TAHUN 2022,
" Waktu kematian jam 2:20 minit pagi " ayat keramat itu tadi terdengar lebih jelas kedengaran.
DETIK ini, saat ini kaki aku terasa amat berat setiap kali aku ingin melangkah. Hujan yang turun daripada langit dan ribut petir yang sedang berterusan itu langsung tidak memberiku makna. Hanya air jernih sahaja yang mengalir saat itu, sambil tanganku mengenggam seorang budak lelaki dengan erat. Menangis tanpa bersuara, itulah yang aku sedangkan lakukan kini.
Aku ingin berpura-pura tidak terasa akan kehilangan dia, di hadapan anakku.. Tetapi aku tidak mampu... Aku tidak mampu berpura-pura untuk tidak terasa akan kehilangan dia.. Batu Nisan yang berdiri di hadapannya itu di pegang, nama kesayangannya itu tertera di batu Nisan itu. Kenapa saat ini nafasku terasa amat berat untuk bernafas, kakiku pula seakkan lumpuh saat ini untuk terus berdiri.
Perginya dia, seperti membawa separuh jiwa ini... Bagaimana aku ingin meneruskan hidupku tanpa dia? Air hujan terus mengalir membasahi dirinya, saat ini tiada sesiapa yang tahu bahawa aku sedang menangis..
" Why love can be so cruel? Why.. " esakkan tangisan mulai dapat kedengaran. Ya! Dia gagal! Gagal untuk menahan air matanya itu di hadapan anaknya yang sedang di genggam erat itu.
" Berehatlah, saya tahu awak dah terlalu penat.. " Walaupun perit ia harus juga reda dan akur kepergian kesayangannya itu.
*********
TAHUN 2017,
BEBERAPA keping gambar terus di campak ke atas meja, dengan rasa malas terus Hazran mengangkat kepalanya itu dan kini dia melihat Puan Sri Hasnah berada di hadapannya itu kini iaitu mamanya. Hazran hanya mencapai sahaja kepingan gambar itu, lalu terus di letak di tepi, tanpa membelek gambar tersebut.
" Yang simpan buat apa, tengoklah mana satu berkenan " berang Puan Sri Hasnah.
Hazran meraup wajahnya, wajah ketat sahaja di tayangkan saat kini. Tapi dia tahu apa akan jadi dengan dirinya jika dia berani menolak arahan Puan Sri Hasnah pasti kesemua kemewahan yang di berikan akan di tarik semula. Walaupun Puan Sri Hasnah adalah ibu kandungnya namun, mereka tidak pernah rapat jika mereka bertemu pasti mereka akan hanya bercakap perkara seperti ini sahaja.
" Nanti Haz tengok " sepatah Hazran membalas mata tertumpu di skrin laptop.
Puan Sri Hasnah mulai berang apabila melihat anaknya itu hanya acuh tak acuh sahaja dengan gambar-gambar yang di beri olehnya itu tadi, meja anaknya itu di ketuk.
" Apa dia maa, kan Haz kata jap lagi Haz tengoklah " sudahlah dia penat hari ni terlampau banyak kerja di pejabat dan balik ke rumah pun kena sambung kerja dan kena melayan perangai Puan Sri Hasnah.
" Ohh di sebabkan laptop ni kan Haz tak nak tengok gambar tu sekarang? jadi kita hancurkan je lah laptop ni baru Haz boleh tengok kan! " Terus Puan Sri Hasnah mengambil laptop di atas meja lalu di hembaskan ke lantai.
TANG!
pecah berderai laptop itu yang sudah di cium lantai, kelam-kabut Hazran bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu dan ke arah laptop tangannya itu di genggam dengan kemas. Mengigil bibirnya menahan geram dan sabar, dengan perangai Puan Sri Hasnah.
" Bila mama cakap lain kali fokus! jangan sampai kereta kau pulak aku bakar yer Haz!.. kau jangan main-main dengan aku! "
Hazran hanya diam malas dia ingin bertengkar dengan Puan Sri Hasnah, sebaik Hazran ingin beredar daripada ruang tamu tersebut terus lengannya itu di tarik oleh Puan Sri Hasnah sehingga langkahnya terhenti.
" Esok tak payah pergi kerja, ada orang nak datang rumah "
Hazran memejam kedua belah matanya itu, nafasnya itu di tarik perlahan dan di lepas perlahan terus dia mengalihkan pandangannya ke arah Puan Sri Hasnah.
" Memanglah tu office mama, tapi mana boleh ikut sukahati Haz je tak nak masuk "
" Dah aku kata tak payah kerja esok, tak payah kerja! kalau kau pergi jugak esok kau kemas semua baju kau berambus dari sini kau faham tak! " Terus Puan Sri Hasnah mengatur langkah beredar meninggalkan Hazran terkulat-kulat keseorangan di situ.
Cawan kaca yang berada di atas mejanya itu di capai lalu di baling ke dinding dengan kuat, rambutnya itu di raup beberapa kali! Hidupnya benar-benar bagaikan boneka, dia harus ikut segala apa yang di katakan oleh ibunya sendiri.
Keluhan kasar di lepaskan, perasaan tidak puas hati semakin menebal di dalam diri.
GLUP...GLUP...GLUP...
SEBAIK sahaja kepalanya di angkat barulah dia dapat bernafas semula, bibirnya sudah pucat sambil terbatuk-batuk tersekat nafasnya apabila kepalanya di selamkan ke dalam sungai yang berada di sebelahnya itu.
" Kau nak lagi tak! " Tinggi suara Mak Cik Embun.
Nawal pantas menggelengkan kepalanya itu dengan laju, sambil mengigil kesejukan bukan setakat kepala sahaja di celup ke dalam sungai malah badannya turut di jirus air basah lencun bajunya saat kini.Nawal perlahan-lahan membawa keluar duit not sekeping RM 10 berkaca matanya saat ini apabila melihat duit itu sudah kebasahan.
" Kalau memang daripada keturunan teruk tu, sampai bila-bila pun akan teruk kan! Mak kau memang tak reti nak ajar kau! panjang tangan sangat! " Kepala Nawal itu di tunjal berkali-kali.
" S..sa..saya tak curi mak cik, s..saya sendiri tak tahu kenapa rantai tu ada dalam beg saya. Sumpah atas nama ALLAH saya tak mencuri " air jernih mulai mengalir perlahan membasahi pipinya itu.
Mak Cik Embun semakin geram apabila wanita itu masih tidak mahu mengaku, padahal bukti sudah cukup jelas,rantai itu berada di dalam beg Nawal yang di bawa olehnya sewaktu mengemas rumah Mak Cik Embun pagi tadi.
" Aku cakap mengaku sekarang! "
Nawal menggelengkan kepalanya itu, mengapa harus dia mengaku kalau semua ini bukan dia lakukan? Mengapa tiada sesiapapun yang ingin percaya akan dirinya? Ya ALLAH hina sangatkah diri ini?
Mak Cik Embun terus merendamkan kembali kepala wanita itu ke dalam sungai di sebelahnya itu. Nawal cuba untuk bangun namun semakin kuat Mak Cik Embun menekan kepala wanita itu.
" Bun sudahlah tu, kang mati budak tu " suara seseorang itu terus menghentikan tindakannya itu.
Tersekat-sekat Nawal bernafas sebaik sahaja kepalanya sudah di naikkan, matanya sudah mulai layu dan kelemahan dia kini dapat lihat orang ramai yang berkurumun di hadapannya itu.Matanya itu di gosok-gosok, kerana kepedihan..
Namun antara ramai-ramai yang berada di situ, tiada sesiapa pun yang ingin menolongnya manakala lebih ramai sibuk menangkap gambar dan mengambil video. Inilah dunia, gambar dan video lebih penting!
" Biar mati budak ni kat tangan aku, panjang tangan sangat! sudahlah dia dah curi tak reti mengaku! bodoh! " Mak Cik Embun terus berlalu pergi dengan perasaan puas dapat membelasah Nawal dan memperlakukan wanita itu dengan teruk.
Nawal terus bersandar di pokok besar sambil memegang dadanya yang agak sakit itu, orang ramai di situ mulai perlahan-lahan beredar. Nawal dapat dengar dengan jelas suara orang berbisik-bisik mengutuk tentang dirinya yang tidak reti sedar diri..
Nawal yang sedang hanya tertunduk itu mengangkat wajahnya apabila dia melihat seseorang menghentikan langkah ke arahnya itu.
Nawal mengangkat wajahnya itu dan kini dia melihat Nadia yang berada di hadapannya itu, iaitu kakak kandungnya yang amat sangat membencinya alasan dia membenci wanita itu kerana wanita itu tidak sepertinya iaitu pandai! Pelajar terbaik! tidak seperti Nawal hanya pelajar biasa dan tidak berapa pandai berbanding Nadia.
" Sakit ke adik? " Soal Nadia.
Nawal menganggukkan kepalanya itu, sakit! sakit sangat... Air jernih mulai mengalir perlahan daripada tubir matanya itu. Nadia terus menghulurkan tangannya pada Nawal yang sedang terduduk itu, Nawal hairan apabila melihat kelakuan kakaknya saat itu.
Tanpa teragak-agak Nawal terus mencapai huluran tangan Kakaknya itu, Nawal terus berdiri di hadapan Nadia. Dengan kasar Nadia menepis tangan Nawal, Nawal tergamam.
" Kau ni memang buat malu keluarga je kan? sengkek sangat ke sampai nak kena curi rantai orang " sinis Nadia mengatakan.
" Adik.. tak buat kak, bukan adik.. yang curi" Nawal mempertahankan dirinya. Jika bukan dia yang mempertahankan dirinya. Siapa lagi ingin mempertahankannya?
" Boleh tak kau jangan bahasakan diri kau dengan panggilan jijik tu! aku tak der adik yang tak guna! bodoh! macam kau! " Nadia menolak bahu Nawal.
Air matanya mulai bertakung di kelopak matanya itu, apabila mendengar hinaan yang di beri oleh kakak kandungnya sendiri itu.
Nadia memandang Nawal dari atas sampai bawah, dia dapat lihat baju Nawal yang kebasahan akibat di simbah air oleh Mak Cik Embun. Sebernanya dari awal dia sudah lihat segalanya, namun langsung dia tiada niat untuk mempertahankan Nawal.
" Sakit ke? " Soal Nadia dengan pandangan sayu sambil memegang lembut pipi adiknya itu.
" T..tak.., " perlahan suara Nawal. Inilah yang di katakan mulut kata lain, hati kata lain.
PANG!
Nadia mengukir senyuman nipis, terus satu penampar hinggap di pipi Nawal dengan kuat. Nawal terkaku sendiri, dan saat itulah air matanya menitis satu persatu membasahi pipinya.
" Kau ni memang buat malu keluarga! " Jerit Nadia dengan kuat terus kakinya mengatur langkah beredar meninggalkan Nawal yang terkulat-kulat keseorangan di situ.
Pipinya itu di pegang, air matanya semakin laju mengalir membasahi pipinya saat itu.
ZAB..ZAB..ZAB..
WAKTU ini hanya air mata sahajalah yang menjadi kata ganti bicara. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir daripada tubir matanya saat ini, telapak tangannya sudah merah akibat terkena rotan buluh oleh Pak Muzafar Iaitu ayah kepada wanita itu, mana tidak mengamuknya orang tua itu apabila mendapat tahu anaknya itu di tuduh mencuri. Dan video anaknya di pukul itu, sudah tersebar satu kampung.
" Siapa ajar kau mencuri hah! aku tak pernah ajar kau mencuri! berani kau malukan aku! "
" Video kau kena belasah dengan orang kampung tu! dah tersebar satu kampung! mana aku nak letak muka aku ni! " Satu libasan hinggap lagi di belakang Nawal kini pula menjadi sasaran lelaki tua itu.
Bergetar bibir Nawal menahan kesakitan, mulutnya di kunci rapat langsung dia tidak meraung kesakitan, kedua belah tangannya itu sudah menggigil-gigil.. Kerana dia tahu dia menangislah bagaimanapun pasti Pak Muzafar tidak akan berhenti memukulnya.
" Kenapa abah tak pernah sayang aku? ke sebab aku tak pandai macam Kak Nadia?" Nawal mengesat air matanya.
Tahulah kamu perbezaan kasih sayang itu amat menyakitkan! sangat menyakitkan. Betapa bencinya abah pada aku, sehingga dia tidak pernah mengaku aku sebagai anaknya di hadapan kawannya. Lebih membuatkan abah membenci aku, apabila aku adalah salah satu punca ibu tinggalkan kami.. tapi aku tak pernah minta semua ni jadi.. kenapa dia perlu hukum aku sehingga begini?
HAZRAN hanya mampu melepaskan keluhan perlahan sahaja saat itu, kenapa dia tidak berhak untuk membuat keputusan sendiri.Di dalam rumah besar dan serba mewah ini hanya dia dan Puan Sri Hasnah sahaja menghuni, kerana ayahnya sudah lama meninggal dunia... Jadi kesemua peniagaan Tan Sri Nazri jatuh ke tangan Puan Sri Hasnah.
" Haz? " suara itu menyedarkan lamunan Hazran.
" Hah? ermmm you cakap dengan I ke? sorry I tak perasan " Hazran hanya tersenyum nipis.
" Betul ke apa yang mama you cakap "
Hazran mengerling ke arah Puan Sri Hasnah, dia tidak tahu apa yang sudah Puan Sri Hasnah sudah cakap pada wanita itu, mungkin kerana dia mengelamun terlalu jauh sebentar tadi.
" Cakap? "
" Yang you cintakan I, Haz kalau you nak tahu I pun cintakan you.. I dah lama cintakan you sejak zaman kolej lagi " ujar Zara Amelia sambil mengukir senyuman manis.
Langsung Zara tidak menyangka bahawa lelaki itu turut menyimpan perasaan terhadapannya, sebab selama di kolej lelaki itu kelihatan amat dingin sekali dengan dirinya. Nak dengar Hazran bercakap pun susah, kalau ketawa lagilah! Tak da maknannya.. Dekat kolej tu pun paling Hazran rapat adalah Dean kawan baiknya sehingga sekarang. Tiada pula Hazran menunjukkan minat terhadap dirinya.. Mungkin lelaki itu malu bukan?
" Hah? "
Hazran tergamam sendiri, sejak bila pula dia pernah beritahu Puan Sri Hasnah bahawa dia pernah mencintai Zara? tiada langsung secebis cinta pun dalam hatinya pada Zara. Dia mengenali Zara pun kerana Aunty Naily yang berkawan baik dengan Mamanya.
Jika tidak, memang langsung dia tidak mengenali Zara, dia dapat tahu Zara sekali kolej dengannya itu pun kerana Puan Sri Hasnah yang memberitahunya.
" Hazran ni memang suka simpan rahsia, dia malu nak cakap dengan Zara " sampuk Puan Sri Hasnah apabila suasana sudah mulai sunyi.
Hazran mengerling ke arah Puan Sri Hasnah, dia dapat lihat Puan Sri Hasnah memberi isyarat mata padanya.
" You cintakan I ke Haz? " Zara mula ragu.
Hazran memandang ke arah Zara, tangannya itu di genggam dengan erat. Matanya itu di pejam nafasnya itu di tarik perlahan.
" Ermmm.. " Hazran menganggukkan kepalanya acuh tak acuh.
Puan Sri Hasnah yang duduk berhadapan dengan anak lelakinya itu, sudah tersenyum kegirangan mendengar jawapan yang di beri oleh lelaki itu. Dia tahu anak lelakinya itu pasti akan mendengar segala kata-katanya! Jika dia kata A! Maksudnya A! Tiada sesiapa berani membantahnya!
PUAN SRI HASNAH terus membuka laci di hadapannya itu lalu meletakkan kotak cincin di atas meja, Hazran tergamam sendiri apabila melihat kotak cincin yang berada di atas meja itu. Bukankah ini terlalu cepat?
" Jadi hari ni kami nak melamar Zara, Zara terima ke? " Soal Puan Sri Hasnah.
Zara sudah tersengih seperti kerang busuk, saat ini yang dapat Hazran lakukan adalah diam membisu walaupun dia tidak mahu melakukan semua ini!
Zara menganggukkan kepalanya itu, Puan Naily iaitu mummy Zara yang duduk di sebelah Zara turut mengukir senyuman setuju. Hanya Hazran sahaja saat itu, wajahnya masam mencuka!
" Haz nak naik sekejap " Hazran terus bangun daripada sofa yang sedang dia duduki itu dan mengatur langkah ke arah tangga dan menaiki satu persatu anak tangga.
" Err...jangan risau Haz setuju " Sampuk Puan Sri Hasnah apabila melihat wajah Puan Naily dan Zara agak berubah apabila sebaik sahaja Hazran beredar.
SAMPAI sahaja di biliknya, terus Hazran menghembas pintu bilik dengan kuat! Badannya itu di pula rebahkan pada katil, matanya itu di pejam serapatnya! Sumpah dia kata saat ini dia seperti merasa ingin bunuh diri sahaja saat ini! Boneka! itulah mungkin perkataan yang paling sesuai akan dirinya..
TING !
Hazran terus mengalihkan pandangannya itu ke arah telefon bimbitnya itu dia melihat Dean iaitu kawan baiknya menghantar pesanan untuknya.
DEAN: Esok kau kena ke Johor untuk projek hijau tu jangan lupa!
Hazran terus mematikan telefon bimbitnya itu, ini semua gila! bagaimana dia ingin berkahwin dengan seseorang yang dia tidak cintai langsung!
" sedarlah diri kau Hazran, kau tu cuma boneka bagi dia.. " bisiknya perlahan.
Share this novel