BAB 4

Romance Completed 6256

“Tolong lah Ziyad… Encik Firaz tu tak ada kena mengena dengan hal kita… Kita putus sebab sikap awak tu! Sikap awak buat saya letih Ziyad… Cemburu tak tentu pasal… Asyik tuduh yang bukan-bukan… Sampaikan awak sanggup pukul sepupu saya sendiri disebabkan rasa cemburu awak tu!” Alya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Sungguh dia semakin bosan dengan sikap cemburu buta Ziyad. Cemburu tak bertempat. Kalau dia ada meeting dengan client lelaki pasti ada saja yang dikatakan Ziyad. Dia curang lah, dia tak setia lah sampaikan satu tahap, dia memang tak sanggup lagi untuk meneruskan hubungannya dengan Ziyad. Lepas mereka putus dua bulan yang lalu, Ziyad memang tidak

menghubunginya lagi tapi entah kenapa sejak tiga minggu lalu, Ziyad mula menggangunya.

“I’m sorry Alya… I’m really sorry…” Sekali lagi Ziyad memohon maaf. Alya menggeleng kecil. Dia tahu kata maaf Ziyad hanya sementara saja sebab lepas tu pasti Ziyad akan kembali dengan sifat cemburu butanya.

“No Ziyad… Please leave me alone… Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi… Tolonglah faham…” Ziyad mendengus kasar.

“No Alya! If I can’t have you, no one will! Do you understand?!” Telefon bimbit dihempas kuat ke dinding. Habis berkecai semuanya tapi dia tidak peduli. Penumbuk digenggam erat. Matanya sudah mulai merah menahan marah. Seketika dia berjalan menuju ke meja kecil berdekatan dengan katil bujangnya. Sekeping gambar diambil dan ditenung lama. Dia tersenyum lebar.

“Alya sayang… I will always love you dear…Remember that…” Dan dia ketawa semahu-mahunya. Ada sesuatu yang perlu dilakukannya selepas ini. Fikirannya mula merangka satu rencana!

Alya membuka matanya perlahan. Tubuhnya terasa sakit. Dia cuba bangun namun tubuhnya terasa berat. Kepalanya terasa seperti berpinar. Lepas beberapa ketika baru dia sedar yang dia sebenarnya bukan berada di biliknya tapi di sebuah kamar yang cukup asing sekali. Pintu kamar dikuak perlahan dari luar. Ziyad!

“Ziyad! Apa yang awak buat kat saya hah?” jerkah Alya tapi Ziyad cuma senyum. Alya semakin resah bila Ziyad mula menghampirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience