Rate

BAB 5

Other Completed 2743

Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan kondisi dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.

Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada.

Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.

Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.

“Silalah..” Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan abaya berwarna krim cair.

Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang bersauh di perlabuhan.

“Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya..” Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.

Masing-masing diam.

“Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamna hidup awak? Ok?..” Dia membuka perbualan sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?”

Dia tertawa kecil.

” Everything is changed Majdi..”

“Tapi..”

“Tapi? ”

“Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul..”

“Erm..”

Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience