Bab 1

Fanfiction - KPOP Series 2904

KRING... KRING... KRING...!

Jam loceng bercorak ahli kumpulan idola Wanna One berbunyi dengan nyaring sekali. Ellayna tercari - cari jam loceng nya . Dia melihat jarum jam dalam keadaan mamai yang terlalu mamai.
“Wa! Chincha? Dah pukul 8 setengah pagi? ” Ellayna membeliakkan matanya.Tidak percaya akan waktu.

“Ya Allah, terlepas subuh aku... ”Ellayna menyesal. Segera dia mengambil tuala mandi dan menuju ke bilik mandi. Dalam diam Ellayna tetap memarahi dirinya sendiri.
Lain kali jangan layan Wanna One sampai lewat malam, Tengku Ellayna Nafisah!, marah nya.

Inilah Tengku Ellayna Nafisah binti Tengku Ahmad Daud, seorang yang ‘tergilakan ’ K-Pop. Wanna One, Blackpink dan pelbagai lagi. Ellayna tahu apa yang perlu dia tahu.

ELLAYNA turun ke tingkat bawah untuk sarapan. Hari ini dia perlu ke luar negara kerana kini ialah pengembaraan pertamanya.

‘Bila aku dapat jumpa putera idamanku ni... ”Ellayna tersenyum sendiri, perasan.
Tidak sedar akan masa yang kini sudah pukul 10 pagi. Cepat-cepat dia menghabiskan sisa makanan sandwicnya. Usai makan, dia mengambil beg bagasi dan beg tangannya ke ruang tamu. Dia mengunci pintu utama setelah memasukkan beg bagasinya. Pagar automatik dibuka dan Ellayna memecut keluar dari kawasan kejiranan itu.

“Ini kalau Jihoon nampak bakal isteri dia macam ni...Terus tak layan aku, hampeh"Ellayna membawa perasaan sendiri. Berangan dia bakal menjadi isteri Park Jihoon tu.

DI lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ellayna tercari-cari seseorang. Sudah berapa kali dia tersilap orang. Sudahnya Ellayna semakin bengang.

“Annyeonghaseyo..."tegur Udariyah, sahabat karib K-Pop Ellayna.

“Annyeonghaseyo, Uda. Why you so late? Dah berapa jam aku tunggu batang hidung kau yang tak muncul-muncul juga. ”

“Aku... Bangun pagi lambat. So aku terpaksa naik teksi. Bila aku naik teksi, jalan mesti sesak. Now salah siapa? ”Udariyah bagai bermain kuiz.

“Sekarang nak salah kan jalan yang sesaklah... Kalau fikir pasal Jisoo laju pula kau. Lebih laju dari BOLT. ”Kata - kata Ellayna penuh nada sinis.
“Mian hamnida... I promise not do again... ”Udariyah tertunduk. Dia memerhatikan kasut ungu tumit tingginya.

“Jomlah... Kita kan nak pergi Korea.So,tak payahlah nak sedih sangat.Be happy girl, ok? ”Ellayna menguatkan semangat Udariyah. Senyuman Ellayna berjaya mematahkan kesedihan Udariyah.

“Go ma sseum ni da...El. You are my best friend forever and ever and ever to over. He he he... ”Udariyah memimpin tangan Ellayna. Bagai tidak sabar lagi untuk berjumpa Jisoo.

‘BLACKPINK in your area’

DIDALAM pesawat MA 207, dua orang gadis K-Pop ini sedang asyik berbincang tentang artis kegemaran masing -masing.

“Kau tak rasa ke yang muka Jihoon sama macam Aiman Tino? ”soal Udariyah.

“Memandai aje kau ni. Dia tu lebih comel berbanding Aiman Tino tau. Lagi pun sekarang Wanna One ada dekat Singapura. ”Ellayna melayang-layangkan tangannya bagi memudahkan Udariyah faham.

“Ok ok ok... Aku tahu yang Jihoon tu comel tapi tak payahlah cakap kuat sangat,. Malu aku orang pandang...”Udariyah menahan malu apabila beberapa orang melihat mereka.

“Alah kau ni... Diorang bukan pandang kita pasal aku cakap tentang Jihoon. Diorang pandang muka kau yang cantik bak perlakon popular Fazura. ”Puji Ellayna. Itu pun tak tentu ikhlas atau tidak.

“Aku tahu tu... I’m beautiful like supermodel... ” Udariyah menggedik.

Ish...Tak tahan aku dengan perangai dia nilah. Asyik kata dia ni cantik macam supermodel. Tapi still tembam. Nasib baiklah kau kawan aku...
Kalau tidak mahu aku ceramahkan kau supaya kau sedar sikit. Cehh... Nak ceramahkan orang pula. Diri sendiri tak nak berubah. Tak pakai tudung, asyik kata tunggu seru...

Ellayna ketawa dengan perlahan. Dia akhirnya mempunyai ruang yang lebih bebas setelah ‘Cik Fazura’ disebelahnya itu tertidur. Ellayna membelek majalah K-Popnya. Di satu muka surat terpampang wajah Jihoon.

“Namba One ada lagu baru? Wah... Eleven. Kan memang ahlinya ada sebelas”Mata Ellayna membaca satu demi satu baris untuk mengetahui berita lebih lanjut.

‘Oh oh oh...
Wanna be my baby
Wanna be my baby...’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience