Completed
19573
SUDAH genap 3 hari, Moon menghilang tanpa khabar sejak gadis itu di katakan putus dengan kekasihnya. Tapi Tian, Ria dan Wawa tidak percaya kerana gambar Moon dan Mark masih ada di semua media sosial masing-masing.
"Korang ada nampak Moon tak?. Aku chat, call dia tak balaslah. Dia pergi mana ya?." Soal Wawa, dengan menatap Tian dan Ria silih berganti.
“Tanya aku pulak, manalah aku tahu. Tapi semalam dia ada post statuskan yang dia busy. Buat masa ni jangan ganggu dialah.”
"Tapi entah kenapa, aku rasa status tu bukan Moon yang tulislah." Kata Ria curiga.
“Kenapa pulak?.”
"Pagi tadi, aku tak sengaja lewat Evan.R restorant sebab nak hantar pesanan Tuan Harrell."
“Habistu?.”
"Waktu aku nak hantar tu. Aku tak sengaja menyaksikan petengkaran antara Sir Ryza dan Moon. Tapi aku tak pasti mereka bahas tentang apa. Yelah, bodyguard Sir Ryza asyik pandang aku je. Seram kau tahu." Jelas Ria.
"Ni mesti ada yang tak kena. Korang tahu sendiri yang Sir Ryza tak suka jumpa pekerja face to face kecuali itu sangat penting."
"Kan, atau pun Moon resign sebab tulah dia marah."
"Aku dah berkerja di bawa jagaan dia, dah hampir 4 tahun. Tak pernah lagi aku tengok sir marah kalau pekerja resign. Malah kalau nak resign, hanya berurusan dengan Encik V tak perlu ke atasan."
“Betul jugak.”
“Aku rasa ada sebab lain kenapa mereka bertengkar.”
"Oi. Jiwa-jiwa ingin tahu aku ni tinggi. Patut ke, kita tanya langsung ke Encik V je."
"Sebaiknya jangan masuk campur urusan Moon dan Sir Ryzalah. Nanti kita pulak yang dapat padahnya. Meskipun kita tanya Encik V, sudah tentu dia tak nak bagitahu." Kata Tian.
"Betul jugak. Hah. Harap Moon baik-baik sajalah."
"Harap macam tulah."
*****
SETELAH perjalanan panjang, akhirnya sampai juga ke villa yang memakan masa hampir setengah jam, kerana harus meredah lautan terlebih dahulu untuk sampai ke pulau pribadi milik Ryza.
Sesampainya di sana, Ryza terus merebahkan tubuhnya di sofa tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Hanya saja, Encik V menyatakan bahawa dirinya bebas melakukan apa saja. Asalkan jangan lari.
Tapi tetap saja dia risau akan bakal suaminya itu, yang wajah kelihatan pucat sahaja. Tidak sampai hati juga dia ingin meninggalkan ia bersendiri meskipun Ryza baik-baik saja. Mungkin.
“Sir ok?.” Soal Moon, lalu duduk di lantai tepat di samping Ryza.
"Ok." Jawabnya, dalam keadaan mata yang masih pejam.
"Tipu." Kata Moon lalu memeriksa suhu pada dahi Ryza.
"Tak panas."
"Kan aku dah cakap, yang aku ok. Kau pergilah makan, mesti laparkan. Dapur ada dekat bawah. Kau tinggal cakap nak makan apa, nanti pandailah mereka masakkan."
"Ai, saya pandai masak sendirilah. Tak perlu suruh orang yang masak. Ingat saya ni, tak pandai masak ke?. Tengok jarilah."
Kata-kata Moon membuatkan Ryza membuka matanya perlahan-lahan. Lalu di tatapnya wajah bakal isterinya itu.
"Aku tahu kau pandai masak, tapi aku tak nak kau pegang dapur mahupun buat kerja rumah. Apa gunanya aku bayar pembantu rumah, chef, dan lain-lain. Kalau tidak buat kerja mereka. Tolong dengar cakap aku untuk kalini."
"Ok."
"Good girl. So kau pergilah makan, nanti baby kita lapar. Kesian dia." Kata Ryza, dengan senyumannya sambil mengusap lembut perut Moon.
"Sakit-sakit pun ada masa nak bergurau ya?."
"Aku sakit, bukan mati. Kalau kalini tak menjadi, kita cuba lagi. Sampai dapat. Aku benar-benar nak ada anak bersama kau. Mesti comelkan anak kita nanti, macam mak dia."
"Eee, dia ni. Gatalnye. Lari kang baru tahu."
"Aku gurau je, kau ni serius sangatlah."
"Guraulah sangat."
"Ingat jangan lari, aku takda tenaga nak kejar kau sekarang ni. Jadi aku nak rehat sekejap, nanti kalau aku dah pulih. Aku pasti akan teman kau."
"Baiklah. Tidur dengan nyenyak. Saya takkan lari. Jangan risau. Paling-paling pun saya run."
"Oi. Tak kesian ke dekat aku ni. Aku sakit."
"Saya gurau je. Jadi selamat berehat. Saya nak cuti mata dulu. Pekerja sir kacak-kacaklah saya suka."
"Jangan nak mengatal ya."
"Apa !?. Saya tak dengarlah, tiba-tiba pekak pulak telinga ni. So, selamat berehat. Sertakan saya dalam mimpi indahmu." Kata Moon lalu segera melangkah pergi.
"Oi, jangan nak mengatal ya. Siap kau, aku kerjakan." Teriak Ryza, namun Moon sama sekali tidak berpaling malah terus melangkah pergi sehingga Moon hilang dari pandangan matanya.
‘Nasib baik comel.’ Gumannya.
*****
GRANDMA kelihatannya marah ketika Tuan Harrell dan Puan Lisa bersetuju menyatukan Ryza dengan Moon. Sedangkan dalam keluargannya, belum ada lagi yang kahwin dengan orang miskin seperti Moon. Itu sangat memalukan keluarga besar Evan Rachel.
"Mama tak setuju kalau Ryza kahwin dengan budak kampung tu. Memalukan jelah. Macam mana korang boleh setuju."
"Ma. Itu pilihan Ryza sendiri. Kami sebagai orang tua, setuju saja jika itu boleh buat dia bahagia."
"Yelah ma. Penting ke setaraf?. Kalau setaraf pun, tak menjamin kebahagiaan. Buat apakan. Ryza sendiri yang pilih Moon. Kami tak paksa. Itu bermakna, Ryza benar-benar yakin dengan pilihan dia." Sokong Puan Lisa.
"Ya, memang tak menjaminkan kebahagiaan. Tapi Moon, kupu-kupu malam. Perempuan yang tak sesuai di jadikan isteri. Mama tak nak, cucu mama dapat barang bekas. Jijik. Mama takkan pernah restui Ryza dengan perempuan kerja malam macam Moon tu."
Hinaan Puan Ana, benar-benar membuatkan Harrell dan Lisa sedikit kesal. Meskipun perkahwinan mereka di sebabkan terlanjur, tetapi Moon sudah mereka anggap seperti anak sendiri.
"Dari mana mama tahu yang Moon kupu-kupu malam?. Dari mana?. Jangan dengar cakap oranglah ma. Mereka belum tentu benar. Jika Moon kupu-kupu malam, tak mungkin Ryza terima dan yakin nak memperisterikan Moon." Bela Tuan Harrell.
“Mama tahu, sebab itu mama berani cakap. Tak mungkin mama berbohongkan.”
“Siapa yang cakap?.” Soal Puan Lisa, inginkan tahu.
“Tak perlu kamu tahulah. Sekali mama cakap tak suka, itu bermakna mama tak suka. Jadi keputusan mama muktamad. Mama takkan biarkan Ryza di satukan dengan pelacur seperti Moon, yang berhak berjadi isteri Ryza hanya Alice. Ingat tu !." Tegas Puan Ana, lalu melangkah pergi diikuti assistantnya.
Tuan Harrel hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap ibunya yang keras kepala itu.
“Macam mana ni bang?.”
“Abang pun pening kepala dah ni. Yelah, Alice memang pilihan mama dari dulu, sekaligus cinta pertama anak kita."
"Lisa tahu. Ryza tu sayang sangat dekat Alice, sampaikan sanggup cederakan diri sendiri hanya kerana patah hati sebab di tinggal Alice. Lagipun tak lama lagi Alice tu akan pulang ke Malaysia. Munculkan diri lagi, tak ke nanti Ryza tu berpaling kembali pada dia. Macam mana dengan Moon bang?."
"Entahlah. Terserah pada Ryza, dia nak pilih yang mana. Dua-dua baik. Dahlah, jangan di pikirkan. Buat sakit kepala je."
"Baiklah bang."
*****
8:21 MALAM,
DI renung lama lauk-pauk di atas meja, dengan wajah bengisnya tanpa ada senyuman sedikit pun yang terukir. Membuatkan semua pekerja menundukkan kepala saja kerana takut akan bossnya itu.
“Siapa yang suruh budak ni masuk dapur, hah !." Kata Ryza dengan nada sedikit tinggi, mengejutkan Moon yang lahap menikmati makan malamnya. “Siapa !?.”
"Hurm..."
“Saya sendiri yang nak. Kenapa nak marah ke?." Celah Moon. "Lagipun saya bosanlah, duk diam je. Takda buat pape. Lebih baik, saya masak dan buat apa yang patut untuk menghilangkan rasa bosan saya ni. Lainlah, kalau dekat kampungkan. Ataupun, sir bagi balik phone saya. Dapatlah saya berhubung dengan kenalan saya."
"Lain kali, jangan buat lagi. Aku tak suka." Tegas Ryza,
"Ok."
"Jadi, sambung buat kerja masing-masing. Pastikan, lain kali jangan buat lagi. Kalau budak ni degil, just bagitahu aku. Pandailah aku ajar dia ni."
“Baiklah Sir.” Jawab mereka serentak, lalu melangkah pergi. Setelah semua beredar, mata Ryza pula tertumpu pada bakal isterinya yang sepertinya ada sesuatu yang ingin di sampaikan.
"Nak cakap apa?."
“Hurm, maaf sebelumnya.”
"Kenapa pulak?."
"Tadi saya tak sengaja terdengar bualan sir dengan keluarga sir yang membahas tentang kita. Takkanlah kita tetap akan teruskan pekahwinan tanpa restui ni. Lagipula, sir akan di jodohkan dengan Ms Alice. Saya tak nak nanti, menjadi punca sir bertengkar dengar Puan Ana."
“Baguslah kalau kau tahu."
"So, apa rancangan sir seterusnya?."
"Aku tetap dengan pendirian aku untuk kahwin dengan kau, dan sekaligus tunaikan permintaan grandma untuk kahwin dengan Alice."
"How?. Wah, takkanlah sir akan mengahwini dua perempuan sekaligus. Gila ke apa?."
“Jadi aku nak buat macam mana?.”
“Ya pilih antara satulah, nak saya ke atau Ms Alice. Jika sir pilih Ms Alice maka, lepaskan saya. Saya tak mungkin bermadu, seperti itu juga dengan Ms Alice.”
“Ok, dengar sini. Kita akan tetap teruskan perkahwinan kita. Tapi hanya mama dan papa saja tahu. Selepas 5 bulan, aku pasti akan ceraikan kau. Itu pun, jika kau tak mengandung. Kalau kau mengandung, maka tetaplah jadi isteri aku sampai bila-bila.”
“Jadi maksudnya ni, kita kahwin senyap-senyap macam tu?.” Teka Moon.
"Ya, itu yang terbaik. Kau jangan risau, selepas je kita kahwin. Aku janji, aku takkan kongkong kau. Kau bebas melakukan aktiviti seperti biasa. Aku tak larang."
Seketika Moon terdiam, memikirkan keputusannya. Sementara Ryza setia menunggu jawapan dari bakal isterinya itu.
“Ok. Saya setuju. Tapi hanya 5 bulan, habis je tempoh tu sir kena ceraikan saya."
"Aku janji." Kata Ryza dengan menghulurkan tangan kanannya.
Huluran tangan Ryza di sambut hangat oleh Moon. "Saya pegang janji sir." Kata Moon dengan senyumannya.
Share this novel