Rate

BAB 3

Other Completed 2743

Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.

Seakan tak percaya.

“Nurul.. Nurul Aiman..?”

“Ya, saya…” Dia membalas lembut.

Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita ‘Le Gardenie’ yang pernah aku baca.

Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.

Masing-masing terdiam.

“Ermm.. Awak apa khabar?” Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.

“Err.. alhamdulillah, saya baik je.. ok.. awak?”

“Baik je, sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam..”

“Erm..” Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.

Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.

Nurul melihat jamnya.

“Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan..” Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.

Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.

“Ambil ni. Kita jumpa ya?” Dia menghulurkan.

“Minta diri, assalamu’alaikum…” Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.

“Restoran Zahrah

0.900 pm ”

Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.

“Majdi?” Rahman memanggil, mematikan lamunan.

“Siapa tadi?”

“Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya..” Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.

Nurul Aiman…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience