BAB 2

Fanfiction - KPOP Series 2904

Ellayna berjalan-jalan di sekitar pekan Yongsan. Dia melihat pelbagai gelagat orang disitu. Ada yang keluar dating, pergi berjoging sambil
membawa anjing berjalan-jalan... Alangkah bahagianya ketika itu ada Jihoon disisi. Dia dapat tahu yang kini Wanna One ada di Malaysia. Ruginya!!! Ellayna terasa ingin menjerit. Namun dia menahan niatnya.

Sedang leka dengan pemandangan yang indah, bahu Ellayna terlanggar seorang pemuda Korea.

“Mian hamnida... ”Pemuda itu memohon maaf.

“It's ok... ”Ellayna meneruskan hala tujunya ke kedai runcit berdekatan.

TROLI Ellayna diparkir di tepi. Dia memilih sayuran yang ada.

“Aku kena ambil tomato ke? Nak masak apa dengan tomato? ”Ellayna memikirkan menu tengahhari. Padahal dia sendiri tidak tahu masak.
Setelah berpenat memikirkan tentang menu, Ellayna membayar segala yang dia ingin beli.Tidak sengaja lagi, troli itu melanggar seorang pemuda Korea.

Parah tullah aku ni... Asyik jatuhkan orang je... Ish, tak baik betullah kau ni... Sekarang aku pula yang perlu minta maaf. Lagi leceh!!!

Ellayna menghampiri tubuh pemuda Korea tersebut.

“Sorry, are you ok? ”Ellayna bertanya. Pemuda Korea itu memandang wajah Ellayna. Terkejut Ellayna dibuatnya. Kenapa mesti orang yang sama?

“i'm ok. Don't worry about me... ”Pemuda itu menghulurkan tangannya tanda bersalam. Ellayna menyambutnya dengan senyuman.

“Jihun. Park Jihun. You? ”Nampak sangat pemuda bernama Jihun itu ingin berkenalan.

“Ellayna. Call me El. Em... Mannaseo bangawoyo". Ellayna menjawab.

“Your korean is not bad, right? Anyway, nice to meet you to... You are very cute”puji Jihun.

Alah... main puji memuji pulak dah. Dahlah nama macam Jihoon. Kalau kau the real Jihoo kan bagus... Arhg, merana aku tak jumpa Wanna One!!! I mean Jihoon...

“I know I cute. I also know that I clever. Sama macam clever girl... ”Ellayna membuat lawak sendiri. Jihun memandang kebingungan.

“What you say? Ihaeka andoeyo”Jihun berkata.

“I from Malaysia so I can speaking Manglish also... ”Ellayna tetiba bangga diri.

Jihun memandang kebingungan lagi. Apatah lagi pergerakan Ellayna yang cuba memahamkannya.

“El, listen here. What the meaning of Manglish? Do you want to say that you can speak malay? ”Jihun bertanya bertubi tubi.

“Yeah... I can speak malay. So why? ”Ellayna pula membalas.

“Kalau cakap macam tu kan senang... Takdelah kita nak bergaduh cuma pasal Manglish je... ”Tetiba sahaja Jihun berkata dalam bahasa Melayu. Ellayna terkejut sedikit.

Nahas!!! Yang kau cari gaduh dulu kenapa, El??? Tengok. Orang Korea speaking Melayu... Malulah beb...

“Sorry again, Jihun. Oklah, saya nak balik... Bye. ”Ellayna meninggalkan Jihun keseorangan.

Matilanak... Kau tengoklah muka kau sendiri. Nasib baik kau still love Jihun tau... Bukan Jihun tapi Jihoonlah!!!

Jihun dibelakang hanya tersenyum.

“I in love now... ”katanya.

UDARIYAH sudah selesai mandi terus menuju ke dapur . Buat apa lagi, cari makan lah...

“Sebiji telur pun takde! Mana Miss K-Pop ni... Dia pergi bawa mana semua makanan dekat dalam peti sejuk ni? ”Udariyah merungut.

Ellayna yang sejak dari tadi dah pulang mendengar bebelan Udariyah.

Oooo...Bukan main pandai kau nak tuduh aku ya. Jagalah kau...

“Assalamualaikum wahai sahabatku. Aku balik membawa makanan untuk kau. Dari tadi kau tuduh aku macam macam kan... Nah! S ebiji telur aku bagi dekat kau! ”Ellayna mengayunkan penumbuk.

“Lah... kau intip aku ke? Hah, mana food untuk aku. Aku laparni... Dah berkurun tak makan... ”Bodek Udariyah.

“berkurun ke? Kalau berkurun mestilah dah kurus... Asal still ada lemak lagi ni??? ”Ellayna menyindir.

“Ish kau ni... Gurau sikit pun tak boleh. Melebih je kau. Aku yang sakit. ”Udariyah bermasam cuka.

“Relakslah... Aku pun gurau je. Eh, jomlah jalan jalan. Kita pergi Seoul ke, pergi Jeju ke... Busan ke... Jomlah. Aku bosanlah asyik terperap dekat hotel ni... ”Ellayna membuat mimik muka bosan.

Udariyah tersenyum setuju.

“WAH... Cantiknya baju ni!!! ”Ellayna membelek baju bergambar Jihoon dan ahli Wanna One yang lain.

“Cantik cantik juga. Asal dekat sini takde jual baju gambar Blackpink? Nama je kedai K-Pop. ”Udariyah merungut.

“Alah... Kau beli yang ni jelah. Kita kan dulu minat Wanna One sama sama... ”Ellayna cuba memujuk si Drama Queen. Udariyah tersenyum gembira.

“Ok. Aku beli ni... Tapi jangan pula tetiba kau nangis sebab aku rembat Jihoon”gurau Udariyah.
Ellayna mendengar mencebik.

Seriuslah kau nak rembat Jihoon dari aku? Aku pecahkan muka kau baru tahu! Saja lah tu nak aku sakit hati...

Ellayna menjeling sekilas. Anak matanya terpandang seseorang yang dikenali.

Eh? Itukan Jihun. Apa dia buat dekat kedai K-Pop ni?Dia pun minat K-Pop juga ke? Karutlah kau El...
Ellayna melihat pergerakan Jihun. Kelihatan dia bersama perempuan lain. Nak kata cantik memang cantik. Cantiknya perempuan itu mengalahkan Ellayna sendiri. Anak matanya berwarna biru muda ,rambut lurus perang. Kulit putih mulus ,hidung dia mancung.Badan kurus dan langsing. Wajahnya ala Jennie dari Blackpink je. Mirip betul!

Ketika itu Ellayna terasa cemburu pula. Perempuan yang bersama Jihun itu seakan mesra dan mungkin ada hubungan.

Asal aku cemburu bila tengok Jihun keluar dengan orang lain? Dia punya kekasih kot! El, suatu hari nanti kau akan berpunya juga. Doa jelah yang baik baik...

“Woi El. Kau dengar tak apa aku cakap tadi? Berangan kau kahwin dengan Jihoon ke? ”Udariyah memetik jari di hadapan muka Ellayna.

“Hah? Apa yang kau cakap? Sorry aku tak dengar”Ellayna tersedar dari lamunan.

“Sorry sorry... Sorry naik lori lah! Dah jom aku nak bayar baju ni”Udariyah terus menarik tangan Ellayna mencari kaunter bayaran.

MALAM itu Ellayna melihat langit malam. Dia ditemani dengan bintang bintang di angkasa bagi menenangkan jiwanya.

“Kan bagus kalau dunia ini seindah malam di sini... Tapi apa boleh kita buat? Asal aku tak pernah nak ada boyfriend? Uda dah ada boyfriend dekat Malaysia sana. Abang Maad pun ada banyak betina keliling pinggang ”Ellayna ketawa...

Dia berasa kosong. Dia memang perlukan cinta tapi siapa mampu paksa kan.

DATIN Sara menghalang Syaiful. Dia audah tiada butir bicara lagi yang ingin dijelaskan. Kenapa lah jejaka dihadapannya itu tidak faham faham.

“Macam ginilah, Syaiful. Mak cik faham yang Syaiful sukakan El. Tapi tunggu lah dia matang sikit. Ellayna tu baru 20 tahun. Masak nasi pun tak reti... ”Datin Sara memberi alasan.

“Mak cik, bukan ke mak cik memang kempunan nak menantu? Inilah masanya mak cik. Peluang ini takkan datang bergolek macam tu je! ”Syaiful berkata, tegas. Dia tetap dengan pilihannya. Sudah nekad yang Ellayna itu akan mengahwini nya. Tiada orang lain selain Ellayna dihati.

Gadis itu dikenalinya 6tahun yang lalu. Disaat dia baru berumur 14 tahun. Gadis itu datang dan memberi sinar baharu dalam hidupnya. Dari yang nakal, poyo, degil, keras kepala ke budak yang rajin, berbudi bahasa, baik hati. Besar betul perubahan itu. Hanya dalam sekelip mata!

“Takpelah makcik. Mungkin bukan jodoh saya dengan dia sekarang. Tapi suatu hari nanti dia akan jadi milik saya buat selama-lamanya. makcik tak boleh halang cinta kami. ”Syaiful meletakkan sekotak cincin di atas meja. Dia berlalu pergi dari tempat itu.

Datin Sara buntu. Tidak tahu apa yang harus di fikirkan. Cincin pemberian Syaiful di tatap lama.

Kau bukan jodoh anak ku. Bukan begini caranya kau ingin mengutip bunga di taman. Sampai bila bila pun kau pasti tak akan berubah kan, Syaiful?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience