NAWAL AREEQA berjalan mengatur langkah dengan hanya mengenakan baju kurung berwarna merah itu bersama dengan tudung bawal berwarna hitam, Nawal terus mengatur langkah kakinya untuk masuk ke dalam sebuah rumah yang sudah penuh orang berpusu-pusu masuk ke dalam rumah itu. Nawal hairan sendiri apabila begitu ramai orang yang datang ke rumah suaminya itu.
" Ibu ni rumah siapa? " Suara si kecil itu mematikan lamunan Nawal yang sedang kusyuk memandang sekeliling rumah itu.
Nawal hanya senyum. Pasti Hazran amat merindui anaknya itu. Ya lah sudah 6 tahun mereka tidak bertemu..
Walaupun usia anak lelakinya itu baru sahaja mencecah 5 tahun namun dia sudah pandai untuk bercakap, sungguh petah! Seperti ayahnya!
Kakinya terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah tersebut, dia tahu wanita itu tidak pernah di undang ke rumah tersebut!
Langkah wanita itu terhenti sendirian apabila dia melihat suaminya itu kini berada di hadapannya itu sambil berpakaian baju melayu berwarna putih. Sungguh terpancar pada raut wajah Hazran saat ini terkejut! Melihat kedatangan isterinya itu..
" Nawal? " Hazran membatu namun anak matanya terhenti apabila dia melihat seorang kanak-kanak kecil sedang di pinpim oleh Nawal itu.
" Ke mana awak hilang selama ni? awak janji dengan saya yang awak takkan pernah akan tinggalkan saya.. kenapa awak mungkir janji awak " perlahan sahaja suara Nawal kini.
" Nawal... Sa.." belum sempat Hazran ingin berkata tangan seseorang melingkar di lengannya itu.
" Sayang cepatlah masuk, tok kadi dah sampai lama kitaorang tunggu kat dalam " ujar seorang wanita yang sedang memakai busana pengantin putih.
Nawal terdiam membatu, terus dia mengerling ke arah Hazran. Lelaki itu terus menundukkan pandangannya itu..
" Jadi.. ini sebabnya Hazran Zahin? " Air matanya sudah bertakung di kelopak matanya itu. Ya ALLAH, berkecainya hati wanita bernama Nawal Areeqa saat ini penantiannya selama ini hanya sia-sia.
" Nawal? Lama kita tak jumpa kan? You masih ingat I? " Sinis Zara mengatakan.
" Lelaki pengecut! " Suaranya mendatar.Matanya sudah berkaca-kaca menahan sebak di dada.
Remuknya hati Nawal saat itu hanya dia sahaja yang tahu.. Di tinggalkan dan di duakan!
" Kau jaga mulut kau Nawal! " Keras suara Hazran memberi amaran.
"Nawal yang kena jaga mulut Nawal?abang curang dengan Nawal! Nawal nak beri abang pilihan! tinggalkan majlis ni ataupun tidak " Nawal memandang tepat ke arah wajah Hazran.
Zara Amelia terus memandang ke arah Hazran, lengan lelaki itu di pegang dengan erat.
" Aku.. tak boleh tinggalkan Zara, aku sayangkan dia.. "
satu persatu air matanya itu menitis membasahi pipinya ketika ini, saat ini dirinya benar-benar berasa tidak berguna! dia sudah memberi suaminya itu pilihan namun lelaki itu masih tetap memilih Zara Amelia untuk di jadikan isteri.
Gugur satu persatu air matanya ketika ini, dia tidak sangka kata-kata seperti itu akan keluar daripada mulut suaminya itu sendiri, anaknya itu terus mendongakkan kepala memandang Nawal. Hairan anak kecil itu melihat Nawal yang sedang menangis. Saat ini kepercayaan wanita itu pada lelaki yang di gelar suami itu berkecai.
" Mama..kenapa mama menangis? " Soal si kecil itu.
Pandangan Hazran jatuh ke arah kanak-kanak yang kecil yang sedang Nawal di pimpin itu.
"A..abang.. abang kata.. abang sayang Nawal.. k..ka.kalau a..bang sayang Nawal kenapa abang buat semua ni " bergetar suara Nawal dia memegang dadanya yang kini kian susah untuk bernafas.
" Sayang? perasaan tu tak pernah ada " balas Hazran dengan mendatar.
Pedih! Sakit! Itulah yang sedang Nawal rasakan kini dirinya benar-benar rasa di sakiti, dan di khianati Ya ALLAH kau kuatkanlah hambamu yang lemah ini..
" Kau memang lelaki tak guna Hazran! lelaki sampah! " Bergetar suara Nawal bersama air mata menahan di kelopak matanya itu.
Hazran terus mengatur langkah ke arah Nawal, dengan perasaan tidak puas hati! Kata-kata wanita tadi benar-benar membuatkan dirinya naik darah! dengan mulut Nawal!
Kolar baju Nawal itu di tarik dengan kuat, wajah Nawal itu di pandang dengan perasaan tidak puas hati. Hazran kini dapat lihat, air jernih yang perlahan-lahan mengalir daripada tubir matanya tika ini.
anak mata mereka bertentangan ketika ini, sudah lebih 6 tahun mereka tidak bertentangan mata begini.
" Sayang you buat apa ni, nanti orang nampak orang fikir bukan-bukan " Zara mengerling ke sekeliling.
" Kau jaga mulut kau Nawal, jangan sampai aku cakap! benda yang kau langsung tak nak dengar.. kau jangan kurang ajar dengan aku Nawal Areeqa! " dengan kasar Hazran melepaskan kolar baju Nawal hingga hampir sahaja wanita itu jatuh ke lantai.
SECEBIS HATI....
Hai! assalamualaikum... lama dah hairah tak menulis novel hihihi... Hairah harap masih ada lagi yang sudi nak baca karya dari hairah :) ni adalah karya terbaru dari Hairah! so happy reading! Thank you yang sudi membaca!!!
Share this novel