BAB 3

Romance Completed 14017

Aduh….Penat nye kerja ni, tulah kau, nak jugak ambil kerja sebagai doktor gigi, hari-hari sebok je memanjang..apalah nasib..

Eh..Mana ibu ni, tak nampak pun bayang dia..mesti dekat dapur ni…hehhe
datang dah idea jahat aku nak kenakan ibu ni…

Perlahan – lahan aku mendekati ibu yang sedang leka memasak..
“Ibu!”

“Opocot anak aku pergi terbang ke awan!”

“ Hahaha lawak lah ibu ni iqa tak terbang la..iqa kat sini sebelah ibu …” kataku sambil ketawa terbahak bahak.
“ Ish budak ni, longgar jantug ibu, hah ada apa ni?, macam mana dengan kerja tadi?,ok tak?”

“ Haish ibu ni,ok je la,macam biasa ,tapi hari ni tak banyak pesakit pulak, tu lah iqa balik awal sikit, ada apa apa nak iqa tolong ke bu?

“ Hmm,alang alang iqa dah request ni, boleh tak tolong ibu?
“Tolong apa bu?”

“Tolong diam…dah dah pergi mandi dan solat maghrib, makanan dah siap ni , dah takde apa apa yang nak ditolong dah”
“ Eh ibu ni.. saje je nak kenakan iqa..oklah iqa naik atas dulu ok..sayang ibu”kataku lalu mencium kedua belah pipi ibu.

ibu menggeleng, ada je perangai anak aku ni,, macam mana lah bila dia dah kawin nanti, umur dah 25 tahun, layak dah kawin tu…

“Hah!, apa yang awak menungkan tu?” Tanya Encik Amirul

“ Ish abang ni, tekejut Ros tau, tu hah,anak kita iqah tu..baru balik, saya Cuma terfikir bilalah dia nak kahwin”
“ alang alanglah kan awak dah cakap pasal kahwin,awak ada berkenan ke dekat sesiapa, yelah,untuk dijadikan menantu,bukan untuk boyfriend awak ye..”

“ Ish abang ni,ada ke boyfriend pulak, saya dah tua dah cik abang oi..Saya ada berkenan dekat sorang budak ni,baik orangnya,muka pun dah handsome..sesuai sangat lah dengan iqa tu.”

“Kalau macam tu awak cakaplah dekat anak awak tu…ingat…Jangan tunggu lama lama,nanti lama lama si iqa tu dikebas orang lain…hehe”

“ Dah dah, menyanyi lah pulak orang tua ni, dah makan, nanti awak tolong saya untuk cakap dengan iqa ok..”
Selepas makan, aku menolong ibuku untuk mengemas meja makan dan membasuh pinggan….sedang aku tengah syok melayan perasaan sendiri,, aku ditegur oleh ayahku..

“ Iqa, nanti lepas kemas semua ni pergi ruang tamu ok..ayah nak cakap sikit dengan kamu.”
“ Hymmm,,,okay ayah”

Setelah selesai semua kerja aku, aku terus menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa..
“ Ada apa ayah?”

“ Sebenarnya, ibu kamu ni ada berkenan dekat seseorang, baik orangnya, rupa pun boleh tahan,ayah dah tengok gambar dah.”
“Tapi ayah kenal ke budak tu?”

“Kalau yang tu tanya ibu kamu.”

“ Ibu kenal budak tu, baik orangnya,ibu dah banyak kali jumpa dengan dia..hormatkan orang tua.. kamu nak tak?”
“Iqa ikut je, kalau ibu suka iqa pun suka jugak,dah la,iqa penat ni,nak tido dulu,assalamuaalikum ”
“ Waalaikumussalam” jawab ibu dan ayah serentak.
****
Dalam perjalanan menuju ke bilik aku sempat memikirkan tentang masa depanku, agaknya ibu ni berpengang pada janji ke..yelah aku ni kan tak pernah serius, mungkin apa yang ibu katakan tadi akan mudah kulupakan kerana aku ni jenis yang tak ambil kesah sangat.. bak kata pepatah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan,tersumbat kat mulut ,meleleh kat hidung…agaknya peribahasa apa yang aku cipta ni…biarlah asal hidup jadi kreatif hehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience