Rate

BAB 4

Other Completed 2743

Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah apa yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.

Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempadak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.

Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, lansung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.

Dia masih tergamam, terkelu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.

“Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?” Fikirnya dalam hati.

Dia diam. Sengaja biarkan alam menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.

“Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. ” Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.

Majdi mendongak.

“Rahman..” Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.

“Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya..”

Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.

“Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?” Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.

“Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka..”

“Allah.. tak pernah menguji hambaNya.. melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga..” Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.

“Ya..” Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience