BAB 1

Action Completed 2276

INI kisah aku. Terjadi pada tahun millennium, tahun 2000. Tahun yang mana para bankers semua risau, semua gundah.

Takut sistem komputer tak boleh nak baca atau tukar digit kosong, kosong, kosong (000) kat belakang tahun 2000 tu. Aku pun tak berapa faham sangat sebenarnya.

Tapi as a banker pada masa tu, aku pun terlibat sama sebagai kuli yang hanya mengikut arahan.

Maka pergilah aku ke bank pada pukul 3 pagi sampai ke subuh untuk print statement pelanggan-pelanggan secara random dan yang terpilih.

Statement-statement inilah akan menjadi rujukan secara manual sekiranya pelanggan ingin membuat pengeluaran wang.

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Yang aku nak cerita ialah malam sambutan tahun baru millennium.

Malam tu untuk kali pertama aku dan adik aku keluar untuk menyambut tahun baru dengan penuh semangat tanpa muhrim lelaki di sisi.

Kami menaiki teksi menuju ke KLCC dengan perasaan penuh teruja.

Biasalah tahun baru. Millennium pulak tu. Canggihlah konon. Mesti ada nyanyi-nyanyi punya (dulu masa muda aku suka, dah tak berapa nak muda ni aku bangkang!)

Ella nyanyi, kemudian kumpulan rock mana tah nyanyi. Nak muhibbah sikit, seorang penyanyi berbangsa Cina dan seorang penyanyi India juga dijemput untuk menyanyi. Lepas tu ada pula artis antarabangsa. Klise.

Dekat pukul 12.00 tengah malam, sesi kira mengira budak tadika bermula. Aku dan adik aku pun turut bersemangat mengira 1 sampai 10 dengan suara yang kuat. Kalah budak-budak tadika!

Tepat pukul 12 tengah malam, bunga api yang entah berapa puluh ribu nilainya dibakar. Cantik dan meriah. Kami bersorak sambil kepala berfikir,’sayangnya duit banyak-banyak bakar macam tu aje. Baik bagi kat orang kampung aku yang miskin!’ Baikkan aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience