EP3: Dendam

Crime Series 3027

Suffian meronta-ronta. Kaki dan tangannya diikat dikerusi. Mulutnya disumbat kain.

“Hmmppphh!! Hmmmphh!” Suffian menjerit.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi besi bergeseran di lantai. Suffian terkedu melihat seorang lelaki berbadan besar dan tegap mengheret sebilah kapak. “Hmmph!!!” Suffian terjatuh sambil meronta-ronta.
“Akan ada orang selamatkan kau nanti” bisik lelaki tadi.
“Hmmph!” Suffian seperti ingin mengatakan sesuatu. Lelaki itu membuka ikatan di mulut dan menarik kain yang ada dalam mulut Suffian.
“Celaka kau Remy! Eh kau apehal hah?! Kau nak apa?! Lepaskan aku!” Jerit Suffian.
“Kalau kau nak duit... aku boleh bagi lah sial!” Suffian menempik.
“Rileks Pian, aku tak nak duit kau. Aku tahu kau kaya. Aku hanya aturkan permainan ni untuk bos aku.” Remy memberitahu.
“Eh sedarlah diri kau Remy! Kau dah jadi pengkhianat!” Jerkah Suffian.
“Ya, aku sedar aku siapa.. kau dan ayah kau kena sedar diri! Kalau tak kerana aku dulu, kau orang semua dah mampus dah lah sial!” Jerit Remy.

Remy adalah kawan Suffian semenjak kecil sehinggalah mereka dewasa. Remy seorang lelaki yang berkulit gelap, berbadan tegap dan sangat akur pada arahan. Namun, dia mempunyai sifat yang tak baik iaitu menyimpan dendam yang telah mengubah dia menjadi seorang lelaki yang panas baran dan kejam.

Remy ialah anak angkat kepada bapa Suffian, Sabri Yusop. Semenjak bapa Remy meninggal, dia dijaga oleh ayah Suffian. Manakala, Remy pula merasa dirinya seperti alat yang dipergunakan apabila mereka memerlukan sesuatu. Suffian pula menganggap Remy seperti kawannya, bukan abang ataupun keluarga. Dalam diam, Remy telah dinodai dendam kesumat .

Sabri pula telah memberikan tugas untuk Suffian dan Remy yang mereka harus uruskan. Suffian pula menjadi sangat penasaran dan tidak sabar untuk menjalankan tugas itu setelah melihat Salina. Dalam sesi menjalankan tugas itu, Suffian akhirnya bertemu juga dengan Salina. Salina memang seorang gadis yang rupawan, putih seperti kapas dan bersinar seperti bulan purnama di malam hari. Salina yang bersikap mesra itu digilai oleh ramai lelaki di sekelilingnya, mana taknya dia punya iras macam Nia Ramadhani kau. Lelaki mana yang tak terpana!

Remy dan Suffian jatuh cinta pada Salina. Tetapi cinta Salina hanya berbalas kepada Suffian kerana perwatakan dia yang romantik dan suka menghiburkan orang disekitarnya terutama pada Salina. Setelah Suffian dan Salina berkahwin senyap-senyap disebabkan bapa Salina dan Suffian tidak mempersetujui pernikahan mereka. Mereka akhirnya, membuat keputusan untuk melarikan diri dan menghilang. Remy berasa amat marah dan hilang pertimbangan selepas mendapati Suffian bertindak diluar kawalan. Disebabkan sifat Suffian yang pentingkan diri sendiri, Remy menjadi mangsa lempias amarah bapa angkatnya sendiri.

“Kau tahu tak, masa kau belah dulu...ayah kau seksa aku separuh mati. Kau pula hebat! Baik punya tengah berasmaradana dan bahagia dengan si Salina. Aku ni sabar lagi sebab dia cakap aku seorang abang yang tak tahu didik kau jadi adik yang baik. Tapi ayah memang dah melampau! Aku dah tak tahan.” Remy bercerita. Terbeliak biji matanya apabila menatap Suffian. Suffian tunduk dan terdiam.

“Aku tahu aku salah, tapi Remy kenapa kau jadi sampai macam ni? Kau dah belot Remy! Sedarlah diri kau!” Suffian menengking Remy.
“Yes. Aku memang pembelot. Pengkhianat. Suka hati kaulah nak cakap apa. Semua salah ni datang dari kau sendiri Pian. Kau dan ego kau!” Sergah Remy.
“Kau kerja dengan siapa sekarang? Puak Clown kan? Kau kena dengar Remy.. dia orang tu nak gunakan kau ja! Kau tak boleh termakan dengan hasutan syaitan tuh!” Suffian merayu. Remy merengus.

“Aku tahu bapak aku pun bukan orang baik. Tapi bapak aku bukan pembunuh macam puak Clown tuh! Kau kena ingat Remy... dia orang yang bunuh ayah kau! Bapak aku yang jaga kau! Takkan kau dah lupa semua tuh!” Suffian memujuk Remy.
“Remy... kau boleh bunuh aku! Tapi kau kena ingat pengkhianat tetap pengkhianat. Bila dia orang dah tahu kau anak kepada John Salem. Kau pun dia orang akan bunuh jugak!” Suffian meneruskan nasihat dan cuba untuk mengertak Remy.

“Aku tak pernah larikan diri!” Remy memandang Suffian kehairanan. “Masa tuu ada....” baru sahaja Suffian ingin meneruskan cerita terdengar bunyi orang membuka pintu.

Remy cepat-cepat menyumbat mulut Suffian dengan kain dan berlari ke tepi. “Hmmph!” Suffian memanggil Remy.

‘Maafkan aku Pian, aku terpaksa.’ bisik hati Remy kepada Suffian. Remy melihat Suffian. Remy berpaling muka dan berjalan keluar, lenyap dari pandangan Suffian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience