Bab 11

Romance Completed 7504

Bab 11

Suasana di pusat membeli belah Aeon Jusco sangat sesak. Cuti sekolah macam ni ramailah anak muda yang keluar melepak dan tengok wayang. Rimas Alisya menengok pemandangan yang tidak sihat disekelilingnya. Dunia remaja begitu menakutkan jika tak pandai diurus. Sakit mata Alisya melihat anak-anak gadis yang berkepit dengan lelaki. Sungguh memalukan dan mencemarkan maruah diri. Rimas!

Mata Alisya bergerak ke kiri dan ke kanan memandang manusia yang lalu-lalang di hadapannya.

“Sya kau pandang ape tu?” soal Najwa yang duduk dihadapan Alisya. Mereka duduk di restoran makanan segera ketika itu.

“Tak ada apa lah” balas Alisya malas. Buang air liur je karang kalau bukak cerita remaja ni.

“Wei Sya best betul cerita hantu tu kan. Seram! Rasa macam nak tengok je lagi. Rugilah si Razif tak ikut hari ni. Sibuk sangat dengan Futsal dia tu sampai dah janji dengan kita pun dia boleh lupa.” Ujar Najwa geram. Alisya tersenyum dia tahu kenapa Razif tak jadi ikut. Yelah dua hari lagi hari jadi Najwa buah hati si Razif ni. Razif dah plan lah nak celebrate special untuk Najwa. Dia sibuklah uruskan, sebab itu dia tak datang.

“Aah lah wei best kan. Tak sia-sia kita tengok. Wa lepas ni kita pergi popular sebelum balik nak? Aku nak beli beberapa buku aktiviti lah. Latihan yang ada pun dah nak habis aku buat. Boleh ye?” soal Alisya.

Najwa mengangguk. Tiba-tiba dia terasa macam terpandang sesuatu. Najwa membesarkan matanya melihat dengan jelas. Tak ada!

“Sya..kau rasa tak macam ada seseorang yang ikut kita? Dari tadi lagi aku macam nampak seseoranglah.

Sejak kita keluar wayang lagi.” Alisya mengangkat kening. Tawanya terburai melihat wajah cuak Najwa.

“Hahahah… kau ni merepeklah. Kau ingat hantu dalam wayang tadi keluar ikut kau! Pleaselah beb jangan buat cerita seram kelakar depan aku. Terkucil nanti!” Alisya menahan ketawa. Najwa mencebik. Dia yakin memang ada seseorang yang mengikut mereka. Rasa macam kenal saja!

************************************************************

Hafizul menarik nafas. Fuhh selamat si Najwa tak nampak mukanya tadi. Kalau tak tentu kantoi! Dari tadi lagi Hafizul mengekori Alisya, sampai ke dalam panggung wayang pun Hafizul ikut. Hilang rasa takutnya pada cerita hantu tadi, semata-mata nak ekori Alisya. Hafizul tak peduli! Dia ingin melihat sendiri betul ke Alisya keluar dengan boyfriend atau hanya gurauan Alisya kepadanya.

Hafizul lega, sejak dari tadi tiada tanda-tanda yang Alisya keluar bersama lelaki. Hanya Najwa sahaja disisi Alisya. Hafizul tersenyum ternyata tiada apa yang perlu dirisaukan. Alisya pasti akan menjadi miliknya nanti. Cuma sekarang dia kena berusaha untuk menambat hati Alisya supaya lebih dekat dengan dia. Hafizul yakin Alisya pasti akan menjadi suri hatinya. Dia yakin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience