Rate

Bab 4

Romance Series 6136

Jam menunjukkan 8.50 pagi.
"Eh Su, jom pergi sarapan dulu. Aku nak makan dekat kedai yang jual nasi lemak ayam berempah tu lah..sedap gilerr! nak tak? ."
ujar Syamimi sambil tangannya di letakkan di perut.
" Lah! asal kau tak makan lagi?. Aku baru nak terus on the way ke destination yang kita nak tuju."
Balas Suhaila dengan nada yang kesian pun ade, terkejut pun ada.
Dia merancang untuk pergi cafe yang diperkatakan hangat oleh orang ramai kerana makanan yang dihidangkan bertemakan kemewahan. Tetapi harganya pun tidak kurang 'enaknya'. Boleh dikatakan murah dan mahal mengikut jenis hidangan.

kalau dihiraukan kesian, kalau diikutkan si Suhaila pula yang di kesian. Hasrat Suhaila untuk pergi ke cafe tersebut nampaknya perlu dilewatkan sedikit kerana rakannya yg dalam kelaparan tu.

Setelah mencari kedai makan yang diingini Syamimi itu jumpa, Suhaila segera mecari car park di hadapan kedai tersebut.
"jomlah cepat.! nanti habis pulak nasi lemak favorite aku..!" dgn tergesa gesa Syamimi menarik tangan rakannya itu.
Dengan wajah yg redha, Suhaila diikutkan juga kerenah si Syamimi tu..

Selesai bersarapan, Syamimi dan Suhaila segera ke kereta dan teruskan perjalan mereka utk ke destinasi seterusnya.

Setibanya mereka di hadapan Cafe tersebut, dgn segera Suhaila pula menarik tangan si Syamimi untuk masuk ke dalam cafe tersebut. Cafe yang diberi nama 'SW D' LICIOUS' itu menjadi tumpuan ramai orang di bandar tersebut.

Duduk sahaja mereka berdua di meja tersebut, seorang pekerja wanita menghampiri dgn berbekalkan sebuku menu.
"selamat datang ke Cafe SW D' LICIOUS." dengan senyuman manis terukir di bibir pekerja tersebut menyambut mesra kedatangan mereka berdua pada masa itu.
Sedang mereka membelek menu tersebut,
"saya nak Ais blended Cappucino and chocomoist cake." segera pesanan di buat oleh Syamimi.
" saya nak Ais blended Mocha dan strawberry vanila cakes."
pesanan kedua dibuat oleh Suhaila pula.
"Baiklah, sebentar ya." Pekerja wanita itu berlalu pergi dengan senyuman yang masih terukir.

"aik, cepatnya kau order? aku ingat kau dah kenyang?.." Soal Suhaila kehairanan.
"Apasalahnya..it is just a DESSERT!;" balas Syamimi dengan mulutnya yg sedikit muncung.

Apabila hidangan sudah tiba, dua pasang mata yang terus tertumpu pada hidangan pencuci mulut yang bercirikan kemewahan serta rupa yang mengiurkan. Dengan coklat cair yang menampakkan kepekatan di tuang ke atas kek coklat yang di taburi serpihan coklat yang kecil.
Tidak kalah juga dgn hidangan si Suhaila.
Semuanya menyelerakan!

Sedang mereka berdua asyik menikmati hidangan pencuci mulut tersebut, datanglah tiga orang lelaki yang lalu di sebelah meja Syamimi dan Suhaila.

Mata syamimi terus tertumpu pada 3 orang jejaka tersebut.
Dengan sekelip mata pandangan Syamimi di balas oleh salah seorang jejaka yg turut terpandang akan tumpuan sepasang mata kepunyaan Syamimi.
Lantas matanya beralih ke hidangan di dalam pinggan tersebut.
Maklumlah, Syamimi tidak pernah direnung oleh orang dengan begitu tajam sekali.
Lebih lebih lagi renungan seorang lelaki.
Bukan itu sahaja, yang membuat Syamimi mengelabah, lelaki tersebut turut melontarkan senyuman kecil kearah Syamimi!
Apakah maksudnya?
Mungkin ianya dianggap sbagai balasan yang manis terhadap org lain, tetapi bagi Syamimi, ia merupakan satu lontaran yang berat terus menusuk ke hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience