01

Romance Series 16643

Aku merenung skrin laptop yang telah bertukar gelap itu. Baru sahaja aku usai menyiapkan manuskrip untuk di hantar kepada syarikat penerbitan yang masyhur buat dekad ini iaitu AZ Legacy. Setakat ni lah, syarikat penerbitan ini sahajalah yang memudahkan urusan berbanding syarikat-syarikat lain.

Syarikat lain, ada yang late payment pun ado! Sampai berbulu ketiak aku tunggu royalti. Mesti kome cakap, halah royalti banyak manalah sangat… Walaupun tak banyak, boleh lah tampung perbelanjaan harian aku! Sejak sambung degree ni, takpernah lagi lah mintak duit mak bapak.

Cakap tentang manuskrip ni, manuskrip ini tentang aku dan dia dah macam garis selari, pada realitinya tidak mungkin bersatu. Walaupun ada di arah yang sama, penghujungnya tidak akan pernah bertemu. Walaupun mempunyai kecerunan yang sama, mustahil untuk mempunyai perasaan yang sama.

Usai menulis manuskrip tadi, dada aku terasa sedikit ringan. Mungkin menjadi tenteram setelah sahaja aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Let just say that, writing is my pill to release tension!

Aku mengerling ke arah Hanis yang terbongkang tidur di atas katilnya. Memang makhluk ni kalau tidur takkan ingat dunia dah! Memang trial nak jadi jenazah agaknya. Mesti dia nak ikut bapak kandung dia lepak tujuh kaki bawah tanah, cis!

Seterusnya, aku mengambil keputusan untuk ke padang besar. Dah tu memang favourite spot kitorang kalau takde class. Alang-alang nak usya jejaka hensem main futsal, itulah yang dikatakan oleh Hanis.

Aku bersiap-siap ala kadar sahaja dengan menyarungkan cardigan dan bertudung sarung. Pagi-pagi tak kena tonyoh makeup pun takpe, muka baru bangun memang glowing teruk!

Aku duduk di bangku panjang dan telefon yang berada di genggaman kananku aku letakkan di sebelah. Sambil itu, mataku terpaku pada dada langit.

"Subhanallah, langit yang cantik."

Awan bergumpal-gumpal sesama sendiri dan di sinari matahari pagi yang berwarna jingga kekuningan. Sempat lagi aku snap gambar langit untuk di hantar story Instagram ku. Lepastu aku pun tutup mata perlahan-lahan sambil menikmati udara segar.

Dalam aku menghayati dan menikmati udara pagi, aku sedar ada yang mendekati ku lantas bersuara.

"Seat kosong kak?" Soal lelaki itu.

Aku angguk kepala sahaja. Daripada suara sahaja aku dah boleh kenal siapa.

Adam Shah. Junior aku.

"Kak, memang hari-hari akan duduk sini ke?" Soalnya tiba-tiba dan menarik zip sweater nya ke atas hingga ke leher. Aku perasan yang tangannya berbalut.

"Depends.” Jawabku sambil mengerling ke arah telefon yang bernyala, tanda mesej baru masuk.

“Ouh. Sebab Adam perasan kalau takde kelas mesti kak stay sini dengan member akak tu yang regddnbhjua tu…” Ujarnya.

Ayat di belakang sekali tidak sempat aku tangkap kerana bunyi getaran daripada telefon pintarku yang mengganggu.

“Yang apa?” Soalku kembali.

“Alaa kak. Yang fisddhews tu.”

Sekali lagi, telefonku bergetar dan membuatkan aku tidak sempat menangkap kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Dia yang cakap perlahan atau notifikasi aku yang terlalu kuat atau aku yang pekak sekarang ni?

Sekali lagi terdapat getaran pada telefonku. Menyampah siot, aku nak dengar apa yang budak ni cakapkan hal pasal geng aku kot! Tak memasal dah dua kali aku terlepas peluang! Mesti budak muka jambu ni nak cakap pasal perangai gelojoh Hanis kan? Lepastu Zurina yang selalu ambik makanan aku kan? takpun pasal Haniya yang moody semacam kan?

Mustahillah dia nak cakap yang member aku ni baik, ayu, cantik, lawa. Semua member aku, aku nampak macam lutong ada lah! Takpun macam yang dekat bawah jambatan tu.

“Yang pendek-pendek tu ke?” Soalku.

Dia angguk kepala. “Haah, yang putih comel tu. Yang selalu pakai baju warna biru langit.”

Ejdodfihwidj

I lost my word you…

Dia macam tiber jugak laa… Yang pendek dalam geng aku ni Hanis je lah. Tang mananya Hanis putih, comel ayu…

PERGHH-

MEMANG BUDAK NI BUTA AGAKNYA!

“Ouh. Dia memang comel, kan.” Ujarku setuju sahaja dan mengerling ke arahnya di mana mukanya telah berubah kemerahan.

IS HE BLUSHING???

Jangan cakap yang kau minat Hanis wei… ramai lagi kot senior yang lawa nak mampus berbanding Hanis. Mungkin lain orang, lain citarasa.

“Dengar sini, dik.” Ujar ku dan menghadapnya. “Walau apapun yang terjadi, jangan pernah percayai seseorang itu dari luarannya sahaja. Jangan ingatkan air yang tenang tiada buaya dan janganlah ingat Hanis yang comel kerana apa yang kakak ko nampak ni Hanis adalah seekor orang utan.” Aku membuat muka di hadapannya sambil menghembuskan nafas payah.

Takpe, at least aku beritahu dia hal sebenar dan jujur.

Tak pernah-pernah Haura jadi penipu ye!

Please, sematkan dalam otak antum-antum semua.

“Everyone will look pretty on the right eyes, kak. I don’t see her ugly or what.” Ujarnya dan menyembunyikan wajahnya. "Akak pernah dengar atau baca tak tentang Laila Majnun?"

Aku angguk kepala.

"Qais sangat cintakan Laila sehingga dia jadi obses, tergila-gilakan Laila sehingga dia digelar majnun, orang gila. Memanglah kena panggil majnun, Laila bukannya cantik pun sampai si Qais tu boleh tergila-gilakan dia. itu yang orang kampung cakapkan, tapi apa yang Qais jawab?" Adam mengerling ke arah ku.

Aku angkat bahu tidak tahu.

"If you want to see Laila's beauty, you need to have the eyes of majnun. See her with my eyes, then you will be able to see beautiful of Laila." Adam menjawab. "This means that, everyone will never look good in other eyes but everyone will look good on the right eyes."

Aku terpegun hingga rahangku terbuka. Budak ini… bukan sebarang budak… dia sangat lain daripada yang lain. Can I say that, dia ni spesies aku?

Bucin nya gaada obat!

"Dam, jom join grup akak." Ajakku.

"Grup apa kak?"

“Kumpulan galau brutal dan koleksi bodoh berjemaah. Join lah kami, saya Haura Aliyna sebagai admin grup amat mengalu-alukan kedatangan Adam Shah Aiddin Shah." Ujarku dan mencapai telefonku dan memberikannya.

Dia terkejut.

Mesti dia cakap kak Haura buang tabiat kan tiba-tiba je suruh aku join grup dia. Grup apa ke nama pulak tu!

Tapi takpe dik, aku kalau nak tulis manuskrip baharu memang perlukan ayat-ayat kau.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience