BAB 7

Romance Completed 6256

“I’m sorry sayang! I’m sorry! Ziyad cintakan Alya… Selamanya…” Dan selepas itu dia ketawa semahu-mahunya.

“Jangan bimbang Alya sayang… Saya akan bertanggungjawab…” Wajah Alya ditenung lagi dan tidak lama kemudian langkahnya diatur laju menuju ke luar rumahnya. Bajunya yang dipenuhi darah Alya tidak dipedulikan. Dalam mindanya hanya satu. Dia ingin sampai ke balai polis secepat yang mungkin.

Ziyad memandang orang disekelilingnya. Hujah-hujah dari peguam dan keterangan saksi-saksi yang dipanggil bagaikan tidak memberi kesan di hatinya. Dia hanya diam. Fikirannya melayang entah ke mana. Yang dia tahu, tiba-tiba saja dia disoal oleh seorang peguam.

“Encik Ziyad, encik kenal siapa perempuan dalam gambar ini?” Sekeping gambar ditunjukkan kepadanya. Ziyad senyum. Pastinya dia kenal.

“Alya… Cantikkan dia… I love her so much…” Jawabnya sambil tersenyum.

“Cinta? Kalau cinta kenapa Encik Ziyad sanggup bunuh Alya dengan 7 kali tikaman?” Ziyad ketawa.

“Sebab….” Dia berhenti seketika sebelum menyambung.

“Cinta saya padanya semerah darah…” Dan dia ketawa dan terus ketawa. Dalam mindanya kini hanya terbayang wajah Alya yang sedang tersenyum kepadanya. Dalam hatinya berdetik ‘Sabar sayang… sekejap lagi saya pasti akan datang menemani awak, Alya’.

‘’Cinta kita ini akan sentiasa bergelumang dengan rona merah, begitulah rasa cintaku padamu. Sentiasa segar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience