Bab 12

Romance Completed 7504

Bab 12

Alisya dan Najwa sibuk meneliti beberapa buah buku aktiviti SPM untuk latih tubi dan rujukan buat mereka. Alisya leka mengambil beberapa buah buku. Entah macam mana kakinya tersalah langkah dan melanggar lelaki yang berada di hadapannya. Buku-buku di tanganya jatuh ke lantai.

“Maaf…maaf tak sengaja.” Jawab Alisya tanpa memandang wajah. Dia tunduk untuk mengambil buku di lantai.

“Alisya! Eh Alisya kan?” soal lelaki itu. Alisya mengangkat muka memandang lelaki itu. Dia tersenyum.

Kecil betul dunia ni. Sungguh tak sangka!

“Irfan!! Cuti ke? Lama tak nampak.. bila balik?” Soal Alisya teruja.

“Wait! Wait! Satu-satulah tanya. Ni main terjah je. Bukan nak tanya khabar.” Jawab Irfan. Alisya tersenyum malu.

“Sorry…teruja jumpa Irfan. Irfan sihat? Bila balik sini?” tanya Alisya.

“Sihat…Irfan baru balik semalam. Saja keluar hari ni jalan-jalan. Tak sangka jumpa Alisya. Alisya sihat? Pak Ngah, Mak Ngah, Mak long dan Pak Long semua sihat?”

“Alhamdulillah semua sihat. Alisya lagi sihat heheheh.” Irfan ketawa. Sepupunya yang satu ni memang comel.

“Owh ye…Abang Hafizul macam mana?” soal Irfan. Dia tahu Alisya dan Hafizul masih berperang sejak kejadian yang lepas.

Alisya mencebik. Sikit-sikit Hafizul. Sikit Hafizul. Macam tak ada nama lain si Irfan ni nak sebut.

“Isyk Irfan ni nak tahu pasal dia pergilah tanya dia. Tanya kat Alisya buat ape!”

Irfan tergelak “Ni mesti tak berbaik lagi ni. Alisya tak maafkan dia lagi ye?”

Alisya menjulingkan mata. “Hisyk malaslah nak cerita pasal ni!. Oklah Alisya gerak dululah kawan Alisya dah tunggu dekat kaunter tu.” Juih bibir Alisya. “Nanti senang-senang datang rumah taw Irfan. Nanti boleh borak lama sikit.”tambah Alisya.

“Insyallah..nanti sampaikan salam pada keluarga semua.” Alisya mengangguk dia berjalan ke kaunter. Sempat dia berpaling ke belakang malambai tangan pada Irfan. Irfan tersenyum dan membalas lambaiannya.

********************************************************************

Hafizul berbaring diatas katil. Dia kepenatan. Sehari suntuk hari ni dia mengekori Alisya. Masih terbayang-bayang wajah seram Alisya menonton wayang terasa macam dia ingin saja berlari memeluk Alisya. Dia ingin melindungi Alisya.

Hafizul mengeluh hampa, dia tahu mana mungkin akan tercapai. Gadis itu langsung tidak pernah memandang dirinya. Sebaliknya bila bertemu, Alisya pasti akan memandangnya dengan tajam.

Langsung tidak memberikan senyuman. Jelingan mata sahaja yang akan diterima. Hafizul sayu.

Masih terbayang-bayang wajah gembira Alisya bila bertemu dengan sepupunya Irfan. Alisya nampak teruja bila bersama Irfan . Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Hafizul cemburu melihat Alisya yang selalu melayan Irfan dengan baik. Sebab itu Hafizul selalu menghalang Alisya mendekati Irfan. Dia ingin Alisya tahu perasaan dia. Dia selalu mendekati Alisya untuk berbaik-baik. Tapi sebaliknya Alisya langsung tidak memahami malah menganggapnya sebagai musuh yang harus dijauhi.

Hafizul hampa. Dia berfikir Adakah Alisya menyukai Irfan atau mungkin Irfan dan Alisya memang saling menyukai antara satu sama lain? Mereka berdua selalu bersama ketika kecil. Tak mustahil!

Gambar Alisya diambil dari laci. Hafizul menatapnya. Gambar yang diambil ketika Alisya sedang makan gula-gula kapas dua tahun yang lalu. Gadis itu tampak ceria ketika Hafizul membelikan gula tersebut untuknya. Hafizul jadi rindu dengan kenangan itu.

“Kan bagus jika cintaku semanis gula-gula kapas ini. Alisya, abang rindu sangat!” Hafizul memeluk gambar tadi. Dia melelapkan mata. Dan terbang ke alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience