Rate

Bab 3

Romance Series 6136

"twink!..twink!" kedengaran nada pemberitahuan pada telefon pintar Syamimi. Lantas dia mengambil telefonnya itu dalam keadaan mata yang belum terbuka luas.
" Mi, aku ambik kau kejap lagi..aku nak kena hantar adik aku pergi kelas tusyen kejap."
Itu mesej yang sempat di baca oleh Syamimi ketika dia masih di katilnya. Jam menunjukkan 8.30 pagi.

"twink!..twink!" sekali lagi telefon Syamimi mendapat mesej.
"Cepat sikit bersiap tu tau!."
kata kata akhir Suhaila tu terus membuatkan si Syamimi mencebik.
"hish..aku tahulah. Ingat aku ni perempuan yang berejam rejam bersiap macam perempuan kat luar tu ke?!"

Selesai mandi, Syamimi bergegas mencari pakaian yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang diorang akan lakukan iaitu 'berjalan jalan'..
Syamimi memang sejenis yang suka perkara yang mudah..bak kata orang, everything simple. Syamimi hanya menyarungkan kemeja lengan panjang berwarna putih dan diceriakan dgn corak sedikit bunga bungaan di hujung kemejanya. Dia mengenakan seluar palazo berwarna pink lembut dan di sarungkan bawal berona merah jambu yang tenang.

Syamimi bergegas mencapai slingbag dan telefonnya di atas meja.
"Nak ke mana tu?". Tanya Laila kehairanan.
"Aku nak keluar kejap". Jawab Syamimi spontan.
"Asal kau tak cakap awal awal semalam..boleh aku siapkan sarapan. Aku ni pun banyak kerja nak buat. So, takde sarapan lah untuk kau pagi ni." Ujar Laila yang sedang berada di meja makan sambil menghadap laptop nya.

"tak mengapa lah..aku ni pun nak sarapan kat luar. Kau tu tak kerja ke harini?"
Tanya si Syamimi.
"mungkin aku masuk petang harini. Kepala aku tak berapa nak ok lah.." jawab Laila dengan nada yang agak letih.
"kenapa? bukan selama ni otak kau tak berapa nak ok ke?" . Balas Syamimi, yang dalam pada masa yg sama tergelak kecil.
"ish..kepala aku sakit lah..pening sikit rasa..". Ujar Laila yg kadang kadang berasa jengkel dgn lawak si Syamimi tadi.

"ouh, yeke..hmm takpelah, nanti aku belikan panadol. Tu pun kalau aku ingat. And lagi satu tolong kunci pintu rumah bila aku lambat balik nanti. Kau tu kalau dah sakit terlentang kejap lagi tu..pintu terbungkang.!" Ujar Syamimi memberi nasihat yg dah berkali kali di cakapkan tetapi tidak di ambil serius oleh rakannya Laila. Kadang kadang seperti kakak memarahi si adik.

"Honk..Honk!" Kendengaran bunyi honk kereta milik Suhaila.
"Eh, aku pergi dulu lah. Tu si Suhaila dah sampai." gegas Syamimi.
"ha yelah..pergi tu elok elok ye.."
ujar Laila sambil melambaikan tangannya ke arah Syamimi yang baru sahaja ingin masuk kedalam kereta milik Suhaila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience