnya. Kenapa perlu bantuan untuk kawal lagi?"
Sehabis menanyakan soalan , Lya menampar paha Qeyla dari bawah meja.
'Argh malu , aku tak salah tanya kan?!' jerit hati Lya.
Qeyla dan Lya berpandangan.
"Sakitlah. Tahulah paha aku gebu."
"Eeee , hiya. Tak senonohlah kau." Bisik Lya semula.
"Nampaknya soalan ini yang paling kalian tertanya-tanya , betul? Beginilah para guru dan pelajar , saya tiada jawapan spesifik untuk diberi. Tetapi secara jujur saya katakan memang mereka itu semua diambil hanya untuk membantu A3NS'S dalam hal yang saya sebutkan tadi."
"Baik , terima kasih Mr Daus." Ucap Lya tersenyum disebalik pelitup mukanya.
Mesyuarat kekal bersambung dengan pelbagai soalan yang diajukan dari anggota pengawas agar segala tanda tanya mereka terjawab.
A3NS'S masih belum bangun dari duduk mereka walaupun telah dikatakan mesyuarat ini sudah tamat.
Semua ahli pengawas bangun dari kerusi mereka dan menyandang beg masing-masing.
"Hei , dengar eh? Jangan berani nak menggatal dengan pelajar-pelajar baru tu esok. Kalau tak , nahas korang semua." Ujar Luna berbaur ugutan.
Melihatkan reaksi Luna yang geram dengan segala perbicaraan yang berlaku tadi membuatkan A3NS'S tersenyum sinis.
"Kalau kitaorang tak gatal pun , kau pasti ke pelajar-pelajar tu nak dekat ikan Tuna macam kau? Risau nahas aje hidup diorang karang kalau berdamping dengan ikan." Perli Syu selamba.
"Kitaorang tak ingin pun lah dengan pelajar-pelajar tu. Kau ambiklah. Itu pun kalau diorang nak dengan kau lah." Zera menambah rasa geram Luna pada mereka.
Luna mengetap gigi.
"Hoi , sudah. Luna pergi masuk kelas kau sekarang , cukuplah ganggu diorang." Silver yang sedari tadi memerhatikan pertelingkahan itu terus bertindak menjadi benteng.
Mukanya tegas menguruskan situasi itu.
"Bisinglah kau! Ergh , tepi!"
Habis kesemua ahli pengawas yang melihat kejadian kecil itu dirempuh kasar oleh Luna.
Setelah kelibat Luna hilang , mereka turut menapak keluar dari bilik mesyuarat itu. Enggan masuk kelas lambat.
"Silver , thank you." Ucap Aina dan Zera serentak.
"Yeah , thank you." Kali ini Rin dan Lya pula mengucapnya serentak.
Lalu mereka berempat berpandangan.
Sibuk aje nak sebut serentak. Ingat sweet?
Silver ketawa.
"Tak apa , aku tahu korang serabut juga tentang pelajar-pelajar baru tu. Mengejut kan? Tak apa , semua pasti okay , kalau korang nakkan bantuan atau apa-apa boleh panggil aku juga nanti. Aku sedia nak membantu."
A3NS'S mengangguk. Walaupun Silver berbangsa Cina tapi dari segi percakapan bahasa Melayunya yang lancar itu membuatkan A3NS'S kagum.
"Thank you again , Silver!"
Aina , Syu , Lya , Rin , Qeyla dan Zera menarik nafas sedalamnya. Serentak lagi!
Sabar ajelah , nama pun kawan.
Ria bangun dari duduknya terlebih dahulu. Beg sekolah berwarna kelabu disandang.
Melihatkan itu , A3NS'S turut bangun dan menyandang beg mereka.
Mereka mematikan suis lampu dan penghawa dingin lalu menapak mendekati pintu automatik.
Seusai pintu itu terbuka , figura Mr Daus yang masih duduk di meja mesyuarat menarik perhatian A3NS'S.
Mr Daus memandang mereka dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
A3NS'S membalas dengan senyuman kelat lalu menundukkan sedikit kepala ketika melintas di sebelah meja mesyuarat yang diduduki Mr Daus.
"Kamu marah dengan saya ya?"
Soalan itu menghentikan langkah A3NS'S.
Mereka berpaling menghadap wajah tua itu.
"Tak tahu , perasaan kitaorang dan fikiran kitaorang masih bercelaru."
Mr Daus mengangguk faham. Dia tahu ini terlalu mengejutkan buat tujuh orang gadis itu.
"Ambiklah masa kamu , tapi saya nak kamu tahu ini semua demi kebaikan kamu. Maafkan saya kerana buat keputusan macam ni."
A3NS'S mengukir senyuman padanya.
"Kitaorang masuk kelas dulu , Mr Daus."
Mr Daus mengangguk lagi.
"Belajar elok-elok. Semoga berjaya dunia akhirat."
Ayat itulah yang sering Mr Daus ucapkan pada mereka pada setiap kali hari pertama persekolahan.
"Terima kasih."
A3NS'S keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Mr Daus bersendirian.
Pintu ditutup.
"Kita kena berpecah dekat sinilah kan?" Tanya Qeyla memandang A3NS'S dengan kepala yang didongakkan sedikit.
"Ya lah , kelas kau , aku , Lya dengan Ria bangunan lain. Aina , Syu dengan Rin bangunan lain." Jawab Zera bercekak pinggang.
Duduk lama sangat dalam bilik mesyuarat tadi , lenguh pula pinggang dia. Lepas ni kena baringlah setiap kali mesyuarat diadakan baru tak sakit pinggang.
"Hmm , goodluck lah masing-masing." Ujar Aina memegang tangan Qeyla.
"Yeah , jumpa waktu rehat nanti." Lya mengiakan Aina.
"Kalau tak nak?" Syu bertanya sengaja ingin bermain-main. Keningnya terjungkit sebelah.
"Ha duduklah kau sorang-sorang dalam kelas." Balas Lya.
"Ha boleh aje."
"Aku nampak kau turun nanti aku heret kau masuk kelas balik"
"Ada aku kesah?"
Rin menampar dahi sendiri.
"Woi dah lah! Yang kau ni dah kenapa nak cari pasal aje kerja kau hari ni? Aku cubit karang." Bebel Rin. Lengan Syu ditampar sekali dengan geram.
"Dah , go-go , masuk kelas." Halau Zera. Tangannya dikibas menambah lagi gaya halauan itu.
"Pergh , Zera halau. Dah lah , jom Rin , Syu." Aina berjalan di tengah Rin dan Syu sambil tangannya memeluk pada tangan mereka.
Ria melepaskan pandangannya dari tiga orang itu lalu melangkah ke arah yang berlawanan.
"Ria! Tunggu!" Jerit Qeyla mengejar langkah Ria.
Lya dan Zera membuntuti dari belakang.
AINA , RIN & SYU POV
"Kelas aku dekat tingkat tiga bangunan B kan?" Syu menunding ke arah tingkat tiga bangunan B yang berada di sebelah kiri mereka.
Pada ketika ini mereka berada di tengah-tengah dataran yang menjadi jarak bagi setiap bangunan. Ada kalanya , dataran ini menjadi tempat perhimpunan tidak rasmi diadakan.
Di tengah-tengah dataran ini dibina sebuah pancuran air yang hanya akan berlampu pada waktu malam.
Cahaya matahari mula menyinari segenap pelusuk sekolah.
"Haah , tingkat satu dengan dua kelas tingkatan satu." Ujar Rin menyetujui Syu. Dia tahu pun kerana adik dia berada di tingkatan 1 pada tahun ini.
"Aku naik dululah kalau macam tu. Good luck dengan aliran korang. Bye."
Lambaian Syu dibalas oleh Aina dan Rin sebelum pintu lif tertutup.
"Good luck too! Jangan down." Bersungguh Rin memberi semangat.
"Yes!" Tambah Aina mengiakan kata-kata Rin.
Syu ketawa dari jauh melihat Aina dan Rin.
Tanpa membuang masa Aina dan Rin turut berjalan pergi ke bangunan kelas mereka yang tidak begitu jauh dari bangunan B.
"Kelas aku dekat sana. Kelas kau dekat bangunan ni kan? Aku pergi dululah. Kau pun pergilah." Rin menundingkan jari ke arah bangunan F dimana kelasnya terletak.
Bangunan kelasnya dan Aina berdepan saja. Tetapi kelas Aina berada di tingkat satu manakala Rin kelasnya berada di aras paling bawah.
"Yalah , jumpa waktu rehat nanti. Good luck , Rin."
Aina menepuk bahu Rin dua kali.
"Kau pun."
Balas Rin sebelum kedua-dua mereka berpisah ke laluan yang berlainan.
Dalam hati mereka debaran tidak berpenghujung menantikan apa yang bakal mereka pelajari dalam aliran yang mereka dapati.
RIA , LYA , QEYLA & ZERA POV
Mereka tiba dihadapan pintu kelas Ekonomi 1. Kelas bagi aliran ekonomi terbahagi kepada dua iaitu Ekonomi 1 dan Ekonomi 2.
"Oklah , Ria. Kitaorang masuk kelas dulu. Goodluck. Kalau ada orang buli kau bagitahu aku , nanti aku hentam dia sampai lunyai!" bersungguh Zera memberi peringatan.
Lya sudah menepuk dahi. Zera kalau tak bersungguh , memang bukan Zera lah namanya. Mungkin Zebra.
"Bagitahu aku sekali , aku boleh sogok dia guna duit supaya tak kacau kau. Maklumlah aku kan the most richest girl in the world and will be the richest aunty for A3NS'S child! Eheks!" Bicara Qeyla dengan penuh gaya.
Lya jungkit kening pada Ria. Ria hanya memberikan pandangan kosong. Sudah masak dengan perangai kawan kecil mereka yang banyak mulut ini.
Dari dulu Qeyla berangan sebagai makcik terkaya bagi bakal anak-anak A3NS'S. Tapi itulah , berangan. Kalau betul , alhamdulillah. Kalau tak betul? Pergilah menangis dekat bucu katil.
"Eh , bukan Qeyla is the most richest ketot in the world ke?"
Lya memegang bahu Qeyla.
"Itu baru kena!" Setuju Zera dengan sengihan yang menampakkan barisan giginya yang comel.
"Ceh" Qeyla menayangkan muka toya mendengar ungkapan tentang dirinya.
"Sudah , pergi masuk kelas." Ria menilik jam tangannya.
9.45 a.m.
Nak tunggu tiga ketul manusia dihadapan dia ini masuk kelas dengan sendirinya memang mustahil jika sudah mula bergurau-gurau seperti ini.
"Eh haah dah sampai depan kelas. Lupa. Koranglah ni bising" ujar Lya menyalahkan Qeyla dan Zera.
"Eh kau pun sama eh! Ok , bye Ria! Muah!"
Ria hanya membalas flying kiss Zera dengan satu anggukan kecil.
"Bye Kak Ria!" Kata-kata Qeyla turut dibalas dengan cara yang sama.
Tangan mereka bertiga melambai Ria meskipun tahu yang Ria tidak akan membalasnya.
Paling-paling pun Ria hanya akan membalas dengan anggukan kecilnya seperti tadi.
Sementara Lya , Zera dan Qeyla mengimbas kad identiti pelajar mereka pada pengimbas luar pintu kelas , Ria pergi meninggalkan mereka ke kelasnya yang terletak betul-betul bersebelahan mereka.
Kad identiti pelajar yang sedari tadi berada dalam pegangan disentuhkan pada mesin pengimbas.
Tit!
Pintu berwarna medium beige dan berpemegang emas ditolak ke dalam.
Pandangan seisi kelas tertumpu kepadanya.
"Ehem , awak lambat tapi tak apa saya bagi peluang. Terus ambil tempat duduk. " Suara Cikgu Hazlin bergema kerana menggunakan mikrofon yang sememangnya disediakan di dalam setiap kelas di sekolah ini.
Sekiranya tidak menggunakan mikrofon , pelajar tidak dapat mendengar suara guru dihadapan memandangkan susun atur setiap kelas di Wolfin Private High School serupa seperti kelas di Universiti.
Kedudukan meja mereka berperingkat seperti tangga dan setiap kelas mempunyai 60 tempat duduk. Jadi tidak hairan sekiranya ada tempat yang masih dibiarkan kosong biarpun kehadiran kelas pada waktu itu penuh.
Papan putih juga tidak wujud di dalam kelas , yang ada hanya skrin putih dan projektor agar semua dapat melihat dengan jelas apa yang diajarkan oleh guru mereka dihadapan kelas.
Ria memandang sekilas ke arah rakan sekelasnya yang tidak lepas memandang dia sedari tadi.
Hanya dengan sekilas pandang dia dapat mengenal pasti semua wajah-wajah yang berada di dalam kelas itu.
Sudah biasa dia lihat muka-muka itu. Too familiar. Sebilangannya merupakan rakan sekelasnya sewaktu tingkatan 3. Ada seorang yang memakai uniform pengawas berwarna hitam sama sepertinya manakala yang lain berpakaian berwarna putih menandakan yang mereka tidak mempunyai sebarang jawatan.
Ria memijak anak tangga yang telah dibentangi dengan karpet berwarna merah.
Kakinya terus melangkah ke barisan tempat duduk yang masih belum di duduki sesiapa.
Dia lebih suka duduk bersendirian agar mudah untuk dia melakukan sebarang kerja tanpa gangguan dari orang lain.
"Saya kenalkan diri saya sekali lagi memandangkan kawan kamu yang sorang ni baru masuk. Saya Cikgu Hazlin merangkap Cikgu awak bagi subjek Ekonomi dan juga sebagai guru kelas awak. Sebarang masalah boleh berjumpa dengan saya. Faham , Ria?" Mesra Cikgu Hazlin memperkenalkan dirinya.
Ria menganggukkan kepala.
Dia terasa seperti masih ada mata yang memandangnya.
Terus mata helangnya memandang tepat ke arah individu yang sedang menumpukan mata kepada dia.
Aila Amira.
Seorang gadis yang boleh dikatakan terkenal dalam batch mereka dengan kumpulannya yang dianggap diva. Ada yang kata kumpulan Aila Amira itu sama saja seperti The Lovies namun Ria tidak percaya selagi mana dia belum mengenali mereka dengan sendiri.
Rasa tergugat dengan pandangan helang dari Ria yang betul-betul menikam anak matanya , Aila terus melarikan pandangan.
"Memandangkan ini hari pertama , saya tak nak ajar dulu. Jom kita berkenalan! Ha , saya tahu masih ada yang belum kenal satu sama lain kan? Ok , mula dari bawah."
Posisi badan Ria tegak sepanjang sesi berkenalan.
Sehingga tiba giliran dia. Semua mata kembali memandang ke arahnya.
Ria berdiri.
"Saya Edria. Just call me Ria."
Semua memandang Ria dengan pandangan tidak percaya. Biar betul? Itu saja? Mereka bukan main sebut hobi dan kepakaran mereka , tapi Ria hanya menyebutkan nama.
"Baik , mari kita teruskan ke pemilihan ketua dan penolong" sambung Cikgu Hazlin memandangkan semua pelajar telah memperkenalkan diri.
Mata Ria tidak duduk diam memerhati setiap manusia yang berada di dalam kelas itu. Dari segi gaya duduk , posisi tangan dan setiap perkara yang ada pada seseorang itu dilihatnya tanpa disedari sesiapa.
Kaca mata dibetulkan lalu fokusnya tertumpu pada sesi pemilihan ketua kelas dan penolong.
"Not bad , we will see how it's going to be." Bisik Ria sendirian.
WOLFIN PRIVATE dipenuhi dengan suara hingar-bingar pelajar memandangkan ianya waktu rehat.
Setiap bangunan dan kawasan dipenuhi pelajar dengan pelbagai warna uniform yang berlainan.
Sekolah elit itu kelihatan kembali meriah seperti dua tahun lepas sebelum PKP diadakan.
"Argh! Rindunya vibe macam ni!" Jerit Zera menarik perhatian pelajar yang berada disekitar mereka.
Tangannya didepakan.
A3NS'S dalam perjalanan mereka hendak ke kafe di mana tempat Rin , Aina dan Zera 'pecah masuk' pagi tadi.
"Woi , perlahanlah sikit suara tu Zera." Tegur Rin menutup mulut Zera.
Pakai pelitup muka tapi pelitup mukanya sudah berada di dagu. Bernafas ikut dagu agaknya budak ni.
Pelajar disekeliling kembali menghiraukan mereka setelah memberi jelingan tajam kononnya jeritan Zera tadi menganggu.
Zera ketawa.
"Sorry but I can't control it! Aku dah lama tak tengok suasana sekolah macam ni kau tahu?! Hampir setahun! Bukan hampir! Tapi memang dah setahun!"
A3NS'S menepuk dahi.
Lagi dilarang lagi kuat dia jerit. Ada juga yang kena selotape mulut ni karang.
"Zera , behave." tegur Ria mendatar.
"Oops , baik. Maaf-maaf." Zera segera menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.
"Awak-awak semua bawa kad tak? Karang ada yang kena beli makanan dekat kantin sorang-sorang pulak." Syu memandang A3NS'S dengan sengihan yang tidak dapat diketahui apa maksudnya.
"Bawa , mana boleh lupa hal-hal makanan. Makan ialah keperluan , tak makan nanti K.O" Aina menayangkan kad kantinnya bersama falsafah percuma.
"Ceh , cakap ajelah yang kau tu lapar sebab tak makan dari pagi." Jujur Qeyla faham dengan ayat kiasan Aina.
Tipulah kalau kata dia tak faham , dia pun selalu macam tu juga.
Aina tersengih. Ala Qeyla ni , buat kantoi aje.
"Zera , Aina. Korang rasa Kak Ari merajuk lagi ke dengan kita?"
Soalan Rin menarik perhatian A3NS'S selain Aina dan Zera yang terlibat.
"Merajuk?" Lya kelihatan tidak memahami situasi.
"Iya , pagi tadi Zera tertampar Kak Ari."
"What the-?!" Serentak Qeyla , Syu dan Lya terperanjat.
Ini bukan biasa , malah terlalu luar biasa bagi mereka.
"Kuat sangat ke Zera tertampar Kak Ari?" Tanya Lya lagi.
Rin membesarkan biji mata.
"Kuatlah! Kau tahu ajelah dia ni kalau dah terkejut macam mana. Habis merah pipi Kak Ari." Bersungguh Rin membongkar cerita.
Aina mengangguk tanpa henti serupa burung belatuk.
"Tak adalah teruk pun merahnya tu. Cuma..." Zera menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Cuma....?" Sambung Syu dimana Zera berhenti.
Qeyla dan Lya turut ternanti-nanti apa yang bakal keluar dari mulut Zera.
Ria hanya mendengar perbualan A3NS'S tanpa masuk campur.
"Merah dekat pipi Kak Ari tu ikut bentuk tapak tangan Zera." Sambung Aina menyambung lebihan cerita.
"Tch , lebih kurang macam tu lah.." Zera berdecit.
"Bukan lebih kurang , tapi memang macam tu." Bidas Rin.
"Ayo-"
"Woah! Kenapa kau tak bagi tanda tangan sekali , wey? Special from Azra Erzwani!" Ketawa Lya terhibur dengan cerita itu atau mungkin terhibur dengan ayatnya sendiri
A3NS'S terdiam memandang ke arah Lya yang terhibur secara tiba-tiba.
Betul ke tidak si Lya ni?
"Kau nak kitaorang gelak sekali ke?"
Lya serta merta berhenti ketawa mendengar soalan Syu.
"Eh taklah , aku expect korang nak menangis tadi." balas Lya , geram. Kaki terus laju mengejar langkah Ria meninggalkan A3NS'S. Menyampah bila lawaknya tidak disokong.
Sesampainya mereka di taman bunga , bangunan kafe yang bercat putih dan hitam pun terpampang menyapa pandangan.
Kafe merupakan tempat kesukaan A3NS'S kerana ianya berada di tengah-tengah taman bunga yang segar. Lebih lagi kafe itu menggunakan penghawa dingin dengan suhu yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan membuatkan mereka berangan seperti berada di luar negara.
Bangunan kafe dibina empat tingkat. Dua tingkat dari bawah dipanggil sebagai kantin. Kantin hanya digunakan bagi pelajar yang tidak membawa kad kantin mereka , jadi mereka perlu bayar dengan kaedah tunai atau cash. Dua tingkat di atas kantin pula ialah kafe , kafe menggunakan kaedah kad kantin yang fungsinya tidak kurang seperti kad kredit jika ingin membuat pembayaran.
Selain kaedah pembayaran , menu makanan di kantin juga sudah siap tersedia jadinya murid hanya boleh membeli makanan yang disediakan. Tetapi jika di kafe , mereka boleh membuat pesanan pelbagai jenis makanan dan minuman yang mereka mahu.
Kelihatan ramai pelajar keluar masuk dari kantin berbanding kafe.
Ini tak lain tak bukan , mereka tertinggal kad kantin. Biasalah , hari pertama sekolah terus lupa segala barang keperluan untuk digunakan di dalam sekolah.
A3NS'S berjalan mengikut laluan yang telah disediakan. Sambil berjalan sambil menghirup bau-bauan bunga.
Setiap bunga di taman bunga ini dijaga rapi oleh tukang kebun sekolah. Mr Daus memang tak salah pilih pekebun memandangkan mereka pandai menanam bunga dengan susunan yang cantik mengikut jenis dan warna.
Di sebelah kiri taman bunga terletaknya padang dan di sebelah kanan ialah dewan renang.
Di hujung taman bunga dan bersebelahan dewan renang pula ada tangki air. Juga salah satu tempat yang A3NS'S suka panjat mengambil angin dari atasnya.
Cuma bila sudah naik memang mereka tak pandang bawah , pandang langit sajalah. Maklumlah , kalau pandang bawah risau ada pula yang menangis takut nak turun ibarat kucing yang tahu panjat pokok tapi tak tahu nak turun.
A3NS'S masuk ke dalam kantin lalu tangga yang disediakan di dalam kantin itu digunakan untuk naik ke kafe.
Semua meja kelihatan penuh namun mata A3NS'S tetap berjaya menjumpai sebuah meja kosong yang berada di tepi tingkap.
"Hai , lama tak jumpa korang. Sekejap aje korang dah masuk tingkatan 4 kan?" Sapa Kak Ari mesra bersama sebuah ipad di tangannya untuk mengambil pesanan.
Ipad itu disediakan pihak sekolah untuk memudahkan pekerja di kafe.
Aina berkerut kening.
"Bukan kita ada jumpa ke pagi tadi yang Zera tertampar Kak Ari tu?" Polos Aina bertanya.
Kak Ari menutup matanya dengan bibir yang diketap.
"Iya Aina kusayang. Janganlah sebut balik , akak tengah nak lupakan kau tahu? Karang kalau akak ingat , silap-silap korang bertiga ni hilang dari muka bumi nanti." Geram Kak Ari menuturkan kata.
Senyumnya saja sudah cukup menampakkan tahap kegeramannya.
"Cheese macaronni dan kopi panas , kurang gula." Potong Ria memberi pesanan dengan nada mendatar.
Zera , Rin dan Aina menghembus nafas lega. Nasib baik Ria buka mulut , kalau tidak. Matilah mereka bertiga kena ancam dengan Kak Ari.
Kak Ari memandang Ria. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya , sikap Ria masih sama.
Begitu juga A3NS'S masih sama sengetnya seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Ouh , Ria. Ada menu kopi baru. Kau nak cuba? Akak bagi percuma untuk yang tu , itupun kalau kau naklah."
Ria kelihatan tertarik dengan menu kopi baru yang disebutkan Kak Ari.
"Kopi baru? Kopi apa tu? Qeyla nak juga." Selit Qeyla yang duduk dihadapan Ria. Kenalah menyibuk , dia pun suka kopi juga.
"Espresso. Tapi akak tak rasa kau nak sebab Espresso ni rasa dia lain. Ria mungkin boleh terima , kau akak tak berani jamin." Jujur Kak Ari.
Bukan dia tidak tahu , Qeyla ni pun sukakan kopi tapi lebih kepada kopi seperti Mocha dan Latte yang ada campuran susu.
"Ouh , tapi bolehlah kak. Qeyla nak cuba dulu mana tahu kena dengan tekak. Percuma pula tu." Seloroh Qeyla tersengih seperti kerang busuk.
"Saya nak juga , jimat sikit duit dalam kad ni. Ehek!" Pinta Lya tersengih.
"Apa kata korang cuba dari Qeyla punya dulu. Akak tak nak nanti membazir. Akak pun tak boleh terima rasa Espresso tu. I don't like it." Ujar Kak Ari.
"Kalau tak sedap kenapa pelawa?"
Kak Ari memandang Aina.
"Eh , akak pelawa Ria. Korang tu yang menyibuk. Jadi Ria? Nak?"
Ria memandang Kak Ari seraya mengangguk.
"Kak , nak nasi goreng dengan telur macam biasa." Minta Syu selamba kerana itu menu yang biasa dia makan.
"Telur masak ke telur mentah?" Main-main Kak Ari menyoal.
Syu tersenyum pasrah dengan soalan itu.
"Dua-dua tak nak. Nak kulit telur aje." Jawab Syu juga main-main. Nak main-main sangatkan?
"Rin nak macam Ria lah. Macam sedap. Air pulak bagi jus oren." Kata Rin mengetuk-ngetuk meja menggunakan jari.
Kak Ari mengangguk.
"Zera pun nak macam Ria. Air teh ais limau."
Sekali lagi Kak Ari mengangguk.
"Lya nak mee goreng letak ayam banyak sikit tau Kak Ari dengan ice chocolate."
"Mee goreng letak ayam...Anak ayam ke bapak ayam?" Ulang Kak Ari berserta soalan.
Lya kelihatan berfikir.
"Erm , bagi makcik ayam."
"Ok , Aina?"
Aina menongkat dagu dengan sebelah tangan sambil memandang Kak Ari.
"Nak Kak Ari lah." Tersenyum Aina konon mahu bergurau.
"Sebelum kau tergantung dekat siling ni baik kau cakap betul-betul." Ugut Kak Ari buat Aina mencebik.
"Gurau-gurau. Aina nak sama macam Ria , Rin dengan Zera. Air bagi air masak aje."
"Ok , itu aje eh? Tunggu sekejap."
A3NS'S mengangguk.
Setelah Kak Ari masuk ke dapur baru Qeyla teringat sesuatu.
"Eh , aku tak pesan lagi! Aku baru pesan air."
"Aduhai..."
A3NS'S menepuk dahi. Boleh bengkak dahi mereka dalam satu hari ini.
Share this novel