Completed
19573
KEESOKKAN HARINYA, terlihat Moon baru saja sedar dari mimpi indahnya. Entah apa yang terjadi semalam, dia pun tak tahu lagi.
"Aduh. Sakitnya kepala ni." Rintih Moon sambil menyentuh kepalanya, dan sepertinya ada tangan yang memeluk dirinya.
Dengan pantas ia berpaling melihat gerang siapa empunya tangan tersebut.
'Sir !. Omg, jadi ini bukan mimpi. Semalam benar-benar nyata. Oi, Moon. Cuailah kau ni. Kenapa kau boleh serahkan semuanya pada Sir Ryza?. Oi.' Kesalnya. 'Ok, tenang Moon. Kau harus lari sebelum dia ni bangun. Yes, itu yang terbaik.' Katanya, dengan perlahan-lahan bangkit dari baringnya, 'Aduhai, sakitnya.' Rintih Moon lagi, oleh kerana seluruh badannya terasa sakit terutama bahagian berharganya.
Belum sempat ia melarikan diri, pintu utama dengan tiba-tiba saja terbuka. Dengan pantas dia bersembunyi di sebalik selimut agar tidak ketahuan.
"Anak ma..." kata-katanya terhenti ketika melihat bilik anaknya berselerak di tambah pakaian ada di merata tempat dan ada juga pakaian wanita. Jangan-jangan...,
‘Matilah aku.’
"Ryza Evan Rachel !." Teriak Puan Lisa.
•••
PANDANGAN Puan Lisa dan Tuan Harrell seakan-akan ingin menelan meraka sahaja, membuatkan Moon hanya menundukkan kepalanya, sementara Ryza pula memasang wajah baik-baik saja seakan-akan tiada perasaan takut sama sekali.
"Jelaskan pada kami, apa semua ni?. Ryza, Moon."
"Seperti yang mama dan papa tengok, tak perlu Ryza jelaskan. Ryza enjoy dengan belaian Moon. Kenapa, salah ke?." Jawab Ryza selamba.
"Ryza, kamu sedar tak apa yang kamu buat ni?. Eee, cekik kang baru dia tahu. Mama dan papa tak pernah ajar Ryza mahupun Ian, Bryan buat hubungan terlarang ni sebelum ada ikatan. Ryza, dah berjaya buat mama kecewa. Ryza tahu."
"Sebelum tu, saya nak minta maaf atas kecuaian kami menyebabkan puan dan tuan kecewa, bahkan kalau perkara ni sampai ketelinga keluarga saya, mungkin mereka juga kecewa atas sikap saya yang tak senonoh ni . Tapi saya janji yang saya takkan bagitahu siapa-siapa. Biar perkara ni selesaikan sampai di sini je." Celah Moon.
"Saya tak setuju dengan pendapat Moon." Bantah Tuan Harrell.
"Kenapa pulak?."
"Anak saya dah sentuh Moon, itu berarti dia harus bertanggunjawab dengan kahwin dengan Moon secepat mungkin."
"Betul tu bang, Lisa setuju sangat-sangat untuk satukan mereka berdua secepat mungkin. Sebelum cucu kita menyusul nanti." Sokong isterinya.
Moon seakan-akan tidak percaya, bahawa kedua orang tua Ryza merestui hubungan mereka,
"Tapi puan saya..."
"Ok, takda masalah. Ryza akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tolong aturkan perkahwinan kami secepat mungkin. Kalau boleh, adakan di resort ni biar pekerja boleh datang dan meraihkannya bersama." Celah Ryza yakin, tanpa berbincang lagi dengan Moon.
"Baiklah, nanti mama dan papa akan pergi jumpa keluarga Moon dan berbicara dengan mereka tentang perkahwinan kamu berdua."
Entah kenapa mulut Moon seakan-akan terkunci, membiarkan saja apa yang di katakan keluarga ini.
"Tapi dengan satu syarat."
"Apa dia?."
"Mama dan papa harus menyatakan bahawa Ryza dan Moon berkahwin atas dasar cinta dan sayang. Bukannya, di sebabkan terlanjur. Ryza tak nak nanti, bakal isteri Ryza di fitnah, jadi bualan mulut orang lain dan berujung membuatkan Moon bersedih dan tertekan. Ryza tak suka. Jika papa dan mama setuju dengan syarat Ryza, maka pergilah berjumpa keluarga Moon. Lamarnya untuk Ryza."
"Jap, apa ni?. Saya depan mata kot. Korang tak nak tanya ke, saya nak ke tak nak."
"Tak perlu di persoalkan, kau nak ke tak nak kerana kau tetap saja akan menjadi isteri aku meskipun kau menyatakan tidak beribu kali sekalipun."
"Tapi kalau saya tak nak, macam mana?."
"Cubalah lari, kalau kau berani. Siap aku kerjakan. Nak?." Ugut Ryza.
"Ryza !."
"Gurau je ma."
"Baiklah, kami setuju dengan syarat kamu. Ryza jangan risau, perkahwinan Ryza akan papa dan mama uruskan sepenuhnya. Di jamin mewah, dan cantik."
"Thank papa, mama." Ucap Ryza. "Tapi, grandma macam mana?. Dia tak marah ke?."
"Kalau pasal grandma, biar kami yang uruskan. Jangan risau." Jawab ayahnya.
"Thank ya." Ucap Ryza lagi dengan senyuman lebar terukir indah di bibirnya.
"Takda masalah, asalkan Ryza gembira. Kami juga turut gembira."
Puan Lisa dan Tuan Harrell turut tersenyum bahagia, melihat senyuman anaknya itu kembali terukir setelah patah hatinya. Berharap, agar Moon tidak melakukan perkara yang sama seperti mana Vivien buat pada anak mereka semalam.
*****
LIAR mata Adeen dan Ethan, mencari-cari keberadaan adik perempuan mereka yang menghilang entah pergi ke mana dari semalam lagi. Katanya, keluar kerja tapi kenapa tak pulang-pulang.
"Mana Moon mak?." Soal Adeen.
"Yelah, dari semalam lagi Ethan tak nampak dia." Tambah Ethan.
“Manalah mak tahu, katanya ada kerja. Lagipun, Mark dah balikkan. Jadi, biarlah dia luangkan masa dengan kekasih dia tu."
Jawapan ibunya, benar-benar membuat Ethan dan Adeen sedikit kesal.
"Mak. Mark tu lelaki, kenapa mak benarkan Moon keluar dengan dia?. Sampai tak pulang-pulang macam ni. Apa yang jantan tu buat dekat Moon pun kita tak tahu." Kesal Ethan.
“Betul tu. Mark tu mana boleh percaya. Kami juga lelaki, faham fikiran lelaki seperti apa. Lagi-lagi Moon tu, penurut orangnya.”
Ya, Ethan dan Adeen merupakan abang Moon yang kedua-duanya dokter di sebuah hospital swasta. Namun Moon tidak pernah menceritakan pada siapa-siapa yang dia mempunyai abang bahkan pekerjaan abangnya juga di rahsiakan. Biarlah orang-orang berkata, keluarganya miskin atau apa-apalah. Asalkan mereka tidak menyusahkan mereka, ya sudah.
"Salahkan mak pulak. Tanyalah ayah kamu tu, dia yang benarkan Moon keluar dengan si Mark. Kamu tahu sendiri yang Mark dan ayah kamu tu rapat dia macam mana."
"Ayah tu pun satu, percaya sangat si Mark tu. Tak boleh jadi ni, Ethan kena cari Moon sekarang juga."
"Adeen ikut."
"Pergilah. Hati-hati."
"Baiklah mak."
Ethan dan Adeen pun segera melangkah pergi mencari keberadaan adik tersayang mereka.
‘Harap-haraplah, Moon baik-baik sajalah.’ Kata Puan Ros khawatir.
*****
KEPUTUSAN Ryza membuatkan Moon kesal, lebih-lebih lagi pemuda itu tidak terlebih dahulu berbincang dengannya. Walaupun itu jalan yang terbaik bagi dirinya dan Ryza, setidaknya berbincanglah sebelum membuat keputusan. Sama ada dia nak ke tak nak.
"MOON dengarkan aku dulu. Please." Mohon Ryza, lalu menghalang jalan Moon.
"Tepilah. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut Sir. Sampai hati sir buat saya macam ni."
"Salah ke kalau aku nak bertanggungjawab dengan apa yang aku buat dekat kau?. Salah ke?. Sepatutnya kau lega, sebab aku dah nak bertanggungjawab. Bukannya nak marah macam ni."
"Salah tu tak, tapi saya tak nak kahwin. Faham tak?. Tolonglah jangan paksa."
"Aku tak kisah, kau nak kahwin dengan aku ke tak. Tapi aku hanya kisah kalau perut kau tu kembung nanti. Itu sahaja."
"Itu Sir jangan risau. Jika ia menjadi, saya akan gugurkan dia. Maka kita tak perlu kahwin."
"Jahatnya kau. Itu anak aku, jadi kalau Moon gugurkan dia. Jangan harap dapat hidup dengan tenang."
“Sorry to saylah. Saya tak takut dengan ugutan Sir.” Balas Moon, dengan senyumannya.
"Kenapa ni?." Soal Bryan yang datang entah dari mana mengejutkan Ryza dan Moon.
“Why?.”
Soalan Bryan hanya Moon balas dengan meninggalkan mereka, sempat jua dia menghadiahkan jelingan maut kearah Ryza yang terlihat cuba menahan amarahnya.
"Ish, kau ni Bryan. Tak tengok ke abang tengah berbicara dengan Moon. Kau nak apa?."
"Takda pape, hanya nak pastikan yang abang baik-baik saja. Yelah, suara korang berdua nyaring sangat. Mana tahu bergaduhkan."
"Bergaduh apanya. Abang tengah berbicara dengan bakal kakak ipar Bryan. Ganggulah budak ni." Kesal Ryza, lalu melangkah pergi.
Kata-kata Ryza membuatkan Bryan blur seketika,
"Bakal kakak ipar?. Moon !?."
*****
DI sebabkan pukulan Ryza yang kuat semalam, menyebabkan Mark terpaksa bermalam di hospital di temani Vivien di sampingnya. Terlihat juga, dia kedatangan tetamu yang memandangnya seakan-akan pandang tidak puas hati dengan membawa kayu golf di tangan.
"Korang ada apa nak jumpa aku ni?. Tak tengok ke, aku sakit sekarang ni. Takda mood nak jumpa orang."
"Belum mati lagikan. Mana adik aku?."
"Manalah aku tahu, itu adik kau bukan adik aku."
“Oi, boleh pulak kau cakap tak tahu ya. Dia semalam keluar dengan kaukan. Mana dia?."
"Itu urusan korang, bukan urusan aku kerana kami dah putus. Dah takda pape."
"Putus !?." Kata mereka serentak.
"Ya putus, sebab aku dah ada Vivien. Lebih baik korang pergi jumpa dengan Sir Ryza, kerana Moon bersama dia semalam. Di sebabkan dia, aku masuk hospital tau."
“Sir Ryza ?. Kenapa Moon boleh bersama dia?. And why dia pukul kau?.” Soal Ethan cuba menghadam apa yang dikatakan pemuda itu.
"Aku mengaku yang, aku dulu yang mintak putus sebab Moon tak pantas untuk aku. Dia gemuk, tak cantik, miskin, penampilan masih macam orang kampung. Tak maju-maju. Bosanlah pandang. Lain kali, nasihatkan adik kau tu sikit untuk jaga makan. Jangan suka jadi ikan buntal."
Hinaan yang keluar dari mulut Mark, benar-benar menyakiti hati Ethan dan Adeen.
"Ni ikan buntal kau." Kata Ethan, lalu menghadiahkan tumbukkan kuat pada wajah Mark.
Adeen hanya menepuk-nepuk tangannya tanda puas dengan apa yang abangnya buat, itu mewakili perasaannya.
“Padan muka. Terbaiklah bang.”
"Gila ke apa?." Kesal Vivien.
"Nasib baik kayu golf ni, tak melekat dekat muka kekasih kau tu tau." Jawab Adeen.
"Sakitlah bodoh." Rintih Mark.
"Sakit ke?. Samalah. Lain kali, cermin diri tu sikit. Jangan nak bangga dengan apa yang kau ada sekarang. Baru kerja dekat syarikat megah, dah belagak macam dia yang punya syarikat. Oi gaji kami lebih besar dari gaji kaulah." Kata Ethan.
“Jangan buat lawaklah, kerja dekat sawah tu. Berapalah sangat.” Balas Mark beserta ketawanya.
“Maaf menganggu.” Sapa seorang dokter bersama beberapa orang nurse yang bertanggungjawab memeriksa kesihatan Mark.
"Dr Qhai."
"Ai. Ada Dr Adeen, Dr Ethan juga. Buat apa dekat sini?."
"Jap Dr Adeen?. Dr Ethan?."
"Ya. Mereka berdua ni dokter pakar terbaik dekat hospital ni. Kenapa?." Terang Dr Qhai membuatkan Mark terngaga seakan-akan tidak percaya.
"Jadi, kami pergi dululah dokter. Jaga dia elok-elok, kalau boleh suntik dia pakai suntikkan yang mematikan. Biar takda lagi, manusia bodoh macam budak ni." Kata Ethan lalu melangkah pergi diikuti Adeen yang membawa senyuman puas hatinya pada Mark.
Share this novel