KOKOKAN ayam mengejutkan aku daripada lena. Tubuh kecilku bingkas bangun walaupun kedinginan pagi itu berusaha memujukku untuk melayan aksi-aksi menarik dalam mimpi. Mujur semangatku lebih handal menangkis semua godaan itu. Aku pantas mencapai lampu minyak tanah buatan asli ayah yang disimpan di tepi dinding bersebelahan dengan mancis. Lampu itu banyak berjasa meskipun asal usulnya daripada bekas botol kaca sos cili yang dikutip di tepi jalan hasil buangan orang. Aku menyalakan pemetik api lalu membakar sumbu lampu itu. Cahaya oren kekuningan menerangi ruang tamu rumah. Adik, kakak, abang, mak dan ayah masih berbaring di atas lantai papan.
Bunyi kokokan ayam mengejutkan aku daripada lena. Tubuh kecilku bingkas bangun walaupun kedinginan pagi itu berusaha memujukku untuk melayan aksi-aksi menarik dalam mimpi. Mujur semangatku lebih handal menangkis semua godaan itu. Aku pantas mencapai lampu minyak tanah buatan asli ayah yang disimpan di tepi dinding bersebelahan dengan mancis. Lampu itu banyak berjasa meskipun asal usulnya daripada bekas botol kaca sos cili yang dikutip di tepi jalan hasil buangan orang. Aku menyalakan pemetik api lalu membakar sumbu lampu itu. Cahaya oren kekuningan menerangi ruang tamu rumah. Adik, kakak, abang, mak dan ayah masih berbaring di atas lantai papan.
Ayah dan mak yang baring di ruang tamu hanya menoleh ke arahku dan menyambung semula tidur mereka. Aku memasukkan mancis ke dalam poket seluar panjangku dan terus berjalan keluar. Aku mengatur langkah untuk menuruni anak tangga uzur alah lif dan banyak mengakibatkan aku jatuh itu. Kesejukan embun pagi serta bunyi-bunyian pada waktu subuh mengiringi langkahku sehingga aku tiba di bawah pokok mangga di halaman rumah. Aku memerhati sekitar lingkungan bawah pokok mangga itu perlahan-lahan. Buah mangga air kelihatan kehijau-hijauan apabila tersuluh oleh lampu itu. Hujung bajuku yang berada di bahagian depan, kugigit agar mempunyai ruang untuk menyimpan buah mangga itu. Pantas saja tanganku mengutipnya dan memasukkan mangga itu di ruangan baju yang ku jadikan sebagai bakul itu. Aku memegang hujung baju yang aku gigit itu kerana buah mangga sudah bertambah berat. Aku meneruskan pencarian buah mangga. Aku akan meletakkan lampu ke atas tanah jika menjumpai buah mangga. Ada juga buah yang kubuang kerana sudah buruk atau dah dirasmikan ulat.
Selepas berkali-kali mengelilingi pokok buah mangga itu, aku pun mengorak langkah naik semula ke rumah dengan senyuman lebar. Tiba saja di ruang tamu, mak sudah kedengaran sibuk meniup api menggunakan buluh silinder itu. Ayah, kakak dan abang masih lena. Aku meletakkan lampu ke lantai dan kususuli dengan mengeluarkan buah mangga satu persatu ke dalam besin yang berada di tepi dinding berhampiran laluan ke dapur. Kemudian, aku memegang lampu tadi lalu meniupnya dengan tenaga angin paling kuat daripada mulutku sehingga api lampu itu terpadam. Seraya itu, aku berdiri lalu menepuk-nepuk baju yang dilekati kotoran bawaan buah mangga itu berkali-kali dengan tangan yang sebelah lagi.
Setelah itu, aku menyimpannya di tempat asal berserta mancis. Lampu itu memang akan dipadam setiap kali selesai digunakan dan digantikan dengan lampu yang lebih kecil sumbunya untuk menjimatkan minyak tanah. Ayah sudah berkali-kali berpesan untuk meniup lampu itu bukan setakat jimat tapi untuk selamat daripada kebakaran. Pesanan itu sangat kuat tersemat di hatiku sehingga sentiasa terngiang-ngiang di telingaku. Lantai dapur juga lebih kurang keadaannya dengan tangga rumahku. Kata orang, silap-silap hari bulan kaki akan tertanam hingga ke paras paha. Aku turun ke dapur memandangkan lantai dapur lebih rendah kira-kira setengah meter daripada paras lantai ruang tamu.
“Jaga kaki tu, tengok mana nak pijak dulu,” pesan mak sebaik aku turun ke ruangan dapur.
Aku tak menjawab tapi mengiyakannya dengan mengatur setiap langkah. Aku sedikitpun tak jemu walaupun pesanan itu seperti pesanan ayah, seringkali kudengar. Aku mencedok air di dalam baldi menggunakan mangkuk yang terapung lalu menuangkannya ke besin yang berisi buah mangga tadi. Beberapa kali kulakukan perkara yang sama sehingga besin itu penuh barulah aku mula membasuh buah mangga itu satu persatu hingga selesai. Siang sudah mulai memunculkan dirinya. Ayah duduk di bangku kaki lima sambil menghisap rokok tembakau. Aku, kakak dan abang siap berpakaian seragam sekolah.
Share this novel