bab 5..

Romance Series 2011

jam menunjukkan tepat pd angka 4.30 petang. hari ini, Ain, Ain Athirah dan Irdina akan menjemput Farahin dan Fatin di stesen bas Hentian Duta, Kuala Lumpur.

Ain yang telah selesai menyarungkan kasut berjalan menuju ke arah pintu kereta. milik Irdina. Manakala, Ain Athirah dan Irdina sedang menunggu di luar kereta. Tiba-tiba bunyi telefon bimbit milik Ain.

Ain Athirah dan Irdina memandang ke arah Ain dengan kerutan di dahi. Ain segera mendapatkan telefon bimbitnya di dalam tas tangan.

Irdina: siapa call?

Ain: Mak aku.

Irdina: jwplah.. mana tahu urgent!

Ain hanya memandang ke arah rakan-rakannya silih berganti.

Ain: aku tak sedap hatilah nk jwp.

Ain Athirah:jwp aje lah.. ketepikan rasa tak sedap hati tu.

Ain hanya mengangguk. dia segera menjawap.

Ain: assalamualaikum mak..

Ain memberi salam kepada Maknya yang berada di hujung talian.

Mak: waalaikummussalam. Ain! kenapa tak bagi tahu mak ada orang nak masuk rombongan meminang?

Ain: rombongan meminang??!!

Ain Athirah dan Irdina yang mendengar terpempan. Irdina mencuit bahu Ain Athirah.

Irdina: siapa?

Ain Athirah: mana aku tahu! kau tanya aku tak ada guna. nnt tnyalah Ain sendiri.

Ain: mak.. orang tak tahu pun ade orang nak hantar rombongan meminang. kalau orang tahu, orang dah bagi tahu awal-awal tau!!

Mak: lah ye ke? Mak ingat kamu tahu.

Ain:ish.. manalah orang tahu mak. Hmm.. siapa yang hantar rombongan meminang tu?

Mak: en... encik haikal.

Ain: apa? encik haikal? dia dah hilang akal ke ape?

Ain yang mendengar jawapan daripada maknya terus berasa resah. Encik haikal? mamat yang tergila-gilakan dia tu? yang suka mengganggu dia ketika di pejabat? encik haikal a.k.a bos dia di pejabat? sudah!

encik haikal memang meminati Ain. malah menyukai dan mencintai. namun, cinta encik haikal bertepuk sebelah tangan. Ain tidak langsung memintai encik haikal. yang Ain tahu, encik haikal adalah bosnya dan rakan sepejabat. tidak lebih daripada itu.

Mak: ye.. encik haikal. keluarga dia menghantar rombongan meminang. mak call kamu ni pun sbb nk mintak persetujuan kamu. mak harap kamu terima. jangan malukan mak sebab tolak pinangan ni Ain.. mak tengok encik haikal ni baik aje orangnya. sopan santun, pandai hormat orang yang lebih tua. berkemampuan untuk menjaga kamu.

kata Mak Ain panjang lebar.

Ain yang mendengar hanya membuang pandangan yang dalam pada kolam ikan yang berada di hadapannya. namun, fikirannya melayang memikirkan sama ada dia mahu menolak atau tidak pinangan itu. kini, dia mempunyai dua pilihan. menerima pinangan itu bermakna dia akan hidup semati dengan encik haikal. jika dia menolak, dia akan memalukan maknya sendiri. apa patut yang dia pilih! dia tidak cintakan encik haikal! sebagai seorang rakan pun dah cukup!

Ain memejamkan matanya dengan rapat. Setelah itu, dia menghembuskan nafas yang kasar.

Ain: mak... Ain terima.

Ain Athirah dan Irdina yang mendengar segera menghampiri Ain. Irdina menyapu-nyapu lembut belakang tubuh Ain. memberikan semangat. Irdina tahu, yang Ain tidak mencintai encik haikal. mana mungkin Ain akan menerima encik haikal semudah itu. melainkan dia terpaksa.

Mak: baiklah.. jika itu keputusan kamu. itulah keputusan mak. Assalamualaikum.

Ain mematikan talian setelah menjawap salam maknya. dia memandang rakan-rakannya silih berganti. dia cuba tersenyum. ianya hanyalah senyuman kelat yang dilemparkan kepada rakan-rakannya.

Ain Athirah: mungkin ini yang terbaik untuk kau. cuba terima dia sebaiknya.

Ain Athirah memberi kata-kata semangat kepada temannya itu.

Irdina: eh.. dahlah. nnt lambat pula kita sampai hentian duta.

Irdina mengalihkan topik pembicaraan.

Ain: yelah.. tapi korang janji jangan bagi tahu pada Farahin dan Fatin.

Ain Athirah /Irdina: janji..

kata mereka berdua serentak. Ain Athirah segera. menarik tangan Ain masuk ke dalam kereta. kereta Camry meluncur laju di atas jalan raya menuju ke Hentian Duta.

Setelah tiba di Hentian Duta.

Ain Athirah dan Irdina segera mendapatkan Fatin dan Farahin yang baru turun dari bas. mereka berpelukan sebentar. manakala Ain berjalan dengan langkah longlai dan fikirannya jauh melayang.

Farahin dan Fatin menuju ke arah Ain yang masih berada jauh dari mereka.

Farahin: Ain.. kau okey tak?

soal Farahin namun tiada sahutan.

Farahin: Ain!

Farahin menguatkan sedikit suaranya. kini, panggilannya mendapat sambutan.

Ain: ye.. ehh Farahin, Fatin..

Ain segera memeluk erat dua orang rakannya itu.

Farahin: kau okey tak?

soal Farahin setelah pelukan mereka direnggangkan.

Ain: ha?! ak.. aku okey je. tak payah risau.

Ain cuba memberi senyuman yang paling manis. namun, hatinya tidak mengikhlaskannya.

Fatin: okeylah kalau macam tu. jom kita pergi makan. aku belanja.

Fatin menoleh ke arah Irdina yang berada bersebelahan dengannya.

Irdina: jom!

sebelum beredar, Fatin dapat menangkap kelibat seorang lelaki. Dia memanjangkan leher untuk melihat lebih jelas lelaki itu. lelaki yang dikenalinya pada zaman persekolahan.

Ain Athirah: kau tengok siapa?

Ain Athirah seperti dapat mengagak akan perbuatan Fatin. segera dia bersoal.

Fatin: mm.. takde ape-ape.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience