BAHAGIAN 2

Short Story Series 552

Sebulan selepas itu...

Hari ini lah hari kuiz berlangsung.Dari apa yang kami ketahui Sesiapa yang menang kebangsaan akan ke Jepun.Kami bertekad mendapatkannya.

Kini kami berada di SMK DATO MAHARAJA LELA untuk peringkat daerah.Semua peserta berada di dewan seperti waktu menjawab SPM.Kami diasingkan jarak sorang di tengah,lagi 2 orang di hujung.

Kami diberikan kertas yang bertulis
"MATEMATIK DAN SAINS 30 MINIT."

"Baiklah kepada semua peserta,seperti yang tertulis pada wajah hadapan kertas,kalian dikehendaki menjawab soalan ini dalam tempoh waktu 30 minit.Soalan ini senang saja soalan sekolah rendah pun ada."

Betullah apa yang dikatakan pengawas disitu.Walaupun terdapat soalan-soalan namun ianya mementingkan otak.Berbelit soalannya apabila bercampur soalan sekolah menengah.

"Peserta dibenarkan menjawab sekarang."

Dapat aku lihat wajah setiap peserta.Kalau Soalan Sekolah Menengah KBAT dia terlampau susah tapi Sekolah Rendah terlampau senang sampai boleh terkena serangan psikologi.

"Pandai diorang buat soalan ni.." Aku berkata dalam hati sebelum mula menjawab.Aku menoleh sejenak kearah Nur Izzmirul dan Sallehuddin memastikan mereka sudah mula atau belum.

Setelah 30 minit..

"Ok semua letakkan kertas sekarang! siap tak siap letak! kalau tak korang di disqualifiedkan.." Tegas pengawas tersebut.

Syukur aku sudah siap sekitar 15 minit yang lalu.Tidak disangka soalannya mudah.Fikir aku soalannya mungkin akan lebih susah untuk peringkat negeri.

Aku berkumpul bersama Nur Izzmirul dan Sallehuddin tak lama kemudian.

"Macamana,senang tak tadi?" Sallehuddin mulakan bicara.

"Bagi akulah,soalan ni terlampau senang.Mesti ramai yang dapat markah bagus kalau macam ni.." Nur Izzmirul menjawab.

"Kau jangan berlagak sangat,nanti muncul soalan susah terdiam kau.Hahaha." Sallehuddin dan Nur Izzmirul kembali ketawa.

Lebih kurang 1 jam jugaklah kami bersama.Sedang kami lena diulit bicara,pengumuman diberikan.

"Perhatian kepada semua peserta,sila bergerak ke dewan secepat mungkin.Keputusan akan diumumkan sebentar lagi.." Kami pun bergegas ke dewan.

"Dipersilakan pengerusi Kuiz ini untuk memberi pengumuman." Seorang lelaki berambut uban naik ke pentas.

"Terima kasih kepada pengerusi majlis.Kepada semua peserta.......blah...blah...blah....blah.... blah" Panjang lebar dia memberi ucapan sebelum dia memberi pengumuman.

"Mesti semua peserta rasa soalan tadi terlampau senang kan? sebenarnya kita ada 1 lagi round untuk ke peringkat negeri.Bagi sesiapa yang betul semua sahaja akan layak ke round seterusnya."

HAH! Terdengar seketika suara terkejut peserta peserta.

"Tanpa melengahkan masa saya akan sebut senarai 11 orang yang mendapat markah penuh."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience