Rate

Bab 3

Horror & Thriller Series 804

3 minggu kemudian.....
“Amir, betul ke kau nak asing-asing kereta?" Tanya aku. Pertanyaan aku tidak dibalas. Amir dari tadi ke hulu ke hilir. Nampak resah, risau, takut, macam-macamlah reaksi muka yang dia buat. “Amir!" Hamek kau. Puas hati aku tengok kau melompat terkejut. Dah macam hilang bini gayanye.
“Apa hal?!" Tanya Amir. Amboi! Herdik orang nampak. Salah kau lah Amir. “Betul ke tak nak tumpang aku?" Aku mengajukan soalan yang berlainan tetapi sama maksud. “Tak.. Aku naik kereta adik aku. Tak sedap badan dia kata." Amir duduk kat sofa. Reaksi mukanya masih menunjukan reaksi ‘risaunye aku'. Risau kat adik kesayangan dia mungkin.
Aku sambung mengemas peralatan rumah. Kalau nak pergi jauh-jauh, keselamatan rumah perlu ditingkatkan, gitu. “Nizam...." Panggil Amir. Aku sekadar menoleh. “Kau ada dapat mimpi pelik ke, kebelakangan ni?" Amir juga menoleh ke arah aku. Mimpi? Hurmmm...
“Ada... Aku mimpi yang aku kawen dengan awek lawa." Gurauan aku dibalas dengan jelingan tajam. Kenapa? Aku buat salah ke? Amir kembali memikirkan sesuatu.
Dah lah. Malas nak layan karenah kau. Baik aku sambung buat kerja. Bagilah respond positif. Buat lawak ni pun memerlukan tenaga tau. Bunyi hon kereta menarik perhatian aku. Kami cadang untuk berkumpul terlebih dahulu sebelum gerak.
Khairul masuk ke dalam rumah aku tanpa disuruh. Banyak cantik. Suka hati je masuk rumah orang. “Dah siap?" Tanya Khairul. Amir hanya angguk. Reaksi mukanya kembali tenang. Lahai. Apa dah jadi dengan kau ni bro?

~*~*~

“Sakit apa?" Aku terus mengajukan soalan selepas menukar tempat duduk. Adik memicit-micitkan kepalanya. Demamkah? Pucat semacam muka kau dik. Aku meletakkan tangan aku pada dahi adik.Wow! Panas macam air baru lepas masak.
Tanpa membuang masa, aku memecut kereta ke klinik. “Abang nak gi mana? Nape tak tunggu mreka?" Adik aku menukar posisi. Kau gile ke dik? Demam jangan dibiarkan. Gi klinik ambik ubat dulu lah. Nyawa lebih penting.
Pape pun respect jugaklah kat adik. Sanggup berkorban demi member. Sanggup memandu, sanggup join sebab nak tunaikan janji. “Gi klinik dulu." Aku memandang adik. Adik tak membantah. Dia tau perangai aku cam mana. Kalau dia degil, aku pun degil. Adik beradik, biasa lah.
Aku meletakkan kereta aku di hadapan klinik. Aku mengambil telefon lalu mendail nombor telefon Zamri. “Hello"
“Zamri, aku gi klinik dengan adik aku."
“Ha, ok. Siapa sakit?"
“Adik."
Beberapa minit kemudian, aku mematikan talian. “Jom." Ajak aku. Adik aku mengambil beg lalu keluar dari kereta.

~*~*~

Zamri baru sahaja menamatkan perbualan dengan seseorang, dalam telefon. Kelibat Amir dan Amy juga belum nampak. Singgah kedai dulu agaknya. Zamri menuju ke arah kereta Khairul yang berada di sebelah kanan kami. “Wanda..." Panggil Diana. Aku menoleh ke arah Diana tanda sedia mendengar.
“Amy nampak pucat. Kenapa ea?" Dia mengubah posisi supaya dapat memandang aku. Aku memandang Mira yang dah terlelap di tempat duduk belakang. “Mungkin mimpi semalam kot." Jawab aku. Diana membuat reaksi muka 'nak tau'. “Semalam......"

~*~*~

“Amy. Aku minta maaf" Kata Mira dari jauh. Muka Mira tak berapa jelas. Aku kat mana? Kenapa semua gelap? “Mira! Kau ok tak?" Tanya aku. “Aku tak ok! Maafkan aku Amy! Maafkan aku! Aku terseksa!" Mira menangis teresak-esak. Di sebelah kiri Mira ada makhluk yang berbulu lebat. Tak nampak sangat masa tu.
Aku nampak makhluk tu tengah pegang tali. Tali tu macam bersambung kat leher Mira. Mira kena ikat macam anjing. Aku panik. Tak tau nak buat apa. Gelap. Aku berlari ke arah Mira yang sedang mengerang kesakitan kerana diheret oleh makhluk tersebut. Besar jugak makhluk tu.
Keadaan sekeliling aku tiba-tiba berubah. Aku ada kat tengah-tegah jalan raya. Kat depan aku ada sebuah kereta Viva yang dah terbalik. Aku ternampak mayat kat sebelah kereta Viva tersebut. Mayat tu dah tak de tangan. Muka calar. Baju koyak. Darah keluar sana sini. “Amy, aku berdosa. Aku dah pilih jalan yang salah." Bisik satu suara. “Mira? Mana kau?! Miraaaaaa!"
“Amy!" Aku terkejut. Aku bermimpi rupanya. Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku tadi. “Pahal dok terjerit-jerit nama Mira?" Tanya abang.
Abang, kalau nak tau... Mira mungkin berada di jalan yang salah sekarang. Apa dah jadi dengan Mira? Apa maksud Mira dalam mimpi tu?.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience