EP4: Pengorbanan

Crime Series 3027

Suffian berjaya melepaskan ikatan dan senyap-senyap dia menyorok dibelakang tong tin melihat sekumpulan lelaki.

“Sial! Mana dia pergi!”
“Macam mana dia boleh terlepas?”
Salah seorang daripada lima orang lelaki berbadan sasa itu kelihatan resah dan gelisah. Akhirnya mereka menelefon seseorang.
“Bos... Suffian dah hilang...aa.. ”
“.. baa..baik boss” gagap si lelaki itu mengakur.
“Apa boss cakap?” Tanya seorang lagi lelaki yang berkulit agak gelap. Kelihatannya seperti India tapi dia sangat fasih berbahasa melayu.
“Dia suruh cari la, kalau tak jumpa malam ni....” sambil menuding jarinya “Kau, kau, kau dan jugak kau....akan mati katak katanya” gertak lelaki yang kelihatan agak baran. Mereka kelihatan susah hati dan melihat sekeliling gudang itu.

Suffian menghendap, tanpa sengaja dia menjatuhkan tong tin itu. Suffian gelabah. Dia panik!

“Bunyi apa tuh? Siapa kat sana?” sergah salah satu lelaki tadi.
“Weh guys, aku rasa dia ada kat sini lagi..” bisik seorang lagi. Apabila lima lelaki itu menghampiri tong tin kosong yang jatuh tadi.
“Woah!!!” Remy melompat ke arah mereka.
“HAHAHA! Aku saja nak kacau korang. Apa korang cari hah? Janganlah marah!” Usik Remy apabila melihat muka mereka macam nak makan orang. Dia memujuk sambil menampar dan menguis salah satu dua daripada mereka. Tiba-tiba,
“Eh Remy, aku tak ada masa nak main-main dengan kau lah! Kalau kau nak main.. kau boleh pergi mampus kat sana! Asal kau tau lah, bos tengah marah sebab Suffian larikan diri! Tak guna, siallah!” Jerit lelaki itu.
“What?!” Remy berlagak terkejut.
“Remy stop play around and you tolong kita cari Suffian sekarang!” Jerit seorang lagi.
Mana tak sakit hati. Orang tengah serius ‘cari nyawa’ dia pulak berseloroh.

[5 minit yang lalu...]

Suffian gelabah. Panik. Kaku.
‘Apa aku nak buat sekarang? Tin ni pun kenapalah nak kena jatuh sekarang? Kalau aku pergi sekarang tak ke mampus aku..’ Suffian memandang sekeliling.
Dia tawakal hendak menyerang mereka dan keluar dari gudang . Tiba-tiba, Remy muncul dan membuat isyarat supaya tidak berbuat bising dan diam. Suffian akur.
“Sekarang aku nak kau masuk dalam tong ni...” bisik Remy.
“Aku mati lemas kang Remy...” Suffian memberi alasan.
“Pian, kau ni budak kecil lagi ka?” Remy menyuruhnya masuk dalam tong itu. Suffian akur dan pelik. Dia tertanya-tanya kenapa Remy berubah fikiran dan menolong dia.

Suffian berjaya melepaskan diri dan keluar di pintu depan gudang. Dia bersyukur, kalau Remy tak tolong mungkin dia akan dibunuh dalam gudang tu! Tanpa diduga, malang tidak berbau menyapa dirinya. Suffian hanya menapak selangkah ke hadapan ke pintu gerbang, dia merasa cecair mengalir dan rasa menyengat di bahagian perut dan dadanya. Dia juga sukar untuk bernafas. Suffian melihat tangannya. Darah! Suffian ditembak!

Remy terdengar bunyi tembakan. Dia berlari keluar dari gudang itu. Remy tergamam melihat seorang lelaki berusia setengah abad berdiri memegang sepucuk pistol. Suffian melutut. Lelaki yang memegang pistol tadi adalah bos mereka dari puak Clown!

Lelaki itu tersengih.
“Keeenapa.. kau nak...bunuh aku..?” Tanya Suffian sambil menarik hujung seluar lelaki itu.
“Kau kena mati, kau tak boleh hidup. Semua ni salah bapak kau! Aku akan bunuh isteri kau jugak selepas ni. Kau akan bahagia dengan isteri kau dekat neraka ” Lelaki tua itu mengugut Suffian dan ketawa.
“Huh.. kau tak boleh... a..aa..ku..jamin kau akan ...menyesal..” Suffian kesakitan.
Lelaki tua itu mencebik.

Setelah itu, sebuah kereta Alphard berwarna hitam menghampiri mereka dan berhenti. Dua lelaki keluar dari kereta dan mengangkat Suffian masuk dalam kereta tersebut. Dalam berjalanan entah kemana. Suffian tidak berdaya. Pening. Dia melihat wajah-wajah badut yang agak mengerikan itu. Bukan wajah tapi topeng!

[Satu hari sebelum kejadian...]

Kamal tiba di rumah yang kelihatan seperti terbengkalai akibat kebakaran. Tiba-tiba dia merasa seram sejuk. Telefon berdering. Kamal terkejut dan menjawab panggilan.
“Hello?”
“Assalamualaikum En Kamal... awak dah sampai kan? Masuk dalam dan tunggu saya ..” Kamal pun berjalan sambil mencari pintu masuk.
“En Kamal?” Sahut lelaki separuh abad itu.
“Ya saya.” Jawab Kamal.
“Nama saya Sabri...” sambil menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Kamal. Kamal ternampak sebuah meja dan kerusi berada di situ. Sabri menjemput dirinya duduk di kerusi.
“En Kamal, saya minta maaf. Saya tahu banyak hal dah terjadi dekat awak, saya jumpa awak ni sebab ada sesuatu yang perlu kita bincangkan dan sangat penting.” Beritahu Sabri.
“Apa yang awak nak cakap? Bagitau saya sekarang siapa pembunuh tu! Itu yang awak janji kan! ” Marah Kamal. Tidak sabar-sabar.
“Bawa bertenang, awak dalam bahaya Encik Kamal kalau awak bertindak melulu tanpa sebarang perlindungan. Saya akan tolong awak, tapi sebelum tu ada syaratnya...”
“Apa syaratnya?” Tanya Kamal.
“Join puak Clown.. puak yang sangat terkenal dengan kekejaman.” sambung Sabri.
“Eh kau sapa hah? Kenapa kau arah aku? Siapa Clown? Aku tak nak!” Kamal menghentak meja dan bangun dari kerusi.
“Kamal... percayalah. Kau tak boleh balas dendam kalau kau tak ada apa-apa. Mereka kuat. Kau kena join dia orang. Aku akan ajar kau macam mana caranya. Kau akan selamat selagi aku ada. Ini bukan untuk kepentingan aku. Tapi kau jugak. Kau akan sedar nanti apa yang kau patut buat dan tak patut.... Macam ni lah En Kamal, aku bayar kau. Bil hospital anak kau, semua aku tanggung. Janji kau berkerja dengan aku.” Pujuk Sabri. Kamal berfikir panjang.
“Aku ada syarat yang kedua dan ketiga juga...” Sabri melihat Kamal.
“Apa?... “ Kamal bertanya.
“Syarat yang kedua, kau kena cari anak aku yang hilang sampai sekarang tak jumpa. Aku nak sangat jumpa dia.” Sabri kelihatan hampa. Kamal merasa turut sedih. Kedua-dua lelaki ini memerlukan anak lelaki mereka.
“Baiklah, syarat yang ketiga pulak?..” tanya Kamal.
“Aku akan bagitahu kau nanti bila tiba masanya.. terima kasih Encik Kamal” Sabri berbesar hati.

Kamal merasa hairan dan tertanya- tanya. Kenapa dia perlukan aku untuk ini semua? Apa kaitan dia dengan Puak Clown? Pelik dan aneh! Kenapa anak dia menghilangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience