Rate

Bab 1

Horror & Thriller Series 804

Perlahan-lahan aku membuka mata. "Dah bangun ke bro?" Tanya kawan serumah aku. "Pukul berapa sekarang?" Aku mengabaikan soalannya dengan mengajukan soalan aku. "8:45 pagi. Kau tak keja ke?" Tanya Nizam. Banyak tanya pulak mamat ni. Haih!
"Tak" Jawab aku dengan selamba. Aku sendiri tak tau sama ada aku kerja atau tak. Lantaklah! Malas nak menghadap bos yang tau mengarah je. Kalau bos nak buang aku, buang je lah. Nanti merayu juga suruh orang masuk kerja balik.
Aku mengambil tuala lalu menuju ke arah Nizam yang sedang menonton filem Hollywood. Aku tak mahir sangat bab bab Hollywood ni, so aku tak tau apa title movie tu. "Kau? Tak keja ke?" Tanya aku setelah meneliti video yang ditonton Nizam. "Tak. Aku dah letak jawatan." Jawabnya. What? Letak jawatan? Nasib baik ni rumah kau Zam. Kalau rumah sewa siapa nak bayar? Aku? Aku pun bakal meletakkan jawatan.
Pasal kerja, aku tak kisah sangatlah. Pintu syarikat ayah aku sentiasa terbuka untuk aku. Aku datang sini pun nak enjoy puas-puas. Kalau ayah aku tanya kenapa aku berhenti kerja, aku tunding jari kat adik aku. Senang je jawapan dia. Jaga adik setiap masa, maklumlah adik kan masih digelar pelajar.
Bil api dengan air rumah? Selalunya akulah yang bayar. Cakap pasal rumah, teringat pulak kat geng-geng aku yang lain.
"Bro, jom gi date ngan mereka." Ajak aku. Aku macam terlupa sesuatu dalam ayat tadi... Ah, Lantaklah. Nizam memandang aku dengan hairan. "Mereka? Siapa?" Nizam menggarukan kepalanya. Aku sendiri tak pasti sama ada kepalanya gatal atau tak. Biarlah, bukan hal aku pun. "Geng kita." Jawab aku. Nizam kembali menonton movienya. Aih mamat ni. Dengar tak?
Beberapa saat kemudian dia menjawab. "Kau gi mandi. Aku call mereka. Gosok gigi tu sampai bersih. Kantoi kau nyorokkan emas dalam tu." Kata Nizam. Ha lawaklah sangat. Aku berjalan masuk ke dalam bilik air. Bila masa mamat ni ada dalam bilik aku. Biarlah. Rumah dia, hak dia.

~*~*~

Aku dengan Nizam tunggu yang lain dalam kereta. Lama jugaklah tunggu mereka ni. Dalam 15 minit cam tu aku terperap dalam kereta Nizam ni. Nizam menghentak kakinya mengikut rentak lagu yang dimainkan. Aku dengar je lah.
15 minit. Lama betul mereka ni. Aku ni bukannya jenis manusia yang suka menunggu. Mungkin sebab tu kot aku masih single. "Amir, call diorang." Nizam menghulurkan telefonnya. Guna telefon kau ke Zam? Jimat kredit aku. Aku mengambil telefonnya. Aku dail nombor adik aku dulu.
Makan masa jugaklah untuk adik aku jawab panggilan aku. "Hello"
"Hello dik. Kat mana dah sekarang?"
"On the way lah. Sabar boleh tak."
"Cepat sikit. Malas nak tunggu lelama. Bosan."
Aku terus mematikan talian tanpa mendengar kesudahan ayat adik aku. Kejam kan. Tak lah kejam. Aku matikan talian, bukan matikan orang.
"Kat mana dah?" Nizam memandang aku. "Entah. Kata on the way." Aku hanya menjawab sebab tu lah jawapan adik aku. Beberapa minit kemudian kereta adik aku muncul kat depan mata, diikuti dengan kereta kawannya Mira dan kereta kawannya Wanda. Hebat tol diorang. Satu rumah 3 kereta. Kereta lagi dua buah kat belakang mereka tu aku tak pasti. Yang pasti kereta tu kereta member kami. Ceh.
Kami gerak sama-sama menuju ke destinasi. Sampai je destinasi, kami terus berkumpul. Banyak jugak barang yang kami bawa. Kami cadang nak stay kat pantai sampai malam memandangkan esok semua cuti. "So, nak buat apa kat sini?" Tanya Diana. "Rancanglah apa-apa aktiviti untuk cuti lepas ni." Cadang Khairul. Aku hanya mendengar. Nak masuk campur, tak boleh sebab aku sendiri tak tau apa cadangan aku. Lagi satu sebab, aku tengah bina khemah untuk tempat berteduh.
"Aku ada cadangan." Khairul mengangkat tangan. Semua mata tertumpu padanya. Aku pun tak nak lah ketinggalan. So, aku join mereka. Biarlah kerja tergendala kejap. Nanti aku sambung ye. "Ada satu jalan ni. Dekat dengan hutanlah. Aku cadang, kita gi sana. Bermalam." Cadangan Khairul membuatkan aku terkejut. Semua diam seribu kata. Janganlah mamat ni ajak kami gi lebuhraya Karak sudah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience