“Woi, bangunlah.” Tania menggerakkan badan Yana yang dari tadi keras kematu macam kayu.
“Kau ni kenapa? Mak aku telefon ke?” Yana masih lagi mamai. Semalaman dia tak tidur kerana menyiapkan projek reka cipta yang diarahkan Cik Mera.
“Mak kau. Sir dah pandang sini dari tadi. Matilah kau kali ni.” Tania berbisik tapi cukup jelas didengari Yana.
“Kau ni suka sangat mendoakan aku mati.” Yana menguap apabila mendengar suara lecturer nya, Fikri. Mengantuknya. Sir ni memang pandai mendodoikan orang. Ni baru dengar suara. Kalau dia menyanyi, ada berguling-guling aku tertidur.
Kringg!!!
Mata Yana jadi segar kembali. Masa dah habis! Yana segera mengemas buku-buku yang menjadi bantalnya tadi. Dia segera berlari anak menuju ke pintu keluar.
“Ayana Damia. Tunggu sekejap.” Langkah Yana terhenti. Tak kan sekali lagi? Please.. aku dah muak kena lecture tiap kali masa dia.
* * *
“Setiap kali masa saya, awak seronok buat tahi mata. Boring sangat ke?” Mata Fikri tajam memandang muka Yana. Macam biasa tayang muka tak bersalah.
“Nak kata awak tak minat belajar, kelas lain awak score setiap subjek. Apa masalah awak?”Sekali lagi soalan Fikri tak berjawab.
“Ayana Damia, saya rasa awak patut drop subjek biologi memandangkan score awak sentiasa terbawah sekali.” Mata Yana membulat. Bagai tak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Betul ke ni sir?” Fikri mengangguk.
“Ya Allah, Alhamdulillah. Tak sangka rupanya sir faham penderitaan saya selama ni.” Fikri terkedu. Apa ni? Aku ingat dia nak menyesal. Rupanya gembira macam menang cabutan bertuah.
Yana mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian mendail seseorang.
“Sir, nah. Mak saya nak cakap.” Yana menghulurkan telefon bimbitnya kepada Fikri.
“Betul ke apa yang Yana beritahu saya ni? Betul ke cikgu nak suruh dia drop mata pelajaran tu?” nada di dalam telefon bimbit itu agak sayu.
“Eh, mana ada. Saya bergurau je. Mak cik jangan risau. Saya akan pastikan dia dapat score mata pelajaran ni sampai jadi best student.” Yana terlopong. Rasanya macam tulang rahangnya patah. No way!
“Sir tipu saya.” Yana mendengus tidak puas hati apabila talian sudah diputuskan.
“Ayana Damia. Saya tak tahu apa masalah awak sebenarnya dengan subjek biologi. Tapi awak kena teruskan juga.” Fikri tersenyum sumbing. Rasa gembira pula bila melihat penderitaan student di depannya. Selama ni kau je yang kerjakan aku habis-habis, sekarang tiba masa aku pulak.
“Sir, untuk pengetahuan sir. Saya Ayana Damia tak suka subjek ni sejak saya dilahirkan. Sir tu sangat membosankan. Burung hantu yang biasa berjaga malam pun boleh tidur berdengkur bila dengar sir bercakap. Subjek biologi bukan life saya. Saya suka engineering. Sir faham tak? Engineering!”
“Dah tu, kenapa pilih course kedoktoran?”
“Bukan saya yang isi. Mak saya yang isi. Manalah saya tahu mak saya tanda course ni. Saya ingat course engineering. Saya pun sain je la.” Yana membebel macam tak mahu berhenti.
“Lagi satu, sir ni tak pandai mengajar. Cikgu saya dulu mengajar bervariasi tau. Bawa saya pergi melihat alam. Pergi zoo. Tak adalah terperap dalam bilik je.”
“Awak fikir ni tadika? Rombongan sambil belajar macam sekolah rendah? Ini kolej Ayana. Saya tak teragak-agak untuk bawa awak balik rumah saya untuk ajar course ni sampai mahir. Saya tahu awak tinggal di asrama, tapi saya boleh dapatkan keizinan tu.” Yana tercengang. Tak kan sampai macam tu sekali. Over la sir ni. Gedik gila.
* * *
Yana keletihan. Tiga bulan terakhirnya di kolej ni memang betul-betul menyeksakan. Hampir dua per tiga harinya dihabiskan bersama sir. Bangun tidur, kena jumpa sir. Lepas makan, jumpa sir. Kiranya semua waktu untuk sir. Jangan fikir lain okey. Aku ni kena study 24 jam depan dia. Kalau tak, aku kena tinggal rumah dia. Pulak tu suruh score subjek kedoktoran, memang masak aku jadinya.
Tiap-tiap hari dia belikan aku air nescafe. Perghh, memang menyirap gila. Apalah nasib dapat lecturer macam ni.
“Arghh!” Yana tiba-tiba menjerit. Tania tayang muka cuak. Mengigau apa budak ni?
“Kau dah kenapa?”
“Aku mimpi, sir rotan aku sebab tidur dalam kelas dia.” Yana mengelap peluh dingin.
“Kau rindu dia eh? Kan dia dah berhenti lepas kau pancitkan kereta dia minggu lepas. Dia kata give up.” Yana angkat kening. Ye ke?
“Yang kau ni, kenapa tidur dekat sini? Macam tak ada hostel.” Tania bagi soalan cepumas.
“Tiga bulan beb. Aku kena seksa baca buku yang dia bagi. Kerusi ni jadi saksi kalau kau tak percaya. Bila dia dah tak ada aku terbiasa pulak duduk dekat sini.” Kali ni giliran Tania pula angkat kening.
“Aku macam terhidu sesuatu. Kau suka dia eh?” Pulak dah? Yana tepuk dahi. Kau nak jadi ejen cari jodoh ke?
“Malas aku nak layan kau. Aku nak beli air nescafe kejap. Tunggu tau.”
“Tengok tu, beli air favourite sir pulak tu.”
“Mengarut. Aku tak tahu pun la.”
“Tipu. Kan kau tak suka air nescafe. Tapi, sir suka. Nak ubat rindu ke?” Yana tayang buku lima.
* * *
“Aku kena jumpa sir. Mak aku suruh masa convocation hari tu.” Tania memandang muka Yana dengan riak tak percaya.
“Betullah. Aku nak ucap terima kasih dekat dia sebab tolong aku score subjek tu.” Tania mengangguk faham.
“Tapi, tak boleh kalahkan kau. Iyelah, dapat markah paling tinggi.” Tania masih tidak bersuara.
Yana bengang. Direntap earphone yang melekat di telinga Tania.
“Ouch, sakit nenek.” Tania menekup telinganya.
“Aku cakap dari tadi. Kau dengar tak?” Tania garu kepala. Kemudian mengangguk.
“Aku dengarlah. Kau nak jumpa sir.”
“Lagi?”
“Ada lagi eh? Apa dia? Aku macam tak perasan pulak.”
“Aku cakap kau teror sebab dapat score paling tinggi.” Yana menekankan perkataan tinggi. Sengaja dinaikkan volume supaya Tania dengar.
“Mestilah. Akukan murid kesayangan dia. Kau kata nak jumpa dia kan? Bila?”
“Malam ni. Dia shif malam kan?” Tania sekali lagi mengangguk.
Yana mengeluh. Faham benar dengan perangai Tania apabila bermain permainan di dalam telefon sambil mendengar lagu. Satu dunia dia lupakan. Lagi-lagi bila sudah habis belajar final exam. Perangai Tania makin menjadi-jadi.
Yana mencongak-congak. Agak lama juga sir meninggalkan kolej tempat dia belajar. Sejak peristiwa dia pancitkan tayar kereta sir, mereka tak pernah jumpa lagi selepas itu. Yang Yana tahu, sir sekarang bekerja di sebuah hospital sebagai seorang doktor. Itu pun maklumat dari Tania. Dari mana Tania dapat, Yana tak pernah ambil tahu. Sir Fikri bukan penting pun baginya.
* * *
Yana melangkah masuk ke dalam hospital dengan bacaan basmallah. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
Agak-agaknya, apa reaksi sir? Terkejut? Marah? Suka? Eih, takutlah pulak.
Tiba-tiba langkah Yana terhenti apabila terdengar suara orang ketawa. Macam pernah dengarlah suara tu. Yana menghendap di sebalik pasu bunga di penjuru bangunan hospital. Sir Fikri!
Yana tak puas hati. Dia cakap dengan siapa? Yana cuba memanjangkan lehernya. Tak mungkin!
* * *
Fikri mendukung Tania bagai anak kecil. Tania terjerit kecil.
“Betul ke ni? Abang macam tak percaya yang sayang abang ni dapat markah tertinggi.” Fikri menarik hidung Tania.
“Ouch, sakitlah. Tak percaya sudah. Yang penting saya nak hadiah dari abang.” Tania buat muka double jerk.
“Okey. Tania cakap je. Kalau mampu, abang belikan.” Tania senyum selebar mungkin. Tangannya menunjuk jari manisnya. Fikri kerut dahi tanda tak faham. Lama. Barulah dia tersenyum.
“Tunang?” Fikri mengeluh.
“Okeylah. Nanti abang bincang dengan mama and papa.”
Tania melonjak kegembiraan.
Prangg!
Tania menoleh. Begitu juga dengan Fikri. Pasu di penjuru hospital jatuh berkecai. Waktu itu Tania hanya nampak seorang saja di situ. Yana!
Tania tergamam. Yana nampak ke semuanya?
* * *
Yana mengelap air matanya. Entah kenapa, dia rasa sedih melihat Fikri bersama Tania. Come on Yana. Tak kan kau suka pada lelaki nerd tu? Rambut hitam berkilat belah tengah. Cermin mata besar. Baju kemeja butang sampai nak tutup dagu. Oh please, tak ada calon lain lagi ke?
“Hei.” Lembut saja Tania menyapa.
“Mana kau tahu aku dekat sini?” Yana cuba menahan air mata.
“Aku tahulah. Kau jugak yang kata kau suka laut. Lebih-lebih lagi yang ada taman permainan. Kau suka main buaian sambil dengar bunyi ombak.” Tania menghulur setin air Milo.
“Aku nampak. Tahniah.” Tania senyum.
“Kau kata nak datang malam. Kenapa petang dah ada?”
“Aku ingat malam nak ajak kau makan-makan dekat sini. Last, aku makan sorang-sorang.”
“Kau tak cakap. Mana aku nak tahu.” Tania cuba mengajak Yana berbual.
“Aku ingat kau nak makan dengan sir. Kan dia propose kau tadi.” Hati Yana perit. Aduh, kenapalah aku cakap?
“Hah?” Tania ketawa besar.
“Kenapa? Aku tertelan lalat ke?” Yana menyapu mukanya berkali-kali. Tempat itu sudah pun gelap sejak dia sampai lagi. Mungkin lampunya terbakar. Khuatir juga dia kalau ada lalat yang terbang masuk ke dalam mulutnya tanpa disedari dalam kegelapan.
“Kau suka sir eh?” Eih, apa jenis soalan ni?
“Kau ni kenapa? Mana ada aku suka dekat mamat poyo tu.” Yana menghalakan pandangannya ke arah laut.
“Nak tahu tak. Umur dia kan baru je 29 tahun. Tinggi 173 cm, berat 63 kg and the most important thing is, he is single.” Tania cuba menarik perhatian Yana.
“Kau tahu? Dari mana?”
“Dia yang beritahu aku..” Yana mengangguk. Iyelah, kan couple, mestilah tahu.
“.. dia suruh bagi tahu kau.” Kening Yana terjungkit. Eih?
“Dia kata dia suka kau sejak first time nampak kau masa sesi pendaftaran pelajar. Dia kata..”
“Wait!” Tania terdiam.
“Kau kenapa cakap macam ni? Kan kau orang dah nak bertunang.” Tania tersengeh.
“Dengarlah aku cakap dulu. Dia kata kau unik. Orang lain pilih course sendiri. Tapi kau biarkan mak kau yang pilih. Sebab kau tak nak kecewakan mak kau yang teringin nak jadi doktor sejak dulu lagi.” Tania menghela nafas. Banyak lagi ni nak cakap ni.
“Wait. Mana kau tahu ni?” Yana terus memfokuskan pandangan pada laut. Malam tu bayu anginnya terasa lain.
“Sebab saya ada dekat situ.” Yana menoleh. Hek? Sir?
“Saya ada dekat situ untuk bantu Tania tanda borang pendaftaran.” Yana menginjakkan badan menjauhkan diri apabila menyedari sir duduk di sebelahnya. Tania mana? Dah hilang.
“Jadi? Apa kes cerita dekat saya? Macamlah saya kisah.” Yana mula tak senang dengan sir yang semakin merapatinya. Eih, ni karang aku bukak silat tupperware baru kau jauh.
“Sebab saya tahu awak suka saya.” Mata Yana membuntang. Eih, perasannya.
“Sir, bab lain saya tak berapa kisah sangat kalau sir nak bercerita. Tapi kalau part suka-suki ni, jangan babitkan saya. Sir tahu tak, tunang sir tu baik tau. Dia tu setia. Kalau jatuh cinta, dia akan sedaya upaya pertahankan cinta dia. Sir bertuah tau.” Fikri tersenyum. Puji lebih nampak.
“Sir, jangan terasa eh. Tapi sir boleh tak duduk jauh sikit. Besar sangat ke badan sir sampai nak conquer satu tempat ni? Kalau tak muat sangat, sir duduk dekat bangku sana tu. Saya bukan apa, takut nanti kena tangkap kering. Tak ke merana? Tunang sir nanti kecewa. Keluarga sir nanti dapat malu. Keluarga Tania lagi nanti tak percaya pada sir lagi.” Fikri ketawa kecil.
“Awak tahu tak, saya ambil mc malam ni untuk jumpa awak tau.” Fikri merenung tajam mata Yana. Yana jadi tak keruan.
“Sir kan dah nak bertunang. Jangan buat yang bukan-bukan boleh tak?” Yana semakin teragak-agak untuk terus duduk di situ.
“Awak tak nak kat saya ke?” Yana ke membelakangkan badan. Ei, ngerinya sir.
Soalan Fikri tak berjawab. Fikri menghela nafas. Susahnya nak cakap dengan minah ni. Degil sungguh. Fikri memandang langit yang luas dipenuhi bintang.
“Tania dengan saya tak ada apa-apa. Couple bukan, kawan pun bukan. Dia adik saya.” Fikri masih tidak memandang wajah Yana. Sengaja dia ingin biarkan Yana mendengar apa yang diucapkan dan mengulasnya. Fikri masih boleh dengar hembusan nafas Yana.
“Sebenarnya, markah awak tak teruk pun. Saya sengaja bagi markah yang rendah-rendah pada awak supaya awak berusaha untuk dapat yang terbaik. Tapi, at the end, awak still tidur dalam kelas saya. Saya sentiasa nak dekat dengan awak. Jadi saya buatlah program 3 bulan study bersama saya.” Fikri menarik nafas. Banyak lagi yang Yana perlu tahu.
“Yang pasal pancitkan tayar kereta tu, saya tak marah pun. Saya tau awak stress. Saya ingat nak buli awak lepas kejadian tu. Tapi saya dapat tawaran bekerja dekat hospital yang selama ni saya nak, sebelum dapat balas dendam. Maaf ye sayang.” Fikri memandang Yana. Dahi Fikri berkerut. Eih, mana dia pergi? Dah hilang dah. Sejak bila?
Tiba-tiba Fikri menangkap suatu bunyi.
Krekk!! Kriukk!!
Fikri menoleh. Matanya masih jelas nampak kelibat orang yang bermain buaian di situ. Yana!
Fikri berkejar mendapatkan Yana. Kali ni kau tak akan terlepas.
“Bila saya suka, saya akan sedaya upaya cuba dapatkan. Macam awak.” Ayunan buaian Yana terhenti. Yana menoleh.
“Cuba tengok jari awak. Cantikkan cincin tu.” Yana mengerutkan dahi. Apa kaitan dengan cincin aku ni?
“Itu cincin pertunangan kita.” Yana hampir terjatuh je tanah apabila mendengar perkataan tunang.
What? Tapi mak kata..
“Mak kata cincin tu mak beli sebab Yana dapat score yang baik dalam subjek saya kan.” Yana mengangguk. Sir, jangan cakap sir yang suruh mak cakap macam tu.
“Saya yang suruh.” Yana tayang muka tak puas hati. Dia cuba menanggalkan cincin di jari manisnya.
“No... No... No. Kalau awak cuba putuskan, kita declare akan kahwin minggu ni. Kalau awak tak tanggalkan, kita akan ikut perancangan awal. Kahwin hujung bulan depan.” Yana ternganga. Hei, mana boleh macam ni. Ini dah melanggar hak asasi manusia.
“Sir, awak dah melampau!” Yana membentak.
“Pertama kali saya dengar awak panggil saya ‘awak’. At least, jurang yang awak bina dah makin rapat.” Muka Yana memerah. Eih, aku malulah.
“Saya ni tak suka sir. Saya tak nak kahwin dengan sir. Awak faham tak?” Fikri merapatkan mukanya.
“Betul ke?” Yana tak keruan.
“Saya nak balik.” Yana terus mencapai beg tangannya.
Fikri tersenyum. Yana, saya tahu awak ada hati pada saya. Tania cakap yang dia nampak awak simpan gambar saya dalam laptop awak. Terimalah hakikat yang awak tu dah lama suka saya.
Yana gigit ibu jari tangan kiri. Tangan kanannya ligat memulas stereng kereta apabila melalui selekoh. Ei, Fikri. Awak tu sengal tahu tak? Kalau dah suka tu, kenapa tak cakap je. Aduhai sir. Kalau cakap je tadi yang awak suka saya, saya tak adalah malu sangat. Dah jadi macam ni, janganlah dia cancel tunang.
Triit!!!
Yana memberhentikan kereta. Ada mesej!
‘Memandangkan awak lari tadi, saya decide yang kita kahwin dalam minggu ni.
-lovely, Hubby Fikri.’
Yana bengang. Ei, malunya dia buat macam ni.
‘whatever!’
-yana-
Yana menekan butang balas. Aku elak atau tak, aku tetap akan jadi isteri dia. Redah ajelah. Nampaknya nanti, hari-hari dengar kuliah biologi dari dia. Yana tepuk dahi. Masaklah aku kali ni. Nampaknya dah tak ada jalan lari lagi.
Share this novel