BAB 4

Romance Completed 14018

Brippp Briipp

Sedang aku syok syok berguling guling atas katil, aku terdengar bunyi dari telefonku yang menandakan bahawa ada mesej masuk….

Mr. Chapatti send you a message
Eh!,budak ni send message kat aku lah,,,,

K: Assalamualaikum,apa khabar?
I: Waalaikumussalam,khabar baik..
K: Alhamdulillah, nama awak apa?
I: Nurul Afieqah , awak pula?
K: Nama saya Muzani, panggil Muz je..
I: Saya ada satu soalan nak tanya kat awak
K: Soalan apa?
I: Kenapa nama awak dekat WeChat ni Mr. Chapatti, awak jual kangkung capati ke? atau suka makan capati?
K: Haha, tak de lah, kawan kawan saya yang panggil saya macam tu sebab saya suka makan capati, asal makan kat mamak tu menu wajib saya kenapa awak tanya?
I : Tak de, nama capati tu macam lawak sikit hahha,awak jangan marah ye..
K: Hahaha nakal awak ni ye…Saya tak marah..
I: Awak ni umur berape?
K: Umur saya dah masuk 27 ..awak pula?
I: Hehe saya masih muda..sweet 25 gitu..
K: Muda ke tu..macam dah tua jee..hehe

Dari situ kami mula rapat, kami selalu berkongsi masalah kami, kalau aku sedih aku cari dia, kalau dia sedih dia cari aku, tapi satu je, kami belum pernah bertemu empat mata sahaja..Dia cakap dia tinggal dekat Kuala Lumpur tapi pergi ke luar negera sebab ada kerja dekat situ…Lama kelamaan, aku mula tertarik dengan sifat dia yang selalu ambil berat tentang aku, selalu ingatkan aku tentang solat,selalu nasihat aku tentang bab agama dan lain-lain,
***********************************
Kini dah hampir 6 bulan aku berkawan dengan dia, walaupun kami langsung tak pernah bersua muka tetapi hati aku ini seakan mengatakan bahawa aku telah tepikatkat dengan dia…cewah jiwang betul aku ni…ish ish ish

Tapi..aku rasa orang yang kacak macam dia tu tak mungkin takde girlfriend…asal aku tanya pasal girlfriend mesti dia mengelak…itu yang membuatkan hati ini sakit bagaikan disiat siat dengan pisau pemotong daging..eh betul ke peribahasa aku ni…hentam sajalah labu…

“Hah! Berangan lagi anak ibu ni, stress sangat ke kerja jadi doktor gigi ni?”

“ Eh taklah bu, iqa Cuma penat je, tadi ramai pesakit jugak, ada yang nak cabut gigi la,ada yang gigi berlubang la,ada yang gigi patah la, ada yang gigi senget sebelah la…hehhe”

“ Eh, ada ke orang gigi senget sebelah jumpa doktor gigi, belum pernah ibu dengar kes macam tu”
“ Haha , takdelah bu,iqa main main je, jangan marah ye..nanti cepat tua hehe”
“ Perli ibu ke iqa ni?”

“ Iya dan tidak hehhe…”

“ Ada ada saja kamu ni, ibu nak cakap yang anak kawan ibu tu dah setuju nak kahwin dengan kamu,mak dia pun dah setuju,tinggal tetapkan tarikh majlis je, pihak lelaki nak cepatkan majlis nikah kamu sebab bakal suami kamu tu ada kerja dekat luar Negara…kamu setuju kan..ibu dah setuju ni..”

“ Hah?!” terkejut beruk aku mendengarnya, hancurlah hatiku untuk memikat Mr. Chapatti aku tu..huaaaa…sedihnyeeee….
“ Yang kamu terkejut ni kenapa, kan kamu juga yang setuju masa abah tanya kamu dulu,kamu tak ingat ke…?”

“ Oh ya,, hehe sorry bu,iqa terrrrlupa..hehhe” ya ke aku terlupa,ke aku ni buat buat lupa…terpaksalah aku melupakanmu wahai encik Chapatti ku…

“ dah, jangan nak buat buat lupa, mereka dah tetapkan majlis nikah kamu minggu depan,.ibu dah setuju ..sebarang bantahan tidak diterima…

“ Tapi…” pintasku

“Titik dan enggak pakei koma..” terang ibu

“ amboi ibu, mana belajar cakap bahasa Indonesia ni..dari senetron ke hahaha,,, yelah..iqa setuju je..baju nikah dah ada ke?”

“Dah ada dah, bakal mak mertua kamu yang sediakan, mak Cuma bagi saiz baju kamu jee…,dah, dah,pergi masuk tidur,dah lewat ni,esok nak kerja lagi..”

“ Baiklah ibuku yang kusayangi…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience