BAB 3

Fanfiction - KPOP Series 2904

Syaiful berfikir. Dia sudah tahu lokasi terkini Ellayna. Sudah tentu Miss K-Pop itu berada di Korea. Cuma... Syaiful Ingin berjumpa Ellayna bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Ellayna, kau tunggu sahaja kehadiranku ini. Hanya cinta kita mampu membuat ku bahagia...

Syaiful segera keluar dari kamarnya. Dia terus menuju ke pintu.

“Kamu mahu pergi mana, Syaiful? Resah sahaja kamu”Muncul seorang gadis 14 tahun dari belakang Syaiful. Dengan sedikit loghat Indonesia itu.

“Tak ke mana. Nak belikan hadiah untuk kamu lah Nita. ”Syaiful tersenyum dalam bohong. Adik angkatnya bertepuk tangan.

“Belikan aku barangan K-Pop yang ada muka Woo Jin tau! ”Anita memeluk abangnya.

Syaiful terasa kecewa kerana terpaksa membohong adik angkatnya sendiri. Budak yang dikutip kerana katanya diculik kini sudah ingin menginjak dewasa.

“Nita, kamu duduk rumah diam diam tau. Kalau ada apa apa, telefon aku. Kamu ngerti? ”Syiful mengusap kepala Anita.

“Kamu fikir aku siapa? Ini rumah abi dan umi! Tu, ramai pak gat kat luar itu. Tak ngerti aku jika lu sendiri tak ngerti”Kata kata Anita memeningkan kepala Syaiful.

“Maksudnya? ”

“Maksudnya kamu tak perlu risau jika apa apa terjadi pada ku. Aku kan pernah belajar silat serta taekwondo. Kan tak hairan jika aku bisa melindungi diriku sendiri. Aku anak kuat sih! ”Anita mendabik dada.

“Kuat benar adikku. Oklah abang pergi dulu ya. Barangan K-Pop serta gambar Woo Jin. ”

“Bye bye abang. Jgn lama lama tau! Kalau barang yang aku minta tak ada, jaga kamu! Awas ya aku silat kan kamu. ”Gurau Anita. Syaiful ketawa kecil. Dia sendiri gembira mempunyai adik yang memahami. Walaupun asalnya adik angkat dari Indonesia.

Kisah Anita sendiri mengejutkan Syaiful. Adik
nya itu dulu pernah diculik dan dibawa lari ke Malaysia. Kini keluarga Syaiful yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.

ELLAYNA berborak kosong dengan seseorang. Ketawa nya berderai sekali sekala. Udariyah hanya menggelengkan kepala.

“Chincha?!Betul ke? Abang jangan main main tau! Kalau El dapat tahu yang Abang tipu El akan report pada mama. Habis nanti pertunangan abang dibatalkan. ”Ugut Ellayna.

“Aduh El ni... Macam mana abang nak tipu adik abang sendiri? Betullah sekarang ni abang dh ready nak kahwin dengan dia. Sia sia jelah kalau asyik buang masa dating tapi tak kahwin. Tak manis El sayang. ”Tengku Maad Zulkarnain, abang Ellayna berkata. Ellayna bagai tidak sabar untuk memiliki kakak ipar. Sudah berapa bulan abangnya itu bertunang dan keluar bersama... Kini ingin kahwin!

“Oklah bang. Nanti kirim salam dekat Kak Amanina tau! Bye ”Ellayna meletak telefon. Dia merenung langit. Matahari petang bakal bertukar menjadi malam.

Bahagianya orang yang bercinta ni... teringin dilamun cinta dengan orang sejati. Sebab apa, cinta sejati tu susah nak cari. Hem... kalau macam ni sampai bila bila pun aku takkan bercinta, lepas tu kahwin... Next dapat anak.

Ellayna ketawa sendiri. Udariyah menegur Ellayna dari belakang.

“El, tadi ada mamat nama Jihun nak jumpa kau. Dia nak jumpa dekat depan kedai kek area sini je... Nak aku teman tak? Karang jadi apa apa tak tahu! ”Udariyah tersenyum sinis.

“Takyah. Aku pergi seorang. Aku ni pernah berlajar karate lah time papa aku duduk dekat Jepun. ”Ellayna mendabik dada.

“Tapikan aku tengok muka Jihun tu... Lagi comel berbanding Jihoon. Jangan sampai kau jatuh cinta pula. Jihoon nak letak mana? ”

“Still in my heart. ”Ellayna ketawa seiring dengan Udariyah.

JIHUN setia menunggu Ellayna. Teringin dia melihat wajah putih mulusnya itu. Rindu satu hari tidak melihat...

Ellayna berlari mendekati Jihun. Dia berhenti dan memegang lengan Jihun bagi menarik nafas, penat.

“Sorry if I late... ”Nafas Ellayna masih tersekat sekat. Pegangannya dilepaskan apabila mwlihat Jihun rasa seperti kurang selesa.

Ala... Dengan betina macam Jennie tu boleh pula berpegangan tangan. Dengan aku ni yang TER pegang tak leh lak. Kalau aku dapat pegang tangan Jihoon jangan harap aku nak lepaskan.

“Is it ok... Well, awak nak makan kek tak? Ini merupakan kedai kek terbaik di kawasan Yongsan. ”Mereka menjejak masuk ke dalam kedai kek itu.

“Kek jenis apa yang awaknak? ”soal Jihun.

“Red... Red velvet. ”jawab Ellayna perlahan.

“Ok... One red velvet please... For she. I want go to my office. ”Usai memesan kek Jihun menoleh kearah Ellayna.

“Awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi pejabat saya dekat atas. Please waiting for me”Jihun meninggalkan Ellayna seorang diri di kauter pembayaran.

Ini yang aku tak suka. Ajak aku keluar tapi betul.Sempat lagi nak pergi kerja. Kalau siapa jadi girlfriend dia, tak tahulah nasibnya.

Pesanan Ellayna telah diserahkan. Ellayna ingin membayar tetapi pekerja itu membenarkan.

“This is free... Because you are my boss'girlfriend right? My boss always say about you... ”Ellayna keliru dengan kata kata pekerja itu.

Bila masa pula aku jadi girlfriend boss kau? Entah-entah dia tak boleh bezakan si muka Jennie dengan aku. Muka aku lain apa dengan minah tu. Muka aku ni macam... macam siapa hah? Emma Maembong? Bolehlah... Kawan aku
pun selalu cakap macamtu.

Jihun muncul dengan beberapa kotak hadiah kecil. Dia meminta bantuan Ellayna untuk mengangkat sedikit.

“Ini untuk apa?Nak bagi girlfriend awak ke? ”soal Ellayna. Jihun mengerutkan dahinya.

“Ini untuk budak sekolah tadika... Mana datangnya girlfriend pula ni? ”

“Yang mukanya macam Jennie tu”Ellayna tersenyum nakal.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience