BAB 3

Romance Completed 6256

“Dah bisu ke? Tadi bukan main kacau orang… Awak nak apa sebenarnya?” Sekali lagi Alya berkata. Dia mendengus kasar. Tidak selesa dengan apa yang berlaku kini.

“I miss you dear… I miss you so much…” desah nafas si pemanggil bagaikan sarat menanggung kerinduan. Alya ketawa. Kalau dulu perkataan itu mungkin dapat mencairkan hatinya namun tidak kali ini.

“Please lah Ziyad! Buang jauh-jauh rasa rindu awak tu… Tolong jangan kacau saya lagi… Boleh tak?” Termasuk kali ini entah berapa ratus kali Ziyad mengucapkan kata rindu padanya tapi dia tahu yang itu Cuma omongan kosong Ziyad. Dia sudah bosan dengan taktik Ziyad. Cukuplah! Kali ini dia tidak mahu tewas dengan pujuk rayu Ziyad lagi.

“Tak mungkin Alya… Saya sayangkan awak… Saya tak boleh lupakan awak… I love you Alya… I am sorry, okay?” Ziyad masih cuba untuk memujuk Alya. Mana mungkin dia lupakan Alya begitu saja. Alya cinta matinya!

“Kalau awak betul cintakan saya then please leave me alone! Stop bothering me Ziyad… Saya rimas tahu tak?” Alya mengeluh keras. Ziyad seakan tidak mahu faham yang sebenarnya hubungan mereka sudah putus dua bulan lalu.

“Kenapa? Sebab awak dah ada pengganti? Siapa Firaz tu pada awak Alya? Kekasih gelap awak?” Ziyad mengenggam penumbuk. Terbayang kembali gelak ketawa Alya sebentar tadi bersama dengan seorang pengusaha muda terkenal bernama Firaz itu. Atas sebab itu lah, dia terus pergi dari situ. Tidak sanggup dia hendak menonton adegan itu lama-lama. Sakit hatinya dengan kemesraan Alya dan Firaz.

“Are you following me around, Ziyad?” Suara Alya berubah. Serentak itu juga dia pandang ke sekelilingnya tapi tidak pula dia nampak kelibat Ziyad. Kalau Ziyad sudah mula mengekorinya, ini bermakna Ziyad sudah semakin parah.

“Kenapa? Awak gelabah sebab rahsia awak dah terbongkar? Sebab dia kan awak putuskan hubungan kita?” Alya memegang kepalanya yang semakin sakit. Entah apa yang merasuk Ziyad sehingga dia berkata begitu. Tak pasal-pasal Firaz yang jadi mangsa sedangkan dia baru berurusan dengan Firaz sebulan yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience