EP 1: Syurga Bahagia

Crime Series 3025

Malik ialah anak tunggal yang tinggal bersama ibu bapanya di rumah agam berhampiran persisiran pantai. Ibunya Salina mempunyai kacukan Indonesia, sangat menawan dan sering menerima pujian daripada rakan sekolah Malik. Manakala, bapanya pula Sufian mempunyai kacukan Korea. Setelah mereka berjumpa di Malaysia, akhirnya mereka jatuh cinta dan menikah. Mereka adalah pasangan yang secocok! Apatah lagi Malik.

“Malik....”. Panggil ibunya Salina.
“Ya ibu!” Malik berlari kearah ibunya.
“Malik rindu ayah tak?” Tanya ibunya.
“Nak rindu kenapa? Ayah pergi kerja, kejap lagi dia balik la” Malik tertawa kerana ibunya bertanya padanya seperti umurnya 7 tahun.
Ibunya mengelamun.
Malik hairan dan menanti kata-kata yang akan ibunya katakan.
“Kenapa ibu??” Malik sudah tidak sabar.
Salina membisu.
“Ibu...?” Panggil Malik.
“Ya sayang... ibu cuma rasa tak sedap hati” Beritahu ibunya.
“Kenapa ibu?” Tanya Malik.
“Em, taklah. Tadi ibu ada call ayah, ayah tak jawab” beritahu Salina kepada anaknya.
“Aik? Kenapa tak jawab? Ayah busy kot tengah layan client”
Malik menenangkan ibunya.
“Ibu ni.. janganlah fikir bukan-bukan”
“Em yala yalaa, ibu cuma pelik je. Ayah kamu selalu call ibu even dia nak balik pun dia ada call” beritahu ibunya lagi.
“Ibu ni... rindu ayah ek?” Malik mengusik ibunya.
Ibunya ketawa dan menampar-nampar Malik.

Tiba-tiba...
“Ting Tong...”
Bunyi loceng rumah.
“Ha panjang umur, sebut je mesti sampai” Malik berlari menaiki tangga.
“Malik! Pergi mana tuh?” Ibunya bertanya.
“Saya nak tidur! Ibu berasmaradana lah dengan ayah! Hehe” usik Malik.
Ibunya Salina mencebik sambil berjalan mahu membuka pintu.
“Puan Salina?...” tanya orang asing itu.
“Iya kenapa ya?” jawab Salina.
“Suami puan...” jawab orang itu.
“Kenapa dengan suami saya?” Salina panik dan berlari keluar ke pagar pintu masuk.
Salina terkejut melihat Suffian yang berlumuran darah. “Abang! Kenapa ni?!..” Salina menangis.

Salina berpaling dan mahu bertanya kepada orang asing itu. Malangnya, kepalanya dipukul dengan besi spannar. Salina rebah.

Salina sedar, pening.
Orang asing itu bercakap menerusi telefon.
“Tuan, aku sudah jumpa mereka”
“Ya, mereka berdua..hanya berdua saja”
“Belum, Tuan.”
“Ya, baiklah. Aku tunggu..”
Salina melihat suaminya telah ditembak di perut dan tidak sedarkan diri, dia pengsan setelah samar-samar mendengar perbualan itu. Airmatanya mengalir.

Puak yang memakai topeng, lebih kurang enam hingga tujuh orang melihat Salina dengan penuh nafsu sambil memegang pisau.
“Eh kau jangan macam-macam” tegur si orang asing pada mulanya.
“Alah kau ni! Lagipun dia akan mati juga kan?Baik aku lempias saja! Cantiknya dia”
“Eh kau ni kalau boss tahu apa kau nak jawab ha?”
“Boss takkan tahu kalau tak ada orang kasi tahu la bro..”
Orang asing itu sangat marah kepada kawannya dan terus keluar dari situ.
“Cantiknya kau, aku tak nak bunuh kau. Tapi mereka suruh.. aku akan buat kau rasa seronok” jawab si penjahat itu.
Yang lain ketawa, mereka memegang Salina. Suaminya pengsan dan masih tidak sedarkan diri dibawa masuk ke bilik. Penjahat yang memakai topeng hitam, mengoyak baju Salina dan mengikatnya di dinding rumah. Salina merayu agar melepaskan dirinya. Namun mereka melakukankan benda yang amat keji padanya. Bergilir-gilir merogol Salina.

Orang asing itu berjalan melihat-lihat sekitar kawasan di dalam rumah itu. Tiba-tiba, dia ternampak Malik sedang nyenyak tidur di bilik.
Dia mengeluarkan pisau.
“Ibuuu...... “Malik mengigau.
Dia berhenti dan menatap muka Malik.
Tiba-tiba air matanya mengalir dan meninggalkan topengnya di lantai bilik Malik.
Dia berlari menurun tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience