bab 3..

Romance Series 2011

Semasa di kantin.. Ain yang telah selesai makan hanya tinggal menghabiskan minumannya. Farahin juga. Hanya Fatin yang tidak menjamu selera. Katanya jimat duit. yalah.. menabungkan amalan baik?

di bawah meja, Fatin menendang-nendang kaki Ain. mulutnya memuncungkan ke arah padang yang berdekatan dengan kantin.

dari jauh, Ain dapat melihat kelibat buah hati pengarang jantungnya. Dia hanya tersenyum tenang. malah, hatinya seperti tsunami yang membadai daratan. Oh indahnya perasaan ini! indah lagi perasaan ini jika dapat memiliki dia.

Farahin hanya memerhatikan gelagat dua orang kawannya itu. kerutan di dahi berkerut seribu.

Farahin: korang berdua ni dah kenapa?
(soal Farahin dengan wajah yang serius namun soalan yang dilontarkan tenang)

Ain tersentak. dia terus memandang wajah sahabatnya itu. Kantoi!! jerit hatinya. di dalam kepala dia sedang menyusun bait-bait jawapan untuk dilontarkan kepada temannya itu. janganlah waktu kelam kabut begini salah bagi jawapan. Ain berdoa di dalam hati.

Farahin: korang ade sorakkan apa-apa dari aku ke?
(wajahnya tanpa senyuman)

Ain: err..

Fatin segera bertindak. Dia mencuit bahu Farahin. dia menundingkan jari ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan beriringan dengan seorang temannya.

Farahin segera mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. di bibirnya terukir senyuman. mana tidaknya, buah hati depan mata! tapi.. dia pula yang malu-malu. dia tertunduk tersipu malu.

Ain: malu-malu pula.
(komen Ain)

Fatin: aduhai! Farahin, Farahin..

Ain dan Fatin ketawa riang apabila dapat menyakat rakannya itu. Setelah ketawa mereka reda, Ain mengajak rakannya segera beredar ke surau bagi mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT.

JAM menunjukkan tepat pada 4.15 petang. Murid-murid sedang berkumpul di dewan Bestari mengikut unit permainan masing-masing pada hari ini. Ain, Fatin, Irdina dan Farahin berada di barisan olahraga. mereka berempat satu unit permainan iaitu olahraga. Manakala Ain Athirah ialah unit permainan senam robik.

Biarpun Ain Athirah rapat bersama 4 kawannya itu, dia banyak meluangkan masa bersama kawannya yang berlainan kelas ketika di luar kelas. mungkin kerana jiwa Ain Athirah dan 4 kawannya yang lain mempunyai cita rasa yang berbeza. Ain, Fatin, Irdina dan farahin lebih meminati permainan olahraga.

unit permainan olahraga bergegas menuju ke padang yang terbentang luas. sementara menunggu guru pembimbing tiba di padang, Ain, Fatin dan Farahin berbual kosong. Irdina pergi mencari guru pembimbing memandangkan dia adalah setiausaha dalam unit itu. tanggungjawab Irdina ialah mengambil kehadiran biarpun unit olahraga mempunyai pengerusi.

ketika Ain, Fatin dan Farahin sedang berbual, mata Ain dapat menangkap kelibat seorang lelaki yang berjalan berhampiran dengan mereka. Hatinya berbunga riang. matanya tidak lepas untuk memerhatikan gerak geri lelaki itu yang sedang menuju ke tengah padang. manakala Ain dan rakan-rakannya berdiri di tepi padang yang menjadi tempat lalu lalang pelajar dan guru.

Fatin: Aiseh.. buah hati lalu. patutlah tekun semacam aje pandang tengah padang. hahaha..
(Fatin ketawa menyakat)

Ain yang terkejut terus memerhatikan keadaan sekeliling. Farahin sedang berbual dengan kawannya yang berlainan kelas. hati Ain diusik kelegaan.

Ain: next time peka pada kawasan sekeliling. nanti orang lain tahu, naya aku!
(pesan Ain sambil tersengih)

Fatin tabik hormat.

Fatin: baik bos!

mereka ketawa serentak.

Fatin: tapi rugi kau tak pakai baju hijau hari ini. tak sedondon lah dengan dia

Ain: yalah.. patutlah hari ini aku hati aku kuat mengatakan aku perlu berpakaian hijau. tapi tidak mengapa jika hari ini bukan warna hijau. nanti naik pelamin sedondon lah kita orang berdua.
(kata Ain sambil mengenyitkan matanya)

Fatin terlopong dengan kata-kata Ain.

Fatin: cia3..

mereka ketawa kecil..

Farahin: apa yang sedondon?

Farahin menegur mereka dari arah belakang.

Fatin dan Ain tekejut. segera mereka berdalih topik.

Ain: Nothing.. kita orang doakan supaya baju raya kau dengan buah hati kau sama raya nanti.

kata Ain kepada Farahin. di dalam hatinya berdoa agar Farahin tidak mendengar perbualan mereka.

Farahin: Oo.. harap-harap macam tulah.. tapi.. korang tak sorokkan apa-apa dari aku kan?
(soal Farahin)

Ain: takde.. takde..

tidak lama kemudian guru pembimbing tiba. Irdina mengambil kehadiran semua murid dan memulakan aktiviti pada hari ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience