Rate

Bab 1

Romance Series 6134

Apabila berkumandangnya azan subuh, kedinginan pagi mula terasa. Kekerdilan seorang hamba diakui, segera menyembah yang Maha Esa.
Syamimi, bergegas bangun menyucikan diri utk menunaikan solat subuh. Setelah selesai, dia segera bersiap utk pergi bekerja. Tempat kerjanya tidak lah jauh dari rumahnya. Syamimi yang hanya tinggal di sebuah apartmen bersama seorang rakannya iaitu Laila. Setelah sampai di pejabat (NFW SDN BHD), Dia seperti biasa akan masuk ke pejabat Puan Hanisa kerana dia amat diperlukan utk menyiapkan kerja kerja yang mempunyai nilai yang besar bagi syarikat itu. " Assalamualaikum puan. " ujar Syamimi yg baru sahaja masuk ke dalam bilik itu. " Waalaikumussalam, ouh Syamimi silakan duduk. " Sahut Puan Hanisa. Mereka berbincang tentang hal hal yg berkaitan syarikat itu yg patut diuruskan segera. Maklumlah, Syamimi adalah salah satunya pekerja yang paling rajin, inovatif dan perlakuannya amat disenangi oleh org sekeliling. Setelah beberapa minit, Syamimi keluar menuju ke mejanya. " Eh, apasal org tu muka masam je.. " Sindir Suhaila yang juga rakan sepejabat. Mejanya dan meja Syamimi bersebelahan. " Mana ada masam lah. " Balas Syamimi menafikan kata kata rakannya itu. " Habis tu? kenapa dgn kau ni, keluar je dari bilik Puan Hanisah terus jadi cam ni. Apasal? " Soal Suhaila lagi. " Banyak kerja nak buat lah! ish, aku tak paham lah.. kenapa Puan Hanisah suruh aku buat semua ni? Sayang betul pekerja yang dulu tu berhenti! . Takdelah aku kene buat sorang sorang macam ni! " rungut Syamimi. Pada awalnya, bukan Syamimi sahaja yang berinovatif dalam melakukan tugas, tetapi ada seorang lagi rakan sepejabatnya yang sama sama melunaskan semua kerja kerja itu. Malangnya, dia berhenti daripada melakukan tugasan dan bekerja di syarikat itu atas sebab sebab tertentu yang melibatkan dia dan keluarga berpindah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience