100 Hari Menempah Cinta

Short Story Series 555

"Mama dah tak peduli lagi. Mama tak kira. Pokoknya, Eriq kena cari pasangan hidup Eriq secepat mungkin. Kalau tak, Eriq kena kahwin dengan gadis pilihan mama. Titik, tak ada koma lagi," omel mama lagi. Klise lar. Rasanya macam nak bernanah pun ada juga telinga aku ni bila dengar mama membebel. Boring. Tiap-tiap hari Datin Merlina cakap hal yang sama. Tak payah nak minta, dah dapat ceramah free dari mama. Mulut mama tak habis-habis mengeluarkan peluru berbisa buat aku. Bukannya dia tak tahu yang aku masih lagi terkilan dengan Temira. Ah Temira, kenapa kau buat aku macam ni? Kau memang kejam.
***
Ramai orang sudah memenuhi ruang rumah Dato’ Hambali. Sama ada berpangkat atau tidak, semuanya berpakaian cantik. Semuanya datang untuk menyaksikan majlis akad nikah antara Eriq dan Temira. Eriq tampak segak apabila mengenakan baju melayu berwarna putih bersama songkok dan samping berwarna hitam. Wajahnya jelas terpampang rasa gugup yang mula bersarang di benak hatinya. Dalam kegugupannya itu, sempat juga Eriq melihat keadaan sekeliling. Matanya tertumpu pada teman karibnya. Wah, bergaya betul Fiqri bila pakai baju cekak musang. Fiqri berjalan menuju ke arah Eriq. Serius saja wajah dia. Pasti ada hal penting.
“Ikut aku sekejap. Ada hal penting,” bisik Fiqri. Aku turuti. Tak mahu melengah-lengahkan masa. Lagi pun, Tok Kadi dah sampai.
“Hah, ada apa? Penting sangat ke?” Eriq memulakan bicara. Fiqri diam. Kiraanku, pasti hal ini sangat penting. Kalau tak, mana mungkin Fiqri susah untuk menyampaikannya.
“Aku harap kau sabar ye.” Akhirnya Fiqri bersuara. Nak bersabar apanya?
“Temira.” Aku mula kegusaran. Ada apa ni?
“Sabar Riq.Aku...a..ku…” Nada bicara Fiqri tersekat-sekat. Pasti ada apa-apa berlaku terhadap Temira.
“Beritahu aku Fiq. Apa dah jadi pada Temira, Fiq?” Eriq mula dikuasai emosi.
“Temira. Dia kemalangan. Aku cuba selamatkan dia. Tapi…a..ku.. Aku gagal Riq. Maafkan aku.” Eriq terduduk. Lututku lemah mendengar berita Temira. Hatinya hancur luluh. Kenapa Temira? Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain?
“Temira!!!”
Datin Merlina mendapatkan Eriq. Diusap-usap kepala anaknya itu. Dengan harapan Eriq kembali sedar dari mimpinya.
“Ma, Temira ma. Temira dah pergi ma. Temira dah tinggalkan Eriq. Dia tipu Eriq ma. Dia dah janji nak hidup bersama Eriq ma. Tapi dia pergi dulu ma.” Datin Merlina runsing. Eriq meracau lagi. Datin Merlina masih lagi mengusap kepala anaknya.
“Eriq, tidur sayang. Nanti baru bangun ya,” pujuk Datin Merlina seraya mengucup dahi anaknya itu. Sayangnya kepada Eriq selama ini tak pernah kurang. Malah,semenjak pemergian Erina ke pangkuan Ilahi, kasihnya terhadap Eriq semakin bertambah.
***
Eriq berjalan laju menuruni tangga. Melihat Datin Merlina begitu tekun membelek foto-foto lama membuatkan Eriq terfikir satu idea nakal.
“Hah!!!” sergah Eriq lantas membuatkan Datin Merlina terkejut semput. Kuss semangat. Nasib baik tak copot. Pantas jari Datin Merlina mencapai cuping telinga Eriq.
“Adeh.Adeh..Sakit ma.” Eriq mengerang kesakitan. Datin Merlina menurunkan tangannya dari terus melekat di telinga Eriq.
“Haa.. Tahu pun sakit. Tu lah, mama dah cakap. Jangan buat mama melatah. Nasib baik mama tak flying kick Eriq tadi.” Eriq hanya tersengih mendengar bebelan mamanya.
“Mama tengah buat apa tu?” Eriq tanya soalan tak masuk akal.
“Mama tengah bagi ikan makan ni,”Datin Merlina menjawab malas. Dah tahu lagi mahu tanya. Eriq tersengih lagi. Serupa macam beruk kena belacan. Eriq meneruskan kerja mamanya apabila melihat Datin Merlina ke dapur. Gambar dia dan Erina semasa kecil. Comel.
“Adik apa khabar? Rindu tak kat abang?” soal Eriq. Abang sayang adik. Kenapa adik pergi lepas Kak Temira tinggalkan abang? Abang rindu sangat kat adik. Eriq memeluk gambar dia dan Erina.
***
“Abang, kalau Erina dah tak ada nanti. Abang jaga mama ya. Papa dah lama tinggalkan kita. Erina nak jumpa papa. Abang jaga mama, Erina jaga papa.” Erina tersenyum. Hambar. Tiada manisnya lagi pada wajahnya. Eriq merapati Erina.
“Adik kena kuat. Jangan macam ni. Adik kena banyak bersabar.”
“Abang, dengar cakap Erina. Harapan Erina untuk sembuh sangat tipis. Doktor pun tak pasti sampai bila Erina mampu bertahan.” Eriq menyapu air mata yang mengalir di pipi Erina. Matanya tidak lepas memandang Erina. Sudah hampir tiga bulan Erina terlantar di hospital.
***
“Eriq, okey tak?” Datin Merlina menegur Eriq. Risau juga melihat Eriq termenung sebegitu lama. Eriq tersenyum. Datin Merlina runsing.
“Urmm.. Eriq, mama nak tanya ni. Bila Eriq nak cari menantu untuk mama?” Eriq diam. No comment.
“Eriq, sampai bila Eriq nak macam ni. Dah tujuh tahun Temira pergi. Apa lagi yang Eriq nantikan? Dengar Riq, Eriq bukan muda lagi. Umur Eriq dah tiga puluh dua tahun.”
Eriq tidak memberi sebarang reaksi. Bagai angin lalu. Tiada apa yang mengubah Eriq. Dah berpuluh kali mama cakap tentang perkara ni.
“Eriq, dengar cakap mama. Mama nak sangat tengok bakal isteri pilihan Eriq. Mama takut tak sempat Eriq.” Air muka Eriq sedikit berubah. Tak sanggup mendengar mamanya bicara begitu.
“Nantilah Eriq fikirkan,”balas Eriq ringkas.
***
Eriq memandu kereta Porsche silver miliknya.Hatinya kosong. Kata-kata mama masih lagi terngiang-ngiang di ruang legar otaknya. Cari calon! Eriq makin hilang fokus pada pemanduannya. Dia hanya sedar apabila keretanya terlanggar sesuatu. Adus! Habislah aku kali ni.
“Arghh… Woi, sakitlah.” Bentak gadis itu. Wow, garangnya!
“Sorry dik. Aduh, macam mana ni..”
“Macam mana lagi? Tolonglah. Tak kan tengok je.” Marah gadis tadi.
“Isyhh, parah ni. Macam ni lah dik. Apa kata kalau saya hantar adik ke hospital..” kata Eriq sedikit berbaur pertanyaan.
“Hospital?” Gadis tadi telan air liur. Bingkas bangun dari ‘tempat duduknya’. Ai, takut ke?
“Tak apalah. Saya dah lambat ni. Terima kasih je lah.” Gadis tadi berlalu dengan tangan yang masih berdarah.
“Eh, awak nak pergi mana dengan tangan berdarah tu? Mari sini. Biar saya hantar ke klinik.” Eriq menarik lengan gadis tadi.
Gadis itu merenggut tangannya. Cuba membebaskan lengannya dari lengan Eriq. Cubaannya berjaya. Tanpa sepatah kata, gadis itu berlari meninggalkan Eriq. Confirm, mesti takut jumpa doktor minah ni!
Eriq cuba menjejaki gadis tadi. Wah,berdesup! Hilang entah ke mana. Anak jin agaknya. Eriq berpusing-pusing di tempat gadis itu menghilang.
‘Biasanya dalam drama, orang yang tiba-tiba hilang mesti ada tinggalkan jejak. Mesti ada punya,’ bisik hati Eriq.
Eriq senyum meleret sampai ke telinga. Kan aku dah cakap. Mesti ada punya. Eriq mengambil kasut high heel yang ada di belakang keretanya. Ni mesti minah tadi punya. Kesian, cantik-cantik tapi clumsy. Dah macam cerita Cinderella pulak. Tertinggal sebelah kasut je. Patutnya tinggalkanlah sepasang.Kalau sebelah je, macam mana aku nak jual?
***
“Awal kau masuk pejabat,” sindir Khairiel. Eriq cuma sengih kambing. Eleh macam tak biasa. Kan muka aku ni muka datang lambat. Dah terpahat kat dahi aku ni sejak baby lagi yang aku ni ‘Ketua Segala Kelembapan’.
“Syyhh… Jangan cakap kuat-kuat.Nanti mama aku dengar.”Eriq meletakkan jari telunjuknya di mulut. Hah, tahu pun takut.Khairie ketawa kecil. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan dia cuba menahan tawanya.Ada yang tak kena ni.
“Kau tak takut ke kalau big boss tahu yang kau curi tulang?” Eriq mengeleng. Defenitely not!
“Nampaknya ada yang makan gaji buta ni. Eriq, masuk bilik saya!” arah Datin Merlina. Wow, mama marah! Eriq buat muka cuak.Habislah aku kali ni. Eriq duduk atas kerusi yang disediakan.
“Mama tengok Eriq sekarang ni banyak main masa kerja. Dah tak serius macam dulu. Kenapa?”
Kenapa? Urmmm…Kenapa ye? Aku ni banyak main rupanya. Main-main masa buat kerja. Main-main masa bawa kereta. Kereta?! Betul la tu. Aku dah catat rekod langgar orang hari ni.Bagus! Tersangat bagus.Sampai kasut dia pun boleh tertinggal. Eh,kasut dia! Aku letak kat mana? Adus, cuai betul.
“Arghh… Sakit ma!” Eriq mengerang kesakitan.
“Eriq? Kenapa sayang? Kenapa ni?” Datin Merlina mula cemas.
“Eriq sakit perut ma. Nak pergi tandas. Emergency ni. Seruan alam.” Eriq memegang perutnya. Badannya terbongkok-bongkok semasa keluar dari bilik mamanya.
1…2…3.Cabut! Eriq lari sepantas mungkin.Dah macam lari maraton pulak! Button pintu lif ditekan beberapa kali. Cepatlah! Nanti mama perasan.
Pintu lif tak juga terbuka. Ceh, macam tahu je aku tengah buat jahat. Tak pe lah. Aku guna tangga. Eriq bergegas lari menuju ke tangga.
“Tingg!” Pintu lif terbuka.
***
Eriq menyelongkar isi perut keretanya. Huisyhh.. Macam-macam khazanah ada. Spect, kasut sukan, baju-T. Wah, dah macam kereta Doraemon! Habis bersepah semua barangya di tempat duduk belakang. Eriq beralih pula ke arah tempat duduk hadapan. Lama dia meneliti setiap inci tempat itu. Jumpa! Eriq tersenyum. Pantas dia mencapai kasut milik gadis tadi. Tergesa-gesa Eriq menuju ke pintu utama syarikat mamanya.
“Saya ni tunang dia. Faham?” Eriq tersentak. Seorang gadis sedang memarahi penyambut tetamu. Apa salah budak tu? Eriq mula memasang telinga. Serupa macam Mami Jarum!
“Mana tunang saya, Eriq? Cepat cakap!” Ugut gadis itu.
Tunang Eriq? Eisyhh biar betul. Mana lelaki nama Eriq kerja kat syarikat mama ni. Aku saja yang ada nama glamor tu. Orang lain tak ada. Eriq cuba mengintai wajah gadis yang mengakui sebagai tunang dia. Eh, macam pernah tengok! Eriq cuba memfokuskan pemerhatiannya. Temira! Lutut Eriq menjadi longlai. No way! Temira dah mati. Tu tak mungkin Temira. Eriq mula berperang dengan perasaan sendiri. Dunianya terasa kelam.
“Ni la manusia. Dah bagi betis nak peha. Mak kau bagi rehat sekejap je. Yang kau pergi membuta sampai habis waktu pejabat apa hal?”Fiqri mula membebel bila tersedar yang Eriq sudah kembali ke alam nyata.
Kata-kata Fiqri langsung tidak menarik hati Eriq.Lama dia diam.
“Kau dah kenapa?Bangun tidur terus bengong.”
“Aku..aku…”Eriq tidak jadi meneruskan kata-katanya.
“Kau nak cakap apa ni?Bagi tahu je la?Apa pasal?Kau terkencing dalam seluar ke?”soal Fiqri dalam usaha cuba mengawal ketawanya.
“Aku jumpa Temira.Betul Fiq.Aku tak tipu kau.”Bersungguh-sungguh Eriq memberitahu rakannya itu.
Fiqri diam.Memikirkan kata-kata Eriq.Kemudian dia menggeleng perlahan.
“Kau ni agak-agaklah.Kau mimpi je tu.Orang yang dah pergi tak mungkin hidup balik Riq,”Fiqri menyedapkan hati Eriq.Lama Eriq mendiamkan diri.Kemudian mengangguk perlahan.Betullah tu.Aku je yang perasan lebih.Temira dah tak ada Eriq!
***

“Mama tak kira.Mama nak menantu jugak.”Datin Merlina mendesak anak bujangnya itu.Eriq sudah mati akal.Digaru kepala yang tidak gatal.Nak cakap apa ni?
“Alah ma,Eriq belum ada calonlah.Nanti-nanti je la,”Eriq cuba mengubah topik.
“Macam mana nak ada calon kalau tiap-tiap hari duduk kat pejabat je.Sekali-sekala keluarlah,”ujar Datin Merlina.
“Kalau payah sangat,biar mama yang carikan.Nak?”
Eriq telan liur.Pahit.Mak aih,nekad betul mak aku ni.Otaknya ligat mencari alasan lain.
“Mama janganlah risau.Mama tunggu je.Nanti bila tiba masanya,Eriq akan bawa bakal isteri Eriq.Siap berdiri kat depan pintu tu nak minta restu mama.”Eriq dengan yakin melontarkan idea keramatnya.Ceh,keramatlah sangat.
“Tapi bila?Nak tunggu mama dah dibalut kain putih,baru Eriq bawa calon menantu untuk mama?”
Lidah Eriq kelu.Wah,makin berbisa kata-kata mama.
“Mama bagilah Eriq tempoh.Mana boleh terus sambar anak dara orang nak buat isteri.Setahun dua tu jadi la.”Eriq cuba bermain dengan api.
“Okey..Mama setuju.Tapi bukan setahun.Mama bagi tempoh dalam seratus hari. Kalau Eriq tak jumpa juga, mama yang akan carikan,”tegas Datin Merlina.
Eriq tak terkata apa. Sekadar mengangguk perlahan. Habislah aku kali ni!
***

“Kau kena tolong aku Fiq. Mak aku suruh aku cari isteri dalam masa seratus hari. Mana nak cari? Apa dia ingat anak kucing ke? Senang-senang je suruh aku kahwin cepat-cepat,”luah Eriq.
Fiqri tak terkata apa. Hanya sekadar tawa kecil yang menghiasi wajahnya. Tu la, aku suruh cari dari dulu lagi. Kau tak nak. Tengok apa dah jadi. Nasib aku dah kahwin.
“Aku tahu la kau dah kahwin. Tapi janganlah gelakkan aku. Stress gila ni, “protes Eriq.
“Alah, apa susah. Kau cari je la siapa-siapa yang tengah cari kerja sekarang ni. Buat iklan. Kerja jadi isteri.” Fiqri mula berloyar buruk. Apa pasal sengal sangat dia ni?
Eriq termangu. Matilah aku kalau macam ni. Erina, tolong abang dik!
“Hah, tahu pun kau. Pandai-pandai buat janji, lepas tu tak tahu nak buat apa.”
Eriq diam. Ufh, tak membantu betullah dia ni. Sel-sel neuronnya pantas berinteraksi antara satu sama lain.
“Aku rasa aku dah tahu nak buat apa,” Eriq tiba-tiba bersuara. Fiqri mengangkat mukanya. Apa pulak kali ni?
“Kau nak buat apa?” Fiqri mula diburu keresahan. Jangan kau cakap nak bunuh diri.
“Buat bodoh.” Fiqri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ceh, ingatkan bombastik sangat idea tu. Kalau setakat buat bodoh, budak tiga tahun pun pandai. Haprak betullah kau ni Riq.
“Dah. Kau jangan buat tak pasal. Aku hempuk juga guna periuk mak aku tu.”
Eriq tersengeh-sengeh macam kambing gosok gigi. Buruk bebenar. Merosakkan wajah kau yang ‘agak boleh tahan’ tu.
Eriq duduk di kerusinya. Laci mejanya ditarik. Sebelah kasut high heel dikeluarkan.
“Ni lagi satu. Mana kau dapat kasut ni? Nak kata kau punya, pernah pula kau pakai. Ni bukan saiz kaki kau. Kaki kau tu besar. Macam bigfoot.”
Kata-kata Fiqri mematikan hasrat Eriq untuk berangan. Isyhh, kacau daun betullah kau ni. Mengganggu ketenteraman aku.
“Aku jumpa dekat tong sampah belakang office.” Selamba Eriq menjawab. Fiqri angkat kening tanda tak percaya. Kau fikir, senang-senang nak kelentong aku?
Eriq mendengus. Susahlah dia ni. Tak dengar cakap.
“Aku jumpa. Tadi aku ter… Aku ter eh. Tak sengaja. Aku terlanggar budak masa on the way nak pergi office. Aku dah beritahu yang aku tak sengaja. Kau jangan nak memekak.” Eriq beri amaran.
“Cun tak budak tu?” Eriq tersentak. Aik, ada ke soalan macam tu? Tak prihatin betullah dia ni.
“Bolehlah. Putih-putih sikit. Tak adalah berapa nak tinggi tapi bolehlah. Tapi aku suka gigi dia. Tak adalah lawa mana, tapi manis tu banyak.” Panjang lebar Eriq bercerita.
“Sempat lagi kau menilik muka budak tu. Betul ke kau terlanggar dia, ataupun kau sengaja langgar?”
“Ah, kau diamlah. Aku nak balik. Kau nak ikut tak?” ajak Eriq.
“Dah kau nak balik. Buat apa ajak aku? Tu isteri aku dah tunggu dekat rumah. Tak ada kerja ikut kau balik.”
“Aku nak pergi beli barang kejap. Ingat nak singgah mall. Kau nak ikut ke tak ni?” pelawa Eriq sekali lagi.
“Bolehlah. Aku nak beli bunga untuk orang rumah aku. Malam ni ada dinner dengan dia. Kalau kau nak tahu, kahwin ni best. Menyesal dulu aku tak kahwin awal-awal. Apa macam? Tak tergerak hati ke nak kahwin? Kau sepatutnya kena cari pengganti Temira. Kau tengok aku ni, tak lama lagi jadi bapa pula.” Fiqri sudah mula dengan ceramahnya. Eriq mula memegang telinganya. Eleh, baru setahun kahwin dah ada hati nak ceramah aku. Pirahh.
***

Eriq berjalan ke kedai kasut berhampiran. Mesti ada punya kedai yang jual benda tu, gesa hati Eriq. Cari Eriq. Cari.
“Woi, kau cari apa ni dari tadi? Dah berpuluh kedai kasut kita masuk. Tak jumpa juga ke?” Fiqri mula mengelap peluh yang sengaja diadakan. Eriq hanya diam membisu sambil berlalu ke kedai kasut yang lain. Menyesal aku ikut dia ni.
Kaki Eriq berhenti melangkah. Dia dengar ke? Aku cakap dalam hatilah tadi tu. Tak mungkin dia dengar juga. Eriq berpaling memandang Fiqri.
“Aku rasa ni kedainya.” Eriq terus melangkah memasuki gerbang pintu kedai kasut itu. Wah, enaknya kau berkata. Selamba badak kau tinggalkan aku dekat sini. Kau fikir aku ni baby sitter kau?
Eriq mengeluarkan kasut gadis yang dilanggarnya tadi. Ditunjukkan kepada sales girl cina disitu. Sesekali sales girl itu mengangguk. Entah apa yang mereka bualkan. Fiqri datang menghampiri apabila sales girl itu melayan pelanggan yang lain pula.
“Kenapa bro?”
“Kedai ni memang dah betul. Tapi kasut pattern ni dia kata dah tak ada. Sebab kasut ni memang satu. Dah tak ada lagi.” Eriq sedikit hampa.
“Kau nak buat apa cari kasut macam tu? Berkenan?” Kata-kata Fiqri mengundang tawa Eriq. Apa yang lawaknya?
“Aku nak cari owner kasut ni la. Nak pulangkan. Tak kan aku nak simpan sampai mati kut.” Tawa Eriq masih bersisa. Entah apa yang geli sangat pada hati dia tu sampai ketawa macam tu.
Fiqri tayang muka tak puas hati. Iye ke nak pulangkan? Ke kau nak ayat owner kasut ni. Kau ni bukan boleh percaya sangat.
“Kau tak percaya? Tak apa. Aku buktikan. Nanti kau tengoklah. Aku Eriq, Prince Charming Malaya akan mencemar duli untuk pulangkan kasut Cinderella ni. Waktu tu baru kau tahu yang aku ni ikhlas…” kata-kata Eriq terhenti apabila terdengar bunyi benda jatuh. Pantas kepala menoleh. Apa hal pula tu?
Eriq memfokuskan pandangannya ke arah kotak kasut yang bergelimpangan macam mangsa bencana bumi. Ada perempuan di antara kotak-kotak kasut itu. Wah, kau memang cari nahas. Dekat kedai kasut pun nak buat onar.
Sales girl cina tadi datang ke arah gadis itu. Eriq tersenyum sinis. Habislah kau kali ni. Confirm kena sound punya dengan amoi ni.
“Miss, are you okay?” Senyuman Eriq mati apabila mendengar soalan dari mulut sales girl tadi. Aik, ramah pula. Tadi nampak macam nak marah.
“Sorry. I don’t mean to destroy your thing. Here I come to tell you about the heels. It’s...” Gadis itu berhenti berkata-kata apabila terlihat Eriq.
“Oh my Allah.” Hanya itu yang terpancul dari bibir mungilnya.
“Sorry. I can stay here. I have to go.” Gadis itu terkocoh-kocoh menyimpan sebelah kasutnya yang dibawa bersama. Dia berlari laju meninggalkan kedai kasut itu.
Eriq tayang muka blur. Macam pernah jumpalah. Tapi dekat mana? Kasut dia tadi… Eriq mengangkat kasut di tangannya. Woi, Miss Cinderella dah lari!
Eriq pantas berlari mengikut jejak gadis tadi. Kan aku dah kata. Dia ni spesies ninja pun ada. Punyalah laju dia lari. Jejak pun tak tinggal. Eriq garu kepala. Mana nak cari dia ni?
“Kau kalau dah falling in love pun janganlah terkam sampai macam tu sekali. Takut budak tu. Kesianlah juga dekat aku ni. Penat nak kejar kau.” Fiqri memegang lututnya. Ui, macam dah longgar lutut ni rasanya.
“Budak tu…”
“Kenapa dengan dia?” Eriq memandang Fiqri dengan muka geram.
“Okey.. Okey, kau sambung balik cerita kau tu.”
“Budak tu Miss Cinderella yang kita cari.”

***
Fiqri meletakkan tiket pementasan di atas meja kerja Eriq apabila dia sudah duduk di atas sofa yang di ruang bilik itu.
“Apa ni? Tiket pementasan Cinderella? Kau dah gila. Ingat aku ni kanak-kanak ke?” Eriq memandang Fiqri dengan muka penuh tanda tanya.
“Hari tu kau yang beria-ia nak cari budak Cinderella kau tu. Ni aku tengah tolonglah ni.” Fiqri mencapai majalah yang ada di atas meja rehat Eriq. Dibelek setiap helaian majalah itu. Tangannya tiba-tiba terhanti.
“Kau ni memang pemalas ek. Majalah punyalah banyak. Bacanya tidak. So, what is the point you buy this thing?” soal Fiqri.
Eriq memandang Fiqri. Apa hal pulak mangkuk sekor ni membebel? Biarlah majalah tu. Aku bukan kisah pun.
“Kau ni memang blur. Punyalah banyak dalam majalah-majalah ni tayang tentang pementasan tu. Kau boleh buat derk je?”
“Apa yang kau cakap ni? Pementasan apa yang penting sangat tu? Perlu ke aku ambil tahu?” Eriq mula menambah tahap ke-blur-an dia.
“Tak payah kau tayang muka blur kau tu. Cuba kau tengok gambar pada tiket tu. Kalau tak dapat juga aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi.”
Eriq meneliti gambar pada tiket pementasan itu. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Serupa macam orang menang satu juta.
“Weyh, kasut dalam gambar ni.” Pandangan dialihkan kepada Fiqri yang setia memandang Eriq. Fiqri mengangguk.
“Kenapa kau tak cakap awal-awal. Pementasan ni minggu depan. Aku nak jumpa Cinderella aku tu sekarang.” Eriq mengemas mejanya.
“A..a… Kau tak boleh jumpa dia,” arah Fiqri. Mandatori.
Eriq memandang Fiqri dengan muka tidak puas hati. Kenapa?
“Budak tu ada pementasan. Aku cadangkan kau jangan ganggu dia memandangkan dia yang pegang watak utama dalam drama tu.”
“Cinderella? Oh no, don’t be kidding.” Fiqri mengangguk.
“Ufh, mana kau tahu banyak sangat ni? Aku yang nak cari budak tu tapi kau yang dapat dulu. Confuse gila ni.” Fiqri angkat kening. Berlagak terror lah tu.
Tak apa. Kau tak bagi aku jumpa dia terang-terang, aku jumpa seludup-seludup. Aku peduli apa. Aku nak tahu juga kenapa dia asyik lari kalau jumpa aku. Lagipun kasut dia ni kena pulangkan. Tak baik ambil hak orang.
Eriq menillik tiket di tangannya. Pementasan drama amal? Semacam aje bunyinya. Eriq mengecilkan matanya. Oh, untuk anak yatim. Patutlah cerita Cinderella. Bagusnya Miss Cinderella aku ni. Tolong anak yatim.
Eriq mencapai kotnya. Fiqri hanya memerhati. Lantak kaulah nak bagi ke tak. Yang penting aku nak tengok minah tu hari ni juga.
“Riq, I’m just reminding you. Due date for the future wife is almost there. Better you find someone to take that place. “
Eriq mengangguk. Iyalah. Ikut suka engkaulah nak yang mana satu. Aku bukan pandai main golf pun.
“Riq, kau dengar tak?” Eriq mengangguk lagi.
“Eh, kau cakap apa tadi? Nak main golf dekat padang futsal?”
“You are really sick. Lagi dua minggu genap seratus hari kau cari menantu untuk mak kau.”
“What?”
***
Eriq duduk di atas kerusi penonton. Sudah beberapa hari dia menjadi penonton setia dalam pembikinan drama pentas itu. Bukan tak ada yang perasan, tapi semua buat tak peduli. Drama pentas semakin hampir tarikhnya. Semua kru yang terlibat sibuk buat persiapan. Adakalanya Eriq membantu mereka membuat kerja. Hampir semua yang terlibat mengenali dia. Cuma bila tiba masa rehat, Eriq menghilangkan diri. Bukan malu, tapi takut ada yang lari. Sepanjang minggu terakhir persiapan Eriq belum pun berjumpa dengan Miss Cinderella. Bukan tak mahu. Cuma hatinya terlalu berdebar-debar untuk bertemu gadis itu. Setiap kali melihat wajah gadis itu, Eriq jadi tak keruan. Cinta ke ni?
Eriq keluar minum di kedai berhampiran. Seharian melihat pementasan membuatnya letih. Letih melarikan diri dari gadis pujaannya. Gadis pujaan ke?
Eriq menyedut laju air di dalam gelas. Amboi, minum tak ingat dunia. Haus sangat ke?
“Saya suka awak.” Tersembur air yang baru saja memasuki rongga tekak Eriq. Shit. Aku memang bengang kalau ada yang kacau aku masa tengah minum air. Memang nak kena sembur budak ni.
Eriq memandang pemilik suara tadi dengan muka bengis. Air mukanya terus berubah saat itu juga. Temira!
“Maafkan saya Eriq. Saya tak sengaja.” Lidah Eriq masih kelu untuk berkata-kata.
“Helo.. Eriq?” Sekali lagi gadis itu bersuara.
“Temira? Tak mungkin. Kau dah mati. Aku sendiri yang hantar mayat kau ke kubur. Kau tak mungkin hidup balik.”
Gadis itu tersenyum kelat. Sampai hati awak Eriq.
“Eriq, ni saya Helina. Tengok, saya dah berubah.” Gadis itu memandang tepat ke arah Eriq meminta belas dari lelaki itu.
“Helina? Apa kau dah buat ni? ” herdik Eriq.
“Eriq, saya tahu awak masih teringatkan Temira. Disebabkan itu, saya sanggup buat plastic surgery semata-mata untuk awak. Tak kan awak tak hargainya langsung? ”
“Dan selamanya kau hidup disebalik bayangan Temira. Kau memang gila.”
“Ya, saya memang gila. Saya gilakan awak. Selama kita berkawan, pernah awak pandang saya lebih dari seorang sahabat? Tak pernah walau sedetik pun. Saya yang kenal awak dulu, tapi kenapa awak pilih dia? Saya sayangkan awak Eriq. Saya..”
“Enough. Aku tak nak dengar kata-kata kau. Baik kau pergi. Kau bukan Temira. Aku tak mungkin mencintai kau. Cinta Temira dah lama aku kuburkan sejak aku jejakkan kaki ke kubur dia. Kau tak akan dapat ambil tempat dia.”
“Eriq.. Dengar cakap saya. Saya sanggup lakukan apa saja demi awak. Tolong Eriq. Jangan seksa saya.”
“Kau kata kau sanggup buat apa pun. Jadi pergi dari hidup aku. Kau tak layak jadi kawan aku sedangkan kau khianati kawan kau yang dah lama terbujur dalam tanah.”
“Eriq, saya sayang awak. Jangan buat saya begini. Saya tak kisah hidup di sebalik Temira. Asalkan awak terima saya.”
“Pergi jahanam dengan kata-kata kau tu. Aku tak sangka kau macam ni. Setelah kau ragut nyawa dia, kau nak rampas hidup dia pulak. Manusia jenis apa kau ni?”
“Apa yang Eriq cakap ni? Lina tak faham.” Gadis itu menayangkan muka tidak bersalah.
“Oh iya? Kau rasa punca siapa Temira mati? Kalau bukan sebab kau, dia mungkin masih hidup lagi saat ni.”
“Dan biarkan awak hidup dengan dia? Tak. Saya tak akan benarkan.” Gadis itu terkejut. Pantas tangannya menutup mulutnya yang kelancangan kata.
“Kau upah orang untuk putuskan brek kereta. Sebab tu Temira accident. Tapi nyawa dia masih panjang bila doktor sahkan dia terselamat. Kau tak boleh terima hakikat yang Temira masih hidup. Kau putuskan bantuan pernafasan dia. Temira mati bukan sebab kemalangan tapi sebab kekurangan oksigen dalam badan.” Helina diam. Tiada kata yang boleh dia sebut. Semuanya benar.
“Budak suruhan kau dah pun kena tangkap. Kau bersiap sedialah dari sekarang. Sebab polis ada sekeliling kita. Tahniah sebab kau dapat anugerah teman terbaik dalam hidup Temira. Sepanjang hidup dia, tak pernah sekalipun dia buruk-burukkan kau. Tapi tak sangka akhirnya kau yang akhiri riwayat dia.” Eriq berlalu tatkala tangan Helina digelangi gari polis.
“Eriq, maafkan saya. Saya minta maaf. Ampunkan saya Eriq.” Helina berlutut di hadapan Eriq. Eriq tersenyum sinis.
“Meminta maaf itu perlu. Tapi bukan pada aku. Minta maaf pada Temira. Setelah kau rampas apa yang dia miliki, kau rasa wajar ke dia maafkan kau?”

***
Fiqri membelek surat khabar harian yang setia di atas meja Eriq. Tangannya yang tadinya sibuk membuka helaian akhbar tiba-tiba terhenti. Helina kena tangkap?
Segera dia merenyukkan helaian akhbar mengenai Helina. Melihat struktur akhbar yang dipegangnya itu, rasanya Eriq belum pun membaca surat khabar itu lagi.
“Tak payahlah kau susah-susah nak koyakkan kertas akhbar tu. Punah duit syarikat beli surat khabar tapi tak boleh baca sebab kau koyakkan.” Fiqri tersentak. Eriq!
“Eh, Eriq. Bila kau masuk? Aku tak dengar pun,” Fiqri cuba berbasa-basi.
“Ni bilik aku. Perlu ke aku ketuk pintu sebelum masuk?” Fiqri hanya tersenyum kelat mendengar soalan Eriq.
“Kenapa kau tak beritahu aku tentang Temira? ”Fiqri hanya diam membisu.
“Aku tahu niat kau baik. Tapi dengan merahsiakan apa yang Helina dah buat bukan tindakan yang bijak.” Fiqri tunduk membatu.
“Aku tak salahkan kau. Aku tahu kau tak nak aku kecewa. Tapi bila kau dah buat macam ni, lagi aku kecewa. Kau tak patut tanggung seorang diri.” Suara Eriq mendatar.
“Aku.. aku.. aku tak nak kau sedih. Kau kawan aku. Aku dah pernah tengok kau merana. Aku tak tengok perkara tu berlaku sekali lagi. Kau dah macam adik aku.”
“Jadi betullah yang aku jumpa hari tu Helina. Bukan mimpi.” Fiqri mengangguk perlahan.
“Dah lah. Lupakan apa yang dah berlaku. Aku tak nak fikir lagi tentang Temira or Helina. Biarlah.” Eriq menyandarkan badannya di atas sofa kesukaannya.
“Yeah. Tapi ada lagi satu perkara yang kau patut ingat. Tomorrow is the last day for you.” Fiqri ketawa mengekek.
“For what?”
“Future in-law. Hakh, our prince charming will marry with someone who he never knows. Masaklah kau dengan pilihan mak kau.”
“Never!”

***
Eriq duduk di barisan hadapan sekali menghadap pentas. Kain tirai terpempang tulisan Pencarian Cinderella. Eriq sudah sedia untuk bertemu Miss Cinderella. Woisy, cuak gila. Eriq mengelap peluh dingin. Isyhh, kenapa menggelabah semacam je ni? Aduh, macam mana ni?
Bahu Eriq dicuit. Eriq menoleh dengan muka tidak puas hati. Aku tengah concentrate ni, ada pulak yang mengacau. Eriq angkat kening. Dalam kesamaran cahaya, Eriq boleh kenal siapa penggugat keamanannya. Muqrisy, budak tahun pertama dalam pementasan drama Cinderella atau dengan erti kata lain junior Miss Cinderella Eriq. Dia yang pegang watak Prince Charming dalam drama ni.
“Hah, ada apa?” sergah Eriq.
“Bang, boleh tolong tak? Gantikan saya dalam drama nanti.” Selamba Muqrisy menuturkan kata. Eriq telan liur. Aisyy, aku ni dah gelabah tengok minah tu. Dari jauh pun dah menggeletar. Kalau dekat lagilah haru. Eriq garu dagunya yang tidak semena-mena gatal.
“Bolehlah bang. Saya ada kerja sikit. Eh, bukan sikit. Banyak. Boleh ye?”
“A...Urmm… Okey kot.” Eriq buat kerja gila. Nak kata dia pandai berlakon, huh. Hampeh sungguh. Kera yang terkinja-kinja atas pokok pun lagi pandai dari dia.
“Abang tahu tak nak buat apa atas pentas nanti?” Muqrisy menghentikan tangan Eriq yang seronok menggaru kepalanya.
Eriq geleng kepala. Hah, definitely fail.
“Abang tak payah susah-susah nak fikir buat apa. Abang just menari dengan Kak Rianna. Nanti bila dah bunyi lonceng, abang just pura-pura ambil kasut yang Kak Rianna tinggalkan. Jangan ganas-ganas. Kasut tu gabus je. Kasut yang betul hilang. Time babak akhir tu, abang ambil balik kasut tu sebab takut Kak Rianna lupa tu kasut gabus.” Panjang lebar Muqrisy menerangkan kepada Eriq. Eleh, cakaplah jalan cerita sama macam Cinderella. Apalah susah sangat nak faham. Just flow. I’m the prince. So, I’m in charge.
***

Eriq memakai topeng khas untuk watak dalam cerita itu. Dah macam Robin Hood pulak gayanya. Berkali-kali Eriq menelek wajahnya di dalam cermin. Handsome jugak aku ni. Aisyy, patutlah Helina terpikat. Eriq ketawa sendiri. Serupa orang gila pun ada.
“Okey prince. Your turn. Just dance with her. Jangan lupa yang dia tak tahu kita dah tukar pelakon. Pura-pura kau tu Muqrisy,” arah sang director.
Eriq melangkah memasuki ruang pentas. Sejurus tepukan gemuruh mengiringi pergerakannya. Eriq menghampiri beberapa orang gadis yang kononnya sedang rancak bercerita. Kalau diikutkan skrip, yang sedang menggedik di hadapannya itu adalah kakak-kakak tiri si Cinderella. Hah, memang padan pun. Gaya gedik semacam macam tak cukup tulang aku tengok.
Cahaya spot light memancar ke arah sesusuk tubuh. Itu Cinderella. Mengikut skrip lagi, Prince Charming begitu terpesona dengan kecantikan sang Cinderella. Tapi masalahnya, Eriq bukan berlakon. Eriq betul-betul terpikat. Naik juling matanya lihat kejelitaan Rianna. Ai, boleh cair kalau lama-lama tenung minah ni. Naik sawan pun ada.
Eriq tak tahu bila masa dia menghampiri gadis itu. Tapi yang pasti, dia sudahpun berada di depan gadis itu sambil menghulurkan tangannya.
… dan Prince Charming menari bersama Cinderella sambil dialunkan irama lagu yang sungguh merdu. Cinderella yang begitu cantik pada malam itu akhirnya berjaya memikat Sang Putera yang dulunya susah untuk menerima cinta sang gadis. Cinderella tertunduk malu apabila Sang Putera membisikkan kata cinta kepadanya. Cinderella leka menari bersama Sang Putera sambil diperhatikan oleh kakak-kakak tirinya. Setiap langkahnya diatur rapi agar dapat seiring bersama.
Ttingg..tting….tting…..
Cinderella menoleh. Sudah jam dua belas! Segala yang dia miliki akan hilang. Cinderella perlu pulang. Sang Cinderella berlari meninggalkan Sang Putera. Sang Putera terpaku seketika. Cinderella meninggalkannya. Putera mengejar Cinderella. Kerana dia tahu, hidupnya kini tidak akan sempurna tanpa sang puteri yang telah mencuri hatinya.
Namun, Sang Putera gagal. Dia gagal mendapatkan sang puteri kembali. Prince Charming terduduk sayu di atas takhtanya. Datang para jemputan istana cuba menghiburkan Sang Putera. Tapi semuanya gagal. Sehingga muncul pembantu yang setia, membawa sebelah kasut sang puteri yang tertinggal.
Bermula saat itu, muncullah pencarian Sang Putera. Mencari pemilik kasut yang tertinggal di tangga istana. Berhari-hari Sang Putera berharap agar menemui gadis yang dicintai. Dapatkah dia bertemu sedangkan sudah sembilan puluh sembilan hari dia mencari?
Sang Putera mula berputus asa. Hampir tiba di hujung pelusuk negerinya dia mencari. Wahai sang puteri, kamu di mana? Sang Putera tiba di rumah yang terakhir. Dengan semangat yang semakin tipis, dia gagahkan dirinya untuk mencari gadis pujaan hati. Sudah seratus hari sang puteri menghilangkan diri, mampukah diri ini bertahan lagi?
Gadis pertama menyarungkan kakinya ke dalam kasut. Longgar. Hati Sang Putera luluh. Dia bukan gadisku. Gadis kedua pula menyarungkan kakinya. Terlalu ketat. Hati Sang Putera semakin lemah. Sang ibu menyarungkan kakinya. Muat! Sang Putera memandang sang ibu. Diakah gadisku? Sang ibu hanya tersenyum malu.
Kaki sang ibu tiba-tiba berdarah. Tidak. Dia bukan gadisku. Gadisku tidak perlu memotong tumitnya untuk menyarung kasutnya sendiri. Sang Putera sedih. Dia tidak akan bertemu gadisnya.
Muncul seorang gadis yang comot meminta diri untuk menyarungkan kasut ke kakinya. Sang Putera merenung mata sang gadis. Ya, dia orangnya. Wahai pencuri hati, akhirnya kau muncul.
Prince Charming berlutut di hadapan sang gadis. Menyarungkan kasut ke kaki comelnya. Dengan senyuman yang manis, sang gadis mengucapkan terima kasih kepada putera kerana menyelamatkannya.
Eriq menanggalkan topengnya. Dia mengucup tangan sang Cinderella. Lalu dia berlutut. Tangannya mengeluarkan sebentuk cincin.
“Akhirnya saya jumpa awak.” Eriq tersenyum sambil menyarungkan cincin ke jari manis Cinderella hatinya.
Cinderella tidak terkata apa. Dia tidak mampu menolak. Sang Putera sedang melamarnya di hadapan orang ramai.
Dia mengangguk perlahan.

***
“Kenapa awak buat saya macam ni?” soal Arianna.
Eriq hanya tersenyum. Kenapa ek? Aku sendiri pun tak tahu.
“Abang Eriq, Rianna tanya ni.”
Eriq tersentak. Abang Eriq? Hanya seorang yang pernah panggil dia begitu. Bukan Temira. Tapi seorang yang sangat dia rindui sejak dari dulu lagi.
“Nur Arianna Karissa?” Laju Eriq menuturkan nama itu.
Arianna hanya tersentak. Mana dia tahu?
“Lama tak jumpa. Dah besar rupanya Aria.”
Arianna diam. Sudah lama dia tidak dipanggil begitu. Rindunya.
“Mana Aria menghilang? Sejak Erina pergi, abang tak pernah nampak Aria.”
Arainna senyap. Erina, aku rindu kau.
“Abang tahu kan yang Aria sayang Erina macam mana. Bila Erina pergi, Aria rasa hidup ni macam dah tak ada warna. Semuanya kelam je. Aria tak nak jumpa abang sebab abang mengingatkan Aria pada Erina.”
Eriq hanya mendengar. Sampai macam tu sekali Aria buat untuk lupakan Erina.
“Habis, kenapa lari bila abang nak bawa Aria pergi klinik hari tu?”
Arianna telan liur. Aisyy, tak kan nak cakap kut. Dia ni tak kan tak ingat pulak.
“Abang tak kan tak ingat yang Aria takut nak jumpa abang…” Aria berjeda.
Lah, takut apa pulak ni. Budak ni nak berteka-teki pulak dengan aku.
“Kan Aria selalu baling kasut kat abang kalau Aria jumpa abang.”
“Sebab apa ek?” Eriq cuba memancing Aria. Dia tahu kenapa Aria suka baling kasut kalau jumpa dia. Dulu dialah setan dekat sekolah. Budak paling nakal seantero alam. Semua budak takut nak dekat dengan dia. Suka sangat kacau budak sekolah. Tapi yang paling dia suka kacau Aria. Sebab Aria tembam. Kalau dia kacau Aria, Aria tak balas. Aria kan tembam, mana kuat lari nak kejar dia.
Tapi ada satu kelebihan Aria. Aria ratu kasut. Tiap-tiap hari Aria pakai kasut baru. Sebab kasut dia akan hilang sebelah setiap kali dia balik rumah. Mana pergi? Tuh, dekat dalam almari baju Eriq penuh dengan kasut dia. Tiap kali dia balik, Eriq mesti nyanyi a snail walking, looking on a road. Mana tak panas. Dah la bahang matahari waktu balik sekolah memang terik, ni tambah pulak ada yang mengejek. Lagilah panas. Nak kata dia gemuk, orang-orang tepi sawah tu lagi berisi. Entah mana silapnya mata Eriq tu.
Jadi nak mengurangkan rasa sakit hati tu, terpaksalah dikorbankan kasutnya untuk dibaling dekat Eriq. Eriq pun dengan sesengal alam, hanya menunggu kasut Aria untuk dikorbankan. Bukan reti nak pulang, lagi dia buat koleksi kasut. Slogan dia memang paling menyakitkan hati. Eriq selalu cakap ‘dah orang nak bagi, tak kan nak tolak. Tak baik tolak rezeki’. Itu yang kalau jumpa Eriq, Aria cepat-cepat lari selagi sempat. Takut kasutnya hilang sebelah lagi.
“So, jadi tak?”
“Jadi? Jadi apa?” Aria terpinga-pinga.
“Terima lamaran abang?”
Arianna diam. Terima? Aduh, macam nak pitam rasanya.
“Boleh, dengan syarat. Abang kena pulangkan kasut Aria yang abang dah ambil dulu.”
“Eh, mana boleh. Nanti buruk siku. Kan Aria dah bagi abang.”
“Whatever!” Aria bangun meninggalkan Eriq. Malas nak melayan. Makin dilayan makin menjadi.
Eriq senyum nakal. Aria, kalau dulu aku bodoh sebab suka buli kau, tapi sekarang aku tahu ada sebab kenapa aku macam tu. Aku suka kau!
Macam cerita Cinderella. Prince Charming sendiri yang akan cari Cinderella. Aku akan ke rumah dia. Beritahu mak dia yang aku nak melamar anak dia. Mungkin ini cerita Cinderella versi baru. Tak ada kakak tiri. Yang ada cuma mak tiri yang sangat sayangkan Cinderella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience