BAB 3~PIL

Romance Completed 19573

SETELAH kejadiaan itu, Ryza terus menerus menghantuinya. Sering menghantar mesej ugutan, lebih teruknya lagi Ryza menghantar bodyguardnya untuk memantau dirinya, dan sekarang pun, Ryza memaksanya untuk bersarapan bersama. Sedangkan hari ini, dia harus menemani ibunya ke bandar.

"Makanlah. Jangan hanya pandang je, ke nak aku suapkan."

"Tak penat ke asyik ganggu hidup saya 24 jam?."

"Penat?. Taklah. Itu adalah hobi aku sekarang. Kenapa, kau nak aku berhenti ke?." Soal Ryza, sambil meneguk teh yang di petik langsung dari ladang teh kepunyaan keluarganya, lalu di proses menjadi teh yang berkualiti tinggi dan menjadi teh terlaris di pasaran.

“Ya. Berhenti mengejar saya. Please. Saya tak sukalah di kongkong macam ni. Saya nak bebas, dan hidup seperti sebelumnya."

“Silakan hidup seperti biasa, aku tak larang. Hanya saja aku nak pantau kau, takut-takut nanti kau gugurkan anak aku. Itu sahaja."

"Sejak bila saya ni mengandung, lagipun dengan berat badan saya sekarang, boleh ke ada anak?."

"Entah. Aku pun tak tahu jawapannya. Apa kata, kita tanya Adeen dan Ethan. Merekakan dokter, mesti tahu jawapan dari soalan kau tu."

"Gila ke apa?. Kalau nak mati, tanyalah. Saya tak nak."

"Tahu takut. But, walaupun kau tak mengandung sekalipun. Tetap saja, aku akan pantau kau, sampai kita di satukan. Itu adalah cara aku, untuk menjaga bakal isteri aku. Dah, makan. Habis ni, aku nak ajak kau pergi ke suatu tempat. Mesti kau suka punya."

"Tak naklah. Sir mana boleh percaya. Lebih baik, saya bergosip dengan Ria, Tian dan Wawa. Itu lebih berfaedah. Lain kali jelah ya." Tolak Moon, sambil bangun dari duduknya lalu menyusun langkah untuk pergi.

"Ok. Silakan. Tapi jangan salahkan aku, kalau Ria, Tian dan Wawa. Aku berhentikan. Atas alasan, curi tulang semasa bekerja. Kau tahu aku orangnya macam mana. Kalau tak percaya cubalah." Ugut Ryza,

Kata-kata Ryza membuatkan langkah Moon terhenti, lalu menoleh kearah Ryza.

“Ish, dia ni tak habis-habis nak ugut orang. Takda kerja ke?. Pergilah buat kerja sana."

"Aku boss. Buat apa kerja?. Duit dah berlambak. Aku hanya perlukan isteri untuk menjadikan aku pewaris tetap harta keluarga aku. Kau tak nak jadi kaya ke?."

“Oh yeke?. Patutlah, terburu-buru nak kahwin. Rupanya, ada udang di sebalik batu. Nak bertambah kaya, sanggup guna cara kotor. Hebat."

"Ya, aku memang hebat. Sampaikan kau menangis di sebabkan kehebatan aku." Balas Ryza dengan senyumannya. "Dan aku bersumpah, akan buat lebih teruk dari itu. Jika kau menolak lamaran aku." Ugut Ryza, dengan memasang wajah serius. Tangan pula, menggengam kemas garpu di tangan seolah-olah ingin menikamnya saja. “Aku tak main-main, ataupun kau pergi tanya Vivien. Apa dah aku buat pada dia sampaikan dia mengambil keputusan untuk lari tinggalkan aku." Tambah Ryza, lalu melangkah pergi.

'Oi, gila punya jantan.' Kesal Moon.

*****

IAN terlihat shock ketika mendapat tahu bahawa abangnya akan di satukan dengan seorang gadis yang ia puja secara diam. Rasa kecewa mula menyerang, sehingga selera makan pun hilang.

"Seriuslah ma, pa?. Jangan main-main." Soal Ian inginkan kepastian.

“Buat apa mama nak main-main tentang perkara serius ni. Kan bang."

"Betul tu, Ryza dah ambil keputusan dan yakin dengan pilihan dia kalini. Jadi, papa dan mama setuju jelah. Lagipun, abang korang dah tua. Sepatutnya dah kahwin, di usia itu."

"Atas alasan apa?. Kenapa tiba-tiba?."

“Kamu dah kenapa, banyak soalan pulak budak ni. Atas alasan apa, biarlah jadi rahsia mereka. Papa dan Mama, setuju kerana itu pilihan abang kamu. Takda paksaan."

Jawapan kedua ibu bapanya, membuatkan Ian menyentuh hatinya. Entah kenapa, ia terluka dan kecewa terus menerus menyerangnya, lalu air mata jatuh tanpa Ian sedari lagi.

"Kamu dah kenapa Ian?." Soal Tuan Harrell khawatir ketika anak bongsunya itu menyentuh dadanya, di tambah air mata yang berguguran membasahi pipi anaknya itu.

"Anak mama. Kenapa ni sayang?. Maafkan mama kalau perkataan mama tadi menyakitkan hati. Maafkan mama." Pujuk Puan Lisa.

"Pa, ma. Ian ni suka Moon. Dia cinta Moon dalam diam. Kalau boleh, dia nak selalu di dekat Moon. Tulah dia terluka. Bryan dah cakap berulang kali, kalau suka tu. Cakap. Jangan pendam, tengok sekarang. Siapa terluka. Ian sendirikan." Jelas Bryan.

"Omg. Betul ke ni?." Soal Puan Lisa sedikit terkejut dengan apa yang di katakan Bryan.

"Ian minta diri dulu. Ian ada kerja lagi nak di buat." Pamit Ian, lalu melangkah pergi.

"Ian." Panggil Puan Lisa, tapi malangnya tidak di sahut sama sekali oleh Ian, malah terus melangkah pergi.

“Eric.” Panggil Tuan Harrell.

"Ya tuan."

“Pantau tuan muda. Kalau ada apa nanti, segera bagitahu saya." Arah Tuan Harrell.

"Baiklah tuan." Jawabnya, lalu segera melangkah pergi mengikuti tuan mudanya.

*****

SEKARANG Moon berada di sebuah restorant, bersama Vivien untuk menanyakan jawapan dari soalan yang bermain di fikirannya. Hanya pada gadis itu jawapan dari soalannya itu.

“Jadi kau nak jumpa aku ni hanya nak tanya pasal Ryza. Kenapa?. Kau tetarik dekat dia?.”

“Oh, taklah. Aku hanya nak tahu. Dia orangnya seperti apa?. And why, kau lari?. Sedangkan dia kaya, semestinya sempurna."

"Kalau dia lelaki yang baik, lemah lembut atau penyayang. Aku tak mungkin lari dari perkahwinan kami dan lebih memilih malu dari di satukan dengan jantan red flag macam Ryza. Buang masa."

"Red flag?."

"Ya, red flag. Lebih baik jangan dekat dengan dia, ataupun terbabit dalam hidup dia. Kau akan menyesal seperti mana aku rasakan."

Moon cuba mencerna apa yang di katakan Vivien,

"Mesti kau tak fahamkan?."

Soalan Vivien hanya Moon balas dengan anggukkan sahaja.

"Ok. Singkat kata, Ryza seorang yang posesif level teruk. Aku nak keluar lepak dengan kawan pun dia nak ikut. Kalau aku melawan cakap dia, habislah tubuh ni dia ratah, dia pukul sampaikan berbekas. Oi, bila aku ingat balik. Seram sekaligus trauma. Aku pun kadang-kadang hairan, yelah keluarga Ryza tu ketat soal agama apatah lagi berhubungan sebelum adanya ikatan. Entahlah."

"Wah, merinding aku dengar."

"And ini rahsia kita. Kau jangan bagitahu siapa-siapa tau. Janji."

"Janji. Apa dia?."

"Dia tu bekas criminal. Setahu aku, dia pernah kena penjara oleh kerana pukul orang sampai mati. Alasan dia kenapa dia boleh bertindak sejauh tu, aku pun tak tahu. Jadi lebih baik jangan berhubungan dengan dia, cukuplah sebatas boss dan pekerja. Jangan lebih dari itu, kalau nak hidup dengan tenang. Aku nasihatkan kau kerana aku pernah berada di sisi dia." Pesannya. "So, aku kena pergi dulu. Sebaiknya kau berhati-hati, kerana ada yang memerhati kau dari tadi. I think kau dah masuk dalam penjara tanpa sengaja. Kalau betul tekaan aku. Bertabahlah." Pamit Vivien, lalu segera melangkah pergi.

“Ada yang memerhati !?.” Ulang Moon, lalu menoleh ke belakang, dan ternyata maksud gadis itu adalah Ryza yang duduk di meja luar. Bibirnya pula melemparkan senyuman lebar, seakan-akan tahu apa yang mereka bicarakan.

‘Matilah aku.'

•••

BETAPA Moon dalam ketakutan sekarang, ketika kini dia bersama Ryza yang hanya memandangnya tanpa berkedip. Ingin saja dia melarikan diri, malangnya orang-orang Ryza berada di sekeliling restorant membuatnya pasrah mengikuti Ryza entah kemana dia ingin membawanya.

"Kita nak pergi mana ni?." Soal Moon, ketika suasana tidak seperti di kampungnya.

"Aku nak bawa kau balik villa. Kurung kau dekat sana sampai hari di mana kita di satukan." Jawab Ryza selamba.

Jawapan Ryza membuatkan Bella shock,

"What !?. Sir ingat saya ni kucing ke, main kurung-kurung macam ni. Saya masih ada kehidupan saya sendiri sir tau."

"Ada aku kisah tentang kehidupan kau. Setahu aku kehidupan kau sekarang dah sepenuhnya jadi milik aku. Jadi, jangan harap kau dapat bebas dari genggaman aku."

"Kehidupan saya, itu milik saya bukan sir. Jangan nak paksa-paksa macam nilah. Turunkan saya sekarang. Saya nak balik. Saya nak balik. Tolonglah." Mohon gadis itu.

Rayuan Moon hanya Ryza balas dengan menyumbat paksa pil ke mulut Moon. Meskipun pun gadis itu mengelak, tetap saja Ryza memaksanya sehingga pil tersebut berjaya di telan oleh Moon.

Huk.. huk... huk,

"Good girl, nah minum air ni." Arahnya, dengan menuang paksa air suam ke mulut Moon.

Huk... huk... huk, Moon sudah tidak berdaya lagi, entah kenapa tiba-tiba saja dia merasa pitam. Lalu jatuh pengsan.

Melihat Moon yang sudah tidak sedarkan diri, membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman.

“Ini baru sikit. Lain kali, jangan melawan kalau nak hidup lama.” Katanya, sambil merampas handbag Moon agar gadis itu tidak dapat menghubungi kenalannya.

Drivernya hanya fokus memandu. Tidak hairan dengan sikap kasar Ryza. Mungkin sudah biasa dengan kekejaman bossnya itu. Malah, lebih dari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience