bab 4..

Romance Series 2011

tujuh tahun kemudian..

Ain hanya memerhatikan setiap penjuru rumahnya. dia hanya menggelengkan kepala.

Ain: seminggu aku tak ada di rumah, macam habitat tikus aku tengok. ini baru seminggu, kalau setahun? aku rasa kau orang berdua ini mati keracunan makanan agaknya.

Ain terus berjalan menuju ke arah dapur yang berselerak dengan pinggan mangkuk yang tidak dibasuh. dia hanya mampu menggelengkan kepala setiap kali berlaku perkara yang sama.

Ain Athirah: Elehh.. bukan ke selama ini Farahin dan Fatin yang kemas rumah? kau tak ada dalam list kemas rumah pun tau?

Ain hanya tersengih. bahu rakannya itu ditampar manja.

Ain: kalau aku ada sekalipun.. rumah tak ada jadi macam ni tau? memang Fatin dan Farahin yang kemas.. tapi bila dia orang tak ada aku yang tolong jagakan supaya tak bersepah macam ini..

Ain baru pulang dari kampung halamannya sejak semalam. begitu juga Fatin dan Farahin yang pulang ke kampung. katanya petang ini baru sampai rumah sewa mereka ini. cuma Irdina dan Ain Athirah sahaja yang tidak pulang ke kampung halaman kerana kekangan masa dengan pekerjaan.

Ain Athirah: bangga sangatlah ni? setakat jaga rumah, aku pun boleh..

Irdina: oi.. apa gaduh-gaduh ni? kemas aje lah rumah ni. tak yah gaduh-gaduh.

celah Irdina yang sedang menjinjit beg plastik berisi barang dapur.

Ain: ehh.. bukan aku yang mulakan okey? Thirah yang mulakan. tak kuasa aku nak gaduh-gaduh. waste my time, you know?

Ain Athirah hanya menjulingkan mata ke atas. Baru bersepah sikit dah kecoh satu negara.

Ain Athirah: dahlah. aku naik atas dulu. don't waste my time. aku nak habiskan masa dengan tidur. Bye!!

Ain Athirah memulakan langkah naik ke tingkat atas rumah sewa mereka itu.

Ain: oi.. tolong aku kemaskan rumahlah.. tidur tak ada maknanya. membazir masa konon! cis!!

Ain Athirah hanya melangkah tanpa berpaling. mata dia memang sudah lali sejak berada di Tesco ketika membeli barang dapur.

Irdina: tidak mengapa Cik Ain. saya yang bergelar Cik Irdina kan ada! saya boleh tolong kemaskan rumah.

kata Irdina sambil tersengih.

Ain segera memeluk sahabatnya itu dengan erat.

Ain: Sayang kau!!

Ain Athirah: kau tak sayang aku?

Ain/Irdina: bukan kau naik atas tidur ke?

tanya dua sekawan itu serentak.

Ain Athirah: memanglah.. aku naik atas tanggalkan tudung aje...

Ain/Irdina: ooo...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience