BAHAGIAN 1

Short Story Series 552

"Nur Izzmirul binti Rulamir,
Sallehuddin bin Aziz,
Taufiq Rusdi bin Moh."

"Kamu semua tahu mengapa cikgu panggil kamu semua kesini?"

Soal Cikgu Zahara beberapa minit selepas dia memanggil murid murid yang terpilih tersebut.Kelihatan mereka bertiga menoleh sesama sendiri dengan muka yang pelik.

"Kenapa cikgu panggil kami?,setahu saya kami semua ni budak baik.Kami ada buat salah ke?"

Soal semula Nur Izzmirul apabila kedua-dua rakannya masih membisu.

"Baiklah,cikgu tahu kamu semua ni budak baik.Cikgu panggil pun atas alasan yang baik iaitu meminta kamu semua mewakili sekolah."

Makin pelik muka tiga murid itu.Mereka tidak memahami maksud dari "mewakili " yang diucapkan guru mereka itu.

"Mewakili apa cikgu? Yang saya tahu saya tak mahir apa-apa.Sukan pun tak pernah mewakili sekolah."

Ujar Sallehuddin beberapa saat kemudian.Cikgu Zahara mulai tersenyum.Dia sudah mengagak reaksi itu akan dipertunjukkan anak muridnya.

"Cikgu nak kamu semua mewakili sekolah dalam pertandingan "Kuiz Campuran" yang diadakan 5 tahun sekali.Kamu semua beruntung sekolah waktu ni.Kalau menang peringkat kebangsaan boleh pergi sampai ke Australia.Tapi tahun ini tak tahu lagi ke mana.Mungkin negara yang lebih maju.Kuiz Campuran ini senang saja.Dia ada lebih kurang 13 bahasa dalam kuiz dan pengetahuan am yang mesti kuat."

Terang Cikgu Zahara panjang lebar.Dia dapat melihat sedikit wajah keterujaan di muka ketiga tiga anak muridnya itu.

"Hah! Sekarang kamu semua nak atau tak tawaran cikgu ni? Kalau tak nak cikgu ambil orang lain." Ugut Cikgu Zahara meski sebenarnya dia tidak ada pengganti.

Tiga murid itu saling berpandangan.Mereka mengangguk.Sallehuddin menjawab bagi pihak mereka bertiga.

"Kami setuju cikgu.Bila pertandingannya?" Cikgu Zahara lega.Memang patut ia mengambil mereka bertiga.

Nur Izzmirul nombor 1 tingkatan gilir gilir dengan Taufiq Rusdi.Sallehuddin pula tidak pernah miss daripada dapat straight A sejak tingkatan 1.

Sejujurnya mereka bertiga selalu dapat straight A.Sallehuddin saja selalu dapat mata pelajaran tertinggi lebih kurang 6 mata pelajaran berbanding Taufiq dan Nur Izzmirul.

Walaupun begitu Sallehuddin agak lemah sedikit mata pelajaran lain meski sudah dapat A.Dibandingkan Taufiq dan Nur Izzmirul yang bagus dan terbaik bagi mata pelajaran lain.

"Pertandingannya lagi sebulan.Gunakan masa yang ada untuk ulangkaji.Cikgu harap kamu semua dapat buat yang terbaik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience