Bab 15

Romance Completed 7504

Bab 15

Hafizul duduk dimeja nya, dia memandang kiri dan kanan. Hafizul jadi pelik sejak dua minggu ni dia asyik menerima seplastik kecil gula-gula kapas yang berwarna-warni. Kadang-kadang di waktu pagi atau di tengahari pasti akan ada satu plastic kecil gula-gula kapas. Nak katakan ada peminat macam tak ada pulak tanda-tanda yang ada guru-guru perempuan yang meminatinya. Yelah dia kan cinta mati sama Alisya dia mana layan perempuan lain. Takkan ada anak murid yang minat dekat dia kot? Hisykk sape?

“Hai cikgu dapat lagi gula-gula kapas dari peminat?” tanya Cikgu Yazid guru pendidikan Jasmani.

“Aaah..nampaknya macam tulah. Siapa entah yang bagi? Isykkk takut pulak saya.” Jawab Hafizul. Plastik gula-gula kapas dibuka dan dimakannya. Sayang nak bazir.

“Apa nak takutkan. Makan je orang dah bagi. Benda free.” Hafizul tergelak. Dia menghisap gula-gula kapas tadi. Ingatannya teringat pada Alisya. Alisya sangat suka pada gula-gula kapas. Jangan-jangan Alisya kot yang bagi pada dia? Kalau betul memang sweet lah. Tapi mustahil pulak! Alisya tengah sibuk dengan peperiksaan bila pulak dia ada masa nak buat semua ni. Hisyk sape yang punya kerja ni? Hafizul mengaru-garu kepalanya memikirkan.

**********************************************************************************

Alisya melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Tadi dia baru selesai menjawab kertas soalan terakhir SPM. Alisya lega hari ni dia bebas. Tidak perlu mengulang kaji lagi. Dia berdoa agar memperoleh hasil dengan baik nanti.

Alisya berjalan menuju ke tempat dia meletakkan motorsikal. Dia sempat menjeling kereta Hafizul yang berdekatan. Alisya tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandang. Plastik gula-gula kapas terakhir dikeluarkan. Selama ini Alisya buat kerja gila meletakkan gula-gula kapas di meja Hafizul. Alisya memastikan tiada siapa yang akan perasan perbuatannya. Sebulan juga dia buat semua tu. Nasiblah gula-gula kapas tu murah. Buatnya mahal memang kopaklah duit belanja sekolahnya.

Alisya menilik plastik gula-gula kapas tadi. Sengaja dia tidak memberikan plastik terakhir ni kepada Hafizul hari ni. Dia yakin pasti Hafizul akan tertanya-tanya nanti. Alisya mahu Hafizul resah sedikit hari ni. Lagipun malam ni dia sudah ada rancangan untuk berjumpa Hafizul. Rancangan yang akan mengubah segalanya. Alisya ingin memohon maaf pada Hafizul. Dan dia ingin memberitahu perasaan sebenarnya terhadap Hafizul.

Alisya tak sabar menunggu. Gula-gula kapas disimpan semula. Alisya terus menghidupkan enjin motor sebelum memecut pulang ke rumah.

******************************************************************

“Hai cikgu Fizul cari apa tu? Dari tadi saya tengok lagi.” Tanya Cikgu Yazid.

“Tak ada. Cuma pelik je selalunya dekat meja ni dah ada gula-gula kapas. Ni dah dekat pukul lima bayang pun tak ada.” Hafizul tercari-cari kiri dan kanan sampai bawah meja pun dia tengok.

“Tak adalah tu. Lagipun dah nak balik dah ni. Cikgu tunggu lah mana tahu kejap lagi ada yang hantar. Saya balik dululah cikgu.” Cikgu Yazid ketawa. Dia segera keluar dari bilik guru.

Wajah Hafizul muram. Dia hampa. Dah berminggu-minggu dia makan gula kapas tu. Ketagih dia!

“Hai si Peminat kenapalah kau seksa jiwa aku ni. Takkanlah SPM habis kau pun habis bagi gula-gula kapas kat aku.” Hafizul bercakap sendiri. Parah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience