BAHAGIAN 3

Short Story Series 552

Yang pertama...
yang kedua...
yang ketiga...
keempat..Nur Sofea Amira binti Hassan
kelima ...
keenam...Hanafi bin Mad Daud
ketujuh..Nur Izzmirul binti Rulamir
kelapan ...
kesembilan...Sallehuddin bin Aziz
kesepuluh....Taufiq Rusdi bin Moh
Yang terakhir...Muhammad Zahid bin Wahab.

Tepukan gemuruh diberikan setiap kali nama disebutkan.Diiringi bunyi hilaian yang tak menarik.Apa yang orang suka sangat buat bunyi itu pun aku tak tahu.

Aku bersyukur nama kami semua aa tersenarai.Jadi cuma 11 orang dapat markah penuh.

"Kepada yang gagal,jangan berputus asa.Usaha lagi dalam bidang akademik.....blah...blah" Dia kembali membebel dengan panjangnya.

"Yang berjaya sila tunggu sebentar.Anda akan dibawa ke bilik peperiksaan selepas ini."

Masa menunjukkan jam 12 tengahari.Aku sempat melihat wajah wajah budak yang berjaya.Semuanya wajah "budak pandai".

Sebelum sempat kami hendak berkenalan,pengawas sudah tiba.Dia menyuruh kami mengikutinya.Kami dibawa ke bilik multimedia.

"Pertama saya ucapkan tahniah kepada kamu semua.Kali ni round kedua memerlukan kepandaian pengetahuan am.Di depan kamu semua ada komputer yang mempunyai 100 soalan yang diberi masa 15 minit untuk dijawab.Markah akan diambil bagi mereka yang paling banyak betul walaupun tidak siap.Soalan ada tentang sejarah negara asia tenggara sahaja.Jadi tak susah.Ada apa apa nak tanya?,kalau tak ada boleh jawab sekarang."

Kami segera menjawab.Aku dapat lihat kelajuan menaip peserta lain.Mesti semua dah tahu jawapan.Antara soalan yang ada ialah

"Siapakah presiden pertama negara Indonesia?"

"Pada tahun bilakah Malayan Union ditubuhkan?"

"Apakah mata wang negara Thailand?"

dan beberapa soalan yang lebih kurang seperti itu.

Sekitar 15 minit..

Komputer secara mengejut tertutup.Aku terkejut.Aku tengah jawab soalan tu.Habislah apa hal pulak komputer ni.

Namun itu sekejap sebelum aku dapat lihat komputer yang lain juga sudah tertutup.Semua pun sama muka terkejut macam aku.

"Ok,dah 15 minit.Soalan akan dicheck oleh komputer sendiri.Kamu semua boleh keluar dulu.Saya kan panggil lepas solat Zohor nanti."

Di surau..

"Siapa yang nak jadi imam?" soal aku apabila melihat beberapa orang lagi berada di tempat imam.

"Kau je lah." Soal seorang yang tanda namanya tertulis "Hanafi".Aku pun mengimamkan mereka.

Sallehuddin pula dari tadi mengelak.Memang ada orang yang malu menjadi imam.Itu yang aku tahu.Apa yang nak dimalukan aku tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience