03

Romance Series 16643

TIGA – tigerrrrrrr

Kami berempat saling berpandangan antara satu sama lain. Yang faham, faham je lah dengan pandangan kami saat ini.

Ada tea menarik ye gais!

Si Nuril confess dekat Hilman!

Dan, yang mengejutkan sekali Hilman reject macam tu je!

Tak faham pula aku, macam mana si Hilman ni tak berkenan dengan si Nuril. Padahal aku tengok si Nuril itu, elok je rupanya. Kalau perangai tu tolak tepi lah…

Ouhh, mungkin Hilman tak pandang rupa kot…

Apabila Hilman menghabiskan kata, Nuril pun perlahan-lahan meninggalkan Hilman yang berada di hadapan entrance hall.

"Nuril, cis. Cakap je besar berkenan dengan cousin aku tapi dengan aku dibuatnya musuh. Mana lah mahu aku bagi restu." Perli Zurina sambil menyingsing lengan bajunya.

Ina dengan Nuril ni tak payah cakaplah, memang berkarate hampir hari-hari. Setiap kali jumpa je, mesti ada je yang nak dibalahkannya.

"Aipp Ina, turunkan balik lengan baju kau." Aku menegur.

"Mana nak sabarnya. Si Nuril tu keterlaluan sangat. Memang padanlah kena reject dengan si Man tu." Ina perlahan-lahan menurunkan lengan bajunya sambil dibantu Imani.

"Lek la senah. Hidup kita ni sentiasa diuji. Bukan hidup kalau takde ujian." Haniya menasihati Ina.

Ina angguk kepala sahaja.

“Sabar, sabar. Tarik nafas, tak payah hembus.” Hah siapa lagi yang cakap macam tu kalau bukan Hanis.

"Woo korang semua buat apa dekat sini?" Tegur Atiq yang tiba-tiba ada di belakang kami.

Atiq merupakan sahabat baik Hilman. Lima-lima orang good looking, femes, hot stuffs dekat sini. Tiga orang lagi siapa?

Si Fahim, si Iskandar dan si Harith.

Antara kelima-lima mereka, Harith yang paling pendiam dan paling ensem pada pandangan ku. Harith nerd and budak kuat study, memang padanlah dengan kaca mata yang dipakainya. Tapi, dekat sini memang kebanyakan orang minat Hilman.

Entah tang mana... Teringat pula aku dengan kata-kata Adam, '"If you want to see handsomeness of Hilman, you need to have the eyes of majnun."

"Eh budak pendek ni pun ada?" Tegur Atiq pada Hanis.

Iya, memang Hanis paling pendek antara kami berempat. Tinggi dia tak sampai lima kaki. Sape yang pendek lagi daripada Hanis tu, dwarfs sebenarnya.

“Siapa budak pendek hah, tak tahu lah tak tahu.” Ujar Hanis.

“Ehh suara siapa tu. Suara ada, tapi tuannya takde.” Atiq menganjing sambil acah mencari arah suara yang bercakap tadi. Matanya tertangkap Hanis. “Lah, ada orang! Pendek sangat sampai tak nampak.”

Hanis jeling.

“Aww Harith, dia jeling aku lah.”

Harith angkat bahu tidak tahu, lebih kepada malas nak ambil tahu. Sambil itu, dia melutut ke arah anak kucing putih yang berada di dalam longkang. Aku syak si Atiq ni yang sepak kucing tu ke dalam longkang. Maklumlah, yang tu terlebih kuah daripada nasi.

“Korang buat apa dekat sini?” soal Hilman yang mendekati kami berada. “Zu?”

“Saja nak tengok confession daripada gadis hot kepada jejaka hot." Ujar Zurina lalu berdiri di sebelah Hilman.

“Man dah reject dia."

Ina tidak menjawab, sebaliknya dia menghulurkan sebotol minuman kepada Hilman. "Zu tahu Man mesti sakit tekak kan reject perempuan tadi?"

Hilman mengambil huluran Ina tanpa berbunyi suara.

“Kau reject Man?” celah Atiq tiba-tiba. Hilman hanya angguk kepala dengan soalannya. “Astaghirullah. Man, kita ni sebagai seorang lelaki yang gentlemen, tak baik dan tak elok menyakitkan hati perempuan. Mesti si Nuril tengah heartbroke sekarang. Harith, jom teman aku cari Nuril. Aku nak ubati dia.”

Ahhh, yang ni sorang kaki perempuan. Walaupun ramai yang tahu dia kaki perempuan, ada je yang masih jadi mangsa dia. Kalau sikit takpe lah juga, ni ramai bak hang! Lepastu ada juga yang sampai toreh tangan, bergaduh geng bila tahu si lahanat ni curang. Yang peliknya, perempuan yang kena curang tak pergi serang jantan ni tapi pi jugak serang perempuan lain. Perangai lahanat macam ni pun ramai peminat, ahhh tak faham aku!

“Ubat dengan apa pula yang kau maksudkan ni?” celah Haniya, berkerut-kerut dahinya memikirkan 'ubat' yang dimaksudkan Atiq.

"Orang luar, jangan menyibuk ye." Ujar Atiq lalu mengheret lengan Hilman menuju ke mana entah. "Kau kena minta maaf dekat Nuril tahu..."

Hilman berpaling ke arah kami, mata kami bertemu buat seketika.

Si Harith yang baru keluar dari longkang ditinggalkan mereka berdua begitu sahaja. Pandangannya terpaku pada sosok belakang Hilman dan Haikal yang semakin lama semakin meninggalkan dia. Wajahnya seakan ingin menangis sahaja apabila ditinggalkan.

Hanis mendekati Harith yang mengusap anak kucing tersebut. “kau memang minat kucing ke Harith?”

Anggukan daripada Harith sebagai jawapan.

Malas mahu melayan drama seposen daripada Hanis dan Harith, kami bertiga memutuskan untuk meninggalkan sahaja mereka berdua dan menuju ke kafeteria walaupun aku agak ragu-ragu dengan Hanis.

Si minah tu paling tak pun buli Harith, percayalah!

.
.
.

Dengan malasnya, aku keluar dari dewan kuliah dengan perasaan sebal. Ada ke patut migrain aku kembali balik setelah bertahun-tahun pergi?

Ha macam ni lah bila berpenyakit. Kan dah heret kaki ke bilik kesihatan semata-mata nak minta ubat.

Aku ketuk pintu dua kali, dan tombol pintu dipulas oleh ku.

Makhluk pertama yang aku nampak dekat sini sudah semestinya penjaga bilik ni, kak Yasmin.

Sepatutnya memang kak Yasmin, tapi dia takde ye. Yang ada dalam bilik ni abang Fikri ye. Abang kepada kak Yasmin.

Aku pandang dia.

Dia pandang aku.

Tidak berkelip ye kami berdua berpandangan sebelum migrain tiba-tiba menyerang kepalaku sehingga membuatkan aku HAMPIR terjerit.

TAK.

Memang aku terjerit pun tapi perlahan sahajalah.

Tapi, boleh lah abang Fikri dengar dengan jelas memandangkan hanya kami berdua sahaja yang ada di dalam bilik ni.

Aku pegang kepala yang berdenyut-denyut itu.

Ahhh- malu lah pulekk-

Masuk bilik ni dengan tanpa salamnya tiba-tiba terjerit.

Ahhh- mana nak sorok muka ni, makkk?

“Eh awak okey?” soal Fikri prihatin.

Aku angguk kepala.

“ARGHHH-“

Sekali lagi aku menjerit kuat.

Aku ulang sekali lagi ye, KUAT.

Sampai bergegar ye blok ni.

Bukan setakat menjerit, aku memang jatuh terduduk dah sekarang ni.

“Eh dik, okey tak ni?” soalnya lalu menghampiri aku.

“Painkiller please.” Ucapku

“Which one?” soalnya bertindak profesional.

Aku termangu seketika. Menatang tu ada banyak jenis ke?

“Paracetamol, mefenamic, ibuprofen, diclofenac or naproxen?” soalnya lalu mendekati kotak-kotak ubat.

“Anything…”

Separuh kepalaku berdenyut hebat. Mulutku mulai rasa mual. Bila-bila masa sahaja isi dalam perutku boleh menonjolkan diri.

Ya Allah-

Janganlah teruk sangat.

Dia kemudiannya mengambil ubat dan menghampiriku. “Nak makan terus atau ambil dulu?”

Tanpa jawapan, aku mengambil sepapan ubat di tangannya lalu menghulurkan beberapa keping not biru. Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus keluar dari bilik itu.

"Rehat kat sini je lah. Teruk bonar tu." Tegurnya sambil menunggu bersandar pada kerangka pintu.

Aku geleng kepala. "Takpe, takpe. Boleh lagi ni."

Lalu, perlahan-lahan aku membuka langkah sambil berpegang pada dinding. Aku tak tahu lah macam mana masa depan aku nak sampai bilik ni nanti. Entah sampai ke tidak. Entah-entah dah innalillah tengah jalan.

Jalan punyalah jalan, sampailah dekat tangga untuk ke tingkat atas. Bilik aku tingkat tiga. Kalau tahu macam ni, elok aku rest dekat bilik rehat je lah tadi.

Aku pun melabuhkan punggung di atas tangga sambil mencari telefon di dalam poket seluar.

Raba punyalah raba, baru lah aku teringat yang telefon aku ada dalam beg laptop. Dan beg laptop aku dah kasi dekat Hanis untuk dibawa naik ke bilik sementara aku pergi cari ubat tadi.

Nak naik sendiri, tak larat. Nak merangkak kan, orang cakap penanggal. Nak mengengsot, orang kata gila la pulek. Akhirnya aku memutuskan untuk termenung di sini sambil menanti sesiapa sahaja yang boleh papah badan badak aku ni ke tingkat atas.

Hah begitu lah pengakhirannya.

Eh tak tak, memang macam orang bodoh lah aku menunggu yang tidak pasti. Natijahnya, memang aku naik sendiri ke tingkat atas walaupun dengan perlahan-lahan. Aku kira, satu tangga dalam lima saat. Hah lajulah tu!

.
. .

Share this novel

User916
2024-03-02 18:15:09 

bagus sih


NovelPlus Premium

The best ads free experience