~ walaupun hanya secebis hati, namun aku yakin aku mampu melangkah jauh ~ " Maaf itu je yang saya nak awak katakan,cukup hanya dengan perkataan maaf " - NAWAL AREEQA - " Maaf? kenapa seseorang tu perlu minta maaf jika dia tak bersalah? " - HAZRAN ZAHIN - Terduduk lemah wanita bernama NAWAL AREEQA ketika itu apabila mendengar sendiri kata-kata itu daripada seorang lelaki yang benar-benar dia cintai.. Tidak bersalah? Adakah meninggalkan dirinya terkapai-kapai seorang diri selama 6 tahun! Bukankah satu kesalahan yang harus di pinta kemaafan? Perkahwinan di antara Nawal dan juga Hazran terjadi kerana antara satu sama lain jatuh cinta. Hazran Zahin seorang lelaki yang benar-benar taat kepada ibunya! Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk ibunya walaupun ibunya amat dingin dengan dirinya! PERKAHWINAN Nawal dan juga Hazran, benar-benar mendapat tentangan hebat daripada Puan Sri Hasnah.Apabila baginya perempuan seperti Nawal tidak layak mendapat tempat di dalam keluarga besar itu. " Jika kita tidak mampu untuk berjanji, jangan cuba untuk berjanji.. kerana apabila kita memungkiri janji..itu amat menyakitkan.. " Nawal. " Aku tak tahu kenapa aku kahwin dengan kau, sama ada aku cintakan kau ataupun aku kesian dengan nasib kau " Hazran. YA ALLAH pedihnya hati wanita bernama Nawal saat itu, apabila mendengar sendiri pengakuan suaminya itu ketika ini.. Nawal tidak dapat lagi meneruskan semuanya ini kembali dan dia membawa diri.. Namun sesuatu memaksa dirinya untuk kembali pada suaminya itu atas sebab sesuatu.. walaupun menyakitkan namun dia harus kembali pada seorang suami yang telah menghiris hatinya sedalam-dalamnya. " Aku pernah cakap dulu kan? yang pertemuan kita adalah satu kesilapan yang besar." Nawal Areeqa.. THEME SONG: ENTAH APA BY SARAH SUHAIRI
Update 06 December 2024
2023-03-24 1 Replies
sis Ha!rah buat novel secebis hati 2 pula.
2023-03-03 1 Replies
marathon sis baca.. menarik jln ceritanya.. tahniah Hai!Rah.. teruskan berkarya
2022-09-22 1 Replies
tahniah hai!rah