BAB 5

Romance Completed 14018

Tepat-tepat tujuh hari kemudian…

Aduh…..dah datang dah penyakit darah gemuruh aku ni….rasa nak terkucil je…takpe tahan…kejap lagi rombongan lelaki sampai la…aku dah lah nervous ni, si ina ni pula tak datang time hari bersejarah aku ni..eh kejap..bersejarah ke?…kiralah juga..

Tok tok tok…

“ Iqa dah ready ke?” tanya ibu

“ Bu, iqa takutla, rasa macam nak terkucil ni….iqa nak pergi tandas dulu yee”

“ Eh budak ni, karang je pergi tandas, majlis akad nikah dah mula tu, tahan dulu yee”

“ Oklah…” haish ibu ni, kang kalau aku terkencing time akad nikah berlangsung macam mana, tak ke naya tu, tak pasal psal masuk paper Berita Harian yang bertajuk ‘ Pengantin Perempuan Terkencing Semasa akad Nikah Berlangsung’..
Ish ish ish..tak patut tak patut…

“ Aku Terima Nikahnya Nurul Afieqah Bintik Mohd Amirul dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz,aku dah sah menjadi isteri kepada mamat ni, agaknya handsome tak ye..tulah kau, dulu jual mahal sangat tak nak tengok gambar, sekarang ni tertanya tanya pula….

“ Iqa, salam tangan suami kamu tu nak” arah ibu..
Ehh…dia kat depan aku lah…..

dengan berat hatinya aku terpaksa juga menyambut huluran tangannya ituu..
Suamiku memegang hujung dagu ku untuk mendongakkan aku yang dari tadi melihat ke bawah…
Chupp!! Dengan sepantas kilat suami aku mencium dahiku…

Eh kejap, macam pernah ku nampak muka ni..tpi di mana ya?…hmmmmm….
Boleh tahan handsomenye….melting jugak aku tengok…

Adakah patut masa majlis akad nikah tadi dia buat tak tahu dekat aku…
sombong jugak laki aku ni…tak berkenan aku dengan dia…

Sedang aku syok melayan perasaan sendiri, tiba-tiba aku terhidu bau yang cukup tidak menyenangkan..
Eh ada suami aku pulak kat dalam ni…tak perasan pulak..

Aku mendongak kepalaku untuk melihatnya,

Dia lantas menundukkan wajahnya ke bawah..
pandai malu jugak orangnya ye..

Aku tatap wajahnya bila dia mula memandang aku,
Lalu aku berkata kepadanya.. “ KAU KENTUT KE?!”
“ Eh taklah,” bidas suamiku

“ Ye la tu, “ kataku perlahan lalu memandang kea rah wajahnya dengan tepat.
“ Kenapa kau pandang aku macam tu?”

“ Tak de, eh kejap, aku lupa pulak, nama kau apa ya?”

“ Laillahaillallah, kan masa akad nikah tadi ada nama aku kena sebut.”
“ La, aku tak perasan,,,masa tu aku tengah syok berangan”
“ Nama aku Mohd Muzani … panggil zani je..”

Muzani?!… macam sama je dengan nama pujaan hati aku tu….mungkin kebetulan kot…
Rindu pulak aku dengan dia, dah seminggu kami tak ber wechat…hmmm…

“ Malam ni kau nak tidur mana?” soalku pada suamiku

“ Kat atas katil la, takkan kat atas atap kot”

“ Perlu ke?” soalku lagi menyampah

“ Habistu” haih minah ni, blur betul lah, rindu pulak aku ngan iqah…dah lama aku menyepikan diri dari dia, mesti dia terasa hati dengan aku ni….
**********************************************
Kini dah masuk seminggu aku jadi isteri dia….baru aku tau yang suami aku ni dah ada kekasih…sedih juga lah hati aku ni, setiap hari ada je mesej masuk kat phone dia tu…tapi yang aku hairan kalau aku hantar mesej kat Mr. Chapatti aku tu mesti phone berbunyi …kebetulan kot..

Tittt tittt

Eh Mr. Chapatti ada hantar mesej la…
K: Assalamualaikum awak.
I: Waalaikumussalam
K: Awak, hari ni awak free tak?
I: Mungkin kot, kenapa?
K: Kita jumpa nak tak..kan kita dah lama kawan, tak aci lah kalau tak jumpa kan
I: Boleh je.. bila awak nak jumpa saya?
K: Hari ni jam 4 petang kat Taman Tasik Perdana ye..
I: Okay..

Aku rasa macam nak melompat sampai ke awan je bila dia cakap yang dia nak jumpa aku….
Eh iqa….kau sedar tak yang kau ni isteri orang..jangan nak melebih yee…..

“ Hah!..termenung je kerja kau ni, dah pergi buatkan aku kopi…” arah suami aku
“ yelah-yelah”..sahutku dengan malas.

Hmm nanti petang nak jumpa iqa…tak sabarnyee….macam mana lah rupanya yee…mesti cantik….
Zani-zani, kau ni tak pandai nak sedarkan yang kau ni dah jadi suami orang,patutnya kau kena bimbing dia…
apa mesti aku buat ni,nak pilih iqa ke atau isteri aku ni…

“ Cakap orang berangan, tapi dia sendiri berangan tak pe pulak” peril ku dekat suamiku
“ Aku tak berangan lah, Oh ya, nanti petang aku nak jalan, kau nak kirim apa apa ke?”
“ Tak la, Zani, akuu nak minta izin nak keluar kejap lagi, boleh tak?”

“ Kau nak keluar buat apa?” soalnya
“ Aku nak jumpa kawan la…kau apa tau”

“ Nak jumpa kawan ke boyfriend ni?!” soalnya dengan keras.
“Nak jumpa kawan la, bukan macam kau,asyik kerja je memanjang”

“ Biarlah, dah aku nak tukar baju dulu, kalau layan kau ni tak pandai habis kerja aku ..”
“ dah tu, kenapa kau layan aku..”

“ Saja buang boring… hahaha!!” gelak suami ku..
Comelnya bila dia gelak, baru aku tau yang dia ada lesung pipit, geram aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience