02 - dua

Romance Series 16643

“Kenapa?” Soal Adam tatkala aku menghulurkan dia telefon ku yang berjenama apple kena gigit.

“Bak la nombor, nanti aku add kau dalam grup Gabrut. Kakak Hanis kau pun ada.” Ujarku.

 Dia memutarkan anak matanya ke atas namun tangannya juga tetap bergerak untuk mengambil huluranku lalu memasukkan nombornya.

Dengan penuh keterpaksaan ye!

“Nak save apa ni?” Soalnya setelah memasukkan nombor telefonnya.
 
“Suka hati kau lah.” Pandangan aku alihkan pada mentari yang perlahan-lahan menunjukkan kirananya.
 
“Done. ‘Adam terpaling hensem nak mampus dalam dekad ni.’” Dia pun menyerahkan telefonku kembali. “Nanti roger nombor telefon kak Hanis.” Ujarnya lalu tersipu-sipu malu.

“Gedik.” Ucapku sepatah dan mengambil kembali telefonku. Sewaktu itu, anak mataku tertangkap tangannya yang berbalut. “Tangan kau kenapa Dam?”
 
“Accident.” Jawabnya sepatah.

“Wahhh… Accident dengan apa, nyamuk?” Soalku lalu senyum mengejek.

Adam sengih sebelum menjawab. “Takkan dengan nyamuk pula, dengan lori la. Mana main nyamuk. Nyamuk benda kecik, kita upgrade benda besar terus lah kak.”

“Seriuslah dengan lori, lepastu kau macam mana sekarang ni, sihat walafiiat ke?” Soalku meneliti segenap wajahnya saat ini. Takde macam tanda-tanda orang sakit pun, tanda-tanda orang terlebih sihat adalah.
 
 Ke dia tengah prank aku sekarang ni?

“Adam macam ni lah. Macam yang akak tengok.” Dia kemudiannya mengangkat rambutnya yang menutupi dahi.

Jelas kelihatan beberapa jahitan pada dahinya.
 
“Teruknya engko kena.  Macam mana hah boleh accident?” soalku.
 
Dia angkat bahu tidak tahu. Rambutnya awal-awal lagi dijatuhkan.
 
“Macam mana kau boleh tak tahu ni Dam, aishhh sedar ke tidak budak ni.”
 
"sedar je kak. Chill, tak sakit pun.” Ujarnya tayang jari peace.

“Orang tengah risaukan dia, boleh pula dia suruh orang tenang.”

"Tenang ribut jiwa kak~" Dia senyum.

Cis, manis betul dia senyum! Mesti mak dia minum air gula kan masa mengandungkan dia.

Tiba-tiba aku mendapat satu idea baharu, “seriuslah Dam, tak sakit?"
 
Dia geleng kepala. "Tak."

“Sakit atau tak, akak boleh tolong periksa.” Ujarku lalu sengih sebelum tanganku diangkat tinggi.
 
“ASTAGHFIRULLAH HAL ADZIM, KAK--- TENANG KAK TENANG. Tenang ribut jiwa!” Adam menjerit lalu tangkas melarikan diri daripada hempukan tangan ku.

Aku menahan tawa daripada meletus.
 
Hampir sahaja tangan ku ingin menampar kuat lengannya, cepat sahaja dia bertindak balas dan lari.

“Dah lah kak, Adam nak naik atas!” Acah merajuk.

“Eiii jerit-jerit macam perempuan. Memalukan kaum Adam je.” Perliku walaupun aku adalah asbab dia terlolong macam perempuan! Padahal dia jerit bukannya macam perempuan pun. Saja, aku nak menambah-nambah.

“Eiii dah lah kak. Adam naik dulu. Nak merajuk!”

Baru sahaja dia berputar arah, aku memanggilnya.

“Ehh tunggu lah kejap Dam. Teman akak ko ni healing dulu sebelum jam lapan. Aku belum habis berbual lah!”

“Tak nak, akak tampo lengan Adam satgi.”

"Takde maknanya aku nak tampo engko."

“Takde, takde. Itu munafik akak je.”

Astaghfirullah-

Dipanggilnya aku munafik?

Deep lah juga.

“Mari lah Dam. Tak mungkinnya aku hempuk tangan ko. Haram kan, akak engko ni kenal lagi halal haram.” Pujukku.

Dengar akan pujukan ku, dia kemudiannya melabuhkan punggung kembali.
 
 Kemudian, aku melihat profile whatsapp nya yang tertera gambar ibu dan anak orang utan. “biar betul profile WhatsApp ko macam ni. Memang mencerminkan Adam Shah pun.”

“Orang utan ke?”

Aku angguk kepala.

Memang persis Hanis… Hanis pun set profile orang utan. Entah-entah dua ekor ni dah jalinkan hubungan tanpa pengetahuan aku kot…

“Apa salahnya kak. Adam ni tiap-tiap minggu tukar profile haiwan. Apa ni orang kata, menyayangi haiwan.”

“Babi pun?”

Dia angguk kepala. “Tapi, babi Adam dah guna minggu lepas. So, kalau akak nak tengok profile Adam yang ada gambar babi, akak kena tunggu 112 minggu lagi untuk sampai turn.” Adam pandang ke arahku lalu sengih menampakkan sebaris giginya yang putih.

“Plith Dam, jangan malukan umi dan abah.”
 
“Mana ada malukan lah kak. Ini membuktikan bahawa Adam ni seorang yang berkasih sayang akan haiwan, kak.”

Dengan menjadikan profile?

Masha Allah, seteghes akuu---

“Demam ke Dam?” Soalku dan berfikir sejenak. “Hah, aku dah tahu dah kenapa kau perangai macam ni. Sebab kau pembawaan!”

Matanya terbuka luas. “Kak fikir Adam mengandung ke kak?” Soalnya pula.

“Tak, pembawaan accident!”

“Kak sebelum aku hempuk kepala kau, baik kau diam.” Ugutnya. Sempat lagi giginya diketap geram.

“Sumpah tak takut dik.” Ucapku.

“Takde yang suruh takut pun.”

CIS…

Koyak pula aku!

“Haura…” panggil seseorang daripada belakang.

Dengar suara pun aku dah boleh agak dah ni anak siapa. Siapa lagi kalau bukan si Hilman. Hot stuff dekat sini! Haa memang, aku dengar suara pun boleh kenal anak siapa.

Pelik juga aku macam mana aku boleh kawan dengan jejaka pujaan ramai dekat sini. Nak kata aku ada rupa, fuhhh kelaut beb! Ouh mungkin Zurina ni sepupu kepada Hilman, dan itu membuatkan kami akrab, mungkin?

“Haura, sorang je?” soal Hilman.

Tak, dia tak nampak ke Adam yang dekat sebelah aku sekarang ni? Nak cakap buta, macam betul juga.

“Eh tak, dengan…”

Baru sahaja aku ingin menghabiskan kata-kata, elok je si Adam ni potong.

“Adik.”

“Adik, adik kau?” soal Hilman mendapat kepastian daripada ku. Sempat lagi dia tayang muka terkejut dengan jawapan Adam itu. Ouh, mungkin dia tahu yang aku ni memang anak bongsu.

Aku pandang ke arah Adam, kelihatan dia angguk kepala lebih awal lagi seakan memberiku signal bahawa dia nak aku mengaku yang dia ni adik aku!

“Haah, adik aku.”

“Lah. Kau tak pernah bagitahu pun kau ada adik selama ni.” Ujarnya lalu menghulurkan tangan kepada Adam untuk bersalam.

Tetapi, Adam tidak menyambutnya memandangkan tangan kanannya berbalut. “Maaf bang. Tangan Adam sakit.”

Aku kerling ke arah Adam. Tadi, dah terang-terang dia cakap tak sakit kan?

Hilman menarik tangannya kembali. “Ouh, nama Adam eh?”

Adam angguk kepala.

“Adam Firdaus?” hilman hanya mengagak.

"Memandai je kau Adam Firdaus."

"Ouh tak eh?"

Aku gelang kepala.

 “Adam Shah.” jawab Adam.

“Ouhh. Cantik namanya.” Puji Hilman. “Ni tangan kenapa?”

“Accident bang.” Jawabnya.

“Uish teruk betul. Takziah lah.” Pandangan Hilman terarah kepada ku pula. “Kau tak balas pun chat aku semalam"

"Kau ada chat aku ke?" Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Adalah Haura..."

"Tak perasan kot."

"Betul ke kau tak perasan ni?"

Aku garu lagi kepala yang tidak gatal. Nak bagitahu alasan apa eh? Bukannya aku tak perasan, memang aku malas nak reply masalahnya!

Akhirnya, ada manusia baik yang selamatkan aku daripada soalan Hilman. Belum sempat aku memberi jawapan, rakan baiknya, Atiq telah memanggilnya terlebih dahulu.

“Man, jom lawan!” jerit Atiq dari kejauhan. Dia buat macam padang ni dia punya ye!

“Okey lah HaDam. Aku pergi dulu.” Ujarnya lalu meminta diri untuk bermain bola sepak.

Aku angguk kepala sahaja.

“Boyfriend ke kak?” soal Adam memecah kesunyian.

“Kepala otak engko. Mana ada manusia yang nak dekat aku.”
 
“Ye tak ye jugak.” Dia menyokong.

Cis.

Koyak lah pula aku dengan balasannya!

.
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience