Rate

Bab 2

Horror & Thriller Series 804

“Ada satu jalan ni. Dekat dengan hutanlah. Aku cadang kita gi sana. Bermalam." Cadangan Khairul membuatkan aku terkejut. Gile ke mamat ni? “Tak bestlah kalau asyik khemah,hiking, tapi tak de cabaran. Kita gi lah Usha hantu skali skala." Sambungnya lagi. “Kalau berani, kau lalulah. Silap-silap kau keluat tak hidup dah." Awal-awal lagi aku menolak.
“Takut ke dik?" Perli abang aku, Nik Amir Hisyam. Hello! Orang yang bernama Nik Amy Hazel tak pernah takut okey! Fikir family lah bang oi! Kalau mama dengan papa tau, matilah kita.
“Mana ada takut. Fikirlah Abang Amir oi! Kalau mama dengan papa tau, matilah kita. Terutama abang tu. Adik tak pe. Boleh salahkan abang sebab abangkan bodyguard adik." Semput aku dibuatnya. Jap! Bodyguard? Haha, memang padan pun. Aku tak kisah sangat kalau abang terasa. Dia pun pernah perli orang jugak. Tahap maksimum gitu. Terasa macam pedang menusuk hati yang sedang membara dengan api kemarahan.
“Papelah. Kai, aku on je." Abang setuju. Yang lain hanya angguk. Wanda? Mira? Tidaaaaakkk! Mereka setuju jugak? Takkanlah aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Yang ni aku takutlah.
“Kau Amy." Khairul mematikan lamunan aku. Apa patut aku jawab ni? Lama aku berfikir. Semua mata tertumpu pada aku. Uishh! Seram pandangan diorang. Aku mengeluh. “Ye la. Setuju je." Setuju jugak akhirnya. Tak nak lah ketinggalan keseronokkan ‘usha hantu' tu. Family tu.... Belakang citer.

~*~*~

Aku terus duduk melihat adik,Wanda,Mira dan Diana bermain air setelah siap mendirikan khemah. Penat jugak. Mana taknya, satu tenaga pekerja pasang empat khemah. Nasiblah bukan khemah kenduri kahwin. Kalau khemah kenduri kahwin, silap-silap aku tak kahwin next year.
“Amir!" Panggil Nizam sambil menyerahkan air mineral. Aku menyambut air tersebut. “Adik kau tu.... Erk.." Nizam tergagap. Tergagap pulak mamat ni. "Single ke?" Aku meneka. Mana lah tau jawapan aku betul. Nizam diam. Betullah kan tekaan aku. “Tanya lah dia.~" Aku menepuk bahu Nizam. Muka Nizam yang putih tadi bertukar merah. Tak tau lah sebab apa. Malas nak ambik tau. Hah!
“Sembang apa bro-bro sekalian?" Tanya Zamri sambil duduk di sebelah aku. Aik! Bila masa mamat ni datang. Dia dengar tak apa aku cakap? Dah lah si Nizam ni tak dapat nak chill bila orang tau rahsia dia. “Sembang pasal crush." Jawab aku selamba. Saje nak tengok reaksi Nizam acam mane. Nizam mula rasa takut. See. Susah betul mamat sorang ni nak cool down.
“Mana Khairul ea?" Tanya Zamri. Aku tau Zamri saje nak ubah topik. Reaksi Nizam tadi terlalu kantoi. Nizam, Nizam. Aku mengangkat bahu tanda 'tak tau'. Zamri angguk sambil memandang sekeliling cari Khairul.
~*~*~

Hari semakin gelap. Aku ambik keputusan untuk menghidupkan api pas tu jalan kan aktiviti ringkas tapi padat. Malam nantilah baru buka konsert besar-besaran. Tak silap aku, Amy ada bawa guitar Amir tadi. Bolehlah jiwang sesama.
“Khairul, apa plan?" Tanya Wanda sambil melabuhkan punggungnya dia atas kerusi kayu. “Tak de plan pun. Dok cite-cite je lah. Tb zaman dulu ke. Makin rapat silaturahim kita nanti." Aku sendiri tak de plan sebab bukan aku yang ajak mereka datang sini. Si Nizam ni pun satu. Sebelum ajak, rancang lah aktiviti yang best-best. Ni tak. BBQ pun tak de. Haish!
Aku tengok mereka ada yang main telefon, Nizam dengan Amir pulak tido. Haih si Nizam ni. Dia yang ajak, dia yang tido. Aku batalkan niat aku untuk menyuruh mereka berkumpul. Memandanglan Wanda free, aku sembang dengan Wanda je lah.
Berjam-jam aku tunggu mereka semua skali free. Bila dah free, aku panggillah mereka. “Korang! Jom buat konsert!" Jerit aku. Bukan mereka je yang tengok, orang sekeliling kami pun tengok skali. Haih, nak join ke?
“Kai, aku nak gi beli makan." Amir meminta izin. “Untuk kau je ke? Kami?" Aku membuka bicara guraun. “Aku beli skalilah. Aku bawa Amy skali. Pape roger." Katanya lalu menuju ke arah kereta Amy.Kalau aku nak call kau lah ye. Kalau tak nak maknanya bukan jodoh. Haha.

~*~*~

“Amir, bangun....." Bisik Nizam. Aduh mamat ni. Dah lena sangat ni janganlah kacau aku tido. “Amir....." Bisiknya lagi. Nak tak nak, terpaksa juga bangun. “Pukul bape dah?" Aku melihat jam tangan. Sendiri tanya sendiri jawab. Aku membuka mata luas-luas selepas menggosok mata. Aik! Bila masa aku baring kat tengah jalan ni? Aku hairan. Aku berdiri untuk mencari Nizam. “Zam!" Panggil aku. Tiada yang menyahut. Dah lah gelap, tepi hutan, seram pulak tu.
Aku ternampak sesusuk badan menuju ke arah aku. Tangan kanan memegang anak patung tangan kiri memegang..... Pisau? Aku panik lalu melarikan diri. Sempat juga aku menoleh ke arah perempuan tersebut. Dia menikam perutnya berkali-kali.
“You will die....." Bisik perempuan tersebut. Aku kenal suara ni. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Bukan aku yang hentikan. Mungkin.... Hantu ni kot. Dia berhenti tepat-tepat di hadapan aku. Dia mendekatkan mulut kat telinga aku. “One day, you will die...." Wow! Inggeris dia mengalahkan inggeris aku. Aku menutup mata aku.
Senyap? Aku buka mata balik. “Abang...." Bisikkan seseorang telah menyebabkan aku terlompat ke tepi. Adik aku? Cara pandangan dia serius gile. Aku sekarang kat mana?
Pasir? “Abang ok tak?" Tanya adik. Jelas kerisauan dalam nada suaranya. “Ok,ok." Adik ku, kalau kau nak tau... Abang kau ni tak ok! “Ok? Ni abang kata ok? Sampai nak gi ke laut sana dengan mata tertutup. Ni ke ok?" Bebel adik. Aku tak sedap hati sekarang ni. Apa dah jadi dengan aku.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience