'SLRP!'
Kotak susu Dutch Lady berperisa asli disedut sehingga kemik.
Mata mereka saling berbalas pandangan , tidak berkelip. Seorang memegang roti gardenia , seorang memegang susu kotak dan seorang lagi sibuk memusingkan kunci kereta di atas meja.
Bunyi kicauan burung menghiasi suasana sepi diantara mereka.
PAP!
"Haish , aku tak ada topiklah nak berbual dengan korang. Dahlah bertiga aje." Zera a.k.a Azra Erzwani menjatuhkan kepala di atas meja kafe setelah sakit tangan menampar meja.
Kalau dia tahu meja itu keras , memang dia tak tampar tadi.
Rin a.k.a Nurin Imariana mengukir senyum senget.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa , otak aku blank sebab dah dekat setahun kita tak jumpa. Tahun lepas pun banyak cuti sebab Covid"
Mengenangkan tahun lepas di mana mereka berada di tingkatan 3 , sangat menyakitkan. Terasa seolah mereka tidak melalui langsung umur 15 tahun itu. Melayang semuanya termasuklah ilmu yang sepatutnya mereka belajar.
Tup tup , sudah masuk tingkatan 4. Apakah?
"Dahlah weh , jangan sebut pasal tahun lepas tu. Aku sakit hati dengar , borak pasal lain lah. Cakap je pasal apa-apa asalkan bukan pasal tahun lepas."
Aina a.k.a Aina Elrayna mula membuka mulut. Kunci ditangannya disimpan ke dalam poket blazzer. Dia main kunci itu pun sebab nak hilangkan rasa janggal saja memandang Zera dan Rin ikut diamkan diri.
"Eh , kau ingat kau sorang sakit hati? Aku pun sama eh! Satu apa pun tak masuk dalam otak aku tau , asyik cuti lepastu sekolah balik and then sambung balik cuti. Kau rasa ilmu aku boleh masuk kalau sekolah on off macam tu?" Bidas Zera. Dengan nada percakapannya yang agak hyper itu terus menaikkan semangat Aina dan Rin untuk kembali berbual seperti dulu.
"Kan? Otak aku macam jatuh , bila aku nak kutip balik...Lah , hilang otak tu" Rin melakonkan aksi seolah olah otaknya jatuh.
Aina yang duduk dihadapan Zera dan Rin sudah menutup muka dengan telapak tangan. Inilah Zera , lagi disuruh berhenti lagi itulah dia buat. Rin pula jadi pemanjang topik , memang tak berkesudahan lah jawabnya.
"Hiyaa...Dah lah jangan cakap pasal topik tahun lepas. Aku dahlah tengah shaking sebab tak tahu nanti dapat aliran apa." Rungut Aina menepuk nepuk meja dengan perlahan agar Zera dan Rin berhenti menyebutkan topik itu.
"Ish kau pun satulah , aku dah tak ingat dah pasal penentuan aliran tu. Ni kau pergi sebut balik , dengan aku sekali ikut shaking." Rin menggenggam kedua tangannya ke dada.
Terus tidak tenang duduk mereka selepas teringat semula tentang penentuan aliran yang akan diumumkan sewaktu perhimpunan sebentar lagi.
"Sebab tulah aku suruh berhenti cakap pasal tu. Lepastu nak marah aku balik kan , macam ni eh bila ka-"
"Okay dah , cukup. Tolonglah jangan bergaduh waktu first day sekolah ni , aku nak memulakan hari aku dengan aman. Okay? Pasal penentuan aliran tu kita doalah yang baik-baik. Minta- minta tak jatuh ke aliran yang teruk." Zera kembali lesu , bibirnya mula memuncung.
Risau juga dia , kalau masuk aliran yang risikonya rendah untuk menjamin masa depan pasti kena bebel bila balik rumah nanti.
"Hmm , tutup kes tu. Sekarang nak borak pasal apa pula?" Soal Rin lalu menggigit roti gardenia coklatnya dengan gigitan kecil.
Aina memandang Zera dan Rin silih berganti.
"Cakap je pasal apa-apa , pasal percutian korang ke apa." Selamba Aina menuturkan kata.
Kakinya dibawah meja digoyang goyangkan.
KRING!
Sedang leka mereka memikirkan topik untuk berbual , tiba-tiba bunyi loceng yang tergantung di pintu Cafe menghentikan lamunan mereka.
Kalau bunyi loceng , semestinya ada orang masuk. Nak kata ada orang keluar dari kafe? Memang tidaklah , hanya mereka bertiga saja yang ada di sini.
Nak diikutkan peraturan sebenar , murid tidak dibenarkan masuk ke kafe atau kantin sewaktu pagi melainkan waktu rehat.
Tapi peraturan itu tidak berhasil pada A3NS'S. Maklumlah , pemilik kafe ini akrab dengan mereka , jadi alang- alang itu , mereka pun selalulah 'pecah masuk' kafe pada waktu yang tidak sepatutnya memandangkan makanan di kafe ini terlalu memikat.
Mereka kembali berpandangan.
Rin menjungkit kening ke arah Aina. Melihat kening Rin yang terjungkit , Aina terus membalas dengan menjungkit bahu. Tanda tidak tahu.
Rin memandang Zera pula.
"Kejap aku check" ujar Zera perlahan.
Kerusi yang di dudukinya diangkat perlahan-lahan ke belakang supaya dia dapat berdiri tanpa sebarang bunyi.
"Hati-hati , Zera. Risau ada wuuu.." bisik Aina dengan bunyi hantu yang sengaja dibuat-buat.
"Mana ada hantu pagi-pagi buta macam ni" Bidas Rin mengunyah roti di dalam mulutnya.
"Haih , shh!" Tempik Zera dengan jari yang diletakkan di bibir menyuruh dua orang itu senyap.
Satu demi satu langkah dibuka mendekati dinding yang memisahkan tempat duduk mereka dengan bahagian hadapan kafe.
Tempat yang mereka duduk ini merupakan tempat untuk pemilik kantin duduk makan. Jadi memang tertutup dan sukar dilihat sesiapa.
Semakin dekat Zera dengan dinding itu , semakin laju jantung mereka berdegup.
Zera menyandarkan belakang badan pada dinding. Kalau dilihat , memang serupa orang tengah menyembunyikan diri sewaktu mengintip.
Perlahan lahan dia memusingkan badan dan mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat gerangan lain yang berada di dalam kafe selain mereka bertiga.
"Aik , tak ada siapa pun?" Terus tegak badan Zera dari membongkok.
Dahinya jelas berkerut kerana pelik apabila tiada sesiapa di dalam kafe seperti yang mereka anggarkan tadi.
Kedua tangannya diangkat paras bahu seperti orang yang tertanya tanya.
"Aik? Habis tadi bunyi loceng tu?" Aina turut berkerut.
"Angin kot , mana tahu ada tingkap yang terbuka sebab lupa tutup ke apa" dalih Rin cuba menyedapkan hati
Walau apapun kerutan di dahi dia tetap tak boleh menipu yang dia turut merasa pelik dan seram sejuk.
"Erm boleh jadi juga. Biasalah , Kak Ari kan pelupa"
"BAAA!"
"ARGH!"
PANG!
"MANALAH budak kecik ni. Dia sampai nanti , tengoklah aku penyet dia sampai jadi kecik macam semut."
Duit bernilai RM 10 disimpan ke dalam dompet duitnya yang bercampur-campur warna dan corak.
"Jangan weh , dia dah kecik tu pun kita tak nampak. Inikan lagi kecik macam semut , risau terpijak nanti terus arwah member"
Lya a.k.a Alya Mayfira membuat gaya seakan sedang memicit pelipis kepala.
Tak dapat dibayangkan kalau kawan mereka yang terkecil diantara semua ahli A3NS'S itu menjadi sekecil semut. Ghisau.
"Lepas tu nanti kalau dia nak jadi besar balik , kena ada Tuan Putera cium dia dulu." Syu a.k.a Nur Syuhaidra melepaskan tawanya.
Biasalah , pagi-pagi subuh ni memang otak mula berkembang. Maka keluarlah segala idea kayangan semacam itu.
"Tak , aku tak rasa patut suruh Tuan Putera cium dia." Lya memandang Syu dengan pandangan tidak setuju.
Syu memandang Lya 3 saat sebelum memahami apa yang ingin disampaikan Lya.
Ketawa Syu makin kuat terhambur.
"Ouh , tak boleh tak boleh. Nanti dia makin suka pula. Qeyla tu bukan boleh , buaya darat tersohor"
Tit!
Lya dan Syu memandang ke arah pintu automatik berwarna hitam lutsinar yang kini terbuka untuk memberi laluan pada sebuah kereta Axia putih memandu masuk.
Tawa mereka yang masih tersisa bersama muka yang jelas kelihatan sedang ketawa terus ditukar menjadi muka serius.
"Jangan senyum , buat-buat garang." Arah Syu dengan niat untuk memperkenakan Qeyla.
Siapa suruh dia lambat? Janji melayu betul!
"Tangan kau janganlah tampar- tampar aku , nanti dia tahu kita buat buat garang" halang Lya yang juga ingin menjayakan 'kerja nakal' mereka itu dengan baik.
"Shh!" Syu menampar sekali lagi tangan Lya dan itu tamparan terakhir sebelum Lya memejam matanya menahan sabar.
Semudah itu saja Syu meng'shh kan Lya?
Tersangatlah kurang asam.
Orang yang mereka nanti-nantikan akhirnya turun dari kereta seperti seorang artis yang popular dan dikelilingi kamera.
"Argh! Syu! Lya! I miss you!" Jeritnya lantang.
Badan kecilnya terlompat-lompat perlahan.
"Eh jap-jap , aku kunci kereta"
Punat 'lock' pada kunci keretanya ditekan sekali.
Lalu tanpa sebarang tanda , dia terus berlari ke arah Syu dan Lya yang berada tidak lebih 15 langkah darinya.
Serasa ada lagu hindustan yang dimainkan.
"Stop!" Halang Lya mengangkat sebelah tangannya ke arah Qeyla a.k.a Arqeyla Delisha.
Nasib baik saja Qeyla sempat berhenti , kalau tidak pasti sudah diciumnya telapak tangan Lya yang merah itu.
Muka mereka berdua masih dikekalkan serius.
Qeyla terdiam dengan mulut yang sedikit terbuka. Kepalanya terdongak sedikit memandangkan Syu dan Lya jauh lebih tinggi berbanding dia.
"Kenapa? Ouh! Aku lupa pakai topeng muka eh? Kejap aku pakai. 1 minit"
Qeyla segera menyerluk poket blazzernya mencari topeng muka.
"Bukan" pangkah Syu.
"Hah , habis tu?"
"Kau tahu dah berapa lama kitaorang tunggu kau dekat sini?" Serius Syu mengajukan soalan.
Qeyla terdiam lagi.
"Erm , adalah dalam 5 atau 6 minit macam tu. Alah janganlah marah Lya , Syu." Ujar Qeyla mencebik sedikit bibirnya.
Lalu disambungnya lagi ujarannya apabila Lya dan Syu langsung tak memberikan sebarang reaksi.
"Kau kena faham , aku ni sibuk nak buat macam-macam benda. Maklumlah aku kan bakal CEO Megah Holding. Sampai pening kepala aku setiap hari nak fikirkan cara untuk majukan syarikat tu nanti tau. Nanti kalau bankrup , aku nak makan apa?"
"Dahlah , tinggal ajelah dia ni wey. Jom" Lya menarik tangan Syu. Malas mahu mendengar puitis dramatik seorang Qeyla.
"Aaaa tunggu!"
Qeyla pantas berlari mengejar langkah Syu dan Lya.
Tahulah kaki panjang , berprihatin lah sedikit pada dia yang berkaki comel ini.
Tit!
Pintu automatik terbuka apabila telah mengesan bahawa mereka bertiga sudah mendekati pintu untuk keluar dari garaj istimewa mereka itu.
Garaj ini disediakan hanya buat kegunaan A3NS'S. Segala sistem yang ada di dalam garaj itu hanya dapat mengesan cap jari , IC dan akses badan milik A3NS'S dan Qeyla semata-mata.
Secara tak langsung , garaj ini juga menjadi salah satu punca pelajar dan warga sekolah itu semakin membenci mereka.
Benci?
Ya , apa yang dilihat tak sama seperti yang disangkakan. Apabila Pengetua sekolah itu menyayangi mereka umpama cucu sendiri , malah orang di sekeliling pula sebaliknya.
Namun segalanya diabaikan , yang penting hubungan persahabatan mereka tidak 'disentuh' oleh mereka yang tidak berhati perut itu.
TUALA kecil yang terbungkus air batu di dalamnya perlahan-lahan dilekapkan ke pipi wanita yang sedang duduk di bangku hadapannya itu.
Pandangan perempuan itu langsung tidak memandang ke arahnya.
"Kak Ari , sakit lagi ke?"
Rin mengintai wajah Kak Ari yang langsung tidak memandang ke arah mereka.
Merajuk ke?
"Kak Ari..." Mendayu Zera menyebut nama itu. Bibirnya mencebik , kesal dengan diri sendiri.
"Hmm."
"Janganlah marah lagi , Zera tak sengaja. Zera terkejut sangat , Kak Ari pun satu juga , yang pergi terjah Zera tu kenapa? Kan Zera dah terlempang. Minta maaflah , Kak Ari."
"Sempat lagi kau nak salahkan aku ya? Aku report pengetua karang baru korang tahu. Baru hari pertama sekolah , dah berani pecah masuk kafe waktu pagi" ugut gadis yang mereka gelari dengan panggilan 'Kak Ari' itu.
Nama sebenarnya Arilana , dia merupakan anak bongsu kepada pemilik kafe ini. Sedari kecil lagi ibu bapanya sudah berkerja di kafe milik keluarga mereka ini. Jika diikutkan , kafe ini sepatutnya berada di luar sekolah namun atas permintaan pemilik sekolah ini yang meminta ibu bapanya berpindah masuk ke dalam sekolah ini dan menjayakan perusahaan kafe mereka , maka di sinilah tempat dia dan keluarganya mencari rezeki.
"Ala , janganlah kak. Nanti kalau pengetua tahu , mesti kitaorang dah tak dapat ceroboh masuk waktu pagi macam ni lagi dah. Lepastu , siapa yang nak teman akak nanti?" Aina memainkan jari telunjuknya di lengan Arilana.
Arilana menjeling.
"Eh , korang tak ada pun aku baik ajelah! Aku kan memang ditakdirkan untuk menjadi seorang gadis yang kesepian"
Aina , Rin dan Zera terus saja membuat mimik muka. Iyalah tu tidak kisah jika mereka tiada. Tapi setiap kali dia tidak cukup tangan untuk membuat kerja , mereka ini jugalah yang dia panggil minta tolong. Macam tidak ada orang lain yang dia nak panggil. Huh!
Mereka bingkas bangun dari duduk. Kerusi ditolak masuk ke bawah meja semula.
"Eh , nak pergi mana?" Hairan Arilana memerhatikan tindak tanduk tiga orang ahli A3NS'S itu.
"Pergi mana-mana aje. Nanti orang nampak kitaorang teman Kak Ari , orang pelik pula. Orang kesepian mana boleh ada peneman."
Rin menarik senyuman segaris.
"Itulah , nanti jadi bahan cerita pula. Okaylah , tata Kak Ari. Jangan lupa termenung jauh-jauh , barulah nampak 100% macam orang kesepian" pesan Zera menepuk bahu Arilana.
Gadis itu terdiam.
"Eh! Janganlah macam ni! Nanti ada benda lain teman akak macam mana?" Arilana lantas berdiri melihat tiga orang itu berlalu pergi meninggalkannya sendirian.
"Alah , akak bacalah doa banyak-banyak. Jangan risau , Allah sentiasa ada bersama hambanya." Ujar Aina selamba sebelum hilang disebalik pintu kafe bersama Zera dan Rin.
Arilana terkebil-kebil sendirian. Apalah nasibnya ditinggalkan di kafe kosong pada waktu pagi yang masih suram suasananya ini.
Tapi itulah , sendiri yang minta. Sabar sajalah Ari..
SELURUH pelusuk Wolfin Private High School yang tersenggam indah di hadapan mata hanya diperhatikan tanpa sebarang kata.
Jam tangan bertali coklat dikerling. 6.15 pagi. Logiklah jika kawasan sekolah masih lenggang. Mungkin ada yang sudah hadir namun tidak ramai.
Telefon berjenama Realme dibawa keluar dari poket blazer lalu aplikasi Whatsapp dibuka.
______________________________________
THE A3NS'S
______________________________________
Alya Mayfirah
Morning guys , korang semua dekat mana?
Aiyna Elrayna
Morning! Aku , Zera dengan Rin baru keluar Kafe. Merajuk dengan Kak Ari. Hehe.
Alya Mayfirah
Datang bilik kerja kita , kitaorang ada dekat sini.
Aiyna Elrayna
Kitaorang?
Alya Mayfirah
Aku , Syu dengan Qeyla. Lupa nak mention nama member , ehek.
______________________________________
Telefon pintar itu kembali dimatikan sebelum disimpan ke dalam poket blazer semula.
Bahaya jika ada guru yang ternampak. Pasti akan kena rampas selama 24 jam.
Kaca mata dibetulkan kedudukannya.
Nafas dihela perlahan lalu kaki mula mengorak langkah masuk ke bangunan sekolah yang berhadapan dengan bangunan tempat letak kenderaan murid.
Setiap laluan yang dilaluinya pasti akan terserempak dengan beberapa orang pelajar bermulut puaka.
"Itu lagi seorang ahli A3NS'S tu. Diorang datang awal mesti sebab nak jumpa Mr Daus lepas tu bodek sesuatu. Tak tahu malu betul"
"Nak minta duit kot. Macamlah you tak tahu , diorang kan semuanya dari golongan miskin. Oops! Terlepas cakap pula."
"Benci I tengok , dengan muka sombong. Perasan!"
Pelbagai lagi kata-kata sinis serta bisikan berbentuk hina didengari. Namun tiada satu pun dihiraukannya.
Manusia-manusia itu langsung tidak dipandangnya. Fokus matanya hanya tertumpu tegak ke jalan yang dilaluinya. Badannya tegak dengan kaki yang melangkah tenang.
Wajahnya disebalik pelitup muka K94 berwarna hitam langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Bukan hanya dia , malah A3NS'S yang lain juga sudah terbiasa dengan segala hinaan dan cacian yang dilemparkan warga sekolah itu tidak kiralah daripada pihak guru mahupun pelajar.
Hari ini telah masuk tahun keempat mereka berhadapan dengan situasi seperti ini.
Langkah demi langkah dibuka , akhirnya dia tiba dihadapan pintu lif yang terletak di blok G iaitu blok yang agak tersembunyi berbanding blok lain. Tersembunyi kerana berada di bahagian paling belakang berbanding blok lain.
Ting!
"Please enter this elevator carefully"
Sistem yang telah di'setkan pada lif itu mula mengeluarkan pesanan sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Tanpa melengahkan masa , dia menapak masuk ke dalam lif dan menekan punat bernombor 3.
Wolfin Private High School hanya mempunyai 3 aras bagi setiap bangunan. Namun ada beberapa bangunan yang mempunyai aras bawah tanah. Kesemua bilik-bilik khas yang tersedia perkakasan berharga berada di bawah tanah.
Ting!
"Have a good day"
Sekali lagi lif itu mengeluarkan bunyi membuatkan si dia menggelengkan kepala perlahan.
Jika A3NS'S ada bersamanya , pasti mereka akan membalas semula ucapan lif yang tidak bernyawa itu.
Keluar saja dari pintu lif , pandangannya terus disapa dua figura yang sedang berebut makanan dihadapan pintu bilik kerja mereka di hujung blok.
"Syu , bagilah."
"Mana boleh , aku dapat dulu. Kau ambiklah roti lain." Syu segera menarik tangannya ke belakang badan bagi menyorokkan sebungkus roti coklat.
Lya pula sampai bercantum keningnya kerana dikerutkan.
"Tak nak , aku nak roti tu." Rungut Lya.
Dia melangkah mendekati mereka. Buat kali yang kedua , dia menggelengkan kepala.
Pagi-pagi lagi sudah bergaduh berebut makanan.
Tiba-tiba figura Rin keluar berdiri di pintu bilik itu dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam poket blazer.
"Korang ni dah kenapa? Banyak lagikan makanan dalam plastik tu? Yang pergi berebut satu bungkus roti tu buat apa?"
"Roti ni se- , Eh Ria!" Lya tidak menghabiskan ayatnya kerana terkejut melihat kelibat Ria yang baru muncul.
"Eh eh Ria! Datang pun kau , aku ingat kau tak datang tadi sebab dah lambat." Rin melihat Ria dari atas ke bawah.
Sudah lama rasanya tidak berjumpa. Bukan sekadar tidak berjumpa , malah di dalam talian pun mereka langsung tidak bermesej dan sebagainya.
Dia , Edria. Bukan jenis yang bergaul bersama mereka di dalam grup Whatsapp. Mereka bukan main menggila di dalam grup , tetapi Ria hanya selesa menjadi CCTV tidak berbayar.
Melainkan jika mesej dihantarkan secara peribadi , barulah dia akan membalasnya.
"Tengok jam." Ujar Ria dua patah dengan nada mendatar. Wajahnya masih sama. Tiada reaksi.
Kasutnya dibuka lalu Rin berganjak memberi laluan kepada Ria untuk masuk ke dalam.
"Tengok jam?" Soal Rin. Blur.
"Baru pukul 6.55 lah makcik! Ria dikira datang awal lah tu" Qeyla menyampuk sambil bermain telefon di sofa yang tersedia di dalam bilik kerja mereka ini. Aina pula dari awal lagi sudah terlentok di atas bahu Qeyla.
"Seriuslah? Aku ingat dah pukul 8.00. Langit dah cerah sangat." Ujar Rin dengan mulut yang sedikit ternganga.
"Kalau pukul 8.00 , kita dah tak ada dekat sini dah Rin." Syu masuk dengan separuh keratan roti di dalam pegangannya.
Sah , Syu dan Lya bahagikan roti itu kepada dua bahagian.
"Sebelum ke dewan , kita jumpa pengetua dulu." Ujar Ria. Dia berdiri di hadapan cermin bagi memastikan penampilannya kemas.
Aina yang tadinya terlelap terus membuka mata. Macam kenal suara ini.
"Weh Ria! Bila kau sampai? Pergh , aku tak perasan weh"
Rin , Qeyla , Syu dan Lya tercengang. Dia boleh tidak perasan?
"Kitaorang sebut nama Ria bukan main kuat tadi , kau boleh kata kau tak perasan? Unbelievable!" Lya masuk dalam keadaan yang sama seperti Syu tadi.
Separuh roti coklat di dalam tangan. Mulutnya turut tidak berhenti mengunyah.
"Makan duduk." Tegur Ria membuatkan Lya tersentak lantas tersenyum malu.
Kerusi yang tersusun elok di meja belajar mereka yang berupa seperti meja makan itu diambil salah satunya.
"Tak , aku dengar Qeyla sebut 'Lya' tadi. Bukan 'Ria' " Aina memandang Qeyla disebelahnya.
"Aku sebut 'Ria' lah , kau dah berapa lama tak korek telinga ni , Aina?" Geram betul , lain disebut , lain didengarnya.
Aina ketawa sambil menampar paha Qeyla berkali-kali.
"Aku rasa macam ada yang kurang. Mana Zera?" Rin berjalan kehulu-kehilir mencari Zera.
"Zera dalam toilet. Tak , yang kau tak reti duduk diam ni kenapa?" Syu mengunyah roti dengan muka yang agak serabut.
"Entah , Rin. Kesana-kesini dari tadi. Cuba cerita , dah naik berpinar mata aku tengok kau kesana-kesini kesana-kesini." Qeyla turut menyampuk.
Bukan dia tidak perasan , dari tadi lagi dia sememangnya sudah perasan yang si Rin ini tidak duduk diam.
Lya dan Aina dalam diam berpandangan. Sengihan terukir di bibir masing-masing.
"Kau cakap macam tu aku terus teringat trend waktu PKP haritu."
"Weh , aku pun fikir benda yang sama! Kesana-kesini , kesana-kesini."
"Kesana-kesini , kesana-kesini"
Lya dan Aina tidak duduk diam selepas mendengar ayat yang menarik perhatian mereka berdua.
Aina yang elok duduk di sofa turut bangun dari duduknya dan berjoget bersama Lya sambil mulut tidak berhenti-henti menyebut...
"Kesana-kesini , kesana-kesini"
Sekali lagi Qeyla , Syu dan Rin terbantut dari perbualan mereka.
Mata tidak beralih dari melihat pergerakan jogetan Lya dan Aina yang boleh tahan comel.
Entah apalah yang dimakan dua ketul makhluk ini pagi tadi? Senget semacam saja.
Rin memandang ke arah Syu dan Qeyla.
"Aku rasa gugup fikir tentang aliran yang kita dapat nanti. Aku punya gugup ni sampai tak boleh nak duduk tahu tak? Kaki aku rasa nak bergerak aje." Rin menerangkan keresahannya.
"Nasib baik manusia tak boleh berjalan dekat siling. Kalau tak , aku rasa mesti kau dah melekat dekat siling ni. Tak boleh duduk diam punya pasal." Syu ketawa dengan ayatnya sendiri.
Tidak ketinggalan juga Qeyla , turut menghamburkan tawa.
"Jadi Spider-Rin!" Sokong Qeyla menokok tambah.
"Bany-"
"Lion-Rin lah!" Sampuk Aina yang masih ralit berjoget dengan Lya.
"Kau joget diam-diam eh! Nanti aku ngap kau , baru tahu!" Ugut Rin menunding jari telunjuk ke arah Aina.
Kecil besar , kecil besar saja Aina dimata dia sekarang ini.
"Uuu , mengancam. Rawr!" Lya mengajuk lalu membuat gaya cengkaman dinasour.
Syu dan Qeyla makin galak menghamburkan tawa. Dah member buat lawak , takkan mahu menangis pula. Melawan hukum emosi jadinya nanti.
Rin menghentak sebelah kaki. Kepalanya yang berlapik tudung sekolah berwarna putih digaru meskipun tidak gatal.
Mukanya seakan-akan hendak merengek kerana geram dibuli Lya dan Aina.
Sementara Qeyla dan Syu pula menjadi penyokong tanpa tiket.
"Ria..Tengok diorang ni weh!"
Ria hanya memerhati saja gelagat 5 orang manusia yang agak tidak betul pada pagi hari ini.
Stress kerana PKP terlalu lama agaknya. Biar sajalah , janji mereka bahagia. Walaupun Rin kelihatan terseksa dibuli.
"Ey-ey! Apa ni? Apa bising-bising ni? Aku baru masuk toilet berapa minit , korang dah bising macam ni. Tanpa aku pula tu!"
Zera keluar dari toilet yang jauh lebih kurang 7 langkah dari tempat A3NS'S sedang duduk sekarang.
Pemakaiannya kelihatan agak tidak terurus. Apalah yang dilakukannya sampai pemakaian jadi sebegitu rupa.
Ria memandang Zera dari atas ke bawah.
Hatinya terasa meronta-ronta ingin memperkemaskan pakaian gadis itu.
Sudah seperti orang yang baru menghadapi bencana alam saja penampilannya.
"Zera! Tengok diorang buli aku." Adu Rin menarik-narik tangan Zera.
Zera terus bercekak pinggang.
"Don't you dare to touch my Rin! Okay...?" Ujar Zera bersemangat mempertahankan Rin.
"Kalau nak sentuh juga?" Aju Qeyla , sengaja mahu bermain tarik tali.
Zera menarik nafas panjang yang berat. Wah , Qeyla seperti sedang mencabar kesabaran seorang Zera. Ini tidak boleh dibiarkan!
"Kau tu Qeyla , kau tu kecik aje tahu! Sekali aku jentik kau nanti terus terpelanting sampai Neptune."
"Pfft"
Aina , Syu , Lya dan Rin terus mengembungkan mulut menahan tawa yang hampir terhambur.
Ria menyilangkan kaki setelah duduk di atas bangku yang Lya duduki tadi.
Jam dikerling. Lalu tangannya disilang ke dada , mahu menonton drama di depan mata.
"Aik , Ria? Bila kau sampai?" Lamunan Ria terhenti sebaik saja Zera menegurnya.
"6.55 tadi. Betulkan pakaian kau , Azra." Ujar Ria diselitkan teguran pada Zera.
"Oops , ok!"
Zera bingkas berlalu ke hadapan cermin berukuran panjang yang dilekatkan pada dinding bersebelahan sofa yang di duduki Qeyla.
Ria menghembus nafas , puas hati dapat tegur pemakaian Zera.
"Tali leher ni longgar." Qeyla memegang bahagian tali leher Zera sebelum ditariknya tanpa sebarang amaran sehingga Zera tercekik.
A3NS'S lantas menutup telinga , kerana mereka tahu Zera pasti akan...
"ARQEYLA DAIFA!"
Menjerit...
TOK TOK! Pintu pejabat yang diperbuat dari kayu jati diketuk sejurus itu menghentikan perbualan dua orang lelaki yang berusia lingkungan 50-an.
"Masuk"
Daun pintu ditolak dari luar.
"Mr Daus , Mr Daus panggil saya?"
Seorang pelajar perempuan yang kemas berpakaian lengkap sebagai seorang pengawas mengajukan soalan seusai pintu ditutup.
Lelaki yang memakai kaca mata dan elok bersandar dengan tenang di kerusi pejabatnya mengukir senyuman yang lembut kepada gadis itu.
"Ya . Kamu dah sarapan?" Soalan diajukan semula.
Pelajar bernama Irnas itu mengangguk.
"Sudah"
"Baguslah kalau macam itu. Saya nak minta tolong kamu sikit. Harap kamu dapat membantu saya dengan ikhlaslah ya?"
Lelaki itu masih tidak melepaskan senyuman dibibirnya.
Terpaksalah dia menggunakan ayat 'membantu saya dengan ikhlas' itu. Kerana pertolongan yang dia akan minta ini selalunya akan dilakukan secara tidak ikhlas oleh mana-mana pelajar yang dipanggilnya.
"Boleh , insyaAllah saya boleh tolong. Apa pertolongannya tu , Mr Daus?"
Jelas ketulusan di wajah gadis itu dengan niatnya dapat membantu.
"Tolong saya cari A3NS'S dan minta mereka datang jumpa saya di pejabat. Biasanya waktu begini mereka ada di bilik kerja mereka di blok F sana tu. Boleh , Irnas?"
Gadis bernama Irnas itu sedikit tersentak mendengar nama A3NS'S yang keluar dari mulut Mr Daus merangkap pengetua Wolfin Private Highschool.
Namun reaksi wajahnya tetap dikawal agar tidak disedari oleh Pengetuanya itu.
"Boleh , Mr Daus. Saya pergi cari mereka sekarang eh? Saya minta diri dulu." Laju Irnas mempamitkan dirinya.
Senyuman seorang lagi lelaki yang juga seperti seusia Mr Daus itu dibalas sebelum tombol pintu dipulas.
"Terima kasih , Irnas." Ucap Mr Daus lalu Irnas hanya mengangguk dengan senyuman dan terus hilang disebalik muka pintu.
"Kenapa Tuan tak call saja budak-budak tu?" Soal lelaki yang duduk berhadapan dengan Mr Daus.
Iyalah , nombor A3NS'S semuanya sudah ada di dalam telefon pintar milik lelaki itu. Kenapa tidak dihubungi saja? Bukankah lebih mudah jika begitu?
Mr Daus tertawa kecil.
"A3NS'S tu kalau sudah berjumpa. Jangan kata telefon , bom meletup pun mereka boleh tak dengar. Jadi sia-sia sajalah kalau aku hubungi mereka sekalipun. Pasti tak diangkat nanti." Seloroh Mr Daus membuatkan lelaki dihadapannya itu turut ketawa kecil.
"Hampir terlupa pula aku , kamu sudah jumpa mana-mana sekolah dengan rekod disiplin terbaik yang aku minta itu?"
Mr Daus berhenti ketawa sejenak , lelaki yang memakai kemeja hitam berbutang emas dan seluar slack yang turut berwarna hitam dihadapannya itu dipandang.
Lelaki itu hanya berbeza setahun saja dari umurnya. Tetapi kerana jawatannya sebagai pemandu serta pembantu peribadi kepada Mr Daus , membuatkan lelaki itu menghormati Mr Daus dengan baik sehingga memanggilnya dengan panggilan 'Tuan'.
Namun jika dilihat cara Mr Daus berborak dan bergurau bersama lelaki itu tentu saja akan membuatkan sesiapa yang melihat mentafsir bahawa mereka berdua adalah sahabat.
"Itulah sebabnya saya datang jumpa tuan di sini. Saya ingat nak beritahu awal pagi tadi , tapi tuan pula kata nak drive sendiri. Tak berkesempatan pula jadinya." Ujar lelaki itu.
Dia meletakkan sebuah fail berwarna hitam di atas meja sebelum kembali menyambung kata.
"Emerald International. Saya dapat tahu dalam sekolah ini ada 6 pelajar lelaki yang ada rekod disiplin yang bagus. Mereka jugalah yang menyandang jawatan pengawas di sekolah tu. Jadi , rekod disiplin sekolah tu pun kalau tuan tengok , memang tip top!" Terangnya dengan penuh teliti.
Mr Daus menyelak setiap helaian kertas yang tersemat elok di dalam fail hitam itu. Setiap satu kertas terpapar semua maklumat pelajar-pelajar lelaki yang disebutkan pembantunya.
"Bagus. Aku mahu hantar surat permohonan pertukaran bagi semua pelajar lelaki ni." Ujar Mr Daus. Senyuman senang terukir di bibir tuanya.
"Tapi tuan , rekod sekolah ini kan dah elok. Kenapa pula mahu transfer pelajar Emerald International tu ke Wolfin Private?"
"Buat masa ini memang rekod di sekolah ini bagus tetapi akan berlaku sesuatu perubahan yang membuatkan aku sangsi. Aku risau A3NS'S tak mampu mengawalnya di kemudian hari." Air muka Mr Daus mula menunjukkan kebimbangannya.
"Maksud tuan , perubahan yang buruk?"
Mr Daus menghembus nafas berat. Kepalanya dianggukkan dengan agak lemah.
"Ya , bukan aku tak percaya pada A3NS'S tapi aku cuma bimbang dengan keadaan mereka saja nanti. Perubahan yang akan berlaku ini berkemungkinan besar akan menghancurkan rekod disiplin sekolah ini. Aku kesian dengan mereka."
Pembantu peribadinya mengangguk faham.
"Saya tak tahu perubahan apa yang akan berlaku tapi sekiranya tuan rasa keputusan yang tuan buat ini terbaik untuk A3NS'S , tuan teruskan sajalah , saya sentiasa sokong keputusan tuan."
Mr Daus kembali bersandar pada kerusi pejabatnya.
"InsyaAllah , aku rasa A3NS'S boleh terima semuanya. Minta-minta dipermudahkan semuanya."
A3NS'S memandang Irnas yang tiba-tiba saja memanggil mereka sewaktu mereka sedang berjalan menuju ke dewan Randell.
Keadaan menjadi sunyi sepi. A3NS'S menanti apa yang mahu dikatakan oleh Irnas iaitu Ketua Pengawas Wolfin Private.
Malah gadis itu pula memandang mereka bagai ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan mereka.
Jangan diajak bergaduh sudah , A3NS'S mahu memulakan hari ini dengan aman walaupun agak tidak aman pada Ria yang telah mendengar bisikan-bisikan segelintir pelajar pagi tadi.
"Mr Daus suruh pergi pejabat dia. Cepat , jangan nak terhegeh-hegeh sangat jalan tu." kata Irnas menjeling A3NS'S kemudian berlalu pergi.
"Dia jeling kita ke?" Soal Lya masih memandang kelibat Irnas.
"Eh bukan , dia kenyit mata tadi." Syu membalas dengan perlian. Senyuman pasrah terukir.
Sudah tahu lagi mahu tanya.
"So , nak pergi pejabat pengetua ke ni?" Qeyla menunding ke satu arah di mana pejabat Mr Daus terletak.
Pejabat itu terletak di blok B , betul-betul berada bersebelahan Dewan Randell.
"Ini lagi sorang , dah kak Irnas kata kena pergi maknanya memang kenalah."
Rin mengetuk jari telunjuk Qeyla yang kecil itu dengan kunci keretanya.
"Argh , aduh. Aku tanya aje pun" Monyok Qeyla mengusap jarinya lalu ditiup-tiup.
"Jom." Ria mencelah diantara perbualan ahli A3NS'S lalu mula membuka langkah ke laluan yang sama mereka ingin lalui tadi.
"Korang panggil Irnas tu dengan gelaran 'Kak' eh? Kalau aku , aku panggil Irnas je. Dia pun macam tak kesah aje aku panggil macam tu." Ujar Aina memusingkan badan ke belakang menghadap Syu , Lya , Rin , Qeyla dan Zera.
Ria pula berjalan di sebelahnya.
Ria hanya memandang saja dengan ekor mata. Berjalan tak pandang depan , sekali terlanggar tiang baru dia tahu.
"Entahlah , kalau aku biasanya ikut pada orangnya juga. Kalau aku rasa nak panggil dengan panggilan 'akak' , aku gunalah 'akak'. Kalau tak , aku panggil nama ajelah." Zera memberi pendapatnya.
"Base on keselesaan kau dengan orang tu walaupun umur kita dengan dia berbeza."
"Yes! Ikut keselesaan. Thank you Lya membantu aku yang tak reti mengungkapkan kata ni! Muah!"
Lya laju menangkap flying kiss Zera lalu dibawa ke dada.
"Auch! Welcome , my darling!"
"Pergh Zera bagi flying kiss kat Lya aje. Nak merajuklah macam ni." Aina memuncung sambil melirik matanya ke arah Zera yang sudah tersengih menampakkan barisan giginya yang comel.
"Kak Aina jangan merajuk , nah Zera bagi! Muah muah muah muah muah muah!" Zera melemparkan flying kiss bertalu-talu ke arah Aina.
Sama seperti Lya , Aina lantas menangkap setiap lemparan flying kiss yang tidak dapat dilihat itu. Lalu terus dibawa ke dadanya sambil tersenyum sipu.
Ria , Syu , Rin berbalas pandangan.
"Tiga orang ni jealous , Zera!" Qeyla dengan selamba menunding ke arah Ria , Syu dan Rin. Dirinya mula membantai gelak.
"Ha? Nak juga?!" Zera memandang Ria , Syu dan Rin silih berganti dengan mata yang membulat.
Kali ini Lya pula terdiam.
"Hyper betul budak Zera ni hari ni." Kata Lya.
Syu dan Rin mencerlungnya tajam.
"Kau pun sama!"
"Ouh okay." Lya menunduk. Padan muka , setepek kena dengan Rin dan Syu.
Aina turut mengikut Qeyla mentertawakan Lya sebelum...
"Aina!"
BUK!
Aina selamat menghempaskan belakang badannya yang menyandang beg ke tiang.
Badannya melorot ke bawah lalu jatuh terhentak pula diatas lantai.
"Damn , double shoot!" Gumam Lya sebelum kembali mendapat cerlungan dari Rin dan Syu.
"Okay , diam balik." Tangannya bergerak ke mulut dan dibuat seolah-olah dia sedang men-zip mulutnya sendiri.
"Itulah , orang dah kata jalan pandang depan bukan pandang belakang. Macam mana? Sedap?" Bebel Qeyla dengan sisa tawa yang masih ada.
Aina tidak menjawab , malah bahunya terhinjut-hinjut menahan tawa buat diri sendiri.
Tadi seronok tertawakan orang , kini ketawa untuk diri sendiri pula.
"Bak kata orang , what you give you get back!" Kata Zera selamba.
"Sorry , Aina. Bagi aku ketawa dulu baru aku tolong kau." Rin menghamburkan tawanya bersama yang lain.
Syu pula merehatkan sebelah tangannya diatas bahu Rin sambil turut bersama sisa tawanya.
Ria menapak ke arah Aina lalu tangan dihulur. Mahu membantu Aina untuk bangun dari duduknya.
"Bangun , lain kali jalan pandang depan." Mendatar Ria menuturkan ayatnya.
"Ha , dengar tak Ria cakap tu?" Syu menyampuk.
"Dengar" Jawab Aina , pasrah. Mukanya sudah naik merah kerana ketawa.
Dia berdiri dengan bantuan Ria.
"Terima kasih Ria. Diorang ni tahu gelak aje. Sampai hati.." Aina lantas memeluk sebelah tangan Ria.
"Jjinja? Siapa su-"
"Hampir pukul 8 , jangan buang masa."
"Hiya! Bagilah aku habis cakap dulu!" Omel Lya kerana Ria tiba-tiba memotong ayatnya.
"Tak penting." Dua patah jawapan Ria buatkan Lya ternganga kecil.
Tak penting dia cakap?! Ini melibatkan hidup dan mati.
"Dah , cepat jalan. Lambat tinggal!" Usik Syu mengorak langkah sambil berkepit diantara Rin dan Zera.
"Bye , Lya!" Lambai Zera , Qeyla dan Aina.
Lya menyerah kalah lalu mengikuti jejak langkah A3NS'S yang sudah mendahuluinya.
"Mesti semua student dah masuk dewan kan? Kosong aje , selalu penuh dekat sini." Qeyla meliarkan pandangan ke sekeliling.
Betul-betul kosong. Tiada satu manusia pun di sini melainkan mereka.
"Yalah , kau tengoklah jam dah pukul berapa? Time-time macam ni kalau diorang merayau sekitar sini pun sah-sahlah kena debik dengan mana-mana cikgu nanti." Rin membalas.
"Ouh haah. Aku lupa , almaklumlah dah lama tak sekolah dengan betul."
A3NS'S menapak masuk ke dalam pejabat Wolfin Private.
Tempat pertama yang mereka tinjau sebelum menuju ke pejabat Mr Daus ialah meja kerani yang terletak bersebelahan pejabat Mr Daus.
"Assalamualaikum , Puan Zida. Mr Daus ada?" Sapa Ria dengan ramah.
Wanita itu mengangkat kepala dari terus memandang skrin komputer.
Senyuman Ria dibalas.
"Waalaikumussalam. Ada , dari tadi Mr Daus tunggu kamu semua. Masuk ajelah , dia ada dalam pejabat tu."
"Baik , terima kasih Puan Zida." Ucap Ria menunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum menapak pula ke arah pintu pejabat Mr Daus yang tertutup rapat.
Tok tok..
Pintu pejabat diketuk dua kali.
"Aik , buat apa ketuk? Masuk ajelah , macamlah Mr Daus tak kenal kita." Qeyla membuatkan Ria terhenti dari hendak memulas tombol pintu.
"Faham adab?" Soal Ria dua patah sebelum tombol pintu dipulas.
Qeyla tersengih. Lya , Syu dan Rin yang memandangnya dengan pandangan geram juga dibalas dengan sengihan seperti tidak bersalah.
"Masuk , masuk..."
"Aku cubit kau karang..." Syu membuat gaya ingin mencubit namun Qeyla terus melarikan diri ke dalam pejabat Mr Daus.
"Tutup pintu tu Zera." Arah Aina selepas memasuki pejabat Mr Daus dan Zera orang terakhir yang menapak masuk.
"Ya , tahu. Kau pernah nampak aku biar pintu telangah ke selama ni?"
Zera membesarkan matanya ke arah Aina sejurus itu daun pintu ditutup.
Mr Daus tersenyum melihat gelagat A3NS'S. Setiap kali pasti ada saja benda yang mereka bisingkan sesama sendiri.
7 orang anak gadis dihadapannya itu dipandang seorang demi seorang.
Semuanya duduk di atas sofa biru yang tersedia kecuali Ria yang bersandar pada dinding setelah memberikan tempat duduknya pada Lya.
"How's your day?" Mr Daus menyoal dengan muka manisnya.
"Tak tahulah Mr Daus , rutin hari ni baru nak mula. Tapi rasanya akan jadi sama aje kot macam hari-hari sebelum ni. Boring..." Kata Syu dengan nada bosan.
Dalam hati sebenarnya rasa tidak logik pun ada dengar soalan Mr Daus. Hari ini baru nak mula sudah ditanya macam itu.
Mr Daus ketawa kecil.
"Iyalah , kurang cerdik juga soalan saya ya? Saya gurau , tengok kamu semua serius semacam pula hari ini. Ada apa-apa masalah ke?"
Mr Daus meletakkan tangannya di atas meja dengan jari jemari yang dijalinkan setiap satunya.
"Tak adalah , kitaorang okay ajelah Mr Daus. Cuma berdebar sikit aje. Entah apa lagilah benda yang kitaorang kena dengar tahun ni eh?" Aina memuncungkan mulut sedikit. Jarinya dikuis-kuiskan di atas kain sendiri.
"Tapi kan , mesti diorang asyik cakap benda yang sama aje macam dulu. 'Miskin' , 'Tagih perhatian Mr Daus' , 'Attention seeker!'..Balik-balik pun itu ajelah." Rin menyenaraikan beberapa kata-kata yang sering dilemparkan pada mereka.
Memang tak berubah. Setiap tahun , ayat itu sajalah yang diulang. Mungkin mereka ingat A3NS'S ni pekak atau apa sampai perlu ulang berkali-kali?
"Itulah pasal , kita buat pekak aje sudahlah. Buat apa nak dengar lagi kalau dah tahu asyik ayat tu aje yang disebutnya? Bak kata Syu..."
"Boring...!" Serentak Syu dan Zera menyebut perkataan itu.
Zera tidak ketinggalan dengan reaksinya yang agak over.
"Lagi kau dengar lagi kau sakit hati. Ibarat macam crush , lagi kau tunjuk effort lagi itulah dia buat-buat tak nampak." Sampuk Qeyla menyuarakan pendapatnya yang akhirnya membuatkan seisi pejabat itu senyap.
Mr Daus menggelengkan kepalanya dengan tawa kecil yang tidak berbunyi.
A3NS'S usah ditanya , semuanya memandang Qeyla yang kecil itu dengan pandangan bosan.
"Ada juga aku tanam kau ni dalam taman bunga karang. Dahlah lari topik lepastu tak habis-habis dengan crush." Syu menayangkan wajah rimas dengan kepala yang dilentokkan atas bahu Rin.
"Aku rasa baik kau diam aje Qeyla. Satu hari ni aku rasa macam nak sangat penyet kau sampai jadi kecil macam semut."
Lya menenyeh ibu jari dan jari telunjuknya ibaratnya sedang menenyeh semut di permukaan jari.
"Aik , bukan tak sampai satu hari lagi ke kita hidup hari ni?" Aina menolehkan kepala dengan bingungnya memandang Lya yang duduk diantara dia dan Qeyla.
Masing-masing menepuk dahi. Ya Allah , kau tabahkanlah A3NS'S untuk menghadap perangai dua makhluk kecil ini.
Tanpa mereka sedar , situasi ini mengundang tawa bagi Mr Daus yang sedari tadi memerhati.
Ketujuh-tujuh mereka terdiam.
Setelah tawa Mr Daus reda , dia mula menuturkan kata.
"Ada sajalah perangai kamu bertujuh , dari dulu sampai sekarang tak berubah-rubah."
"Ada lah yang berubah." Potong Zera dengan penuh semangat.
"Iya? Apa dia , cuba beritahu saya." Mr Daus turut melayan karenah Zera.
"Yang berubahnya ialah......"
"Ni mesti dia nak bagi ayat luar jangkaan ni..." Ujar Syu dengan penuh pasrah.
"Zera yang semakin cantik!"
"Astaghfirullah!" Serentak Aina , Syu , Lya , Rin dan Qeyla beristighfar.
Ria pula hanya memandang Zera dengan kepala yang digelengkan perlahan.
Zera mengerdipkan matanya berkali-kali dengan kedua belah tangan yang dibuka seperti kelopak bunga dan diletakkan di bawah dagu.
"It's a bit annoying but there's no denying that you're beautiful." Kata Ria namun tanpa sebarang reaksi yang dipaparkan.
"Awh , thank you Ria! Muah!" Flying kiss dilemparkan lagi namun kali ini berbeza kerana Ria tidak menangkap walaupun satu.
"Ria , senyap saja dari tadi? Kamu dah sedia nak mulakan tugas tahun ini?" Mr Daus kini fokus pada Ria yang masih bersandar pada dinding dengan tangan yang berada di dalam poket skirt labuhnya.
"Sentiasa bersedia." Ujar Ria mengukir senyuman kecil.
"Baguslah , saya harap kamu semua dapat bertahan dengan semua ini. Hanya berbaki satu tahun saja lagi , selepas itu kamu semua tidak perlu hadapi semua ini lagi. Selagi saya masih pengetua Wolfin Private High School , kamu semua dibawah lindungan saya." Tegas Mr Daus menuturkan kata.
A3NS'S memandangnya dengan pandangan yakin dan penuh kepercayaan.
"We hold that words" serentak A3NS'S membalas.
"Jadi , tiada apa-apa lagi yang mahu saya katakan. Waktu pun makin lewat , mari kita pergi ke Dewan Randell. Perhimpunan pasti hampir bermula kan?"
Ajakan Mr Daus disambut A3NS'S tanpa bantahan.
"Mr Daus nak jalan dengan kitaorang ke?" Aina teragak-agak ingin bertanya.
Mr Daus tersenyum. Dia tahu apa yang Aina risaukan.
"Ya , jangan risau. Ingat apa yang Zera dan Rin katakan tadi? Abaikan semuanya."
Rin dan Zera mengangguk bangga kerana ayat mereka tadi diingat oleh Mr Daus.
"Eh tak adalah , saya tanya aje. Bukan risau pasal tu. Hihi..." Sangkal Aina tersengih seperti kerang busuk.
Lya disebelahnya disiku.
"Tak dapatlah kita beli breakfast kalau macam ni."
"Hiya , aku dah sarapan okay. Kau yang belum." Ujar Lya , tangan Aina ditampar sekali kerana telah menyikunya.
"Kamu semua belum sarapan lagi?" Mr Daus yang terdengar perbualan Lya dan Aina menyoal dengan wajah yang agak risau.
Mana tidak dirisaunya , bagaimana tujuh gadis itu hendak mulakan segala tugas dengan perut yang kosong?
Berjalan kehulu-kehilir tanpa sebarang isi perut , risau pula dia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi.
A3NS'S sedikit terkejut dengan soalan itu. Tak sangka Mr Daus dengar perbualan kecil antara Aina dan Lya.
"Dah , kitaorang dah sarapan pun. Aina ni aje buat perangai , tadi orang suruh makan tak nak. Sekarang baru nak cari makanan."
Bebelan Rin membuatkan Aina kembali menayangkan sengihannya.
"Sekarang baru terasa nak makan. Tadi tak. Tak apalah , saya tahan aje dulu."
"Tak apa , kamu pergi beli makanan di kafe dulu. Seusai itu terus datang ke dewan. Pergilah..." Ujar Mr Daus lembut dengan senyuman.
Mereka semua menapak keluar dari pejabat setelah Mr Daus menyarungkan kot-nya.
Daun pintu kembali ditutup Lya setelah semuanya keluar.
"Wah , Encik Daus dah macam bawa cucu-cucu pula saya tengok. Nak pergi dewan dah ke?" Soal Puan Zida berdiri sebagai tanda hormatnya pada Mr Daus apabila lelaki itu keluar dari pejabatnya.
Mr Daus ketawa kecil. A3NS'S dipandang. Memang tidak dinafikan , A3NS'S akan kelihatan seperti cucu-cucu yang berjalan dengan datuk mereka jika bersama dia.
"Ya , Zida jika ada apa-apa maklumat tentang hal yang aku beritahu tadi , kamu hubungi saja aku sekiranya aku masih tiada di pejabat." Ujar Mr Daus , nadanya agak serius walaupun mukanya masih tersenyum.
"Ya , baik Encik. Jangan risau. A3NS'S?" Sapa Puan Zida membuatkan A3NS'S tersentak.
"Ya?" Serentak mereka menjawab.
Puan Zida menggenggam penumbuk lalu memberi semangat kepada mereka.
"Selamat menjalankan tugas. You all can do it!"
A3NS'S tersenyum melihat sikap Puan Zida yang berusia 35 tahun itu.
"Terima kasih , Puan Zida. Puan Zida pun selamat berkerja juga. Nak minta tolong belikan apa-apa , boleh aje calling-calling kitaorang." Syu menawarkan diri dengan senangnya.
"Tak payah! Kau jangan nak ponteng kelas. Aku cubit kau nanti." Halang Rin.
"Relaxlah , aku gurau aje pun"
"Syu , Rin...Sudah , mari kita pergi sekarang. Banyak masa sudah dibuang dari tadi."
Syu dan Rin akur lalu menapak keluar dari pejabat bersama Mr Daus dan A3NS'S yang lain.
"Hwaiting!"
"Okay!"
Sahut Qeyla , Aina dan Lya yang berjalan di belakang sekali sebelum hilang dari pandangan Puan Zida.
Share this novel